Followers

Wednesday, February 4, 2009

lembik badan

sepanjang pagi apa yang aku makan dan minum,
akan kuar balek.
penat laaa...

perut pon pedih je. sebab kosong sangat.
ekceli, penyakit muntah2 ni sejak semalam.
tapi demam dari isnin aritu.

malam tadi,
aku rasa en alang tak tidor pon.
sebab tiap kali aku batuk2 macam nak terkeluar anak tekak,
dia akan urut2 dada dan belakang aku.
cian kat dia.
mesti tak cukup rehat sebab jaga aku.


dahla hari ni ada Surveillance audit.
sib baik ada MR ngan DTM cover aku baekkkk punya.
alhamdulillah.
diorang faham aku tak sehat harini.


maybe esok ngan lusa aku amek cuti.
rasa badan lembik sangat2.
besides, jumaat nak turun muar.
ada kenduri arwah. kat umah mak long.
tak sabar nak balek kampung.
lindu oooo......


ada lagi update sebenarnya.
tapi sori ye korang,
aku tak sehat ni.
next week k?

take care ye korang.
oh, aku ada jugak jengah blog2 korang.
tapi takde mood nak komen apa2 pon.
ampun ye!

Monday, February 2, 2009

lepak2 kat shah alam.

ahad.
hantar zaza balek uitm s.alam.
sebab tiket bas sudah bo-liau.

sampai2 je kat sana,
kitorang piknik2 kat tasik seksyen 7.
sib baik hari tak panas sangat. cam ala2 redup je.
so, kitorang pon lepak2 kat situ.
ibu la yang beria2 masak2 pepagi buta.



ni la tasik tu. sesiapa warga uitm, tau la kewujudan tasik ni. sebab memang dokek yo ngan gate belakang uitm tu.


muka sengal memasing. iqa gile bergambar. layankan je la.




lauk2 yang ibu masak. ikan goreng sambal, ayam panggang mexican ngan tofu telur goreng. ringkas je. tapi, masa ni, makan beria2 ok. sebab lapar sangat2. hehehe~



muka sengal orang kebulur.



lepas makan. en alang beria2 tarik aku amek gambar sama. 2 budak gumuk. en alang dah gumuk kan? hehehe.


lepas je makan, cepat2 kemas. masuk kete dan terus pecut pi damansara. wat pe ek? hahaha. pi ikea la. terpengaruh ngan ceera, mizzAmy ngan misZue la ni. aku la. macam2 nak beli. nak beli itu la, ini la. konon2 nak beli rak buku jugak, tapi tak muat kereta daaa~

rak buku tu rm180 tak silap. kaler putih. memang kenan sangat2 la. tapi apakan daya, kami pergi ngan kereta gen 2. kalau bawak kereta naza ria ayah muat agaknya.






antara barang2 yang dirembat kat ikea. fuh! sebab dah lama tak pi sana, rambang mata dibuatnya.


kat ikea je dari kul 12.30pm sampai kul 4pm. tapi tak rasa pon masa berlalu. then, lepas tu, hantar zaza balek kolej. tapi jem kat federal highway nak dekat 45 minit. ada accident libatkan banyak kereta. aku lost count. sebab macam banyak. dalam 7-8 kereta kot. sampai uitm je nak dekat 5.30pm. itu ini begitu begini, hampir kul 6 kitorang kuar dari shah alam dan terus balek sitiawan.

sampai sitiawan je, dinner kat restoran strawberry. layan jugakla. tomyam sangat kaw2. best!
oh. sampai sitiawan kul 8pm.
suggestion aku: lagi senang dan cepat ikut jalan dalam (klang-kuala selangor-sabak bernam-t.intan) berbanding ngan highway yang ikut exit bidor tu.


pas makan, balek umah ibu, tukar kereta dan balek umah je. memang melepek je la keje aku. huhuhu.

dan skang ni, keje bertimbun2. pulaknya, esok cuti plak tuh. sempena ulang tahun jubli perak Keputeraan Sultan Perak. Ampun Tuanku! korang2 jangan jeles ek. hehehe~

maybe tak sempat nak blog hop hari ni. aku taip entri ni pon curi2 tau. take care korang!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...