Followers

Friday, June 13, 2008

esok ke KL!!!

yeaayyyyyyy!!

esok aku akan ke gombak. menghadiri majlis perkahwinan kawan karibku, Ida Merissa Kamaruddin dan pasangannya juga kawanku, Maizatul Akma (nama dia memang cam pompuan sket).

aku kenal dia sejak kami diperkenalkan dalam homeroom yang sama di sekolah.
seorang yang sangat cantik (yang ni diletakkan di list teratas, sebab dia ni memang cantik), bijak, kelakar, suka bercakap, suka berfikir, workaholic, sayang kawan2, apatah lagi familynya...

memang aku sayang banget ini budak!!!


akhirnya, setelah berbelas tahun bercinta dengan tunangnya itu, sampai jugak masa mereka ni berkahwin. alhadulillahhhh......




ida dan maiza satu homeroom dengan aku, Betelguese B. teringat lagi masa cikgu homeroom, cikgu hassan kata, ada budak pompuan nama maizatul nak masuk (maiza last intake), punya kitorang happy..

aku dan agak mesti dak maiza ni dapat bilik sebelah bilik aku.

tapi, bila datang je dak maiza ni, semua orang terkejut (termasuk cikgu hassan) yang datang adalah budak lelaki. semua terdiam. huhuhuhu~




dari form 1 , aku dan ida berkawan baik. tapi, masa form 2 dan form 3 macam on off sebab ntahla..biasala kan. masa skolah dulu ngokngek sket, suka tukar2 kawan.

tapi, masa form 4 dan form 5, aku, ida, siti, rose, miza dan arwah enie jadik satu geng. bilik aku la jadik sasaran diorang melepak. semua mak nenek makanan diletakkan kat loker aku. senang nak melantak. hahhaha!

kami la geng form 5 dalam asrama blok J yang gile2. curi (pinjam) tv dari bilik tv, angkut bawak masuk bilik ida (masa ni ida badan perwakilan pelajar, ada bilik sendiri), kitorang tgk FIFA world cup 1998 jam 3 pagi. dahsyat!!!!

suka lepak kat koridor luar bilik aku (bilik aku tingkat kedua,tapi koridor agak luas la jugak), konon2 nak dapat angin petang...tapi masa tu memang best!

pagi2 ahad, dengan tak mandi, pi PJ (senaman pagi) dan bermain dengan sungguh2. lepas main, time breakfast berlari2 ke teres teratai. then, lepas je makan, beramai2 lepak kat bilik aku, borak2, nyanyi2 sampai tertidor. tengah hari atau petang barula teringat nak mandi. hehehehhe....

petang2, lepas je prep petang, main bola chop. :D best sangat!!!

memang masa ni, ke mana2 saja berenam je...rindu pulak kat zaman dulu2 kala.




skang ni,
yang masih lagi berhubung hanya kami bertiga; aku-ida-siti.

arwah enie,
meninggal dunia pada umur 19 tahun kerana kanser tulang. aku dapat berita ni masa kat USM penang. sedih sangat. ida call aku sampai tak boleh bercakap. maiza yang sampaikan berita tu kat aku. aku tak dapat tgk arwah pada saat2 terakhir arwah di dunia. memang aku dah plan nak jumpa arwah sabtu atau ahad, tapi arwah dah pergi dulu sebelum sempat kami berjumpa. patutla arwah asik berkata tak sempat nak jumpa dengan dia hujung minggu...rupa2nya, ada maksud terselindung yang aku tak faham disebaliknya. (aku menaip sedang mata berair2 tika ini. rasa sesal tak dapat jumpa arwah masa terasa sampai skarang)

miza,
ntahla minah sorang ni. susah sangat nak berjumpa. dengar citer, anak dia pon dah besar skang. aku kecil hati dengan dia pasal satu kes ni. dan aku tak jemput pon dia hadir ke perkahwinanku. aku hanya berdoa dia happy slalu.

rose,
banyak kenangan dengan dia ni. dari seorang perempuan bertudung labuh sampai la bergaya seperti skarang. tapi, sikapnya yang acuh tak acuh apabila dengan kami bertiga, buatkan kami tertanya, bercinta membuatkan manusia itu berubah? untuk membelakangi kawan? persahabatan yang dibina atas dasar sayang? entah, sejak satu peristiwa tu, aku terus tawar hati. hanya merisik khabar dia dari ida saja.




skarang ni aku selesa dengan siti dan ida saja. siti akan ku bertukar cerita pabila ada kesempatan untuk berym, ida sebulan, atau dua bulan skali akan menelefon bertanya khabar. tak sabar aku nak jumpa mereka esok. :D





ida, aku dan siti di majlis perkahwinanku.
:D



have nice weekend people!!!
:D

14 comments:

  1. semoga dapat melepaskan rindu nanti, ya

    ReplyDelete
  2. hehe sonok nye dia...^_~

    hati2 di jalan raya ye..=)

    ReplyDelete
  3. g gombak?

    yer ker?
    welcome to my hometown!!!
    gombak kat ner?
    taman aper?

    ReplyDelete
  4. ~ ha'ah la, esok kak marisa kawin. nak kena wish through dina.

    btw, amy pulak yg rasa sebak bila akak duk citer pasal zmn2 kat terendak and pasal kwn yg dah tak rapat. amy pun ada gak sorang kwn yg mcm tuh. :( ~

    ReplyDelete
  5. slamat jalan jalan ye geng !!
    hihi..
    xde kwn kat kuantan kawen ke haa??
    meh ar turun,
    huhu

    ReplyDelete
  6. maksu,
    terima kasih... :)

    nur'ain,
    ok! rogerr!!! :D

    ayu,
    gombak kat taman melewar. biasa memang lepak kat situ pon. tapi bila dia dah kawen ni, tak lepak sana dah kot. tukar port. hehehhehe....

    ReplyDelete
  7. amy,
    sedih kan bila kenang balek kawan2 yang tak ingat kite ni..sedih ooo...

    nanonano,
    kite slalu turun kuantan bila dan hanya bila nak bercuti sajork. so, tunggu la kedatanganku bila duitku tak tau nak buat apa nanti ok? hehehehhee.......

    ReplyDelete
  8. dengan kawan tak baik kecik ati lama2, =P

    nama dia bukan nak cam pompuan, tapi memang nama pompuan pun, =P

    ReplyDelete
  9. ceera,
    tapi memang kecik hati sangat2 tau ira...

    nama dia memang nama pompuan ek..hhehehe...

    ReplyDelete
  10. jalan jauh tuh..bebaik kay...

    seronok kan nak jumpa kengkawan...ye dak?

    ReplyDelete
  11. memang begitulah adat berkawan...

    ReplyDelete
  12. zie,
    memang tak sabar sesangat tauuuu!!! :D

    mama,
    memang ek? hmmm....

    ReplyDelete
  13. nanti jgn lupa buh gambar ida kat blog tauuu...welcome tu kl...hehehe...

    ReplyDelete
  14. hahaha!!!!sebelah taman jer tu dgn umah kita!!!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...