Followers

Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Mari beriadah! :)

company aku baru2 ni ada la wat kelab sukan. baru nak tubuhkan ok. hehe. so, sukan pertama yang semua org setuju nak main adalah badminton. jadinya, setelah semua ahli jawatankuasa dan ajk dilantik dan segala urusan penempahan court serta hari untuk bermain dipersetujui semua (ha ko...ayat panjang rasmi gileee!), kami2 ni pi lenggang kangkung je la pi main badminton. oh. kejadian adalah rabu malam ye.

masa ni khalish kepenatan setelah puas kacau orang sana sini dan berlari2 keliling court. so, kita bagi top up tenaga dengan minum dulu!

papa dengan semangatnya main badminton. beregu lagi. dengarnya...team en alang menang.

time minum je la dia boleh dok diam. lain2 masa, jangan harap!

amboi...beria2 nampak.

mencik tau. gambar aku seketul pon takde. takpela..kita kasi en alang main puas2. aku sempat main 5 minit je. haha. sebab kena halau ngan jejantans sebab diorang komplen mana aci ko main ngan laki ko. pi main kat umah! haha. tipu je tu. sebab diorang nak guna court nak main secara serius. aku plak main gelak2.

dak kecik bawah umur sila tinggal di rumah ye. sib baik jaz tak meragam bila aku tinggalkan dia dengan ibu. abaikan pipi terhenyak itu. memang menggeramkan!!!

Tuesday, December 14, 2010

Nostalgia bermain game. Bukan PS2,PS3 atau XBox. Ianya ATARI beb!

aku tak tau la korang2 adik aku ni tau ke tak game atari ni. sebab cam adik2 aku yang lahir after tahun '85 pon tak tau game atari ni wujud. tapi yang baya2 aku ni maybe pernah dengar atau pernah ada game ni masa tahun hujung 80-an atau awal 90-an dulu.

ATARI. yup. kalau korang tgk rupa game ni memang jauh beza dari game canggih yang ada skarang.

masa memula family kitorang ada atari ni masa tu kitorang stay kat labuan. rasanya masa tu aku dalam darjah 3 kot. entah takde ribut takde angin, ayah balek dari pekan dah siap2 belikan game ni. memula tu cam tak heran la ingatkan ayah bawak balek mesin apa kejadah pasal kerja  tetiba bila ayah pasangkan pada tv, tetiba e eh...ni super mario laa!! ayah bawak balek game! haha.

entah la. maybe ayah kesian kat anak2 dia boring dok pulau kot. sebab tu dia belikan kitorang game ni. knowing ayah, dia suka beli je benda2 camni, dia main sekali dua pastu dia wat bodo je. bagi anak main puas2. :)

*imej2 tok nenek ni semuanya dari google. thanks en google!*

ok. ni kira macam console dia la.ada beberapa button dan tempat letak tape dia tu. tape dia penting ye kawan2 macam nak main PS jugak la kena ada CD. main atari ni terhad satu game satu tape. pulaknya tak boleh save game. kalau dah naik level tinggi2, tetiba mak ko panggil makan nasi, kenala tutup game ni dan bermula semula pada level 1 kalau nak main semula ye.

ok. ni adalah salah satu elemen penting jugak. batang gembira joystick. takde joystick ni memang mati akal la takleh main game. haha.

ni antara contoh tape2.macam kitorang dulu, sebab dok kat pulau kan, so koleksi tape taklah memberangsangkan sangat. rasanya ada dalam 6 kot. pusing2 main benda yang sama je. 

game hot masa tu. super mario. tapi aku tak minat sangat. aku rela main racing car dari main benda ni.

aku tgk kat google nama dia space invaders. slalu berebut dengan arwah angah nak main game ni. ni antara game faveret la.

tapi paling kegemaran ultimate adalah game ni. google kata nama game ni pitfall. oh suka gila ok. kiranya paling mencabar la dalam banyak2 game atari aku rasa. bukan senang oh nak lompat capai tali tu dan mendarat dengan selamat. 

apapon, ini semua tinggal kenangan. rasanya ayah dah buang kot game atari ni. dengar kata kat ebay still ada jual game ni. rasa cam nak beli pulak. haha.

korang ada pengalaman ngan atari ni? jomlah kongsi. :)



Thursday, July 2, 2009

main badminton. best!

gambar takde.
tiada mood untuk bergambar.
next week la ye!

smalam syok jugak main badminton.
dah lama tak berpeluh sakan ni.
wah! masa main, tak ingat dunia ok.
semua yang tgk aku main, cemassss jek.
kalau aku terlompat sket,
dah jerit2 kat aku.
wuwuwuwu~

tu namanya diorang sayang aku. :)

tapi, lepas je sampai umah,
baring2 jap.
bila nak bangun dari baring nak mandi,
tetiba dada rasa berat je.
macam kena tekan.
huhu. risau gak la.
cepat2 mandi,
ngadu2 kat en alang,
then en alang kata, sapu vicks je dulu.
nanti kalau after 2 hours rasa sesak dada lagi,
kita cepat2 ke hospital.
(oh, hospital dekat sangat ok. 5 minit jek dari umah)

tapi alhamdulillah,
aku bangun pagi ni je, dada rasa ok dah.
tido pon tak sedar diri.
tido mati.
:)

next week tak main teruk2 lagi la.
main lite2 je.
takat pukul2 shuttlecock je la.
takpon, aku ajak budak2 kecik main skali.
boleh buli diorang.
hehehehe.

oh. tina pregnant lagi kan?
bestnyaaa....
rezeki dia murah betul.
2 anak dalam masa 2 tahun?
best, best!!!

Tuesday, June 30, 2009

tengok, tengok!!


tembam tak tembam la aku nih.
boollaaaatt jek.
tension aku tgk gambar ni.
orang lain nampak ok je.
aku je muka berkilat2. muka kembang.
badan kembang. wuwuwuwu~

sedih.

gambar adalah ketika konvo zaza.
dia baru dapat gambar ni tadik.


oh. korang ja'at.
tak bagi aku rehat.
takmo kawan korang.
(muka paling lain. cepat2)
sambil mulut muncung sedepa.

malam esok nak main badminton.
(nak main jugak tu. janji tak lompat2)
bebudak ofis ni datang angin mana ntah, tetiba ajak sewa court and main.
kirenya jadi regular activity every week la ni.
oh. tak sabar tunggu esok.
lama wehhh tak main badminton.
ngee~

Wednesday, June 17, 2009

bowling match

petang ni ada bowling match.
wOoho000!!!

dapat ngelat takyah keje.
kehkehkeh.
dasar pemalas punya olang!

pagi tadi punyala lapar,
2 keping roti canai telur aku balun sorang.
sebab lapar tu dari malam tadi.
nak masak megi, cam malas.
tunggu je sampai pagi nih.

tak tau lagi perlu ke tak lunch ni.
sebab masih kenyanggg!!!!!
huhuhuhu~



gambar ini bukan gambar terbaru.
ini gambar selepas buat facial last week.
tu yang nampak bersih jek.
skang aku tgh itam.
berjemur "berkebun" last weekend kan.

en alang tak abis2 kesiankan bini dia ni. itam dah.
huhuhu.
malu nak tunjuk korang.
aku dah itammm!!!!
:(

Thursday, May 21, 2009

aku memanggil korang. tolong tampil ke depan untuk collect hadiah korang.


dah lebih dari 6 bulan aku perap hadiah2 ni.
apa yang aku tunggu pon tak tau la.
padahal, hadiah2 ni dah beli lamaaaa dulu.
balut pon dah lama.
apa yang aku beli pon, dah tak ingat.

aku pernah buat game ni pada bulan nov 2008.
pemenangnya adalah,
tempat ke-5--> super hana
tempat ke-4--> adina
tempat ke-3--> nanonano
tempat ke-2--> anne
pertama--> ayu the sun

hadiah ayu aku dah bagi masa ceera kawen.
kebetulan nak bagi skali ngan hadiah birthday.
so, part ayu dah settle.

adina plak,
nanti2 aku bagi masa nak jumpa anak buah dia, erdena afeefa.
senang.

so, yang lain2 tu,
superhana, nanonano dan anne.
sila tampil ke hadapan untuk menuntut hadiah korang.
dengan memberi alamat umah korang.
(alamat korang ntah mana aku campak. sorry!!!)
korang pon senyap je ek.
tak dapat hadiah pon, diam jek.
kalau aku dah bising2 dah.
hahahaha~

baik betul korang nih.

oh, nanonano takyah tampil.
dia dah nak kawen.
so, aku beri sekaligus ngan hadiah kawen je nanti.
ok na?

Tuesday, December 23, 2008

iklan keselamatan jalan raya tahun bila ntah (kredit pada orang yang jumpa iklan ini)

tgh2 aku syok terjah youtube sana sini,
tetiba TERsampai kat vc ni.
tak tau la vc ni tahun bila punya.
tapi, yang penting, tagline tu lebih kurang macam yang digunapakai macam skarang.

layan ok!





best kan?
cuma tukar je word 'tuan' tu kepada 'anda'.
lebih kurang sama jek.
:)


tgh2 aku dok taip ni,
baru teringat. tak pos lagi hadiah2 pemenang kuizzzz!!!!!!!!!!
matila. mesti korang2 dah serik nak amek quiz dari aku.
huhuhu~ camne la leh lupa ni.

Friday, December 12, 2008

hooray, hooray...bergembira!

cheque nuffnang aku yang pertama.
baru semalam dapat.
biarpon hanya berjumlah rm49.59 saje,
tapi cukup buat aku teruja.
hehehe~

aku saja tak nak kaburkan bab jumlah tu.
senang aku nak wat rujukan nanti.
ye la kan, memang takkan dapat banyak macam orang lain,
blog aku ni pon, hanya yang orang2 tertentu je baca.
nak klik iklan lagi la tak kan.
tu pon, 2 bulan, baru dapat rm49.
tapi, kalau kite fikir positif,
kalau 10 bulan, rm49 x 5 = rm245
banyak tuuu...
okla dari takde kan?

esok aku dah bertolak ke kl.
bersama en alang dan ibu serta adik2.
tapi, bila sampai kl, kitorang berpecah.
birthday en alang esok. so, aku nak bawak dia pi tempat special.
:)

and kenduri kawen ceera on 14th.
ekceli, nak pi tgk dia menikah. tapi risau tak cukup masa plak.
nak layan en alang lagi, nak pi tgk org menikah lagi.
so, aku wat keputusan, pi sanding ceera je.
kebetulan dah ada 2-3 blogger janji nak jumpa kat sana.
tak sabar!

oh!
pada pemenang kuiz haritu,
nanonano, ayu, dina, hana dan anne,
ada yang akan aku pos hadiah, dan ada yang akan aku beri by hand.
pada ayu, dina dan anne. by hand ok! (ayu dan anne, kite jumpa kat kenduri ceera nanti kan? dina nanti akak jumpa kat umah mama. aiit?)
nanti, apa2hal, kite calling2 ok.
nanonano dan hana. akan di pos. sila beri alamat kalian secepat mungkin.


baru dapat beli hadiah rabu lepas.
tak tau la korang akan suka atau tak.
tapi, nak bagitau awal2.
hadiah ayu 'lebih' sket. sebab sempena birthday dia pon kan.
tapi yang lain2, hadiah tak kurang hebat jugak.
:)




ok, pada sesiapa yang nak jumpa aku masa kat kenduri ceera nanti,
(wah! perasan semua org nak jumpa aku ni...hahahaha!)
ni gambar terbaru aku.


comel apa...




ok, ok.
tau korang hangin. hahaha!
ni ha gambar kat bawah ni.
diambil pagi tadi. guna cam laptop zaza.



hahaha. gile debab. hidung kembang. ye, itula aku.



so korang,
kalau ada apa2 pertanyaan, nak no phone ke (sebab senang nak calling2)
leh email aku puterikurekure@gmail.com
ok?


have a nice weekend u ols!
ceera, dah rasa debar untuk hari esok tak?
mesti minah ni tgh kelam kabut skang ni.
hehehe~
(aku dulu siap nangis2 tension sebab banyak benda nak kejar. tak cukup waktu wat persiapan. boleh?)

Monday, December 1, 2008

ye, aku online hari ini.

memula, macam malas nak hapdet.
tapi, bila dah ada orang tanya2 ke mana aku ilang,
aku gigihkan jugak la.

jumaat.
aku tak masuk ofis.
automatically, memang tak online.
sebab, aku 'dipaksa' pergi ke ipoh.
bersama ibu dan adik2 yang lain.

jangkamasa perjalanan sitiawan ke ipoh: 1 jam 15 minit.
destinasi: politeknik ungku omar, ipoh.
urusan: soal jawab pendaftaran kemasukan pelajar sijil IT, januari 2009.
jangkamasa urusan: 5 minit. tak2, in fact 3 minit je.
tahap kepuasan servis Hal Ehwal Pelajar: boleh dipertingkatkan lagi.

destinasi seterusnya: jusco ipoh.
urusan:
1. menjenguk setiap lot kedai yang ada.
2. try baju ada potongan harga 70%. ketat kat lengan. gelak2 ngan iqa. nasib baik aku ngan iqa satu bilik changing room. baju aku try masuk boleh, nak bukak tak boleh. iqa tolong bukakkan "dengan penuh kasih sayang".
3. kami adik beradik mencuba makanan dari gerai makanan jepun yang baru di food court. aku makan nasi+telur separuh masak dilimpahi atas nasi bersama kepingan ayam+kicap cair. macam budak darjah satu makan. tapi sedap nak mati.
4. shopping mee segera jenama mamee slrrppp setelah 'dipromosi' oleh seorang nyonya tua yang agak comel. beria2 dia terangkan kat kitorang tentang keenakan mamee sllrrpp ni. bukti kami senang dipengaruh? telah 'ter'borong 1 bungkus mamee mee rebus dan 4 bungkus mamee kari pedas berapi.
5. sangat2 puas hati setelah sebulan 'mengidam' duren2 donut big apple. telah 'ter'borong donut pelbagai perisa sebanyak 12 ketul. tak banyak sangat. buktinya? tak puas makan maaa~


ok. itu aktiviti jumaat lepas. bukti aku tak online.
dan juga bukti aku yang sedang saket, tapi masih gigih nak ke ipoh.
(pegi keje takmo, kalau jalan, laju jek)
bukti bergambar? sori sayang2 sekalian. handphone cap ayam ku ini tak mampu nak ambil gambar2. ambil video 18SX boleh la. oopps!


sabtu dan ahad,
aku dan en alang tidor kat umah ibu.
ibu dan adik2 turun kl.
kitorang berdua ni pemegang amanah untuk:
1. menjaga kucing2.
2. membersihkan kandang kucing.
3. membersihkan najis2 kucing.
4. mengemas rumah.
5. membasuh dan menyidai pakaian.


oh ya!
bulan peribahasa dah tamat.
terima kasih kat korang sebab sudi belajar bersama2 dengan aku.
:)


pada pemenang2 quiz tempoh hari,
hadiah2 belum lagi dicari.
kesulitan amat dikesali.
(sebenarnya, tgh perah otak nak beri apa kat korang)

aku dapat jemputan ke kenduri kawen ceeramoon.
kalau sesiapa nak jumpa aku yang gemok lagi comel ni,
bolehla sms ok!
:)
dah ada sorang dua janji nak jumpa masa kenduri tu nanti. tak sabar!

Tuesday, November 11, 2008

pemenangnya adalah!

disebabkan blogger yang melibatkan diri dalam penyertaan ini sangat2 sedikit, 5 orang,
jadi aku putuskan untuk memberi kelima2 peserta ini hadiah.
cuma, yang nombor 1-3 tu memang akan dapat hadiah yang grand sket la kan.
nombor 4-5 plak, dapat hadiah agak cinonet.
ok tak?

tempat kelima,

hana-ni-mo-nai2.
komen:
  • tak teka violin kat mana
  • salah teka staple remover
  • salah teka troll
  • jawapan betul: 7

tempat keempat,


dyna.
komen:
  • salah teka barometer
  • 1 tak teka, mint leave.
  • jawapan betul: 8
  • terpaksa letak kat nombor 4 sebab dyna tak jawab satu soklan.

tempat ketiga,

nanonano.
komen:
  • ini budak aa...sudah tak boleh teka, pandai2 buat jawapan sendirik. hehehe. (jawapan di buat sendiri: cili dan sabit. kehkehkeh..)
  • agak mengelirukan. sebab guna satu warna sahaja untuk semua arrow.
  • jawapan betul: 8


tempat kedua,


adinda anne.
komen:
  • salah teka staple remover.
  • beri jawapan game ni pada hampir2 pukul 10 tadi.
  • kreatif. jawapan yang diberikan agak telus dan mudah dicari.
  • jawapan betul: 9



dan TEMPAT PERTAMA!

ayu-amiha.
komen:
  • perfect 10!
  • orang terawal hantar penyertaan. :)
  • lagi 2 hari birthday budak ni. ni sebagai hadiah birthday la yek!


pada masa2 akan datang, akan aku buat lagi game2 macam ni.
mungkin sebulan sekali ke, 2 bulan sekali ke...
ok?
so pada sesiapa yang tak berkesempatan nak jawab game ni,
boleh cuba game akan datang pulak.



peribahasa hari ini:
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki.
(ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.)

maksudnya:
Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan.


pertandingan ditutup!

seramai 5 orang telah menjawab game ini.
3 orang terpilih akan diberitahu secepat mungkin.

terima kasih di atas penyertaan kalian.
:)

Monday, November 10, 2008

mari main game!

aku skang ni tgh ngalit main game ni. di samping ber'ym' dengan blogger2 dan kawan2.
(almaklumla...keje urgent dah siap..hehehehe)

korang pernah main game ni?
'the scruffs'.
game mencari benda dalam satu2 ruang.
layan la jugak kan.

tetengah aku pening kepala cari benda2 ni,
aku tertimbul satu idea plak.
nak wat quiz kat korang.
aku nak tgk setajam mana penglihatan korang dalam mencari barang2.
3 orang terawal dan menjawab dengan tepat,
akan ku beri sesuatu.
sesuatu khas dari lumut.
ok?

tapi, awal2 aku beritahu.
hadiah2 ni hanya akan ku pos pada pemenang pada awal bulan hadapan.




korang kena cari benda2 seperti gambar di atas,
macam gambar kat atas ni, aku nak korang cari benda2 yang tersenarai kat list belah kanan tu.
korang leh besarkan gambar kat atas ni dengan klik je kat gambar.
dan korang bagitau la kedudukan dia kat mana ok?
meh sini aku beri contoh...



so, lepas je korang dapat teka,
korang save dan hantarkan ke hezliyana@yahoo.com
ok?

hanya peneka yang paling tepat dan paling awal di ambil kira.
korang try la!
aku beri masa sampai pukul 10am esok, selasa 11.11.2008.
ok?

dan esok, setelah aku kumpul2kan semua jawapan,
dan ditimbang tara kesemuanya,
jawapan2 yang terpilih akan dipaparkan kat sini.


selamat mencuba!
:)

p/s: okla..okla..kalau korang tak dapat nak jawab kesemuanya dengan betul, korang leh hantar jugak. mana la tau tuah korang kan?
;)

peribahasa untuk hari ini:
Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya!

maksudnya:
Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

Thursday, October 30, 2008

air dalam berenang, air dangkal bercebok


adoila...
kaki ni saket balek.tak tau nak cakap camne kat bos. aku ni takleh nak naik turun tangga macam slalu.
oohhh..baru naik turun tangga 2 kali pagi ni je, kaki dah start rasa saket2.
macam nak kena umpa doc lagi ni.patutnya, semalam aku pergi jumpa pakar.
tapi, semalam kaki tak la teruk sangat saketnya.
rasa segan plak nak jumpa kaki tak saket mana kan.
nanti kata, over plak.

*kalaulah office ni ada escalator. kan ke bagus*

google gambar escalator,
membuatkan aku teringat kepada mainan faveretku masa kecik2 dulu.
penguin yang jalan terkedek2 atas tangga
dan slide guna gelongsor.
berterusan.
boleh buatkan aku ralit.
korang masa kecik2 ada tak mainan ni?
best woooo!
lagi satu, game pancing ikan. 
tu pon boleh buat aku leka gile.
tak sedar waktu.
hehehe. aku ni kalau bercerita pasal game, takkan abis punya!






terlalu banyak masa, tiada kerja.
dari pagi tadi, aku dok blog hopping, main game, facebook (baru ni nak bukak. dah seminggu wat bodo je ngan facebook), dan ym ngan aswa.
dari tadi aku dok tgk jam.
11.05am
then... 11.07am.
aik? baru 2 minit je berlalu?

pastu...11.15am.
huh! sangat boring ok. dah la kaki rasa nak tercabut ni.
ada jugak yang cabut balek umah jap gi kang.


ada tak antara korang yang kenal sesiapa dari mrsm kuantan, batch '98? (spm tahun 98)
nak minta tolong sket. boleh?


marilah beramai2 ym denganku. 
tgh boring tahap cipan bertanduk dah ni.


*maksud peribahasa di tajuk: sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita.

sebulan akan datang, aku akan beri satu peribahasa dan maksud untuk setiap entri. saje nak beri korang ilmu sket. hehehe~
(sebenarnya, ilmu ni pon aku dapat dari wiki..hehehe)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...