Followers

Showing posts with label tak best. Show all posts
Showing posts with label tak best. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Cuai atau tidak sengaja. Apa kata anda?

Korang baca tak Harian Metro semalam? pasal budak yang meninggal sebab terperangkap dalam kereta. risau dan takut tau sebab aku dulu pon hampir2 nak jadi camtu. 





Anak Mati Lemas Dalam Kereta




Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.


Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.


Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.


“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.



“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.


Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.



“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.



“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.



Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.



“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.



“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.



Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. 

- petikan dari harian metro.

_______________________________________________________
ni versi aku. dari entri lama2. February 2010. khalish nak masuk 5 bulan masa ni.

Mamai yang serius (leh klik kat tajuk kalau nak baca dari entri asal)

apa ntah yang aku terfikir2 pagi neh.
masa nak antor khalish ke rumah babysitternya,
aku bleh plak straight ke ofis.
hanya tinggal 200meter dari ofis baru aku perasan yang khalish masih berada di sebelah.
sedang nyenyak tidor.

slalunya dia tak tidor pon.
ni dia tidor plak. sebab tu aku tak perasan dia kat sebelah.

terpaksa berpatah balek dan hantar khalish ke rumah babysitter.
mengucap panjang aku bila terpandang si kecik sdg lena tidor.
sebab aku bawak kereta macam tak hirau sekeliling.
risau juga kalau dijadikan satu habit buruk suatu hari nanti.

sebabnya...

dulu aku pernah tgk oprah.
ada satu topik yang mana seorang ibu tertinggal anak perempuannya yang berusia 3 tahun di dalma kereta.
dan hanya disedari 8 jam kemudiannya.
itupon sebab kawan kerjanya terperasan ada budak dalam kereta.

dan anak itu meninggal.
kerana kepanasan yang melampau.

teresak2 aku bila mengenangkan anak yang tak berdosa tu meninggal atas kecuaian ibunya sendiri.
dan jikalau aku yang menjadi ibunya, tentu aku rasa bersalah sepanjang hidup.

cerita sebenarnya, hari itu adalah hari pertama persekolahan.
slalunya, yang hantar anak2 (anak ada 2 orang) ke sekolah adalah suaminya.
tetapi masa tu suaminya ada appointment dengan dentist (atau doktor?)
jadi, si isteri terpaksa ambil tugas suami.
dan secara automatiknya, rutin harian terganggu.

dan oleh kerana rutin yang terganggu ini, membuatkan si ibu kelam kabut sikit.
dan dengan fikiran yang penuh; hantar anak2 dan masuk kerja (ibu mengajar di sekolah),
secara tidak langsung, si ibu tidak perasankan anak berumur 3 tahun yang tidor di seat belakang.

dan hanya menjumpai anak perempuan itu setelah 8 jam.
dalam keadaan badan panas terbakar.
(korang bayangkan je dalam cuaca yang panas, kite dalam kereta beraircond pon masih nak mengeluh.)
dan si ibu hanya mampu meraung. mengenangkan kesilapan sendiri. yang boleh terjadi pada kite semua.

bila aku teringat kisah ni tadi,
aku takut.
menggigil2 aku pagi tadi bila terlupa dengan rutin aku.
risaukan kalau2 aku jadi macam dia.
ibu mana tak sayangkan anak.

:(
______________________________________________________

takut kan?
takut ooo...skang ni aku dah berjaga2 lebih extra la. setiap kali nak kuar kereta aku akan check seat belakang dan tepi. malan tak berbau kan? kita hanya boleh amek lebih precaution dan berdoa semua ok2 saja.


Thursday, June 17, 2010

aku harapkan benda2 camni jauhkanla dari kami...

malam kelmarin, mimpi aku tumpah darah.
banyak sangat.

malam tadi pula, mimpi aku saket sangat kat peranakan sampai macam leh rasa masa mimpi tu.
macam real je.

takut ok!
=(

Tuesday, December 30, 2008

masih boleh dikira dengan jari mereka yang hadir ke pejabat hari ini.

aku ada di ofis
selasa, rabu dan jumaat
memang ada.

tapi, kalau aku tak apdet tu
maknanya aku BOSAN kat ofis ni.
ok?

korang leh jengah aku kat ym.
aku rasa malas nak blog hop dan tulis blog.
apsal ntah.

oh ye.
mungkin semalam tak dapat tidor yang cukup mungkin.
buatkan aku rasa nak 'marah' je.
aku dapat 2 mimpi berturut2. mimpi ngeri.
mimpi 1 : en alang kena bunuh.
mimpi 2: aku buang anak.

apakah tafsirannya?


dan malam tadi, sambil tidor, sambil aku buat bunyi2an.
ah. ah. ah.
bukan bunyi orang mengerang sedap, tapi bunyi orang mengeluh2.
en alang brape kali kejutkan aku. tanyakan aku demam atau lenguh badan.
tapi sebenarnya, aku mimpi dia dibunuh. dibunuh dengan kejam. ditetak berkali2.
yang peliknya, lepas aku sambung tidor semula, mimpi tu bersambung balek.
pelik? mungkin.

dari memula takde niat nak apdet panjang,
tetiba 'ter'panjang sikit.
okla.
aku nak sambung tidor.
bayar balek tidor smalam.
jaga diri korang.


salam maal hijrah. selamat tahun baru.




nota ujung entri: aku dapat tau ada antara blogger yang tak sehat. ceera dan anne. semoga korang cepat2 sehat. makan ubat ikut time ok! kepada yang baru lepas bertunang, qas dan ayu, tahniah buat kalian. tepek gambar bebanyak ye. aku suka tgk gambar. mood skang ni malas nak membaca. oh pada zie, harap tabah ye. pada kalian, kimi sedang jalani operation by pass hari ini. kite doakan yang baik2 buat mereka ye.

Friday, September 26, 2008

bye bye (ibu) ku sayang


kak ani,
dah macam kakak, ibu sendiri.
apa segala kata2 dia,
semua berunsur nasihat.

hari ni dia last day kat ofis ni.
sedih, sayu sangat2.

orang pertama yang menegur, memberi tunjuk ajar pada aku kat kampeni ni.
semua orang happy nak raya,
perasaan aku plak bercampur-baur.

Monday, July 28, 2008

belum gaji lagik :(

sedihnyeee.........
apasal la gaji ni lambat sangat.
bank dah tipon2 suruh bayor hutang.
huhuhu~

bulan ni memang agak sengkek.
bulan 8 terlalu ramai yang berkahwin, bertunang...
so, bajet agak lari la.
camne ek?
hmmm....



pagi tadi jam 11, aku lari balek umah jap.
masak lunch untuk en alang.
sebab malam tadi tidor umah ibu...mana la sempat nak masak bagai kan.
so, harusla tadi aku terkocoh2 masak.
lauk simple je.
kari sotong. dan taugeh+udang goreng.
itu je.
dalam kul 11.45 gitu, aku dah settle masak.
en alang sampai umah kul 12.15pm,
elok2 la lauk tengah suam2. sedap dimakan.
hehehe~



kepada norash,
babe, aku minta maaf banyak2 tak dapat pi kenduri adik ipar ko tu.
ada hal la babe.
sorry...
apa2 hal, ko ym aku ok?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...