Followers

Friday, November 14, 2008

Naga ditelan ular lidi

ok tak layout yang ni?
penat cari dari pagi tadi. last2 aku amek je yang ada kat pyzam.com
sebab dah terlalu boring ngan blog sendiri.
kalau tak suka ke, suka ke..cakap tau!

ada banyak lagi nak kena buat kat blog ni.
link2 korang aku tak update lagi.
ni pon nak dekat nak balek dah. tak sempat nak update link2 tu.

edit jam 5.25pm,
aku dah letak link2 korang kat sebelah.
tolong check2 la ek kalau2 aku ada tertinggal link korang.
thanks!




dari pagi tadi, lagu2 iklan asik berputar2 kat pale otak ni.

jom nyanyi sama2!


ku gembira sentiasa
badan ku sihat dan cergas
hoorey!
biar panas, atau sejuk
ku bermain penuh minat.

bermain melompat sini sana
Scott's Emulsion, membantu saya!


satu lagi,

Ho, ho, ho
vitamin B6 daripada 48 pisang
ho, ho, ho
kalisum daripada 55 cawan susu
ho, ho, ho
zat besi daripada 3 kilo bayam!
ho, ho, ho, yeahhh!


maksud peribahasa hari ini,

Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.

Thursday, November 13, 2008

Masuk tak genap, keluar tak ganjil

Hari ni 13 November.
Maknanya,
hari ni birthday dak Ayu. Happy Birthday girl!

dan juga bermakna,
ada sebulan lagi untuk aku fikir nak beri hadiah apa untuk en alang nanti.
birthday dia on 13 Disember nanti.
korang ada cadangan? leh tolong usulkan tak?

aku nak buat review sket hari ni.


madagascar: escape 2 africa.

movie ni dengan secara tak sengaja aku pi tgk ngan en alang dan iqa last weekend.
iqa la yang beria2 ngajak pi tgk.
(ye la kan, panggung wayang kat stewan ni dah upgrade, selesa dah! ada popcorn lagik)
so, sebab kan nak melayan si iqa ni, kitorang sanggup meredah ujan lebat pada jam 2pm semata2 nak pi beli tiket yang waktu tontonannya jam 4.30 pm.

huhuhu.

siapa yang tak tgk citer ni, rugi.
siapa yang belum tgk citer ni, rugi.
siapa yang dah tgk citer ni, untung.

apa yang rugi, apa yang untung?
rugi--->tak dapat rasa kelucuan yang menyeronokkan, bernyanyi2 bersama kartun2 tu.
untung---> dapat gelak terbahak2.

aku tak reti nak bagi bintang. korang tgk, baru korang bagitau bintang kat aku ok!

amaran keras!
movie ini hanya layak ditonton untuk mereka yang gemarkan kartun, fiksyen dan benda merepek2. kalau korang seorang yang sangat realis, tak payah nak kutuk2 kartun ni tak best. ada faham!


Maksud peribahasa hari ini:

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat

Wednesday, November 12, 2008

mabuk di enggang lalu


term;
  1. Anda diminta melukiskan gambar / menepek gambar bilik anda...anda di minta menerangkan serba serbi tentang bilik anda.
  2. Anda juga diminta menerangkan setiap fungsi item yg terdapat didalam bilik anda.

ni sebagai menjawab tag ayu.
ada jugak ek tag macam ni. lepas ni agaknya ada kot tag pasal toilet ke..kitchen ke..

ok, mari kite start.

item 1 - pintu masuk. dari ruang tamu. kalau dari bilik ni, straight je boleh nampak tv. tapi sebab aku rabun jauh, takleh la nak golek2 atas katil sambil tgk tv. terpaksa jugak melahu kat ruang tamu tu.

item 2 - kerusi. bukan sebagai tempat duduk, tetapi sebagai tempat letak telekung dan sejadah.

item 3 - almari baju. oh ya! set bilik ni dihadiahkan oleh ayah dan ibu sebagai hadiah perkahwinan. almari baju ni comel je. baju2 aku tak la muat sebenarnya. ada lagi satu beg besar penuh dengan baju2 aku kat bilik sebelah. dalam almari baju tu hanya baju2 yang selalu aku belasah je ada kat situ. baju2 yang aku sayang, ada dalam beg.

item 4 - karpet kaler merah berbunga2 kecil kuning. karpet ni aku rembat dari umah ibu. ibu la ni, dia tak kenan ngan karpet tu, dia suruh aku angkut. tahu la kaler dia cam kels kan. tapi, ok la untuk buat lapik solat setiap hari.

item 5 - tempat beradu aku dan en alang. cadar ni baru je ganti isnin lepas. selalunya, en alang yang kemaskan katil sebelum pi keje. sebab pepagi aku sebok bersilat kat dapur, masak bekal untuk dia. kaler bantal tu saje bubuh kaler kuning. sebenarnya, atas katil tu je ada 6 biji bantal. so, kaler sudah campur2. ye, aku ngan en alang sangat gemarkan bantal. tapi kalau masuk tidor tu, kitorang pakai 4 biji bantal je.

item 6 - almari solek. cermin ada slide. belakang cermin ada rak letak barang2. susah jugak nak jaga cermin ni. senang sangat berhabuk. hari2 kena lap.

item 7 - jam dinding. jam ni asik sangkut2 je. jarum jam dah bengong. last week baru je aku kenen2 jam ni. semalam dah buat hal balek. malas aku nak 'care'.

item 8 - toilet. toilet ni takla besar mana, tapi okla untuk mandi berdua. (oops!)

item 9 - langsir&tingkap. langsir aku kaler putih. jenis kain jarang2 gitu. kalau pepagi, memang nampak romantik je. tapi kalau malam, lampu bilik takkan terbuka sebab org dari luar leh nampak org dalam bilik. so, kitorang pasang lampu toilet je. kena beli langsir baru ni. yang kalis cahaya.


itu sahaja. oleh kerana aku kena tag, jadinya, aku nak tag;
1. peejaburhan (sebab dah lama aku tak komen kat entri dia, aku beri dia hadiah ni..hehehehe)
2. yat ekhram (sebab dia pon tag aku)
3. a'an (tak pernah tag dia lagi)
edit jam 1pm, 4. qasieh (sebab dia nak sangat aku tag dia. hehehehe)


ok, satu utang tag dah settle. lagi satu tag ni nak kena settle plak. dari yat ekhram.

1. Apakah benda paling utama dalam hidup kamu?

benda ke manusia ek? kalau benda, hp la kot. kalau org, en alang dan ibu. tak boleh takde dua-dua ni.

2. Apakah benda terakhir anda beli sendiri?

apa ek...hmm...oh ya! isi minyak kereta. hehehe~

3. Di manakah tempat impian perkahwinan anda?

ok..aku dah kawen kan. tapi kalau diikutkan, tempat impian semestinya kat tepi pantai! dengar akad nikah diiringi deruan ombak. leh tangkap syahdu! :)

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?

InsyaAllah, sampai ke syurga nanti. Dialah pengarang jantung buah hati bucuk masham ku.

5. Adakah anda seorang yang dilamun cinta?

korang sendiri leh agak kan. hari2 aku angaukan en alang.

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?

entah. tak ingat la. cam dah lama sangat tak dinner kat luar. hari2 biasa, makan kat umah je. lebih afdal gitu.

7. Apakah buku terakhir yang anda beli?

Buku sudoku. tak ingat la terbitan mana.

8. Apakah nama penuh anda?

Intan Hezliyana binti Abdullah. sebenarnya nama ni memang nampak indah je kan? tapi takde makna ok! langsung takde makna dalam kitab islam.

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?

IBU! ibu banyak tolong aku harungi suka duka alam perkahwinan ni. seronok dengar pengalaman dia pada awal2 perkahwinan, tak ubah macam aku skang ni. ayah pulak, jarang2 jumpa. sebab ayah keje kat putrajaya.

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?

pertama kali? mesti la ibu dan ayah. dan orang ketiga adalah cinta hati saya, en alang!

11. Christina atau Britney?

Christina aguilera! boleh dikatakan lagu2 dia agak banyak juga aku hafal. biarpon dia sexy over, tapi i like! :)

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?

ikut keadaan. siapa yang sempat, dia la yang basuh. selalunya, en alang yang basuh. macam semalam, aku basuh, then pagi tadi en alang sidaikan. camtu la. gilir2.

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pergi?

di tepian pantai. aku dan en alang amat gemarkan pantai. ni pon teringin nak pi langkawi semula.

14. Pelukan atau ciuman?

kalau ngan en alang, 2-2 pon dapat. hobi dia cium aku. kejap2 cium. kejap2 cium. apa ntah. (dalam hati sebenarnya sukeeeeeeee sangat2)

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda. (Yat Ekhram)

1. Perempuan. Isteri orang. Anak orang.
2. Ada lesung pipit. comel!
3. Kawen lebih kurang tarikh ngan aku.
4. Husband dia keje jauh.
5. Sangat2 disayang dan sangat2 sayang akan suaminya.

wah! banyaknye kena jawab ni...

16. 8 perkara yang amat saya gilai

1. en alang - obviously!
2. ateh - biarpon dah takde, hari2 aku rindukan dia
3. sudoku - mana2 pegi pon, akan ku bawa..
4. movies - suka sangat tgk wayang. tapi, sejak kawen, lagi selesa tgk wayang kat umah.
5. ketam - at least seminggu sekali
6. air soya - tak boleh takde dalam fridge. mesti akan 'gelupur'
7. blogging
8. tidor...

17. 8 perkataan yang sering diucapkan

1. love u b!
2. asal? (apsal?)
3. ciannye
4. ane ia ucuk masham ayang ni? ane ia? ane ia? (abaikan je la..)
5. comelnye!
6. assalamualaikum
7. hai!
8. sayang wat pe tu?

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca (kat area ni sangat2 kantoi!)

1. errr...sudoku kire tak?
2. sudoku
3. sudoku
4. sudoku
5. sudoku
6. ayat-ayat cinta
7. 7 habits of highly effective people (oh yeah! kadang2 kena baca buku ilmiah juga)
8. mastika - ni buku ke? atau majalah? tibai je la...

19. 9 lagu yang saya boleh dengar berulang kali

1. sempurna - andra and the backbone
2. terima kasih cinta - afgan (skang ni hari2 wajib dengar lagu ni)
3. ayat-ayat cinta - rossa
4. bunga angkasa - terra rosa
5. err...tak ingat tajuk. nanti kalau2 teringat, aku tambah la ek.


20. Perkara yang saya pelajari tahun lalu

tahun lepas ek? hmm..let's see. januari masih bekerja kat kilang ayam. then, februari dah keje kat tempat skarang. satu perubahan yang agak major la untuk zone selamat aku kan. kalau sebelum tu, hari2 dok kire stok ayam, buat inventori, kadang2 jadik clerk, kadang2 jadik storekeeper, kadang2 bawak forklift, bergelumang ngan ais2...sebab ayam2 tu simpan dalam bilik freezer. then tetiba tukar ke environment yang totally lain sama sekali. keje dalam ofis la plak kan. hehehe...~
on march, april, may and june, takde apa2 sangat. cuma sedang hangat bercinta ngan en alang. on july, tanggal 15hb, dirisik. then bertunang 180807. konon2 janji nak diikat setahun, tapi nak buat camne kan, 2-2 bakal pengantin sangat gatal nak menikah, dicepatkan plak ke 7 bulan saje.
bulan 11 dan 12, sebok cari2 barang2 hantaran.
itu je la kot.
hehehehe~

siapa aku nak tag ye?
1. ayu
2. ayu-amiha
3. ceeramoon
4. maksu
5. mama ranggie
6. dalie


itu saja.

oh2..
maksud peribahasa hari ini adalah,

Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

Tuesday, November 11, 2008

pemenangnya adalah!

disebabkan blogger yang melibatkan diri dalam penyertaan ini sangat2 sedikit, 5 orang,
jadi aku putuskan untuk memberi kelima2 peserta ini hadiah.
cuma, yang nombor 1-3 tu memang akan dapat hadiah yang grand sket la kan.
nombor 4-5 plak, dapat hadiah agak cinonet.
ok tak?

tempat kelima,

hana-ni-mo-nai2.
komen:
  • tak teka violin kat mana
  • salah teka staple remover
  • salah teka troll
  • jawapan betul: 7

tempat keempat,


dyna.
komen:
  • salah teka barometer
  • 1 tak teka, mint leave.
  • jawapan betul: 8
  • terpaksa letak kat nombor 4 sebab dyna tak jawab satu soklan.

tempat ketiga,

nanonano.
komen:
  • ini budak aa...sudah tak boleh teka, pandai2 buat jawapan sendirik. hehehe. (jawapan di buat sendiri: cili dan sabit. kehkehkeh..)
  • agak mengelirukan. sebab guna satu warna sahaja untuk semua arrow.
  • jawapan betul: 8


tempat kedua,


adinda anne.
komen:
  • salah teka staple remover.
  • beri jawapan game ni pada hampir2 pukul 10 tadi.
  • kreatif. jawapan yang diberikan agak telus dan mudah dicari.
  • jawapan betul: 9



dan TEMPAT PERTAMA!

ayu-amiha.
komen:
  • perfect 10!
  • orang terawal hantar penyertaan. :)
  • lagi 2 hari birthday budak ni. ni sebagai hadiah birthday la yek!


pada masa2 akan datang, akan aku buat lagi game2 macam ni.
mungkin sebulan sekali ke, 2 bulan sekali ke...
ok?
so pada sesiapa yang tak berkesempatan nak jawab game ni,
boleh cuba game akan datang pulak.



peribahasa hari ini:
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki.
(ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.)

maksudnya:
Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan.


pertandingan ditutup!

seramai 5 orang telah menjawab game ini.
3 orang terpilih akan diberitahu secepat mungkin.

terima kasih di atas penyertaan kalian.
:)

Monday, November 10, 2008

mari main game!

aku skang ni tgh ngalit main game ni. di samping ber'ym' dengan blogger2 dan kawan2.
(almaklumla...keje urgent dah siap..hehehehe)

korang pernah main game ni?
'the scruffs'.
game mencari benda dalam satu2 ruang.
layan la jugak kan.

tetengah aku pening kepala cari benda2 ni,
aku tertimbul satu idea plak.
nak wat quiz kat korang.
aku nak tgk setajam mana penglihatan korang dalam mencari barang2.
3 orang terawal dan menjawab dengan tepat,
akan ku beri sesuatu.
sesuatu khas dari lumut.
ok?

tapi, awal2 aku beritahu.
hadiah2 ni hanya akan ku pos pada pemenang pada awal bulan hadapan.




korang kena cari benda2 seperti gambar di atas,
macam gambar kat atas ni, aku nak korang cari benda2 yang tersenarai kat list belah kanan tu.
korang leh besarkan gambar kat atas ni dengan klik je kat gambar.
dan korang bagitau la kedudukan dia kat mana ok?
meh sini aku beri contoh...



so, lepas je korang dapat teka,
korang save dan hantarkan ke hezliyana@yahoo.com
ok?

hanya peneka yang paling tepat dan paling awal di ambil kira.
korang try la!
aku beri masa sampai pukul 10am esok, selasa 11.11.2008.
ok?

dan esok, setelah aku kumpul2kan semua jawapan,
dan ditimbang tara kesemuanya,
jawapan2 yang terpilih akan dipaparkan kat sini.


selamat mencuba!
:)

p/s: okla..okla..kalau korang tak dapat nak jawab kesemuanya dengan betul, korang leh hantar jugak. mana la tau tuah korang kan?
;)

peribahasa untuk hari ini:
Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya!

maksudnya:
Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...