Followers

Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Nostalgia bermain game. Bukan PS2,PS3 atau XBox. Ianya ATARI beb!

aku tak tau la korang2 adik aku ni tau ke tak game atari ni. sebab cam adik2 aku yang lahir after tahun '85 pon tak tau game atari ni wujud. tapi yang baya2 aku ni maybe pernah dengar atau pernah ada game ni masa tahun hujung 80-an atau awal 90-an dulu.

ATARI. yup. kalau korang tgk rupa game ni memang jauh beza dari game canggih yang ada skarang.

masa memula family kitorang ada atari ni masa tu kitorang stay kat labuan. rasanya masa tu aku dalam darjah 3 kot. entah takde ribut takde angin, ayah balek dari pekan dah siap2 belikan game ni. memula tu cam tak heran la ingatkan ayah bawak balek mesin apa kejadah pasal kerja  tetiba bila ayah pasangkan pada tv, tetiba e eh...ni super mario laa!! ayah bawak balek game! haha.

entah la. maybe ayah kesian kat anak2 dia boring dok pulau kot. sebab tu dia belikan kitorang game ni. knowing ayah, dia suka beli je benda2 camni, dia main sekali dua pastu dia wat bodo je. bagi anak main puas2. :)

*imej2 tok nenek ni semuanya dari google. thanks en google!*

ok. ni kira macam console dia la.ada beberapa button dan tempat letak tape dia tu. tape dia penting ye kawan2 macam nak main PS jugak la kena ada CD. main atari ni terhad satu game satu tape. pulaknya tak boleh save game. kalau dah naik level tinggi2, tetiba mak ko panggil makan nasi, kenala tutup game ni dan bermula semula pada level 1 kalau nak main semula ye.

ok. ni adalah salah satu elemen penting jugak. batang gembira joystick. takde joystick ni memang mati akal la takleh main game. haha.

ni antara contoh tape2.macam kitorang dulu, sebab dok kat pulau kan, so koleksi tape taklah memberangsangkan sangat. rasanya ada dalam 6 kot. pusing2 main benda yang sama je. 

game hot masa tu. super mario. tapi aku tak minat sangat. aku rela main racing car dari main benda ni.

aku tgk kat google nama dia space invaders. slalu berebut dengan arwah angah nak main game ni. ni antara game faveret la.

tapi paling kegemaran ultimate adalah game ni. google kata nama game ni pitfall. oh suka gila ok. kiranya paling mencabar la dalam banyak2 game atari aku rasa. bukan senang oh nak lompat capai tali tu dan mendarat dengan selamat. 

apapon, ini semua tinggal kenangan. rasanya ayah dah buang kot game atari ni. dengar kata kat ebay still ada jual game ni. rasa cam nak beli pulak. haha.

korang ada pengalaman ngan atari ni? jomlah kongsi. :)



Tuesday, May 11, 2010

jom layan gambar lama2.

masa ni aku darjah 5 tak silap. ni kat sitiawan. kitorang amek gambar dengan kereta ni sebab ayah dah nak let go kereta volvo ni. sayang ooo...kereta ni yang paling best.

bersama arwah angah. kat melaka. masa ni umur 6 tahun.

bersama arwah angah lagi.

kat kuching. muka protes sebab dah penat dan lapar. tapi dipaksa bergambar. hahaha~

ni rasanya masa ni aku dalam baya2 khalish skarang atau mungkin lebih tua dari tu. ada rupa khalish tak? ;)

aku yang belah kiri tu. mandi kat teluk batik pakai swimming suit ok! hehehe. oh. teluk batik masa ni best! takde bersimen2 bagai macam skang.


masa tadika. ya Allah...buruknya la rupa. tapi yang peliknya, ada jugak mamat yang suka2 aku masa tadika ni. pelik kan? hahaha~

Tuesday, March 30, 2010

jawapan untuk 'hiburan selingan' setengah bulan yang lalu...

dari entri yang ini...

*aku yang dalam bulatan purple tu*

hari ni baru aku bagi jawapan.
haa...korang percaya ke yang berbulat purple tu aku?
apa? tak percaya lagi???


*gambar masa umur 6 tahun. amek gambar mesti nak ketap2kan bibir tu. tak tau nape.*

see?
aku memang dari kecik jenis itam (bukan skang ni itam jugak ke?) dan kurus.
itupon lepas dah pandai main ngan kawan2 la kot.
masa baby, debab je. huhuhu.

skang dah percaya ke? 
hehehe.
aku punya banyak rupa tau. kalau korang2 tengok, mesti kata aku tipu.



Monday, April 6, 2009

nostalgia Ibu dan Ayah

masa ni diorang bertunang kot. ibu ayah bertunang lama, 2 tahun. tunggu ayah abis latihan kadet.


kawen bawah pedang ok! jeles ai.


ni baru lepas nikah. kat umah tok kadi. pelik ek zaman dulu2. nikah kat umah tok kadi plak.


tahun 84. kat zoo negara. aku umur 3 tahun, arwah angah setahun setengah. arwah angah tu penakut sket. nampak binatang ganas2 sket je, mula la nangis2 bagai nak rak. hahahaha.
(rindu plak kat arwah angah. al-fatihah)




tak tau masa ni ibu ayah ada function apa. tapi suka je ngan gambar ni.



ajiq, ibu, ayah, iqa. kat klia. antor ayah nak gi ke US tak silap. kecik cinonet lagi bebudak ni. skang masing2 dah layak kawen pon. huhuhu.

Thursday, April 2, 2009

terpaksa hampakan korang.

sorry!
gambar scan baby tak dapat dicapture.
sebab baby terlalu aktif.
asik gerak ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang.
doktor pon dah terjerit2 kecik dah...

"baby jangan lari2 ok. auntie nak scan ni"

hehehe.
alhamdulillah,
semalam scan dah leh nampak,

1. little tiny hands
2. little tiny toes
3. tulang belakang
4. skull and face

doc cakap masa scan tu, tangan dia buat sign 'good' lagik.
hehehe. comel betul!

en alang toksah cakap la kan.
excited gile.
sampai nak tidor pon dok tersengih2 sorang2 dok teringat baby dalam perut.
oh. and doc cakap,
kalau aku asik tak sedap badan tu,
maknanya baby sehat la.

dan sebelum mengakhiri entri ini,
aku bekalkan korang dengan gambar nostalgia ini.
sila teka ok siapa ini...

berada di pangkuan ayah. masa ni rumah kat jb kot.


rasanya masa ni berumur 5 atau 6 tahun. kurus keding. kemam mulut. apahal ntah. huhuhu.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...