Followers

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Kehadiran yang dinanti.

Assalamualaikum sahabat-sahabat maya.
Bismillahirahmanirrahim....
Setelah sekian lama menyepi...tup-tup empunya blog nak bagitahu yang dia dah selamat bersalin.
Tarikh: 25 April 2013 (Khamis)
Masa: 2.17pm
Method: Normal (induce)
Tempat: Hospital Seri Manjung

Sepanjang pregnant yang ketiga ni, macam-macam penyakit dan ujian yang aku tempuhi. Selalunya kencing kotor (UTI). Pernah juga bacaan hb darah di tahap rendah...but yang itu nothing serious la. Masuk week 36, pergerakan aku terbatas disebabkan kepala baby dah betul-betul terasa di celah kangkang. Week 37, fuhhh...betul-betul mencabar sangat sebab setiap kali aku duduk atau baring, terasa sakit sangat celah kangkang dan aku berjalan sangat-sangat la dalam slow pace teramat. Alang sampai fed-up nak ajak aku berjalan sebab katanya siput pon lagi laju. Haihhh~

At first, aku amat positif yang baby ketiga ni akan keluar lebih kurang macam abang-abang dia...week 37. Dahlah aku dalam keadaan yang nak pegi ke ofis pon terhegeh-hegeh sampai aku betul-betul tak larat and minta surat sokongan doktor menyatakan aku tidak fit untuk bekerja pada week 38.Hari berganti hari, minggu silih berganti...masuk week 40. 24 Apr, aku pergi ke klinik kesihatan dengan harapan biarlah visit ni yang terakhir...dan baby akan segera lahir. Check perut...degup jantung baby ok. Tapi terpaksa hadap doktor sebab kencing kotor. Doktor yang aku hadap ni memang aku kenal sangat...dia la beria-ia nak scan baby sebab nak tengok berat baby katanya. So...bila dia scan tu...muka dia berubah. Dia kata air ketuban bacaan 8. Aku tanya doktor...bahaya ke? Doktor kata bacaan 5 ke bawah yang bahaya. Tapi dia nak rujuk juga aku ke hospital manjung sebab scanner tu tak berapa betul sangat.

So aku balik rumah, dan makan tengahari sebelum pergi ke hospital. Scan di hospital, doktor kata air ketuban aku bacaannya 5. Terus dia brief aku...aku terpaksa di-admit dan diinduce esoknya. Aku ni rajin tanya-tanya...haha. Aku tanya la doktor kalau tak nak induce, maknanya saya akan kena c-sect ke? Doktor kata atas pilihan aku nak induce dulu atau nak terus c-sect. Masa tu dah pikir nak c-sect je sebab macam tak sanggup nak hadap sakit induce. Bila doktor kata oleh kerana aku ada history c-sect, aku hanya diberikan 1 kali induce sahaja berbanding biasa, pesakit akan diberi 2 kali induce. Ini sebab doktor risau rahim pecah sekiranya dipaksa beranak. So bila tau 1 kali je...terus aku setuju. At least kalau betul bukaan tak full dilate, sakitnya tak lama macam 2 kali induce.

Petang tu admit ke wad, doktor buat lagi ctg baby. Alhamdulillah ctg baby cantik je. Dalam pukul 11pm, nurse datang check bp dan temp. Tetiba dia kata awak takde makanan ke? Aku masa tu memang taknak apa-apa sebab petang tu dah pesan kat Alang bawakan roti dan milo esok hari je. Nurse kata aku kena makan pukul 4 pagi sebelum CTG sebab lepas CTG, diorg nak induce aku dan aku disuruh puasa. Terpaksa aku call En alang hantarkan roti dan milo tetengah malam tu.

En Alang menemani...

Malam tu memang tak tidur lena la...sebab dah tau kena paksa beranak esoknya kan. So selang sejam aku terjaga. Pukul 4 pagi tu nurse tak sempat nak kejut aku, aku dah bangun gosok gigi, kencing dan elok hadap roti dan milo. Nurse siap puji bagusla awak. Takyah saya susah-susah kejutkan. Bila aku settle makan, terus buat CTG. Agak lama jugak buat CTG...after CTG, aku mandi dan minum milo lagi. Tengah aku leka borak dengan budak depan katil, doktor panggil untuk induce. Sebelum induce dia seluk...katanya bukaan 1cm je. Aku dah terbayang c-sect je masa ni sebab doktor kata dinding rahim aku pon tebal lagi. Haihhh...~

Lepas je induce, aku disuruh baring selama sejam dan disuruh puasa. Ahhhh....dah terbayang kenapa la aku tak suruh En alang datang pukul 4pagi tu bawakkan bubur nasi mekdi ke apa...nyesal makan roti je. Dalam pukul 9pagi...dah rasa mild contraction. Oh...masa ni setiap jam nurse datang check bp, temp, contraction semua tu. Dalam pukul 10, En Alang datang konon nak temankan aku hadap contraction. Tapi baru setengah jam temankan, dia dah kena halau dengan mak guard. Aku pon pujuk En Alang balik umah dulu...nanti pukul 12.30 datang semula. Ikutkan En Alang dia tak nak balik...abis tu takkan nak lepak perkarangan spital sampai 2 jam? Aku terpaksa buat2 kuat padahal sakit dah terasa kerap. Bila pukul 12, aku call En Alang suruh dia datang spital cecepat sebab contraction dah rasa sampai ke pinggang membawak ke tulang belakang. Aku tau tu tanda bukaan dah bukak at least 5-6cm. Elok pukul 1.30, aku dah terasa sakit sangat. Doktor kata nak check bukaan aku...aku paksa En Alang tanya kat nurse bila doktor nak check bukaan ni. Dalam pukul 1.40, doktor check bukaan...katanya dah 5cm, Adeh...aku dah menepuk dahi. Baru 5cm ke? Doktor pesan boleh makan sebab chance untuk aku beranak normal ada. Kalau dah sakit tu...nak makan apa plak kan? Aku pesan kat alang buatkan milo untuk aku dan aku dalam kesakitan tu terpaksa gak pi toilet untuk kencing. Elok aku lepas kencing and nak duduk kat katil, contraction serang lagi kali ni kaw-kaw. Alang tengok aku...dia yang tak sanggup.Aku cecepat hirup milo dan sambung baring. Elok je baring, aku terasa contraction yang TERAMAT menyengat. Sakit sampai aku rasa dah terkencing dan mengigil2 berpeluh-peluh. Dan yang paling terasa nak beranak sangat-sangat tu sebab aku dah TERteran.

Alang tak sanggup tengok aku berpeluh bagai nak rak...terus dia panggil nurse kata aku dah teran dan terkencing. Nurse tak tunggu lagi, terus tolak aku pergi bilik bersalin. Sampai je bilik bersalin, sebelum diorang transfer aku ke katil bersalin, bidan-bidan suruh aku kangkang nak tengok bukaan. Sekali...diorang tengok je...diorang boleh kata...eh, dah semacam je ni. Cepat awak gerak ke katil sebelah ni...dah masa ni. Kepala anak awak dah nampak tu. Apa lagi...terkejut gila la aku. Baru tak sampai 10 minit lepas doktor cek baru bukak 5cm...takkan dah nak beranak pulak? Oh...masa bukak spender tu rupanya bukan aku terkencing, darah yang keluar. Banyak betul lencun spender dengan darah. Maybe air ketuban kurang, so memang takde la air ketuban yang keluar dulu...sebaliknya darah yang keluar. Masya Allah....masa ni betul-betul aku tak rasa sakit apa dah. Pikir nak keluarkan baby cepat-cepat je. Bila nurse instruct pegang kaki dan push, 2 kali aku tanya nurse/bidan...betul ke ni? Saya push ni. Awak push je. Teran kuat-kuat ye. Aku teran 2 kali, baru keluar kepala sampai mata je. Nurse encourage push lagi sebab sikit je lagi...lepaskan hidung pulak. Bila dengar macam tu je, aku teran-teran sampai takde nafas...sebabkan aku sakit teramat...nafas pon tak tercuri dah. Sebab tu sampai 4 kali teran baru baby boleh keluar. So overall 6 kali la aku teran. Haha...pelik kan dah kenapa aku kira? Sebab masa Jaz aku teran 5 kali je. Konon nak kurgkan rekod. Sekali...memang tak dapat la.

Baby dilahirkan jam 2.17pm. Bayangkan...aku sorang je bersalin kat dewan bersalin. En Alang macam tak percaya aku bersalin secepat tu. Dia cerita...masa tu dia tunggu dalam 5 minit kat seat luar dewan...tetiba dengar suara baby nangis. Dia mati-mati ingatkan baby orang lain...sekali nurse keluar panggil siapa suami intan? Haaa...tak melopong orang tu tetiba dah ada 3 anak. Hahaha.

Alhamdulillah...puteri yang dinanti selamat tiba. Masa bidan tunjuk ni baby apa puan? Dalam tak larat tu kemain semangat aku jawab, PEREMPUAN! Hahaha...betapa seronoknya dapat girl.

Ok...cerita dah abis...setelah sebulan baru nak publish. Pada kawan-kawan blog yang baru tahu kelahiran ni, maaf dipohon. Jom enjoy gambar-gambar ok.

Berusia 1 jam.

1 hari usianya

Ayana Zayra Sofya nama diberi. Sakan bubuh nama anak kan?
Makna: Yang cantik, berseri-seri dan bijak.

Baru umur 5 hari mama dah dera paai headband ye nak?

Ayana Day 19.

Baby Ayana bersama the bodyguards
:)



Alhamdulillah...skarang baby Ayana dah berumur 35 hari. Sihat dan banyak akalnya.









Tuesday, January 11, 2011

We call him Jaz or Jazly

hi everybody!

papa saya kata rupa saya dah macam org korea sebab mama asik layan citer korea je. mata saya pon sepet2.

rambut saya cacak2. tak tau ikut rupa siapa lagi. tunggu 2-3 bulan baru nampak rupa saya kot.


abang khalish yang masih tak sedar saya dah lahir dan jadi adik dia. tapi pagi tadi abang khalish seronok dapat usap saya. 

Friday, January 7, 2011

Tetiba rasa macam taknak beranak. boleh?

dari semalam aku rasa macam dah tak saket2 sangat dah. tidor malam tadi sepatotnya boleh lena tapi atas gangguan manja si anak, lena tu terbantut la jugak. slalunya aku tak dapat tidor sebab saket bawah perut dan lenguh2. ni semalam ok la plak badan ni. baby pon elok je tendang2 macam happy je dok dalam perut mama.

macam ada gaya taknak beranak dalam masa terdekat je ha. hahaha.

pagi tadi en alang kelam kabut carikan buku merah lama aku. sebab semua rekod masa ngandungkan khalish dalam tu kan. en alang ni memangla pengemas orangnya, tapi kalau dia dah simpan barang...memang susah la nak jumpa. ntah selit tang mana ntah. aku senang je. siapa yang simpan, dia kena cari semula. haha. pagi tadi masa aku selak2 buku merah lama tu...terus trauma lahirkan khalish datang semula. adoi! camno ni? nak simpan baby dalam perut selama2nya boleh tak?

segala beg dan pampers baby dan keperluan aku dah tersedia dalam kereta. memang dah ready segala persiapan fizikal. tapi mental aku ni memang tak ready wei. kadang2 bila mild contraction tu datang, terus aku berdoa janganla beranak harini. aku tak sedia lagi. boleh wat doa camtu? cam seorang ibu yang teruk eh?

weekend ni nak makan segala makanan yang ada. nak puaskan nafsu serakah makan sebelum berpantang. nak minum semua air ais2. hehe. nanti dalam pantang korang nak tunjuk gambar makanan camne maha sedap pon time tu aku tak heran. haha. oh dan kali ni aku nak ketatkan pantang la kot. no ice/cold drink selama setahun. boleh ke terlaksana eh? hmmm~

kalau korang tgk aku dah 4-5 hari takde update tu maknanya aku dah beranak la tu. takpon aku akan minta zaza updatekan perkembangan aku je. atau iqa. siapa2 je la antara adik2 aku tu. hehe. en alang tak reti nak update2 blog ni.

kalau bernasib baik, aku sendiri la kot akan update. tapi masa tu ntah ada masa ke tak eh. biasala...biarpon anak ke-2, tapi masih rasa kekok nak sesuaikan diri dengan jadual baru plus nak susukan budak, tidokan budak, mandikan...wah! banyaknya benda kena buat. baby, duduk diam2 dalam perut mama je ok. takyah kuar eh? kuar tahun depan je la. hahaha. ok2 mama gurau je. baby boleh kuar bila2 masa baby nak. mama tak sabar nak tengok kamu nak!

Wednesday, December 15, 2010

Bukan senang nak dapatkan hero sorang ni. Dan tak sangka tak lama lagi nak terima kehadiran hero no.2 pula!

bukan aku nak bermegah2. jauh skali nak tunjuk riak. ada anak ni memang selalu buatkan kita teruja. no wonder orang yang tak ada anak dan belum punya rezeki anak ni beria2 benar nak merasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. excited dia sampai anak tu beranak pinak pula memang takkan habis.

ramai juga di kalangan kawan2 dan rakan2 blogger yang bertanyakan pada aku tentang petua macam mana aku dapat khalish. aku tiada petua khas yang boleh diberi selain dari nasihat bahawa kesihatan diri perlu dijaga. bukannya apa, aku contohnya...selepas kawen berat badan suami isteri naik mendadak. macam berlawan2 pula. lepas tu dok meroyan kat blog apsal aku tak ngandung2 lagi. haha. dah tentu2 la masa tu hormon aku tunggang terbalik, ngan berat badan macam yoyo kejap turun, kejap lagi ha kooo naik mendadak. camne nak ngandung kan? and one more thing, disebabkan berat badan la period aku jadi macam chipsmore. kejap ada, lamaaaa tak ada. merisaukan.

so, selepas 8 bulan sah bernikah dan masih tiada hasil melainkan lemak2 yang berjaya diternak, kami suami isteri sepakat jumpa pakar saket puan untuk mendapatkan kaunseling. masa ni kami pergi pon disebabkan atas dorongan kawan2 yang dekat. sebenarnya tiada pressure dari mana2 pihak pon untuk kami cepat2 dapatkan anak ni. tapi sebab kami sendiri rasa sunyi di rumah dan agak boring bertekak bergurau berdua je, tu yang cepat2 nak dapatkan geng bergaduh pulak. hehe.

aku ingat2 lupa sebenarnya. tapi masa jumpa doktor tu, orang yang paling banyak bertanya itu ini adalah en alang. memang agak terkejut sebab dia betul2 berminat nak tau apa masalahnya kami ni hingga sukar nak mengandung. doktor pon cerita la yang aku ni dah dalam golongan obese. memang susah nak mengandung kalau berat badan berlebihan. lagi pula period aku yang tak tentu...jadi doktor telah memberikan kami nasihat yang sewajarnya. aku beri dalam bullet point bagi senang faham la eh.

- aku kena regularkan period dulu sebelum usaha nak pregnant diteruskan. jadi doc beri pil untuk regularkan period.
- aku kena kurangkan berat badan. yang banyak.
- suami kena beri dorongan pada isteri untuk usaha mengurangkan berat badan.

jadi kami pon balek ke rumah berbekalkan ubat regular period. dan doc pesan sekiranya period dah datang, on 2nd day period perlu ke klinik lagi untuk mengambil pil subur pula. namanya clomid.

- oh. masa ni doc ada wat scan juga. dan alhamdulillah, doc kata rahim aku tiada masalah.
- selepas pengambilan clomid selama 6 cycle masih tiada perubahan, sample semen (air mani) suami akan diambil dan diperiksa.

so, selepas datang je period, on 2nd day pepagi buta en alang dah excited nak ke klinik semula. aku cakap kat dia, kita pi petang2 sket sebab slalunya pagi2 orang ramai. ewah...nak amek clomid je pon. tapi excitednya suamiku ini macam nak bersalin dah. tak silap aku pengambilan clomid ni bermula pada hari ke-4 atau 5 cycle. oh. hari pertama period dikira sebagai first day cycle ye kawan2. dan pil ini diambil 5 hari berturut2.

jadinya, kami pon semangat2 la nak mencuba clomid ni. tapi apakan daya, pengambilan pertama tidak berjaya. pada bulan kedua aku period, ambil lagi clomid seperti yang disarankan dan alhamdulillah, hanya selepas 2 cycle, benih kami bertunas dengan izinNya.

oh ya. aku juga ada membuat usaha alternatif lain dalam usaha nak dapatkan anak ni. aku pakai PB. yup. premium beautiful yang skarang ni sebok semua org beli tu. hehe. ai dah pakai dulu ok. tapi tu la...pakai 2 bulan je dan terus lekat. so...korset ni kita simpan je la dulu. hehe.

so aku harap korang dapat gambaran dan faham bagaimana kami berusaha untuk dapatkan khalish. bukan senang nak senang kata orang. memang soal jodoh, rezeki, anak di tangan tuhan. tapi kita sebagai makhluknya perlu berusaha kan? takkan goyang kaki je boleh turun nasi sepinggan dari langit betul tak?

dan pada pasangan yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, suami isteri perlu sepakat dan sporting. jangan lah nak meletakkan kesalahan tak dapat anak pada isteri saja. tak adil namanya. lelaki, awak ingat sperm awak tu sehat sangat ke? kuantiti sperm awak tu cukup ke? berkualiti sangat ke sperm2 awak tu? oleh itu, kalau doc minta suami pula buat ujian, please la beri kerjasama. ni orang ada anak, awak pon nak anak. tapi awak tak nak buat apa2. harapkan bulan jatuh ke riba. minta isteri pergi berurut bagai. awak dok goyang kaki je. isk...tak gemor aku orang camni.

isteri pula perlu bertegas dengan suami. alhamdulillah en alang cukup sporting bila doc ada buat cadangan sekiranya selepas 6 cycle pengambilan clomid aku masih tak mengandung, dia perlu diperiksa...lagi dia tanya macam2 kat doc adala. wahh..macam tak sabar nak bagi sample semen kat doc tu pulak. sebab dia sendiri kata seawal darjah 6 dia dah merokok, so maybe sperm2 dia yang tak sehat. dia pon perlu tahu juga kebenaran yang ada.

so kawan2...ini je la pengetahuan aku yang seciput untuk dikongsi. aku bukanlah expert atau terer bebenor ye. kalau korang tanya aku lebih2 memang la aku tergagap2 nak jawab. sebab aku just cerita berdasarkan pengalaman.

aku sentiasa doakan kawan2 sekeliling aku yang sukar dapat anak agar segera dipermudahkan urusan mereka. biarpon kami sunyi selama setahun, tapi kami mengerti sunyi yang dirasai dalam hati tu membuatkan kita jadi derita. please jangan stress2 dan buat biasa je ye. kalau org tanya2, korang gelak2 je la. nak minta org faham keadaan kita memang susah...sebab diorang tak pernah rasa. tak guna nak marah2 org yang memerli kita dan bertanya beribu kali tentang anak. sebab Allah lebih tahu segalanya.

:)
sayang korang tau! (tetiba je statement ni kuar. haha)

Wednesday, November 3, 2010

Perkembangan Mak Buyung

semalam pi klinik wat check up. macam biasa, timbang berat, amek tekanan darah, amek air kencing, sample darah sket dan jumpa nurse dan semalam sebab ada kes, kena jumpa doc jugak. oh, sebelum jumpa doc kena cucuk kancing gigi dulu. semalam tak rasa apa sangat, harini baru terasa sengal2 dan menyucuk2 sket. malam tadi tidor pon tak berapa lena sebab hanya leh mengiring belah kanan dan menelentang. aku lebih suka mengiring ke kiri tapi dah lengan kiri yang kena cucuk, terpaksa tido2 ayam je lagipon si khalish asik nanges2 malam tadi.

berat makin menurun. bukan sket2 ye. penurunan sebanyak 2.6kg! aku sendiri terkejut beruk tengok angka kat penimbang tu. 2 kali aku timbang, 2 kali dapat figure yang sama. haihh..nasib badan betul.

jumpa doc dan scan baby untuk pastikan baby sehat. alhamdulillah, biarpon aku tak sehat dan berat turun mendadak, baby K nampaknya sehat2 je dan berat pon hampir ke 1kg. tengah2 scan tu, doc leh lak cakap...la....boy ye anak awak ni? haha. tgk. baby K sama je ngan abang long dia tak reti nak malu2 sorok anu dia ok. mesti nak tayang jugak tu.

aku sms en alang kata berat turun. dia punya risau la call aku sampai 7 kali tapi aku tak angkat sebab masa tu aku tgk ada scan session ngan doc. bagi aku, asalkan anak gerak ok, aku kurus kering pon takpe. biarla baby sehat2. tapi semalam doc ada bilang, baby agak kecil sedikit dari umurnya. dia minta aku minum susu banyak2. hehe. baiklah doc. saya akan beli susu coklat banyak2 lepas ni. sebab aku tak minum susu putih.

elok je aku kuar dari bilik doc, aku call en alang dan cakap kat dia jangan risau apa2, baby K sehat2 je. en alang plak kata dia bukan risaukan baby, sebab dia tau baby sehat2. dia lebih risaukan aku. siap tanya doc suruh makan/minum apa2 tak untuk tambahkan berat. hehe. comel je laki aku ni.

for info, kepala baby dah ke bawah dan uri pon elok kat atas. alhamdulillah. jangan pulak nanti last2 minit uri ke bawah atau kepala pulak ke atas. ada yang nanges air mata darah plak kang. aku seboleh2 nak try go for normal delivery. dah kata nak 2 orang je anak kan, mesti la nak rasa 2-2 cara beranak. tapi kalau dah rezeki aku ke c-sect jugak. tak leh nak kata apa la. harap2 jugak masa tu tekanan darah aku tak tinggi dan aku rileks je hadapi saat2 melahirkan.

sebagai penutup, nah aku beri gambar aku hari ini. perut tu tak nampak sangat sebab baju ni besau. ala, korang imagine2 je la eh perut aku besar mana. hehe.

saya yang makin mengecil. alangkah indahnya sekiranya aku sekurus ini pada hari2 biasa. (selain waktu pregnant). 

Tuesday, November 2, 2010

Alhamdulillah...

akhirnya kami sekeluarga dapat tidur lena setelah berminggu2 tidur2 ayam je. bangun pagi tadi rasa fresh sangat2. khalish pon bangun sengih2 mengomel2 happy dan mood yang terbaik dia berikan pada kami.

batuk aku dah takde weiii....SERONOKKKKK!!!!!!!!!!!!
rasa macam...wah! lapangnya dada tak batuk2. kalau tak, aku akan batuk2 macam orang tua. cakap dgn orang tak sampai 10 saat, batuknya sampai setengah minit. huhu.

sekejap je kandungan aku ni dah 7 bulan. baby pon dah aktif semacam. tapi pembawakan baby yang ini sangat2 berbeza dengan khalish dulu. banyak sangat perbezaan la. orang2 sekeliling aku pon dok macam percaya tak percaya bila aku kata aku sedang kandungkan baby boy. ramai agak baby girl dalam perut ni. aku saspek baby ni pasti punya personaliti berbeza dari abangnya. 

untuk nama baby ni, aku dah dapat namanya. ada persamaan dari segi sebutan cuma beza sedikit sahaja dari khalish. serta punya makna yang baik juga. semoga akhlak baby ni akan menjadi seindah namanya. insyaAllah...terima kasih pada yang memberikan cadangan nama2 yang unik dan comel pada aku tempoh hari. sumbangan dan idea korang amat aku hargai. kita lihat siapa yang kena ok! ;)

Tuesday, October 26, 2010

Ok. Dah boleh start carik nama.

Nak minta tolong korang carikan nama yang dekat2 dengan nama Khalish Dani Fitry.
minta tolong eh. sesiapa yang terpilih takde la hadiah...cuma korang leh berbangga nama yang korang pilih tu anak aku pakai. hehe.

boleh ek? carikan nama. kat simpanan aku ada 2-3 pilihan. tapi saja nak luaskan pilihan yang ada.

Thursday, October 21, 2010

Gender? Hmm....

Ramai yang tersilap teka. hehe.
kali ni boboi jugak la korang. takpela...asalkan baby sehat2 je kan?
aku tak kesah boy atau girl. sebab dapat boy pon orang dok kata dia girl kan.
cuma tak boleh nak gayakan ngan skirt, gaun dan riben2 la.

dan disebabkan pregnancy kali ni aku saket teruk sangat, ramai advice biarlah kandungan ini adalah yang terakhir. aku pon dah give up sebenarnya.
bukannya apa, kesian kat baby. punyala banyak jenis ubat aku amek semata2 sebab demam yang tak abis2 ni. doc pon dah kurangkan jumlah ubat.
ramai jugak tegur aku dah kuru sangat. semalam lepas mandi, aku bertuala dok depan cermin. sekali aku leh nampak tulang selangka aku ok! dah tentu2 badan macam aku ni nak nampak tulang selangka tu adalah mustahil. tetiba leh nampak. aku tunjuk kat en alang, terus dia pandang aku dengan perasaan kesian. dia datang kat aku, cubit2 pipi aku dan kata,

abang rindu ayang yang tembam2 macam dulu.

entahla. pregnancy kali ni cabaran dia sangat2 mencabar. aku tak lalu makan, asik muntah2, demam on off. orang mengandung berat bertambah, aku plak makin turun atau statik. 

harap2 ni semua sementara. en alang dah fikir yang bukan2. dia kata entah2 aku kena tegur dengan apa2. atau kena buatan orang. aku tak suka pikir benda2 mistik camni. harap2 takde apa la eh.

:)

doakan aku baik2 je ye. risau juga.

Wednesday, October 20, 2010

baru balek klinik

desebabkan demam asik on off, doc dah panik.
buat swap untuk ujian H1N1. dan nak beri mc 7 hari kat aku.
aku gelak je. cakap kat doc takleh nak mc lama2, nanti bos marah.
so, dapat mc 3 hari je.

tadi dah scan jugak. dan dah tau gender baby.
korang teka la eh baby apa dalam perut aku ni. teka la, teka la.
;)

Monday, October 18, 2010

Sekejap je masa berlalu. Tup2 ada lagi 3 bulan je?


macam tak percaya. baby dah 6 bulan lebih. semua yang tegur dan bertanya akan terkejut bila dapat tahu due aku januari nanti. hehe.
dan apa pon aku tak ready sangat. memang beza dgn khalish dulu. untuk baby kali ni aku lebih rileks. mungkin juga sebab aku dah tetapkan hati nak baby kuar secara normal, so taknak la ada komplikasi darah tinggi dan diabetes macam dulu dan tak pasal2 kena belah perut ni ha.

preparation satu apa tak buat lagi. nak tunggu kandungan 7 bulan ke atas baru nak beli itu ini. yang paling penting nak beli baju2 dia sebab baju2 khalish yang dulu nak dikatakan hanya 10% je yang elok. lain2 banyak yang dah lusuh dan bertahi lalat sebab khalish kuat muntah dan suka leleh2 air liur. jadinya baju2 dia banyak yang nampak teruk sebelum masanya. rezeki baby la agaknya nak merasa baju2 baru. hehe.

skarang tengah pening adakah perlu membeli sebuah lagi baby cot dan car seat serta stroller? khalish memang sampai skarang masih guna cot dan car seat dia. cuma stroller tu je kadang2 bila ke tempat yang luas2 je macam shopping mall. kalau takat ke pasaraya econsave tu dia duduk dalam troli je. hehe. cot tu maybe kena beli kot sebab khalish dan cotnya memang dah sebau dan dia biasa tidor dalam cot tu. kadang2 je bila demam dia tidor dgn kitorang. dan satu masalahnya pulak, kat mana nak letak satu lagi cot? huhu. sedih2. pening pale otak ni haaa....hahaha. car seat pula maybe tunggu adik dia kuar dulu dan masa tu kita tgk khalish boleh ke duduk dalam kereta senyap2 tanpa car seat. stakat ni, kalau takde car seat, dia akan meronta nak duduk lantai dan pegang stereng. tapi kalau duduk dalam car seat, e eh pandai pulak duduk diam2 termenung tengok luar.

takpela. banyak masa lagi nak pikir rasanya. oh, dan adakah ibu dan ayah akan sponsor lagi baby cot untuk next baby ni? hahaha.

tak sabar nak shopping baju2 baby yang kecik molek comel lote tu. kalau stakat bedak2 dan shampu dan sabun memang ada banyak lagi yang tak guna. hasil orang beri pon tak guna2 lagi. camno tu? hehe. lepas ni kena check semula checklist khalish dulu dan catatkan kembali apa yang perlu dibeli. oh. dan juga set lepas bersalin. jenama apa yang elok ye? hmmm~ masa khalish dulu serius aku tak amek satu jamu dan tak pakai bengkung pon. just mandi akar kayu dan diurut dgn mak bidan je. sapu param kat dahi pon on off. haha. tapi stokin tetap pakai sampai hari2 terakhir berpantang. dan makan pon jaga juga. kali ni dah tekad nak amek jamu dan pakai bengkung dan nak upah makcik bidan yang pandai urut2. mak bidan aritu tak berapa syok sangat.

next month maybe nak buat scan dan nak tgk gender baby. tak sabar ok! :)

Tuesday, September 21, 2010

Pregnancy kali ini cabarannya berbeza

Alhamdulillah...setakat hari ini pada usia kandungan 22 minggu (5 bulan setengah) semua baik2 saja walaupun aku masih batuk2 dan selsema ringan.
tapi yang peliknya, kali ni tiada darah tinggi, tiada kencing manis. cuma masalahnya berat badan dah 6 minggu hanya statik. tak kurang dan tak pula menaik. (even bulan raya makan tak hengat donia)

tapi bila discan baby dan dengar jantungnya, alhamdulillah semua ok2 saja.
dan kali ni menarik sebab biarpon tiada darah tinggi dan diabetes seperti kandungan yang lepas, kali ni aku diuji darah untuk tiroid pula. dan keputusannya hanya dapat diketahui selepas 2 minggu. sangat2 mencabar kan?
takpela. aku percaya Allah ada rancangan terbaik untuk hambanya. yang penting baby sehat2 saja. kalau aku dibedah kali ke-2 pon takpe asalkan anak ok2.
oh. baby macam tau2 je aku tengah tulis pasal dia. elok je tendang2 aku. hehe.

ramai yang menjangkakan baby kali ini adalah lelaki. bagi aku, lelaki atau perempuan aku dah tak kesah sangat walaupon pada mulanya aku yang beria2 mahukan perempuan. tapi, bila sudah ada khalish membesar depan mata...dan ramai yang mengatakan rupanya persis seorang kanak-kanak perempuan, membuatkan aku sudah tak kesah jika kami dikurniakan anak lelaki sekali lagi. seperti tiada beza jika anak seterusnya lelaki juga kerana aku hampir pasti rupanya akan seperti abang long nya juga. cuma kurangnya tak dapat nak gayakan mereka dengan gaun2 dan headband yang cantek2 serta beropol2. hehe.

takpe. kita tunggu lagi sebulan setengah ok. masa tu nak scan gender baby. tak sabarrr...sebab aku gemarkan memberi nama awal2. sebab aku suka panggil baby dengan namanya sendiri. tidaklah terbaby, baby sepanjang pregnancy. hehe. macam khalish dulu, sejak tahu gendernya, terus sahaja aku ligat cari nama dan selepas berkenankan nama tu, sejak itu memanggilnya khalish sejak dia dalam kandungan lagi. hasilnya? selepas keluar dari perut mamanya, tiap kali dia menangis atau merengek2, mendengar aku memanggil namanya sahaja cukup buatkan dia reda. mungkin selesa kerana tahu mamanya ada berdekatan.
:)

Doakan kami sehat2 sahaja sepanjang tempoh mengandung ni. Mungkin juga pregnancy kali ni tak banyak kerenah sebab kerenah khalish saja sudah cukup buatkan aku pening kepala. hehe.

Friday, August 13, 2010

Terharu ok!

bila masuk2 ofis je, ada org tegur kat chatbox takde entri ke hari ni. hehe.
sorila niera, akak ada appoinment doc tadi. scan perut. ni baru je masuk ofis sejam yang lalu.

oh. baby dah nampak kaki, tangan, jari2, perut, tulang belakang, jantung. insyaAllah baby sehat2 je.
seronok tgk baby ni tadi. tapi sebabkan baby menelentang melintang, so tak dapat la nak tinjau2 gender dia.
hehe. tak sabar nak tunggu next scan pulak. sebenarnya tak sabar nak beri nama.

hari ni jugak ibu dah start buat tempahan kuih raya. ibu terpaksa siapkan order APMM sebanyak 10,200 keping kuih untuk 2 jenis kuih. haihh...sempat ke tidak nak siapkan tu. ahad plak diorang nak tempahan tu semua siap. yang renyah tu, diorang nak paketkan kuih2 ni 3 biji dalam 1 peket. so, weekend ni kitorang satu family akan sebok seseboknya.

Monday, August 9, 2010

Tak sangka la. Dah masuk 2nd trimester rupanya. Haha.

*imej dari babycentre.com*


macam mimpi je. betul2 tak sangka.
sekejap sangat dah 16 minggu. kang tetiba je ada lagi 100 hari. pastu lagi sebulan. pastu seminggu.
hahaha. nervous la weiii....

abaikan perasaan poyo ni eh. 
macam yang korang tau pon, masa mengandungkan khalish perut aku pon tak berapa nak nampak sangat.
same with this pregnancy jugak la. perut ala2 malu nak tunjuk kat orang.
pulak tu ramai tegur apsal aku kurus. hahaha. nak wat camne. akak ni golongan obese.
kalau pregnant, sure berat turun. abis je pantang, siap la. berat badan tiba2 je naik mencanak2.
hahaha.


macam yang korang tengok imej dari babycentre kat atas tu, skejap je baby dalam womb ni dah sempurna camtu.
macam e eh, aritu bukan ke kecik cinonet nampak macam besar bijik guli je? tetiba dah besar buah avocado eh. bagus2. membesar la ye nak eh. mama tak kesah dah stretch mark nak kuar panjang mana pon dah. yang penting, kamu sehat dan membesar bagai johan ok!
:)

khalish pon dah pandai nak gosok2 perut mama dia ni ha. macam tau2 je ada adik dalam ni.
tapi kadang2 datang mengamuk dia, abis semua ditendang2. haihhh..nak wat camne kan. besar2 camni layankan la jugak.
dah berakal sket, siapla. kamu pulak mama rotan2 kan. hahaha.
*tergamak nak rotan anak sendiri ke?*

Thursday, April 29, 2010

rasa hati ini. yang inginkan...

...anak lagi.


serius. aku tak tipu. 
teringin nak anak lagi.
kerana, bila kenangkan khalish keseorangan bermain di rumah.
rasa sangat2 kasihan kat dia.
kadang2 mama dan papanya pon letih nak melayan.
ye la kan, energy anak kecil tu sangat2 mengagumkan.


bayangkan saja, khalish bukan seorang kaki tido.
malam, hanya tido selama 6-7jam sahaja. seperti orang dewasa.
tidor siang pula, tak sampai 3 jam.
tapi amat gemar berborak, bermain dengan kaki sendiri dan obses dengan warna merah dan kipas.
Oh Jiey, khalish seperti Ian amat gemarkan kipas.
si khalish ni pegi mana2 mesti cari kipas. kipas siling tau.
kalau pergi rumah orang, kepala terdongak2 mencari kipas.
pasaraya pon sama. dan seringkali hampa bila tiada kipas di siling pasaraya.
hahahaha~


oh. berbalik semula pada energy luar biasa khalish (dan aku pasti, kebanyakan anak kecil sama sahaja)
kadang2, kami yang tertido sambil menunggu dia tidor.
oh. khalish tidor dalam cot. kebiasaanya, kami hanya letakkan dia dalam cot, dan menanti dia tertido sendiri.
alhamdulillah, setakat ni khalish amat senang tidor.
tak perlu berbuai atau dikendong. cuma papanya kadang2 suka manjakan khalish mendodoinya dalam pelukan.


di pagi hari, dialah menjadi alarm clock kami.
seawal jam 6-7am dan kadangkala 5 pagi pon dia dah terjaga.
tak menangis (cuma bila lapar je menangis) dan hanya buat hal sendiri.
kutip soft toy, bermain2 dan berborak dengan soft toy.
dalam gelap ok!
(oh. kami mula melatih khalish untuk tidor dalam gelap. dan dia sukakannya!)


kadang2 anak2 sepupu datang ke rumah.
dan khalish sungguh excited melihat dua pupunya yang seramai 4 orang tu bermain sesama sendiri.
dan kadang kala singgah sebentar melihat khalish dan mengagahnya.
terdetik di hati, kasihannya anak ini.
tiada adik beradik untuk bermain.
namun, pandai membawa diri sambil bermain sendiri.
(tengok, mama dan bergenang air mata kesiankan kamu)


:)
takpe2. tunggu setahun dua ye khalish.
ada rezeki, ada la adik untuk khalish.


oh. en alang slalu usik malam2,
yang, jom kita bagi adik kat khalish.
(sambil buat muka nakal)
boleh?
huhuhu~

Monday, March 22, 2010

KAMU KEJAM!!!




































sedih.
malu nak mengaku orang melayu/malaysia yang buat benda macam ni.
aku rasa marah, geram, benci yang teramat skarang ni.
dah berleluasa sangat.
dah melampau sangat.
dah terlalu kejam.
manusia takde hati perut, takde belas kasihan langsung!!!

kalau KAMU yang berniat nak buang anak tu,
SILALAH beri pada mereka yang memerlukan.
ada ramai kawan2 aku yang belom punya rezeki.
kamu peroleh rezeki, si kecil yang tak dapat nak dibeli dari mana2 kedai,
kamu campak, humban dia seolah dia benar2 tak ada nilai buat kamu.

tahukah kamu bahawa itu darah daging kamu?
tahukah kamu bahawa itu adalah anak kamu?
tahukah kamu bahawa itu adalah amanah dari Allah swt?

dan adakah kamu tahu bahawa darah daging itu, anak itu, amanah itu menanti kamu di hari akhirat?
bertanyakan sampai hati kamu membuangnya?
sampai hati kamu mensia2kan hidupnya?
sampai hati kamu tidak memberi peluang untuknya hidup?

hanya Allah sahaja yang boleh balas perbuatan kamu itu.
aku terlalu MARAH dan BENCI pada kamu.
semoga Allah ampunkan dosa besar kamu ini.

Friday, February 19, 2010

bersalin secara c-sect adalah menggerunkan. bagi aku. yang takut kena bedah.

yup.
pada sesiapa yang biasa baca blog aku dari dulu lagi, memang dah tau yang aku takut c-sect.
dan benda yang aku takutkan tu la aku dapat.

aku rela bertarung nyawa meneran anak daripada diorang dok toreh2 bawah perut aku ni.
sampai skang, kalau tengok parut c-sect,
rasa nak nanges. sebab dah berparut2.
buruk.

ok. meh sini aku nak cerita macam mana aku dalam dewan bedah.

masa mula2 diorang dah start tolak aku masuk bilik bedah, en alang dah tak boleh nak iring aku masuk.
laju2 salam minta ampun maaf kat en alang,
dan diorang pon tolak aku masuk dewan bedah.

oh. sebelum masuk dewan bedah tu, ada satu ruang.
tak pasti ruangan apa, tapi ada tv dan kerusi2.
aku saspek runagan ni tempat nurse2, pakar bius lepak2.
relax je diorang.
aku je yang cemas tak tentu pasal.
sib baik diorang baik. jawab je soalan2 aku.
saket ke tak, rasa apa kalau kena potong, kena bius saket ke, macam2 la.
dalam amsa ni jugak pakar bius datang minta aku sign surat kebenaran bius.
dia tanya jugak, aku prefer bius separuh atau penuh.
aku tanya balek, mana lebih berisiko.
dia jawab bius penuh lagi berisiko. kalau aku dah tak sedarkan diri, diorang belah2 aku, aku still rasa saket, diorang tak tahu.
sebab misterinya bius ni, tak semua badan orang boleh terima.
ada orang bius sikit je dah lali.
ada orang bius bubuh dos standard tapi still boleh rasa saket.
(takut kan?)
terus aku pilih bius separuh.
dan sign surat kebenaran.
masa ni dah gigil2 toksah cakap.
takut gile weiii.....sign pon tak berupa sign dah. rupa conteng ada la.
dalam 6-7minit pastu, lepas diorang dah siap2kan aku,
pakai penutup kepala, dan tutup badan aku ngan kain.
doktor sampai je, terus diorang tolak aku masuk dewan bedah.

masuk2 je terus terasa sejuk yang menyucuk2.
badan aku menggigil2.
mulut terketar2. gigi sampai berlaga2.
sorang nurse ni tanya, akak sejuk ke?
aku jawab sejuk.
dia kata, nanti kite selimutkan akak dengan kain panas.

then, aku disuruh duduk dan tundukkan badan ke depan & peluk bantal.
masa ni pakar bius tu bius aku.
ramai kata masa bius ni la yang saket, tapi tak bagi aku.
kalau kite relakskan badan, bius tu rasa lebih sket je dari kena gigit semut.
lepas dah kena bius, diorang suruh aku baring semula.
tunggu dalam 2 minit camtu, diorang pegang ibu jari kaki aku tanya rasa tak?
aku jawab rasa apa?
ni saya pegang ibu jari awak.
memang tak rasa pon. maknanya bius dah jalan dengan sempurna.

adakah korang tau bahawasanya katil bedah adalah cukup2 saiz badan kite sahaja?
i mean, kalau ko pusing ke kiri atau kanan, memang sah2 ko akan terjelepuk ke lantai.
dan tangan korang akan ditampung dengan satu alas yang lain.
masa diorang dah alas tangan aku dan ikat, (kena ikat ok!)
terus aku terfikir, apa aku buat ni?
biar betul kejap je lagi anak nak kuar dah.
ready ke aku? betul ke nak bubuh nama khalish?

masa doktor dah start belah, aku still boleh rasa pisau lalu2 atas perut.
tapi rasa yang biasa2 je.
sebab bius kan.
dan masih boleh berborak2 dengan nurse2.
asik bertanyakan aku kerja di mana, pernah scan atau tak,
(diorang ni memang dah dilatih tanya2 soklan agaknya. supaya kite tak rasa takut sangat mungkin)
alih2 je, tengah syok2 borak2 ngan nurse2,
ada sorang nurse ni bagitau,
hah, jap lagi doktor nak bawak kuar baby dah tu.
akak dah ready ke?

hoih...jantung aku dup dap ok.
hahaha!
terus rasa teruja gile.
pastu, aku rasa doktor macam goyang2kan badan aku.
masa ni nurse bagitau doktor tengah seluk dalam sikit sebab baby dah kat bawah.
tu yang kena goyangkan sket badan akak.
aku macam....OOOooooooOOOO....camtu rupanya.
then, tetiba rasa macam badan ringan je.
(serius, aku rasa ringan gile ok.)
aku saspek doktor dah bawak kuar baby masa ni.
dan aku terdengar suara baby; ek, ek. halus je suara.
nurse pon cakap, haa...anak akak dah kuar dah.
akak rasa akak dapat anak apa?
aku senyum, jawab lelaki.
nurse tu cakap, takpe2...nanti mesti akak terkejut.
heh? perempuan pulak ke?

pastu, masa doktor tengah jahit, terus aku jadi macam tak peduli.
teruja lebih nak tahu pasal baby.
tanya kat nrse, kenapa tak dengar suara baby pon?
nurse kata, nanti saya tengokkan kejap ye kak.

ok. aku tunggu. penantian adalah satu penyeksaan.
tiba2 je, terus terdengar suara baby nanges. halus. sejuk hati ni dengar jeritan dia.
tersenyum aku. sambil ucap alhamdulillah tak tau berapa kali. macam beratus kali.
dan tiba2 je, nurse datang.
bawak baby. aku nak cium baby, nurse tak beri.
sebab baby masih tak bersih sepenuhnya, hanya diberikan aku lagakan kepalanya pada pipi aku.
rupa baby masa tu samar2. sebab aku masih mamai dengan penangan ubat darah tinggi.
nurse suruh aku teka lagi jantina baby ni.
aku jawab lelaki. nurse gelak. akak ni macam confirm je dapat anak lelaki.
aku senyum. nurse beritahu aku betul. baby lelaki.
ucapan alhamdulillah yang kesekian kalinya terpacul lagi.

selepas semua selesai, aku ditolak keluar dari dewan bedah. bertemu kembali dengan suami tercinta.
ucapan terima kasih dan ciuman bertalu2 aku terima.
sambil menyatakan rasa kasihan pada aku.

aku cuma mampu senyum. dan tutup mata kerana letih.
hari yang panjang,
melalui kontraksi selama 8jam.
di adilfitri pertama.

selepas nurse2 tempatkan aku di katil wad,
nurse pastikan aku baring tanpa berbantal.
masa ni en alang aku lihat agak kelam kabut.
kemaskan barang2 aku dan menyediakan air untuk isteri tercinta.
menyusun setiap barang agar aku mudah capai.
ambilkan gambar anak pada jam pertama.
terima kasih juga pada nurse2 yang baik hati berikan en alang peluang untuk layan aku selama setengah jam di dalam wad.
kebetulan dah tengah malam.
makanya, en alang bebas juga ke hulu hilir memandangkan patient lain dah tidor.

keesokan harinya, aku bangun dari tidur jam 6am.
dan saket pada tempat bedah mula terasa.
pada ketika itu, nurse2 sedang mengagihkan ubat2 kepada setiap katil yang ada.
aku makan ubat. dan nurse berpesan agar aku mula gerakkan badan sedikit demi sedikit.
untuk persiapan agar dapat menyusukan anak.

wah! masa tu aku bukan main bersemangat.
tapi, baru nak angkat bahu, dah rasa saket. perlahan2 aku cuba gerakkan badan.
mengiring, telentang. agar badan kuat semula. tak sabar nak jumpa baby.

jam 9am, baby dah mandi,
terus diberi baby dan diajar aku cara untuk menyusukan.
perasaan? tak terkata. tak tergambar. sungguh besar kuasa Allah.
mulut kecil itu tercari2 puting mamanya dan pabila terjumpa,
dihisapnya seperti tidak mahu lepas.
nurse2 yang ketemu aku, pasti terkejut melihatkan si anak yang tak padan dengan saiz badan yang kecil,
tapi begitu bersungguh2 menyedut setiap titisan susu mamanya.

masa ini, aku tatap sungguh2 wajah anak.
periksa setiap inci badan anak.
periksa jari2 tangan dan kaki.
adakah sempurna, adakah punya luka.

sampai waktu melawat tengah hari, berduyun2 pelawat untuk aku.
dari family aku dan mertua.
ibu dan ayah beria2 cium aku (tapi aku tak mandi lagi. huhuhu.)
bila semua orang terpandangkan wajah baby, semua jatuh hati.
ibu memegang cucunya bagaikan tidak sabar mahu membelai cucunya bila keluar dari hospital nanti.
ayah senyum lebar bila dah bergelar tok ayah.
en alang? muka bangga tak habis2. agaknya tidor pon penuh dengan senyuman.

fakta yang aku tak tahu ketika itu, tapi baru tahu setelah keluar dari hospital:
1. en alang call ibu dan ayah minta datang ke hospital bila dia dapat tahu aku perlu dibedah. tapi ibu dan ayah menolak untuk datang.
2. ayah dan ibu membaca yaasin di rumah tatkala aku dibedah.
3. en alang tak putus2 berzikir, berdoa agar kami anak beranak selamat.

kami ditahan di wad 4 hari selepas bersalin.
kerana darah tinggi aku dan baby yang kena jaundice.
setiap kali terpandangkan anak di bawah uv ray, hati meronta2.
tak sanggup lihat anak berbogel di bawah cahaya lampu yang panas.
tertekan kerana orang di sebelah katil bertukar ganti, tetapi aku masih di situ.

sungguh tertekan.
alhamdulillah, semua itu berbaloi bila terpandangkan wajah anak.
segala sakit, penat akan hilang sejurus terdengar suara anak.

ok. c-sect adalah saket.
hehehe.

aku bukan nak takutkan korang ok.
tapi kenyataan.....!
:P

Wednesday, January 6, 2010

azam tahun 2010?

dah 6hb baru nak cerita pasal azam ke cik kurekure oi..
hehehe~

untuk tahun ni, azam takde.
ingat just nak GO WITH THE FLOW!

apa yang ada dalam pale otak aku skang,
serupa macam azam.
tapi tak perlu beria2 sangat nak usahakan.
kalau nak jadi, jadi.
kalau tak dapat, takpe.

sebabnya, azam tahun lepas dah terlaksana.
alhamdulillah.
tahun ni kite rileks2 je.

azam yang tak berapa nak jadik azam,
ni namanya kehendak yang rileks.
1. nak kurus
2. nak usahakan pregnant baby nombor 2 (from september onwards)

tapi bila pikir2 balik,
macam nak anak lahir on 10.10.10.
agak2 sempat tak?
wakakakaka!

kalau tak dapat,
nak baby lahir on 11.11.11 la.
:)

ala, tuhan nak bagi rezeki tu dah kire bagus kan.

*ibu bising. aku period lambat bulan ni. kalau aku terpregnant, mesti lagi ngamuk orang tua tu. dia dah kata, selangkan 2-3 tahun untk next baby. dan kalau boleh, dia nak aku ada anak sorang dua je. boleh? aku nak anak ramai2. cam best plak ada anak ni.

Tuesday, January 5, 2010

macam perempuan ke?



mana2 kitorang pergi,
mesti ada orang bertanya.

"ni perempuan ke?"

tak pernah sekali pon orang bertanya,

"ni lelaki ke?"

haih. anakku ni rupa soft sangat ke?
mungkin sebab aku ni mamanya, dah hari2 tatap muka anak sendiri,
dan set kat kepala yang anak tu lelaki.

hehehe.

tapi bila aku sangkal pertanyaan diorang dengan mengatakan khalish lelaki,
terus diorang berubah air muka.
macam tak percaya pon ada gak. macam aku menipu pon ada gak.
nak je aku bukak lampin khalish tu bagi tunjuk bird dia.
;)

korang rasa, khalish ni ikut rupa siapa?
aku atau en alang?
atau tok ayah, tok ibu, opah atau atok bruas?

Tuesday, December 8, 2009

terlaksanakah azam dan harapan 2009 anda?

meh sini aku copy paste azam dan harapan aku dari entri tahun lepas.

"azam 2009,

nak baby!
ok. tu je. tak mintak banyak. itu je.
:)

orang kata, kalau nak sesuatu tu, sebut banyak2 kali mesti jadi punya.
so, aku try.


nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby.

kalau korang kire, ada 99 kali aku taip words yang sama.
orang kata, cakap tu doa.
so, dengan doa ni, leh la aku dapat baby ek?
hehehe~"


alhamdulillah...termakbul juga doa ni.
dan aku doakan kepada mereka2 yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak agar azam mempunyai anak sendiri terlaksana pada tahun hadapan.

yup. aku faham sangat perasaan orang yang belum punya rezeki menimang anak sendiri lagi.
aku sendiri hampir setahun menunggu.
mungkin bagi sesetengah orang; ala, baru setahun dah kecoh2 nak anak.

tapi adakah korang tahu betapa sayunya hati ini bila melihat zuriat orang lain?
betapa sakitnya hati bila orang asyik bertanyakan bila lagi giliran kami untuk punya anak?
betapa sedihnya hati bila merasakan diri mengecewakan suami apabila buat pregnancy test slalu negatif je?
betapa cemburunyanya mata bila membaca blog orang lain hebat berceritakan tentang anak masing2?

aku pernah rasa semua itu. dan aku faham sangat2 perasaan mereka yang melaluinya.

aku seboleh2 tak nak sebut pasal anak kepada mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan anak ketika berbual dengan mereka.
aku seboleh2 nak kurangkan buat entri pasal anak kerana nak jaga hati mereka yang sedang melalui pengalaman sakit hati, sayu hati dan sedih ini.
sebab aku pernah rasa. aku pernah lalui. aku pernah rasa terseksa.

sebab tu korang jangan tertanya2 plak kalau entri tentang khalish kurang kat blog ni.
aku pernah katakan dulu, blog ini adalah blog mamanya.
blog ini menceritakan kehidupan dan pengalaman aku bukannya dia (khalish).

:)

Saturday, September 26, 2009

kronologinya

terima kasih di atas ucapan kalian.
tuan tanah bersiaran secara langsung dari rumah bondanya.
berpantang di sini.

baru je keluar hospital petang semalam.
kehadiran Khalish betul2 melakar sejarah sendiri.
kami di'hospital'kan selama 8 hari.
bermula dari 17 sept sehinggalah 25 sept.
sampai semua nurse dan doktor aku dah kenal.
dan mereka 'kenal' kami.
;)

meh sini nak citer bagaimana ianya terjadi.
tapi, maybe panjang sket la kot.
so...stay tune! (kalau korang nak baca la...)

17 sep
khalish kurang gerak dalam perut. aku dah perasan sejak tengahari tu. hati risau, tapi wat bodo lagi.
sempat ke naval base ngan ibu. (mencari baju raya!)
berbuka bersama en alang di rumah. selepas berbuka,
baby tak gerak2 jugak. hati cuak gile.
terus ajak en alang ke spital.
tak sangka bila buat komen baby kurang gerak, kena tahan wad.
dan2 tu jugak tekanan darah aku tinggi mendadak.
159/90
malam tu tidor di wad.
sedih....

18-19 sep
di tahan di wad lagi sebab bp sangat2 mencurigakan dan merisaukan. 160/90 dan ke atas sahaja. tak pernah nak turun2. doc terpaksa advice aku amek ubat darah tinggi.
masa ni, aku dah tak sabar. esok nak raya, mana leh jadik camni.
aku tanya, bila aku leh kuar.
doc tak beri aku kuar wad. too risky katanya.
besides, aku ada diabetes sepanjang mengandung ni.
membuatkan bertambah komplikasi keadaan kandungan.
doc terus decide nak bincang dengan ketua doc.
buat keputusan untuk induce aku pagi tu juga.
dan malam tu aku mula rasa contraction yang lite2.
oh, petang sempat jamah rendang ayam ibu buatkan.
so, takla aku terasa sangat kehilangan nikmat syawal tahun ni.
;)

20 sep
raya pertama.
pagi2 lagi doc dah tengok bukaan.
baru buka 2cm.
doc beri induce ke-2.
jam 2pm,
check bukaan, dah 4cm.
terus tolak aku ke labour room.
nasib baik hospital manjung ni mesra suami.
en alang masa ni betul2 menggugat iman.
sangat2 hensem ok dengan baju melayu ungu bersongkok lagi.
dan masih bersongkok meneman aku di labour room.
kirenya, kalau nyawa aku tak panjang masa ni,
dah puas hati dapat tengok kesegakan suami.
oh, en alang sangat2 membantu masa ni.
setiap kali aku diserang contraction,
tangannya diletakkan di perut aku, mulut berzikir tak henti.
korang bayangkan, kami di labour room dari jam 2lebih sehingga jam 9lebih.
contraction dari menggila sehingga fainting. hampir tiada contraction lagi.
doc check, bukaan dah 6cm.
tapi disebabkan awal2 lagi dah dipecahkan ketuban,
dan risau baby kalau2 lemas.
terus doc buat keputusan untuk c-sect je.

en alang banyak membantu.
walaupun keadaan tengah genting,
dia masih boleh beri aku senyuman biarpon aku tau di hujung senyuman tu,
ada kerisauan yang menggila.
en alang kata, takpela sayang,
ni first and last.
abang taknak paksa sayang beranak lagi lepas ni.
abang serik tgk sayang saket.

tapi...itu kite tgk la dulu.
mana la tau lepas dah tak rasa saket2 ni,
terbukak hati ni nak beranak lagi kan...hehehe~

masa diorang sorong aku ke bilik bedah,
en alang tak lepas pegangan tangan dari tangan aku.
beri kata2 semangat, beri senyuman...(oh! senyuman yang boleh aku bawak 'bekal' kalau aku mati kelak)

did i tell u guys yang aku diberi ubat tekanan darah tinggi earlier?
ye, aku masih ambil masa ubat tu masa di labour room.
ubat tu buatkan aku mengantuk yang teramat.
sampai aku rasa mamai2 je masa diorang bedah aku.

dan jam 10.38pm,
keluarlah seorang lagi umat muhammad bernama khalish dani fitry.
sejarah nama dia ni nanti aku citerkan di entri lain ok?

21-23 sep
ditahan di wad kerana jika buat c-sect, 3-4 hari perlu ditahan di wad. di saat2 aku boleh keluar
wad pada 23 sep, kuning khalish naik dari 12 ke 14. hati risau bukan kepalang. terus aku ikut
advice nurse2 dan dco2 untuk breastfeed khalish berterusan, letakkan bawah uv ray. nasib baik khalish berkelakuan baik (kecuali malam! nak berkepit je...) mau tidor bawah uv ray tu.

24 sep
kuning khalish turun dari 14 ke 12 semula. alhamdulillah. tapi disebabkan khalish lahir kurang berat, (hanya 2.2kg!) kuning berskala 12 tu terlalu berat untuknya. doc sasarkan kurang dari 11. terpaksa tinggal sehari lagi di wad.

25 sep
kuning khalish kurang dari 12 ke 11.3. disebabkan aku dari awal pagi dah merayu doc untuk discaj kami, terus petang tu kami dibenarkan pulang.

ok. tu je la kot kronologinya.
hehe. aku hanya akan bersiaran kalau tuan lappy ni balek sini ujung minggu.
itupon kalau dia balek.
so, kalau aku senyap tu...faham2 je la ye.

terima kasih sekali lagi di atas ucapan tahniah kalian.
dan yang beri kad raya dan cenderahati, terima kasih banyak2.
buat nur'ain, banyaknya awak beri duit raya.
duit raya tu untuk kite atau khalish?
hehehe~




khalish day 1-day 4.
:)



nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...