Followers

Friday, August 13, 2010

Terharu ok!

bila masuk2 ofis je, ada org tegur kat chatbox takde entri ke hari ni. hehe.
sorila niera, akak ada appoinment doc tadi. scan perut. ni baru je masuk ofis sejam yang lalu.

oh. baby dah nampak kaki, tangan, jari2, perut, tulang belakang, jantung. insyaAllah baby sehat2 je.
seronok tgk baby ni tadi. tapi sebabkan baby menelentang melintang, so tak dapat la nak tinjau2 gender dia.
hehe. tak sabar nak tunggu next scan pulak. sebenarnya tak sabar nak beri nama.

hari ni jugak ibu dah start buat tempahan kuih raya. ibu terpaksa siapkan order APMM sebanyak 10,200 keping kuih untuk 2 jenis kuih. haihh...sempat ke tidak nak siapkan tu. ahad plak diorang nak tempahan tu semua siap. yang renyah tu, diorang nak paketkan kuih2 ni 3 biji dalam 1 peket. so, weekend ni kitorang satu family akan sebok seseboknya.

Thursday, August 12, 2010

Dari Dia kita datang dan kepadaNya juga kita kembali.

isteri bos aku dah meninggal dunia semalam.
disebabkan dia chinese, aku tak tau apa perkataan sesuai nak ucapkan. cuma takziah sahaja yang terkeluar dari mulut ni.

sedih kan? rasanya wife dia tu kena kanser pangkal rahim.
oleh itu kawan2, especially yang dah ada anak, tolongla buat pap smear ni regularly ye.
bukan susah mana pon, kangkang je kaki, diorang amek sample dari you-know-what.
itu saja. kalau ada problem, sure diorang akan inform dan kita boleh ambil langkah2 awal.

pada sesiapa yang ala2 blur2 tak tau apa aku tulis ni, sila rujuk pada entri ini.

saket perut.

dah 3 kali kuar masuk toilet je ni.
haihh~

:(

Wednesday, August 11, 2010

first puasa. jam 10.35am. masih gigih dan bertenaga!

haha. agak sadis la.
pagi tadi macam biasa tekak ni nak uwek2. sejak pregnant, itu la rutin asal dan tak pernah berubah.
tapi masa mandi pagi tadi, aku tahan2 muntah tu. seboleh2 taknak muntah.
aku tahu kalau aku muntah pahit2 tu, sure takleh tahan dengan pahit2 payau yang kuat amat tu. dan terus akan bergegas cari listerine dan air nak ilangkan pahit2 tu.


so, harini berjalan dgn lancar masa aku tahan muntah. seboleh2 aku tak nak tundukkan kepala. masa amek sabun terjatuh atas lantai pon, aku rendahkan badan, kepala tetap maintain mendongak dan tangan raba2 lantai cari sabun. haha.


harap2 tahun ni puasa dapatla lebih dari 20 hari puasa. tahun lepas, aku dapat puasa 10 hari je ok. gara2 muntah pahit2 tu. iyekkk!!! (dan puasa 20 hari yang tertuang tu tak terganti lagi ok! huhu)


tadi saja2 la pi petronas round2, rasa boring kat office. tetiba pale otak terus ting! nak survey tapak bazaar ramadhan la. haha. baru first day puasa, pagi2 lagi dah pegi survey tapak bazaar. tak senonoh kan?


ingat nak berbuka kepak ayam madu. yummy!

Semoga kita semua beroleh keberkatanNya.

Tuesday, August 10, 2010

Perut aku kecik atau perut dia yang besar?

baru balek dari klinik ni. rasa jeles pulak kat satu minah ni.
perut dia dan aku sama umur, tapi perut dia lagi besar.
perut aku ala2 malu2 gitu. haihh..geramnya!

haha. suka ok tgk orang perut besar2. apsal ntah.

pulaknya, minah tu macam tak caya kitorang sama2 dah 4 bulan. bila check due, ha ko, beza 2 hari je.
haha. silap2 masa beranak nanti, katil sebelah2. oh..best ok!
;)

jumaat ni baru nak scan. tgk la camne.
adakah dah boleh lihat genital baby? rasanya awal lagi kot eh. takpe2. tunggu 6-7 bulan nanti sure leh nampak dah.

tak sabar nak tahu genital baby sebab aku lebih suka namakan baby awal2. senang nak panggil2 dia sejak dalam perut lagi. takdela dok panggil baby, baby, baby. en alang pon kadang2 aku panggil baby jugak. haha.



Monday, August 9, 2010

Tak sangka la. Dah masuk 2nd trimester rupanya. Haha.

*imej dari babycentre.com*


macam mimpi je. betul2 tak sangka.
sekejap sangat dah 16 minggu. kang tetiba je ada lagi 100 hari. pastu lagi sebulan. pastu seminggu.
hahaha. nervous la weiii....

abaikan perasaan poyo ni eh. 
macam yang korang tau pon, masa mengandungkan khalish perut aku pon tak berapa nak nampak sangat.
same with this pregnancy jugak la. perut ala2 malu nak tunjuk kat orang.
pulak tu ramai tegur apsal aku kurus. hahaha. nak wat camne. akak ni golongan obese.
kalau pregnant, sure berat turun. abis je pantang, siap la. berat badan tiba2 je naik mencanak2.
hahaha.


macam yang korang tengok imej dari babycentre kat atas tu, skejap je baby dalam womb ni dah sempurna camtu.
macam e eh, aritu bukan ke kecik cinonet nampak macam besar bijik guli je? tetiba dah besar buah avocado eh. bagus2. membesar la ye nak eh. mama tak kesah dah stretch mark nak kuar panjang mana pon dah. yang penting, kamu sehat dan membesar bagai johan ok!
:)

khalish pon dah pandai nak gosok2 perut mama dia ni ha. macam tau2 je ada adik dalam ni.
tapi kadang2 datang mengamuk dia, abis semua ditendang2. haihhh..nak wat camne kan. besar2 camni layankan la jugak.
dah berakal sket, siapla. kamu pulak mama rotan2 kan. hahaha.
*tergamak nak rotan anak sendiri ke?*

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...