Followers

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Birthday En Alang yang ke-?

Setelah sekian lama dah tak bersiaran, hari ni terbuka hati nak bercerita.
:)

Semalam birthday en alang. Alhamdulillah, setelah 4 tahun dan akan menjengah ke tahun ke 5 perkahwinan kami,  kami lebih slow dan steady melayari bahtera. Panas baranku yang sering memuncak di awal perkahwinan, pada tahun ke 3 dan hingga kini semakin menurun. Mungkin dengan kehadiran anak-anak membuatkan aku kuat dan lebih penyabar. Dan mungkin juga berkat doa seorang suami dan kesabarannya melayani kerenahku yang slalu roller coaster menjadi penyebab aku sekarang mudah lembut hati.

:)

Eh. Nak cerita pasal birthday en alang laaa!!! Ni apa terbabas sampai ke hal aku plak ni...tengok. Dah lama tak menaip camni la rupanya...huhuhu~

Tepat jam 12 tengah malam, aku wish birthday kat dia. Masa tu dia nak lelap mata dah, bila dengar aku wish kesejahteraannya, semoga dia sihat selalu untuk menjaga kami, semoga kami sentiasa bersama dalam suka duka...dia senyum dengan mata masih tertutup. Mungkin dia keletihan emosi kerana sebelum tu dia dengan tak sengaja TERpukul khalish dan menyesal tak sudah (ini aku ceritakan kemudian). Selepas memberikan ciuman hari jadi, kami lena hingga ke esok pagi. EH! Mana mungkin! Khalish yang setiap 2 jam meminta susu tu takkan memungkinkan kami untuk tidur lena setiap malam. Anak, anak...~ Jaz takde pulak pe'el macam abang dia ni. Bagus jugak. Kalau dengan dia2 buat pangai macam abangnya yang setiap 2 jam minta susu, parah la jugak.

Slalunya aku suka celebrate birthday en alang tepat jam 12 tgh mlm tu jugak. Tapi masa tu aku yang tak berapa ada mood sangat, aku bilang dengan en alang yang kita kuar makan je la esok petang ye bang? Dia ok je. Cuma en alang yang kena balek kerja awal.

Petang tu kami just pergi ke AEON manjung. Memula bawak anak-anak jalan-jalan dulu sambil bawa diorang main di arked. Si khalish buat perangai selepas habis 5 token, taknak keluar dari arked. Terjerit-jerit menangis-nangis. En alang dah malas nak melayan kerenah khalish, terus tinggalkan dia sorang-sorang. Aku pon terpaksa tinggalkan dia...dan agak-agak jauh sikit (tapi masih dalam pandangan aku la) aku lambai-lambai pada khalish. Amboi...kemain ketegaq takmo datang tu...biarpon kami dah agak jauh tinggalkan dia. en alang kata, biarkan...kita tengok sampai bila dia nak buat pangai camtu. Last-last kitorang buat-buat macam tak nampak dia dan konon-konon tengah pilih baju. E eh...tetiba je dia tercegat kat sebelah aku tersengih-sengih. Nampak sangat nak tarik perhatian orang je mamat sorang ni.

Lepas tu, aku ajak en alang makan. At first dia nak makan kat pizza hut, so menuju la kami ke sana...ADOILA...berbulu gile aku kat PH. Dahla nak duduk diorang tak carikan meja, kami yang tercangak-cangak mencari meja yang sesuai. Bila dah duduk tu, agak-agak dalam 8minit takde satu menu pon yang sampai. Yang si Jazly dh mengamuk-amuk. Agaknya kelaparan la tu. Bayangkan 8 minit nak tunggu menu je. Alang dah nampak aku nak menyinga, cepat2 dia panggil waiter mintak menu. Dah pilih2 menu, hoih...kemain lama tunggu nak amek order. Padahal bukannya ramai customer pon. Diorang ni nak berniaga ke idakkk??? Aku dah tak tahan. Dengan Jazly dah menjerit-jerit, Khalish pon dah start buat pangai, aku cakap kat En Alang...dahla bang. Diorang ni taknak berniaga agaknya. Jomla blah. Aku angkat Jazly menonong keluar dulu. En Alang dan Khalish keluar kemudian. Aku tak pandang kiri kanan dah. PH ni mana2 branch pon menyakitkan hati je. En Alang kata orang2 yang makan dalam PH tu tengok je aku dah amukan dengan anak yang terjerit2. Aku tak faham betul, sampai 3 orang waiter berdiri tercongok kat depan pintu, tapi takde sorang pon yang entertain kitorang. Dah nampak kami ni dengan 2 anak kecil, patutnya dilayan seadanya supaya budak-budak rasa selesa dan kami ni puas hati. Ini tak, macam tak nampak je kitorang kat situ.Ini bukan satu PH je kami dah rasa, mana-mana PH pon sama je. Servis lembab, muka tak mesra pelanggan, pelanggan diabaikan. ERGHHHHH!!!! Tension betul.

Aku cakap kat En Alang...sorryla sayang. Ayang rasa kita better order dominos delivery lagi bagus tak sakit hati camni. Dia gelak je. Pastu dia suggest makan kat Kenny Rogers. Korang bayangkan KR yang sesak dengan pelanggan pun kemain cepat servisnya. Nak duduk, diorang tunjukkan meja. Baru labuhkan punggung, diorang dah hantar menu. Tak payah dipanggil untuk ambil order, waiter dah tercangak tepi kita nak amek order. Kagum aku. Restoran lain boleh buat, kenapa PH tak boleh??? Aduhaii...pengalaman aku di PH AEON manjung, sitiawan dan tesco stesen 18 semua sama je. TAK MESRA PELANGGAN.

Alhamdulillah kami dapat makan dengan tenang kat KR. Anak-anak yang amukan dari tadi bila sampai KR je e eh...kemain elok pulak pangai korang kan. Khalish dengan tenang buat hal sendiri, main pisau garfu dan tisu. Jazly pulak terkekeh-kekeh gelak bergurau dengan En Alang. Haaa...situasi macam ni la yang aku nak. Aku rasa budak-budak pun dapat rasa aura yang berbeza antara PH dan KR. Hehehe.

Aku rasa ada dalam setahun lebih kitorang tak pekena KR. eh...ntah2 dah 2 tahun kot. sebab last masa lepas pantangkan khalish. EH!!! dah 3 tahun laaa...HAHAHA. Bapak lama!!!! After 3 years baru dapat makan KR. Kesian tak???

Lepas makan tu konon-konon nak la jalan-jalan kejap ingat nak beli birthday cake kat Baskin Robin. First time konon2 nak rasa cake kat situ. Tapi En Alang tak nyabor nak balek cepat tengok bola. Haihhh...so beli kek masa on way balek tu je. beli 2 bijik kek satu untuk umah ibu, satu lagi umah mak. Adil dan saksama gitu...hehehe.

Dan tahun ni takde hadiah untuk pujaan hati. Dia dah kata takyah belikan apa-apa untuk dia. Semua dah cukup. Hmmm..tapi terpikir gak ingatkan nak belikan dia jam tangan. Last belikan dia jam adalah masa nikah ye. Lama gile...

Celebrate di KR je...kat manjung ni apa je yang ada. Hehehe.

Balik baru kitorang pekena kek. Black Forest cake. Budak-budak cukup suka kek ni.
:)

Happy Birthday Sayang. Semoga terus sabar dengan kerenah kami anak beranak ye! We Love You!!!










Wednesday, January 11, 2012

Kek Boboiboy. Jazly yang punya.

Semalam memang aku amek cuti khas semata-mata nak celebrate birthday anak bujang yang bongsu mucuk2 manja tu. Actually birthday Jaz on isnin, 9hb jan tapi sebabkan mama dia ada meeting pagi petang...terpaksa postpone acara la.

Pagi2 lagi aku, alang dan khalish ke klinik untuk check up setahun Jaz. Tapi rupa2nya check up dia pada 11hb da...pulaknya semalam turn ibu mengandung. punyalah ramai...terus kitorang balek umah. guling2 ngan birthday boy. hehehe.

kek boboiboy pujaan budak2 taska. ada sorang budak tu, Alma siap request nak bahagian yang ada yaya. hehehe.

antara menu: hotdog dan fries. mama intan yang buat ye.

sebelum nyanyi lagu birthday, mama pose dulu. anak tak ready takpe...aslkan mama yang ready. hahaha.

tepuk tangan sambil nyanyi lagu happy birthday.


Jaz muka pasrah.

tengok tu...saje je muka dia. mama yang beria potong kek. ingatkan dia pandang bawah sekali. haihhh....

ok. baru nak pandang kek. hehe.

ok. jaz dah start meragam. papa, sila amek anak awak ni. hehe.

tu dia muka budak yang asik nak meragam pada hari jadi sendiri. papa kena pakai spek sebab dah terjangkit saket mata tuuu...

ibu dan auntie rose. auntie ni dari kecik aku dah kenal. rumah dia belakang taska ni je.

nasi goreng ibu yang masak.

banner birthday tu last minute pi beli. beria kot aku pi panjat tesco. hahaha.

mama intan dok layan anak-anak bukakkan plastik straw dan cucuk kat air kotak. oh. budak pakai baju angry bird hijau tu la alma. masih setia nak kan yaya. hehehe.

kek yang sedang dikorbankan.

tengok tu. salah satu sebab aku kenan ngan taska ni sebabnya ada dak Ira yang penyayang ni ha. (pakai tudung hijau) sabar je layan kerenah budak2 ni suap sorang2.

tok ibu layan cucunya. 

dalia dayana. makin comel!

qaseh qalisya. gorgeous!

pemandangan party.

en alang layan khalish. khalish pon dah kena saket mata ni. tiap2 pagi nanges bila bangun pagi. susah nak bukak mata agaknya.

mokde yang tolong buatkan agar2. seronok bukan main dia.

ni la dia agar2 yang terlebih pewarna. pegang je dah melekat warna merah tu ye. 

punyala sebok melayan budak2 dan tetamu, sampai lupa nak bergambar satu family kecik. last2 kitorang berdua je amek gambar dalam kereta sebab 2 hero lagi dah terbongkang keletihan.


apapon, tak sabar nak sambut birthday khalish pulak. dah plan macam2 dalam pale otak. birthday jaz ni buat dengan tema asal ada, sudah...hahaha...

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday - Happy Birthday Papa!








My favourite pic! Semua hero hati di dalam satu gambar. 
:)


Selamat Ulangtahun ke-25 Abang. 
Semoga Allah sentiasa melindungimu.



Wednesday, September 21, 2011

Sambutan birthday Khalish yang sedang2 saja...~

Birthday anak, tapi mak pak yang beria2 nak pi makan luar bagai. Hahaha~
Selepas berbincang dengan seriusnya untuk makan di mana, kami laki bini sepakat pilih Chef Noodle House sebagai destinasi kami untuk mengisi tembolok masing2.


Birthday boy makan fries je ye? Budak ni susah betul nak makan. PUas disuakan makanan harammm nak disentuhnya.

Anak ngan papa sebok dok kunyah fries.

Ayish tgk adik Jaz yang behave je sepanjang malam. Betul2 kagum ok!!!

Tadi baby chair semua penuh. Bila dapat, tengok tu, kaki naik meja ok! Sib baik la ko tu birthday boy anak...kalau tak mama dah melenting time2 tu jugak. Record wooo semalam seharian tak tinggi suara kat Khalish. hahaha~

Adik Jaz yang behave je dok telan air liur. kesian pulak nengoknya. Aku curi2 suap dia mayonis dan kuah lauk seafood. Haha....

Papa punya menu: Beef Fried Rice. apa salahnya tulis je kat menu nasi goreng daging. tapi sedap la lauk ni cuma daging tu liat sket. 

Menu mama: Seafood fried rice. portion untuk 2-2 menu ni memang besar. tapi tu la. kami laki bini ni jenis perut besar gak maknanya macam tak kenyang je malam tadi. Hahaha~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Yang kat atas ni pulak projek aku malam tadi bungkus cikedis untuk diberi pada babysitter Khalish dan jirannya serta kawan-kawan Jaz kat taska. Nasib la nak birthday ko tetengah bulan (pulaknya baru lepas raya). Ini je yang mama papa mampu. Huhuhu~


Kek dah dihidang masa open house haritu. Maybe nak wat celebration betul2 punya on this weekend atau next weekend. InsyaAllah~





Tuesday, August 16, 2011

Menjadi lebih matang dengan kehadiran mereka. Selamat hari jadi ke-30 Intan!

FUH! Dah berumur 30 tahun rupanya aku tahun ni. Sekejap je tetiba dah 30 kan? Macam tak percaya je.

Masih teringat zaman umur 14 tahun dok terkinja2 dengan kawan-kawan main bola chop. Masih terkenang zaman umur 18 tahun bekerja semetara di resort dan bermain mata dengan abang2 di sana. Terbayang-bayang zaman umur 23 tahun bekerja di kilang dan berhenti macam tu je dari situ. Masih di ingatan majlis perkahwinan kami yang hiruk pikuk dan meriah pada umurku 27 tahun. Pada umur 28 dan 29.5 (haha...ada jugak umur setengah2 ni ye) aku dikurniakan 2 putera yang makin menakal.

Alhamdulillah...terima kasih di atas kurniaanmu ini. Sungguh aku rasa sangat-sangat bertuah. Dikurniakan parents yang sporting dan memahami. Diberi adik beradik yang happening walau kadang2 menyakitkan hati (haha!). Tiada apa lagi yang aku hajati. Cukup dah dgn semua ini. Aku dah puas hati. Cuma nak maintainkan dan maybe tambah harta kot? Hehe...~

Tengah malam tadi, en alang orang pertama yang mengucapkan wish pada aku yang mamai2 mengantuk sangat2. Diikuti pula oleh ibu dan pagi tadi zaza, ayah dan iqa. Hmmm...ajik je belum lagi. Takpela...budak lelaki mana la nak ingat2 birthday2 ni semua. Ye dak?

Entri hari jadi diakhiri oleh muka2 kami di pagi ini. Sempena birthday mama la katakan....en alang paksa amek gambar dgn semua org. Hehe...~

En alang dah makin gelap dan kurus. Adeh!

Khalish yang cheeky di pagi2 hari.

Adik Jaz kepala mesti nak lentok kalau amek gambar tau. apsal ntah. aku plak tak ready masa ni. bantai jeeee~




Saturday, March 5, 2011

Bulan Mac bulan banyak duit keluar.

sebabnya...

1. Barukan road tax dan insurans kereta. Fuhh!!! Sib baik takde saman. Gamble je pi bank menonong konon2 konfiden je takde saman. Haha.

2. Birthday ayah on 9th and Iqa's on 10th. Hah! Hambek ko!!!

3. Wedding anniversary aku dan en alang on 15th. Tahun lepas pi penang. Tahun ni bajet sangat ciput jadinya kita duduk diam2 je kat umah. Paling2 pon pi dinner je la kot. Huhu.

So skarang tengah garu kepala nak belikan hadiah untuk ayah, iqa dan en alang. Adoiii!!!!

Thursday, December 30, 2010

Sambutan birthday En Alang ini tahun...

birthday en alang jatuh pada 13/12 haritu. pulaknya hari isnin plak. masa birthday dia tu, dia dah kat miri dan dah tentu2 takde sape nak celebrate kan. so, kami sekeluarga sepakat sambut birthday dia 2 hari awal.sabtu tu semua org ada kat umah. yeayyy!!!

bincang punya bincang, last2 amek kata sepakat pi mcd je. punyala tak tau nak makan apa. haha. tapi sangat2 murah oo...makan 8 orang tak sampai rm100 pon. perghh~

khalish main ngan tok ibu dan tok ayah dia. kemain seronok lagi. masa ni sengaja aku pilih tempat duduk kat luar, senang ayah nak berasap lepas makan. :)

percaya tak, lepas en alang potong kek ni baru kitorang nyanyi lagu birthday. haha. malu2 kucing dia. kek dari secret recipe. chocolate indulgence.

yup. korang tak salah tgk. umur en alang baru 24 tahun. 

zaza sebok nak potong dan distribute kek. kalau kat umah pon part2 kek ni bagi je kat dia. laju je dia buat. haha. masa ni kawan ajik ada join skali. tumpang tido umah dan saja nak jalan2 lumut. 

birthday boy dgn termenung boy. amek gambar pon leh termenung. huhu.

jangan tanya kenapa tudung aku lebar camtu. aku tak perasan ok. erghhh...bengang je rasa bila tengok gambar ni. dahla susah nak amek gambar bertiga. 

hehe. aksi suap menyuap kek. alololo~

nah abang. makan la kek ni eh. ayang beli special untuk abang!

itu je la kot sambutan birthday en alang. hadiah pulak, aku just beri dia perfume dan sikit cash money sebab dia sendiri tak tau nak mintak apa. haha. tapi lepas tu boleh plak dia pi beli jeans. okla tu. asalkan nampak bendanya. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...