Followers

Thursday, July 31, 2008

akhirnya

penantian 3 hari yang menyeksakan berakhir jua...
semalam dah gaji!
and adala increment sket
:)


bayar utang, gedebak gedebuk...
adalah tinggal beberapa rat lagik.
tu pon nak beli hadiah2 untuk orang kawen dan bajet minyak kereta.
ok la kot.





ateh semakin membesar dan comot.
ye, bukannye comel,
tapi comot.
dia tak pandai buang taik mata sendiri ok!
aku jugak la tolong buangkan taik mata dia.
huhuhuhu~


kesihatan ateh memuaskan.
tapi tu la, ateh ni jenis menyendiri.
tak reti nak bersosial.
bila aku kuarkan dia dari kandang,
dia akan berjalan2 ngan slow dan lembab,
berjalan ke bawah kerusi
dan tidor kat situ.


ye, kucing aku tergolong dalam kucing yang lembab.
berjalan lembab,
lari apatah lagi, senang je nak tangkap.
hehehe~




tapi skarang ni dia dah faham cakap orang.
kalau aku cakap ngan dia, dia akan nyahut.
cam, kalau aku kata...

"ateh..takmo pi kat dapur. ada hantu."
"ngiauuuuuuuuuuu"

"atehhh... mana bucuk ayong ni?" ~ aku sangat suka baby talk ngan kucing. tak tau la apasal.
"ngiaauuuuuuuuuu"

"ane ia udak utuk2 tu...."(mana dia budak busuk2 tu)
"ngiauuuuuuuuuuu"





macam tu la.
kalau kite pegang dia plak,
terlepek la dia atas pangku ko sampai dia tertidor.
lagi satu dia cukup suka kite belai2 dan garu2 dia.
hehehe~
manja tapi suka menyendiri.
misteri sungguh!
:P


ingat jap gi nak pi giant. dah usha satu tali ikat kat leher jenis panjang tu.
senang sket hati aku nak lepaskan dia kat luar.
kalau dia terlepas camtu je, ada budak berkenan,
dia pakai amek je karang.

teringin sangat nak bubuh gambor dia kat dalam blog ni.
nanti la, aku usahakan cara camne ek?




tadi en alang tipon, ajak pi karok malam ni.
aku memula on je.
tapi bila teringat balek, eh, malam ni bukan ke malam jumaat?
tak baik la plak kan nak pi karok2 masa macam ni.
so, kitorang ubah schedule je.
sabtu atau ahad.
:)








tak sabar nak tonton susuk.
dah lama tunggu, akhirnya kuar jugak movie ni.
ingatkan diorang nak tunggu sampai movie tu jadik belacan.
:P

Wednesday, July 30, 2008

maksiat di depan mata.

ibu ngan ayah aku.
punya sepasang kawan baik sejak dari bujang lagi.
sejurus setahun selepas ibu ngan ayah bernikah, kawan mereka ni pon bernikah juga.
then, disebabkan ayah dan uncle tu navy,
banyak la tempat kena assign.
so, hubungan diorang ni kebanyakannya on-off gitu la.
but still baik.
sejak ayah dah masuk mmea, uncle kerja swasta,
kirenya dah settle down kat area stewan-manjung ni je.
dah macam hometown sendiri.
biarpon uncle org kelantan, auntie orang johor, ayah orang johor, ibu orang melaka.
lebih selesa di sini.




ibu ngan ayah punya aku, arwah angah, zaza, ajik dan iqa.
5 orang anak.

uncle dan auntie tu punya boy1, boy2 dan girl.
3 orang anak.


ibu dan ayah,
sangat tegas.
boleh couple, tapi hanya selepas pengajian di sekolah tamat.

uncle dan auntie,
lembut ngan anak2. turutkan kata mereka.
boleh couple, tak kisah la umur berapa.

ok fine. lain orang, lain pendapat.



yang aku tak leh tahan sampai skarang.

uncle dan auntie. boy1 dan girlfriend. boy2 dan girlfriend. girl.
tinggal serumah.
boy1 dan boy2 bersama girlfriend mereka tidur secara pasangan.
punya bilik sendiri.
hidup serupa orang putih.
tak kenal halal haram dah.
tergolek2 tengok tv kat ruang tamu bermanja2 macam dah kawen.
tidur sekatil. mak dan ayah tak halang.
tak kata ya, tak kata tidak.
bila ibu tegur,
auntie cakap, "biarla..budak2. lagipon, depan mata kita je."

ibu ada usulkan supaya mereka bernikah saja.
alasan, "boy1 ngan boy2 tak kerja lagi. nanti diorang nak makan apa? kesian budak2 tu."
ibu fed-up. tak larat tgk maksiat depan mata.
terang2.
ibu meluat.
benci.
muak.


ibu adukan perkara ni pada aku.
aku tanya ibu, dah berapa lama jadik.
ibu kata dah 2-3 tahun pon.
cuma tak nak beritahu aku, ibu tahu aku macam mana.
aku ni mulut laser.
cakap ikut sedap mulut.
ibu risau disebabkan mulut aku, hubungan ibu dan kawannya terganggu.

aku faham.
tapi aku rasa macam aku tanggung dosa juga.
dosa tak tegur mereka.
dosa membiarkan maksiat bermaharajalela kat rumah tu.


ayah pon dah tau rupanya. ibu adukan padanya.
ayah takde reaksi. cuma mampu beristighfar dalam hati.
mungkin demi persahabatan sejak bujang lagi, ayah diamkan.
mungkin tunggu masa yang tepat untuk menegur.






korang ada idea yang lebih baik?
apa pendapat korang?
patot ke ibu bapa mengikut saja kerenah anak2 yang semakin kronik ni?

Tuesday, July 29, 2008

mimpi ngeri...

malam tadi aku dan en alang mimpi yang tidak berapa indah.


mimpi aku:
aku dan en alang sedang bercuti di sebuah pulau. tetiba kitorang rasa nak pi shopping. so, kitorang pergi la ke mesin ATM berdekatan untuk withdraw duit.
en alang kuar duit, pass!
aku kuar duit, tak pass!
apsal ek?
rupa2nya aku masukkan kredit kad aku ke dalam mesin atm.
ok, fine. aku salah masuk kad.
then, aku bukak purse nak amek bankcard,
aiyoyo! mana pigi saya punya kad?
sudah ilang!!!
dalam mimpi tu aku nangis sungguh2.
sebab tak dapat kuar duit nak pi shopping.
wakakakkaka!



uishhh...aku takut betul kalau kad aku ilang.
dahla buku bank takde.
kalau la terjadi betul2, haru tau!
dahla skang ni gaji pon tak masuk lagi neh.
lagi haru!
:P



mimpi en alang:
dia pergi keje.
aku dok umah. (aku tak keje ke ek?)
aku bawak lelaki lain masuk umah.
kami 'bergurau-senda'.
en alang balek.
nampak kami 'bergurau-senda'.
en alang amek parang.
en alang tetak lelaki tu dan tikam2 dia. lelaki tu mati.

then, hari lain pulak.
lagi skali aku dan lelaki lain 'bergurau-senda'.
tapi lelaki ni lelaki yang lain.
en alang fed-up.
sebab dia nampak air mani merata2 atas katil. (boleh?)
dia bunuh kami berdua.



hahahahaha!
gile ngeri!
aku ni playgirl sangat ke sampai nak 'main' ngan 2 lelaki?
bodoh betul!
hahahahahahaha!



nak tau apa punca kami berdua mimpi macam ni?

aku:
sebab tak gaji lagi. sesungguhnya aku dah pokai teramat ye. huhuhuhu~

en alang:
2 hari lepas aku ada bergurau ngan en alang. pasal seks sorang perempuan ngan 2 lelaki.
en alang terkejut aku boleh fikir macam tu.
tu yang sampai dia termimpi2 tu.
pagi2 ni dia citer kat aku mimpi dia.
aku terkekeh2 gelak.
cian en alang, takut bini dia main kayu tiga sampai termimpi2.
sayang jugak dia kat aku ek.
:D





ok, citer lain.
kalau korang perasan, kat sebelah ni aku dah update blog roll aku.
so, pada sesiapa yang rasa nama blog korang takde kat situ, sila la beri url blog korang.
yang blogger baru kat sini nak beri pon dialu2kan.
aku ni pelupa.
kalau korang tinggal jejak sekali je kat sini, alamatnya tinggal sejarah la ye.
:)

kepada aarin, anne, ayu, hana-ni-mo-nai2, misszue, nanonano, nuin, shasha, 13may dan ad3ck.
aku tak dapat nak add korang dalam blog roll aku.
sebab dia kuar mesej camni:
"could not detect a feed for this URL. Blog posts & update time will not be shown. Add URL anyway?"


tak tau la apa masalahnye.
time kat blog korang dah tukar kepada local time tak?
tolong check ek.
kalau dah tukar, bagitau aku k?
:)

Monday, July 28, 2008

belum gaji lagik :(

sedihnyeee.........
apasal la gaji ni lambat sangat.
bank dah tipon2 suruh bayor hutang.
huhuhu~

bulan ni memang agak sengkek.
bulan 8 terlalu ramai yang berkahwin, bertunang...
so, bajet agak lari la.
camne ek?
hmmm....



pagi tadi jam 11, aku lari balek umah jap.
masak lunch untuk en alang.
sebab malam tadi tidor umah ibu...mana la sempat nak masak bagai kan.
so, harusla tadi aku terkocoh2 masak.
lauk simple je.
kari sotong. dan taugeh+udang goreng.
itu je.
dalam kul 11.45 gitu, aku dah settle masak.
en alang sampai umah kul 12.15pm,
elok2 la lauk tengah suam2. sedap dimakan.
hehehe~



kepada norash,
babe, aku minta maaf banyak2 tak dapat pi kenduri adik ipar ko tu.
ada hal la babe.
sorry...
apa2 hal, ko ym aku ok?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...