Followers

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Susu terbaik dari ladang. Favourite Jazly bucuk masham.


cer tengok. slalu2 dapat 2-3oz je. itupon pam 2-2 belah. ni pam sebelah je dapat 4oz. dasat ko intan. kelas!!!

hanya mampu pakai avent manual je. itupon ibu dah bising2 apa ke mahai bebenor pam ko ni long. kuar susu sikit je aku tengok. buat rugi je duit ko tu. takpe2. ni nanti nak tunjuk kat ibu yang kali ni hasil pengepaman membuahkan hasil. seronok gile wei. seronok sampai tepek kat sini susu terbaik dari ladang ha...

dulu memula pakai pam ni jenuh jugak nak pam kan. dah kata manual. ada penat sket la tangan. tapi kalau dah sehari 4-5kali pam, dah tak rasa penat tu. sebab makin hari, makin banyak pulak hasil. teruja sungguh! tapi, pam ni betul2 selesa. tak rasa saket pon ye. jaz isap lagi saket tau. haha.

ni nak wat review pam ke nak tunjuk hasil? takpe, kita wat 2-2 sekaligus. :)
semoga hasrat murni nak susukan jaz dgn susu badan terlaksana sampai jaz 6 bulan. ada rezeki lebih, kita bawak sampai ke 2 tahun. 

Wednesday, March 10, 2010

Sony Ericsson C902

ni la handphone yang pernah diwar2kan satu masa dulu.
tak jadi amek bb atau nokia E series.
last2 amek yang ni je.

sebab eh....kan dah ada laptop.
toksah la gatai nak hp canggih2.
hehehe~

bagi aku, aku dah cukup puas hati ngan hp ni.
kamera 5mp.
gambar clear.
tak pernah lagi nak hang2.
oh. bleh 3G.
tapi satu je la.
takde wi-fi. huhuhu~

maybe ada orang kata, hp ni kecik je.
puas ke tengok gambar besaq tu je dalam hp?

bagi aku, kalau nak tgk besar2, transfer je la gambar2 tu dalam pc.
ha...leh tengok gambar sebesar alam.

korang leh tengok spec hp ni kat sini dan sini.

bagi aku, memang suka gak la hp ni.
walau ramai kata function dia lembab la, flash tak xenon la..
tapi sebab body dia mantap.
aku suka.

kalau korang tengok gambar2 aku, en alang dan khalish sejak akhir2 ni kat entri2,
pakai hp ni la.
amacam, agak best kan kualiti gambar?

apapon,
tepuk dada tanya selera.
oh. harga ni berharga rm600 berserta memory card 2gig.
AP set. beli kat Greentown Mall, Ipoh.

aku punya C902. en alang punya C903.
dia punya slide2.
malas nk wat review leh?
sebab dia yang pakai phone tu. hehehe.

dengan tersiarnya post ni,
kire aku dah settle utang pasal phone ye.
:)

buat naja, thanks ingatkan kite.

Wednesday, April 15, 2009

true blood

best gile!
aku sarankan korang tgk ok.



kisah pasal: vampire.
hero: ada 2. satu orang biasa, satu lagi vampire.
heroin: Anna Paquin bawa watak Sookie Stackhouse. orang biasa. body lawa gile. hahahaha.
genre: fiksyen. romance. citer ni macam ada twist sana sini. mencabar jugak.
brapa lama duration: sejam satu episod.
kat mana leh tgk: cinemax. skang diorang dah tayangkan 4 episod. biarpon ditayangkan kat cinemax, tapi series ni keluaran hbo.
scene paling cool:
1. darah boleh beli kat bar. cakap je nak type apa. A+, O- semua ada ok.
2. manusia dan vampire boleh jadik member. hahahaha.
3. Bill (vampire ensem dan cool) bagi Sookie minum darah dia. Sookie minum darah Bill macam minum air soda je.
4. Darah vampire boleh bagi manusia cepat sembuh la konon2nya. dan segera menaikkan syahwat. huhuhu.
5. Abang Sookie, minum sampai satu bekas kecik darah V (vampire), yang sepatutnya diminum setitik dua untuk naikkan syahwat. korang faham2 je la apa jadik kat anu abang Sookie tu. hahahahaha.

mari, mari ramai2 tgk ini cerita. manyak syiokk oo....

Sookie dan Bill. body Sookie best gile kan? nak body camtuuuuuuuuu!!!!!! wuwuwuwuwuwu...

Wednesday, December 24, 2008

been rejected and move on!


nampak tak kucing2 kat atas ni? yang atas tu nama stacy, yang bawah ni nama mimi. lena tul tido. kucing2 ni kucing iqa. ni dalam bilik dia la ni. besepah tak hingat. huhuhuhu~ (gambar tiada kaitan dengan entri)


pepagi on way pi keje,
sudah mestila pasang radio kuat2 dalam kereta kan?

tetiba, pagi ni
aku dengar stesen radio bahasa omputeh.
pelik gak, slalunya aku dgr era. takpon hotfm.
camne lak leh bertukar bahasa ni?
tetiba *pling!*
ohh...ajik pinjam kete aku kuar jalan2 round pusing stewan-manjung-lumut malam tadi.
so, misteri dah terungkai.

tapi, aku layankan je la stesen radio ni.
tapi, tak dapat nak tangkap apa la nama stesen radio ni.
aku saspek flyfm.

masa baru nak layan lagu,
tetiba ada orang kol.
alkisahnye,
ada la sorang pompuan ni sudah kol ini stesen sebab nak luahkan isi hatinya kepada seorang jejaka.
then, dj2 radio ni pon pi la sambungkan minah ni ngan mamat ni.
so, minah ni borak2 la ngan mamat ni.
tentang hubungan diorang and so on...and on..and on.
dan bercerita tentang last christmas.

jadinya, sempena christmas esok, itu minah sudah propose mamat ni ajak kawen.
mamat tu pon ala2 tergamam.
then, mamat tu kata la dia speechless and dia anggap itu minah sebagai kawan je.

nak tau apa jadik lepas tu?
minah tu tergelak2 (cam buat2) sambil kata, "oohh...i'm just kidding."
boleh?
tapi aku saspek minah tu cover balek sebab proposal dia telah ditolak. di radio nasional. aku agak paling kurang dalam 10ribu pendengar yang dengar proposal dia direject ni.
dan mamat tu kata dia dah nak kawen ngan org lain next year.

kesian kan?

dan itu minah cepat2 cakap dan terus letak phone. mestila malu.
pastu, dj2 tu dah rasa serba salah. diorang call balek and guess what?
itu minah nangis teresak2 ok!
kesian gile la.

but hey, look at the bright side,
itu minah dah tahu yang selama ni itu mamat dah permain2kan perasaan dia saja.
so, kepada korang2 tu,
jangan la mesra sangat sampai bagi wrong impression kat kawan2.
sampai dia dah terjatuh hati pulak.
dah jadik camni, sape yang susah kan?


aku risau minah tu depress lalu bunuh diri ke hape ke.
ishh..mintak jauh la kan.
aku harap mamat tu pi la pujuk balek minah tu dan minta maaf cara elok.
sebab masa perbualan diorang tu, takde pulak aku dgr mamat tu minta maaf ke hapa.

edit jam 1.24pm:
sah! memang fly fm. sebab kat entri shafa pon ada citer pasal benda ni. check this out ---> http://shafa-mylife.blogspot.com/

ok?

Friday, December 19, 2008

tahniah zaza!!!

ok.
di hari jumaat yang mulia ni,
nak buat review JDrama plak.
(JDrama is Japan Drama)
ok?

ada 2 set drama aku tgk dalam masa seminggu ni.
2-2 series ada 10 episod.
memang best la kalau korang tgk citer2 ni!
aku rasa korang leh download atau just tgk kat youtube je.
ok?

pada mereka yang berduit lebih tu,
pi la cari dvd/cd original.
mesti lagi 'kick' tgk citer2 macam ni.


tajuk: my boss my hero

1. berkisahkan kehidupan seorang anak kepada ketua yakuza yang hebat.

2. hero (kanan skali pada gambar di atas) nama makao. tapi kawan2 kelas panggil makky.

3. berpewatakan clumsy, bodoh2 sket, ganas, dan perokok tegar. tapi dalam masa yang sama, baik hati dan sensitif, serta amat sukakan puding!

4. disebabkan kebodohan dia, ayahnya terpaksa merasuah pengetua skolah untuk membenarkan anaknya bersekolah.

5. makao tidak pernah bersekolah menengah. skolah rendah pon tak abis.

6. banyak berkisahkan suka duka makao semasa bersekolah. makao berumur 27 tahun tetapi terpaksa berlagak seperti berumur 17 tahun.

7. girl dalam gambar kat atas tu jatuh hati pada makao.

8. ada banyak unsur2 komik dalam drama ni. memang enjoy habis!!!




tajuk: anego

1. anego bermaksu kakak (ini pon dapat tau dari subtitle. tak tau betul ke tidak)

2. heroin bernama Nakao Noda. berumur 32 tahun. belum berkahwin.

3. Nakao berpewatakan ceria, suka menolong junior2 nya, dan kerja di satu kampeni yang agak besar di jepun.

4. ada gambar hero kan kat dalam gambar atas tu? hero tu adalah salah seorang junior di tempat kerja.

5. hero bernama Kurosawa Akihiko. Kurosawa amat mengagumi nakao dan secara tak langsung jatuh hati pada nakao.

6. kurosawa berumur 22 tahun. beza umur dengan heroin adalah 10~11 tahun. (sebab tetengah citer ni, nakao sambut birthday yang ke-33)

7. masing2 suka sesama sendiri, tetapi susah nak berterus terang. (kirenya, kes malu2 mahu la ni!)

8. nakao alami konflik apabila punyai affair dengan suami kepada bekas kawan sekerjanya.

9. cerita yang agak romantik, cute dan kadang2 boleh buatkan kite gelak2.

10. terdapat sedikit unsur komik apabila terdapat dialog2 perbualan dalam hati antara nakao dan kurosawa. comel!



ok. dah abis review drama jepun nih.
korang try la tgk ok. sementara isi masa lapang korang di hujung minggu ni.
aiiittt!





alhamdulillah, zaza dah dapat result semester akhir diploma dia.
dan dia lulus!!!
wah...sronok tak terkata ok.
biarpon aku ni kakak je, tapi debar tu boleh tahan jugak la. memang macam nak gugur jantung ni. (tu belum lagi anak sendiri yang nak dapat result..huhuhu)
so, on 28th dec, aku akan turun kl lagi. nak hantar zaza ke uitm shah alam sambung degree pulak.
insyaAllah, ada rezeki, leh la aku blanja dia next week.
oh, zaza amek course mechanical engineering.



selamat berhujung minggu...
hujung minggu ni kena jaga umah ibu lagi.
sebab diorang semua nak pi bercuti2 malaysia.
(entah2, pi oversea kot?)
uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! nak ikottttttttttt!!!!!!!!!

Thursday, November 13, 2008

Masuk tak genap, keluar tak ganjil

Hari ni 13 November.
Maknanya,
hari ni birthday dak Ayu. Happy Birthday girl!

dan juga bermakna,
ada sebulan lagi untuk aku fikir nak beri hadiah apa untuk en alang nanti.
birthday dia on 13 Disember nanti.
korang ada cadangan? leh tolong usulkan tak?

aku nak buat review sket hari ni.


madagascar: escape 2 africa.

movie ni dengan secara tak sengaja aku pi tgk ngan en alang dan iqa last weekend.
iqa la yang beria2 ngajak pi tgk.
(ye la kan, panggung wayang kat stewan ni dah upgrade, selesa dah! ada popcorn lagik)
so, sebab kan nak melayan si iqa ni, kitorang sanggup meredah ujan lebat pada jam 2pm semata2 nak pi beli tiket yang waktu tontonannya jam 4.30 pm.

huhuhu.

siapa yang tak tgk citer ni, rugi.
siapa yang belum tgk citer ni, rugi.
siapa yang dah tgk citer ni, untung.

apa yang rugi, apa yang untung?
rugi--->tak dapat rasa kelucuan yang menyeronokkan, bernyanyi2 bersama kartun2 tu.
untung---> dapat gelak terbahak2.

aku tak reti nak bagi bintang. korang tgk, baru korang bagitau bintang kat aku ok!

amaran keras!
movie ini hanya layak ditonton untuk mereka yang gemarkan kartun, fiksyen dan benda merepek2. kalau korang seorang yang sangat realis, tak payah nak kutuk2 kartun ni tak best. ada faham!


Maksud peribahasa hari ini:

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat

Tuesday, October 14, 2008

review sket

pernah tak korang minum air jus,
rasa macam perit tekak lepas tu?



baru2 ni,
aku telah menjumpai satu penemuan yang menakjubkan!




tropicana twister.
kat malaysia ni, baru ada 2 perisa, epal dan oren.
2-2 best!


kalau korang minum air jus ni,
aku gerenti korang takkan rasa perit tekak.
rasa menyenangkan lagi ada la.
aku memang galakkan korang minum air jus tropicana twister ni.


harga runcit, rm2 ~rm2.50
yeah.. agak pricey.
tapi kepuasan, aku gerenti nombor satu!




wah! banyak sangat gerenti ni.
matila...~



aku beri:
rasa: 4.5 bintang
bentuk botol: 4 bintang
kepuasan: 4.99 bintang (tak berani nak beri bintang penuh...hehehehe~)
harga: 2.5 bintang

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...