Followers

Saturday, July 3, 2010

pagi yang membahagiakan!

;P

indah dipeluk suami. bahagia dikacau anak.
apa lagi yang dipinta?
tiada kata2 dapat ungkapkannya.

terlalu indah.
terlalu bahagia.
:)

Friday, July 2, 2010

Kedua

Selepas ucapan pembukaan, Pengurus Sumber Manusia menyambung ucapan, "Pada hari ini, pihak kilang menerima 3 orang staf baru yang akan menyertai kita. 2 orang akan bertugas sebagai Jurutera di Jabatan Kualiti dan seorang lagi akan bertugas sebagai Pembantu Pengurus di Jabatan Sumber Manusia."

Anis menyiku Amira,"Eh, mamat tu satu department dengan kau la Amira. Bestnya!"

"Takpelah. Nanti aku kenenkan mamat tu dengan kau ye?" Amira mengusik Anis.

"Kau gila? Mana nak letak abang Joe aku tu?" Anis merujuk kepada tunangnya sambil memuncungkan bibirnya. Mereka baru 4 bulan bertunang dan bakal naik pelamin hujung tahun hadapan. Joe bekerja di woksyop kereta di hujung kampung mereka dan mengenali Anis sejak di bangku sekolah lagi. Joe berusia 2 tahun lebih tua dari Anis.


Amira terkekeh mengetawakan Anis. Anis memang mudah melatah bila ditegur dan mudah merajuk bila diusik. Keletah Anis sering membuatkan Amira gembira. Itulah satu-satunya sahabat yang paling rapat dengan Amira.


Selesai senaman ringan, staf-staf kilang berpusu masuk ke production line. Anis dan Amira mengambil hala yang berbeza. Pejabat dan makmal Jabatan Kualiti berada di tingkat atas, maka di situ lah sebahagian masa Amira di sana jika tidak ke production line untuk memeriksa kualiti produk.


Amira sengaja berjalan lambat-lambat ke pejabatnya. Rasa malas kesan dari hujung minggu yang singkat bagaikan tidak puas dinikmati. Sebaik sahaja Amira menolak pintu pejabat, kelihatan Pengurusnya berbincang dengan 2 Jurutera baru tadi. Kilang mereka baru sahaja memberhentikan seorang Jurutera Kualiti sebelum ini kerana masalah disiplin. Tak sangka pula, kali ni sampai 2 Jurutera diambil. 


Amira duduk di mejanya sambil menarik laci meja. Mencari jadual shift kerja untuk memastikan bahawa minggu itu dia tak perlu bekerja pada hari sabtu. Kilang Amira bekerja sememangnya memberikan kelonggaran kepada staf dengan bergilir-gilir bekerja pada hari Sabtu. Amira telah berjanji dengan Ibu Nur untuk membawanya ke pekan pada hari sabtu nanti. Ternyata sangkaan Amira tepat. Sabtu minggu itu dia tak perlu bekerja. Amira tersenyum melihatkan jadual shiftnya.


"Amboi. Tengok jadual pun boleh tersenyum ye cik kak?" terkejut Amira disapa oleh suara garau yang tidak pernah dia dengar sebelum ini.


Amira mendongakkan kepalanya. Terlihat olehnya 2 jejaka Jurutera memandangnya sambil tersenyum. Amira lihat, pengurusnya baru sahaja keluar dari bilik pejabat mereka menghala ke Jabatan Sumber Manusia.


"Eh eh. Dia yang nampak lebih tua dari kita, ada hati panggil kita cik kak?" Amira mengomel dalam hati.


Amira berlagak profesional dengan tidak menghiraukan teguran tadi. Lantas dia berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalam. "Saya Amira. Penyelia di jabatan ini."


Lelaki bertali leher hitam menyambut salam Amira. "Saya Wan Sahir. Panggil saja Wan." Dan mereka bersalaman. Amira dapat rasakan tangan lelaki itu amat lembut. Tidak seperti kebiasaan tangan lelaki yang biasa disalamnya.


Namun, apabila Amira menghulurkan tangannya kepada lelaki berkemeja biru pula, salamannya tidak bersambut. "Ustazah saya bagitau kalau sentuh bukan muhrim hukumnya berdosa. By the way, nama saya Muhammad Hairi bin Abdul Muluk. Cik kak boleh panggil saya Hairi." ujar lelaki berkemeja biru sambil tersenyum lantas memperlihatkan lesung pipit kirinya yang amat manis. 


Pipi Amira memerah dengan serta-merta. Terlalu sinis pemuda ini menegurnya. Belum pernah ada lelaki melakukannya seperti ini. Namun, Amira harus berlagak seperti biasa. Tangan dihulur tidak bersambut itu diturunkan semula. 


"Jika ada apa-apa soalan, saya ada di sini. Cuma setiap sejam sekali saya akan turun ke production line untuk memeriksa kualiti produk. Jika ingin cepat belajar, awak berdua bolehla ikut saya nanti." Amira dengan hati ikhlas ingin berkongsi ilmunya. Amira telah 3 tahun bekerja di kilang itu. Sudah pasti, setiap langkah penghasilan dan pengeluaran Amira fasih.


Kedua-dua Jurutera itu menganggukkan kepala. Cuma lelaki bernama Hairi itu sahaja yang memberi renungan yang tajam kepada Amira. Amira kurang berasa selesa. Cepat-cepat Amira capai buku nota, pen dan pisau lipatnya lalu dimasukkan ke dalam poket baju kilang. 


"Ok. Saya nak turun ke production line ni. Ada siapa-siapa nak ikut?" soal Amira.


Wan dengan segera mengangkat tangan, "Saya nak ikut Amira. Sekejap ye. Saya nak ambil pen dan buku."


Tetapi, Hairi hanya diam membisu sambil menelek contoh produk yang terletak pada rak peragaan. Produk-produk itu memang sengaja dipergakan di rak tersebut agar mudah dirujuk struktur dan ciri-ciri mengikut kualiti yang ditetapkan.


Amira malas nak mengajak sekiranya orang tak sudi. Amira menanti Wan di sudut tangga dan mereka beriringan turun ke production line. Amira menunjukkan satu-persatu proses yang berlaku sepanjang penghasilan produk kepada Wan. Begitu bersungguh-sungguh Wan menulis setiap perkara penting di dalam buku notanya. 


Dari Jabatan Kualiti, terdapat cermin tingkap di sekeliling bilik. Amira dapat merasakan Hairi melihatnya bersama Wan dari kejauhan. Entah mengapa, Amira dapat rasakan sesuatu dari pandangan tajam Hairi sebentar tadi. Masih terasa pantas degupan jantungnya. Amira tidak pasti, apakah perasaan yang dialaminya ketika ini. Benci, meluat atau menyampah? Amira sebolehnya mahu menolak andaian bahawa dia sudah terkena panahan cinta dari manusia yang bernama Muhammad Hairi.


"Amira, kilang ni ada cafe tak?" lamunan Amira terhenti apabila disapa Wan.


"Ada. Masa rehat kita jam 10.30 pagi selama 15 minit, jam 1 petang selama 45 minit dan jam 3 petang selama 15 minit. Nanti saya tunjukkan lokasi cafe. Tapi kecil sahaja. Dan pilihan makanan taklah banyak mana. Ramai yang lebih senang bawa bekal sendiri atau keluar ke kedai makan." Amira menerangkan dengan panjang lebar. 


Wan menganggukkan kepala tanda faham. Mereka berjalan beriringan ke cafe.


"Dah nak jam 10 pagi ni Amira. bolehla kita minum-minum sebentar." Wan mengajak.


Sambil memandang jam tangannya, Amira mengangguk setuju. Sedang berjalan, tiba-tiba...


"Korang nak pi mana ni? Kalau nak pergi makan, kenapa tak bagitau?" Kedengaran suara yang tak diundang. Amira mendiamkan diri sahaja.


"Tadi orang ajak tengok production line tak nak. Tapi nak diajak makan pula. Menyibuk betul!" Amira mengomel kegeraman di dalam hati. Malas nak dilayan mamat ni.


Hairi tersenyum apabila meihatkan wajah Amira yang menahan geram. Baginya, wajah Amira memberi seribu ketenangan tatkala pertama kali dia melabuhkan pandangan ke wajah itu di perhimpunan tadi. Entah mengapa, dalam beratus2 muka di hadapannya, wajah Amira yang menarik pandangannya.






*end of Kedua. Ketiga bakal menyusul minggu hadapan.*

geng! sori eh. semalam terlalu sebok sampai tak sempat nak online.

pagi semalam dah separuh hari kat klinik. wat MGTT tu.
bluekk! air gula punyalah seksa nak abiskan.

elok abis urusan kat klinik, dah pukul 11 lebih. disebabkan aku puasa dari malam tu sampai kul 11 tak makan apa2,
terus balek umah melantak roti telur sekeping. masa tu dah rasa macam berbuka pulak.
sebabnya, dok makan bukan main lagi lahapnya.

so, dah alang2 nak tengahari, aku minta zaza hantar aku kat ofis kul 2pm je lepas lunch hour.
dapatlah rehat kejap. dahla kat klinik amek darah sampai 2 kali. lenguh2 tangan ni.
so, aku rehat guling2 atas katil. baru nak lelap, dapat phone call dari officemate.
bagitau coleague kitorang baru kematian ayahnya.
so, terus aku cakap kalau diorang nak pi umah arwah, aku nak ikut.
jadinya, lepas zohor kitorang bertolak ke ipoh ziarah keluarga arwah.

elok2 je sampai umah keluarga arwah, jenazah dah dimandikan dan dikapankan.
tinggal nak disembahyangkan je.
so, tunggu kejap dalam 15 minit sampai orang habis solat, dan terus van jenazah sampai nak bawa jenazah ke tanah perkuburan.
aku dalam hati, "senangnya urusan arwah ni."
tapi tu lah. budak2 ni semua taknak ke tanah perkuburan sebab semua risaukan aku yang tengah pregnant.
so, semua pakat balek je lepas van jenazah pergi.

pada Shah, aku doakan semoga arwah ayah tercinta ko sentiasa dicucuri rahmat oleh-Nya. aku harap ko sentiasa tabah. aku pun pernah kehilangan ahli keluarga yang dekat. memang payah nak atasi perasaan yang ada sekarang ni. banyak2kan istighfar ye.

sampai umah dah kul 6 lebih. badan dah letih, mata dah layu.
perut jugak dah berdondang sayang. tapi, first thing first.
capai budak bujang tu dulu, main2 nan dia.
masa ni, aku terlupa patotnya aku kena mandi dulu. ye la kan, baru lepas ziarah orang meninggal.
dah nak maghrib baru aku mandi. itupon en alang dah bising2.

malam toksah kata la. berapa kali aku tersengguk2 masa dok tatap budak bujang tu.
terus en alang offer diri tidurkan khalish, ngan aku2 tertidor.
terjaga kul 9.30pm, pi cari nasi. masa ni en alang dan khalish dah tertidor.
aku ajak en alang teman aku makan, dia pon dah tak larat nak bukak mata.
last2 aku yang tercongok depan tv sorang2 sambil melantak.
;)

layan citer house sampai kul 11pm.
pastu, terus masuk tidor.

haa...ituje la kegiatan aku semalam.
penat wooo!!!
;P

Kedua akan menyusul petang nanti. Nantikan ya!

Thursday, July 1, 2010

ee yek! tak sedap!!!

air gula pekat. bluerghhh!

Wednesday, June 30, 2010

dak intan ni dah buang tebiat ke apa?

haha. mesti korang terkejut kan semalam tetiba je ada cebisan novel semalam.
oh, aku saja2 je nak try tulis novel. risau juga kalau tetiba bila dah tetengah citer, aku malas nak karang lagi.
ye la kan. skang ni tengah free sket, leh la buat novel bagai.
nanti bila dah sebok, novel ke mana, anak ke mana, suami ke mana ngan aku2 ke mana hala.
=)

jalan cerita aku dah lakar siap2 dalam pale otak ni.
panjang perjalanan Amira ni. banyak suka duka.
maybe ada orang bila baca rasa macam...hek eleh...sama je cerita macam aku baca novel2 lain.
percayalah. aku cuba nak keluar dari stereotype tu.
dan minta korang segera ingatkan aku kalau jalan cerita adalah serupa dengan mana-mana novel yang pernah korang baca.
percayalah. aku kurang sket baca novel melayu ni. sebab selalunya, aku baca makan masa sket.
konon-konon nak feel lebih. hehe.
seingat aku, ada 2-3 novel je yang aku bila tengok tajuk, boleh ingat jalan cerita. yang lain2 tu, main baca sekali lalu je. huhu.

ok korang. nak sambung buang tebiat ni.
hehe.

Tuesday, June 29, 2010

Pertama.

Kedinginan subuh pagi itu terlalu sejuk sehingga boleh rasa ianya mencengkam tulang. Perlahan-lahan selimut yang dari tadi berada di hujung kakinya ditarik Amira rapat-rapat sehingga ke bawah dagunya. 

Ibu Amira menguak pintu bilik anak daranya. Terjegil matanya melihatkan satu-satunya anak dara yang dimiliki bergulung pula di dalam selimut. Baru 5 minit tadi dia mengejutkan Amira untuk solat Subuh bersama-sama.

"Amira, bangun! Ibu dah kejut tadi, boleh pulak dia tarik selimut ye." Ibu Amira bersuara memecah keheningan pagi.

Terkejut dengan suara ibunya, segera Amira duduk sambil menjuntaikan kakinya di tebing katil.

"Cepat basuh muka dan ambil wudhuk. Kita solat Subuh sama-sama." Ibu Amira mengajak.

Dengan penuh kemalasan, Amira menyeret kakinya ke bilik mandi dan mengambil wudhuk. Amira terasa segar saat air yang dingin itu singgah ke mukanya. Terus Amira berasa cergas dan segera berwudhuk. Risau pula ibu bising lagi sekiranya dia melambat-lambatkan wudhuk.

Saat Amira menerjah ke bilik solat, ibunya telah siap sedia bertelekung sambil berwirid di sudut bilik. Segera Amira menyarungkan telekung berbunga birunya dan pantas tangannya menghampar dua sejadah menghadap kiblat.

Amira mengajak ibunya solat memandangkan waktu Subuh hanya bersisa 20 minit sahaja. Amira mengimamkan solat mereka berdua. Semenjak kematian ayah dan pemergian adiknya melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang, tinggallah mereka berdua di rumah. 

Selesai solat Subuh, Amira mandi sementelah ibunya menyediakan sarapan. Pagi itu Ibu Nur, panggilan mesra rakan-rakan Amira dan jiran tetangga memasak nasi goreng memandangkan nasi hasil tanak malam tadi masih banyak lagi.

Ibu Nur sedia tahu selera Amira. Sukakan yang pedas-pedas dan yang penting, mesti ada ayam dalam setiap masakan. Ibu Nur sengaja masak lauk sayur sawi goreng sebagai lauk sampingan nasi goreng. Memandangkan nasi pun banyak, bolehla Amira bawa bekal ke pejabat. Amira gemar sekiranya dapat bawa bekalan dari rumah. Tak perlulah dia ke cafe kilang yang sentiasa penuh orang tu.

Pagi itu Amira memakai baju kurung merah hati berbunga kecil kuning. Disarung pula uniform kilang separa lutut menutup baju kurung itu. Setiap hari bekerja, van kilang akan mengambil Amira di hadapan rumah jam 7.15 pagi. waktu kerja Amira bermula jam 8 pagi.

Ibu Nur dipeluk Amira dari belakang semasa Ibu Nur sedang menyiapkan bekal untuk anak daranya itu. Walaupun sudah berumur 23 tahun, tetapi manja Amira memang terserlah. 

Amira terlihatkan nasi goreng dan sawi goreng di atas meja makan. Bersinar2 matanya melihatkan nasi goreng kegemarannya. Segera kerusi ditarik tanpa mempelawa Ibu Nur yang tersenyum melihatkan anak perempuannya makan.

"Tu dah baca doa makan ke?" sapa Ibu Nur.

Hampir tersedak Amira bila ditegur begitu. Air teh o suam dihirup pantas.

"Amira baca dalam hati la ibu." sambil tersengih memandang ibunya.

"Ibu, marilah makan sama-sama. Maaf ye ibu. Tadi Amira geram sangat tengok nasi goreng dan sawi ni. Terlupa nak ajak ibu makan sekali."

"Takpelah Amira. Ibu nak makan lepas siram pokok bunga kat depan tu. Amira makan dulu. Nanti van sampai tak sempat pula."

Memang benar apa yang Ibu Nur katakan. Tak sampai 5 minit Amira menjamu selera, van kilang membunyikan hon di hadapan rumah.

Segera bekal dicapai, kasut disarung dan tangan kanan Ibu Nur dicapai lalu dicium. 

Laju kaki Amira menuju ke van kilangnya. Anis kawan sekampungnya dan bekerja satu kilang dengannya melambai-lambai tanda menyuruh Amira segera naik van kilang.

"Cepat la Amira, hari ini ada perhimpunan. Nanti kena denda pula." ujar Anis.

Setiap Isnin, kilang mereka mengadakan perhimpunan dan senaman ringan untuk pekerja-pekerja. Dan kebiasaannya, mereka yang lewat tiba sewaktu perhimpunan akan didenda untuk mengetuai senaman ringan. 

Amira melompat kecil menaiki van kilangnya. Di dalam perjalanan, Amira dan Anis galak bercerita tentang hidup masing-masing. Anis sebaya dengan Amira, tetapi jawatannya lebih rendah dari Amira. Amira penyelia manakala Anis operator. 

Anis berkelulusan SPM, cukup-cukup makan pula. Amira pula berkelulusan STPM. Keputusan yang boleh dibanggakan dengan 3A. Akan tetapi, ketika itu ayah Amira pula meninggal dunia kerana kemalangan di tempat kerjanya, terpaksa Amira mengambil alih menjadi ketua keluarga dengan bekerja. Nak diharapkan pampasan dari kemalangan arwah ayah Amira, duit itu perlu diagih-agihkan dengan melangsaikan hutang kereta dan hutang kedai runcit Pak Li. Bakinya bolehlah untuk menampung keperluan pendidikan Aidil, adik Amira yang ketika itu baru hendak memasuki tingkatan 5.

Van kilang yang dinaiki sampai ke kilang membentuk plastik itu tiba ketika jam menunjukkan hanya ada lagi 4 minit ke pukul 8 pagi. Berlari-lari mereka berdua mengejar masa untuk mengetik kad masing-masing. Setelah beg diisi di dalam lokar, mereka berlarian pula ke padang untuk perhimpunan. Bayangkan sahaja 2 orang anak dara berpakaian baju kurung berlarian begitu. Amira yakin sekiranya Ibu Nur melihatkan tingkah laku mereka ketika itu, sudah pasti akan menjadi bahan bebelan.

Staf seperti jurutera, penyelia dan operator akan berkumpul sekali di tengah padang. Cuma pihak pengurusan sahaja yang akan berdiri di atas simen berketinggian 12 inci menghadap staf setiap kali perhimpunan diadakan. Pagi itu, terdapat 3 muka baru di barisan pengurusan.

Anis menyiku Amira, "Amira, tengok mamat pakai baju biru tu. Hensem ye?"

"Ish kau ni. Ada-ada saja. Entah-entah dia orang tu dari jabatan kesihatan." balas Amira. Sungguh dia tak ambil pusing langsung tentang 3 muka baru di hadapannya.


end of Pertama. Nantikan Kedua. Itu pun sekiranya ada permintaan. Jika tiada, maknanya kisah Amira tamat sehingga sini. Terima Kasih. 

Apa Lagi Yang Lebih Indah Pada Pagi Hujung Minggu Selain Ini?

lempeng.


ikan masin


telur dadar.


sambal cili padi ikan bilis

dan nasi putih.

Indah bukan?

Monday, June 28, 2010

Ya Habibi Ya Maulana!

sabtu tu kitorang ada kenduri kat perumahan KLIA, nilai. sepupu ayah kawenkan anak dia.
makanan semua sodap2. mana tak nya, tukang masak diimport all the way from batu pahat.
memang dasat laaa...~

dan lepas makan kenduri, pi umah kakak ipar maksu aku kat nilai 3.
rumah dia betul2 belakang nilai 3 yang jual2 kain2 dan karpet2 tu je.
dah tak heran kat dia tempat tu. dan masa kat umah situ, kitorang pekena bubur pulut hitam dan puding laici. memang puas makan je la haritu.
dan malam pulak, kitorang feeling2 arab la sket. makan nasi arab.
terbayang2 kat mata aku lamb kabsah.

lokasi: cyberjaya. area cyber 5 rasanya.
nama restoran: saba restaurant
service: 4.8/5. laju je servis dia. lagi 0.2 tu hilang sebab diorang terlambat sket kemas meja.
kelazatan: 4.8/5. sebab aku pasti ada tempat lain yang lebih sedap dari sini. tapi setakat ni, inilah nasi arab yang paling sedap pernah aku rasa.
harga: lamb kabsah large - RM20
          chicken kabsah large - RM15
boleh makan sepinggan 2 orang. portion orang arab kan besar2.


muka kebulur masing2. as usual, muka aku memang nampak kusam waktu pregnant ye. puas tonyoh2 muka ni bagi hilang blackhead/whitehead, tetap kusam juga. adakah akan keluar baby boy juga?

meh kenalkan mereka2 pada korang yang tak kenal kami lagi.
clockwise from left: en alang suamiku, ajik, iqa (dan ibu), ibu dan ayah dan aku serta zaza.

budak ini ialah khalish. dia tidor sepanjang kami makan ye. dahla tak bawak stroller. terpaksa aku dan en alang gilir2 ribakan budak 9kg ni.


kami suka makan nasi arab tu dengan hot sauce ni. ada juga disertakan acar dan satu lagi "sambal". yang "sambal" tu tak tahu le nak panggil apa. sebab macam hasil gabungan tomato, bawang dan cili sket. tapi tak amek gambar pon. aiyoh..lupa2.


chicken kabsah.


lamb kabsah.


mari mabuk2. takla. ini 0% alcohol. rasa macam sparkling je. peach ni tak sedap sangat. haritu rasa yang hibiscus (bunga raya) tu sedap! diorang semua minum bavaria ni. tapi masa ni aku minum lime juice je.


lamb kabsah lagi. kali ni boleh nampak lamb nya. kambingnya sangatlah lembut. tak rasa macam makan daging pon. ala2 melt in your mouth gituuu~


restoran ini lah! 


hasil akhir santapan kami.
;)

so pada sesiapa yang dok kat area lembah kelang tu, sila lah cuba ye.
ibu la yang suka sangat lamb kabsah ni. masuk ni, diorang dah makan 3 kali dalam masa 3 minggu. dasat kan?

edited 3.56pm: nasi arab ni tak berminyak dan tak muak. nasi dia pon lembut je. dan kalau takut muak, korang leh makan ngan hot sauce tu. cubalah!

Kalau balek dari jalan jauh, camni la.

penat sentiasa ok!
saket2 badan ni. haihhh~

rasa nak amek day off je. betul2 badan rasa sengal2.

seronok jugakla wiken aritu. dapat jumpa officemate lama, dapat jumpa dedalie lagi...
dan dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. bayangkan, ada yang terkejut tengok aku dah ada anak sorang ok!
hahahaha~
tu diorang lom tau ada lagi sorang dalam perut. saje takmo citer. takut diorang kena heart attack plak. ngeh ngeh.

tengokla tengahari karang aku update lagi ok.
skang nak pi blog hop plak.
rindu blog2 korang tuuu~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...