Followers

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Bukan senang nak dapatkan hero sorang ni. Dan tak sangka tak lama lagi nak terima kehadiran hero no.2 pula!

bukan aku nak bermegah2. jauh skali nak tunjuk riak. ada anak ni memang selalu buatkan kita teruja. no wonder orang yang tak ada anak dan belum punya rezeki anak ni beria2 benar nak merasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. excited dia sampai anak tu beranak pinak pula memang takkan habis.

ramai juga di kalangan kawan2 dan rakan2 blogger yang bertanyakan pada aku tentang petua macam mana aku dapat khalish. aku tiada petua khas yang boleh diberi selain dari nasihat bahawa kesihatan diri perlu dijaga. bukannya apa, aku contohnya...selepas kawen berat badan suami isteri naik mendadak. macam berlawan2 pula. lepas tu dok meroyan kat blog apsal aku tak ngandung2 lagi. haha. dah tentu2 la masa tu hormon aku tunggang terbalik, ngan berat badan macam yoyo kejap turun, kejap lagi ha kooo naik mendadak. camne nak ngandung kan? and one more thing, disebabkan berat badan la period aku jadi macam chipsmore. kejap ada, lamaaaa tak ada. merisaukan.

so, selepas 8 bulan sah bernikah dan masih tiada hasil melainkan lemak2 yang berjaya diternak, kami suami isteri sepakat jumpa pakar saket puan untuk mendapatkan kaunseling. masa ni kami pergi pon disebabkan atas dorongan kawan2 yang dekat. sebenarnya tiada pressure dari mana2 pihak pon untuk kami cepat2 dapatkan anak ni. tapi sebab kami sendiri rasa sunyi di rumah dan agak boring bertekak bergurau berdua je, tu yang cepat2 nak dapatkan geng bergaduh pulak. hehe.

aku ingat2 lupa sebenarnya. tapi masa jumpa doktor tu, orang yang paling banyak bertanya itu ini adalah en alang. memang agak terkejut sebab dia betul2 berminat nak tau apa masalahnya kami ni hingga sukar nak mengandung. doktor pon cerita la yang aku ni dah dalam golongan obese. memang susah nak mengandung kalau berat badan berlebihan. lagi pula period aku yang tak tentu...jadi doktor telah memberikan kami nasihat yang sewajarnya. aku beri dalam bullet point bagi senang faham la eh.

- aku kena regularkan period dulu sebelum usaha nak pregnant diteruskan. jadi doc beri pil untuk regularkan period.
- aku kena kurangkan berat badan. yang banyak.
- suami kena beri dorongan pada isteri untuk usaha mengurangkan berat badan.

jadi kami pon balek ke rumah berbekalkan ubat regular period. dan doc pesan sekiranya period dah datang, on 2nd day period perlu ke klinik lagi untuk mengambil pil subur pula. namanya clomid.

- oh. masa ni doc ada wat scan juga. dan alhamdulillah, doc kata rahim aku tiada masalah.
- selepas pengambilan clomid selama 6 cycle masih tiada perubahan, sample semen (air mani) suami akan diambil dan diperiksa.

so, selepas datang je period, on 2nd day pepagi buta en alang dah excited nak ke klinik semula. aku cakap kat dia, kita pi petang2 sket sebab slalunya pagi2 orang ramai. ewah...nak amek clomid je pon. tapi excitednya suamiku ini macam nak bersalin dah. tak silap aku pengambilan clomid ni bermula pada hari ke-4 atau 5 cycle. oh. hari pertama period dikira sebagai first day cycle ye kawan2. dan pil ini diambil 5 hari berturut2.

jadinya, kami pon semangat2 la nak mencuba clomid ni. tapi apakan daya, pengambilan pertama tidak berjaya. pada bulan kedua aku period, ambil lagi clomid seperti yang disarankan dan alhamdulillah, hanya selepas 2 cycle, benih kami bertunas dengan izinNya.

oh ya. aku juga ada membuat usaha alternatif lain dalam usaha nak dapatkan anak ni. aku pakai PB. yup. premium beautiful yang skarang ni sebok semua org beli tu. hehe. ai dah pakai dulu ok. tapi tu la...pakai 2 bulan je dan terus lekat. so...korset ni kita simpan je la dulu. hehe.

so aku harap korang dapat gambaran dan faham bagaimana kami berusaha untuk dapatkan khalish. bukan senang nak senang kata orang. memang soal jodoh, rezeki, anak di tangan tuhan. tapi kita sebagai makhluknya perlu berusaha kan? takkan goyang kaki je boleh turun nasi sepinggan dari langit betul tak?

dan pada pasangan yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, suami isteri perlu sepakat dan sporting. jangan lah nak meletakkan kesalahan tak dapat anak pada isteri saja. tak adil namanya. lelaki, awak ingat sperm awak tu sehat sangat ke? kuantiti sperm awak tu cukup ke? berkualiti sangat ke sperm2 awak tu? oleh itu, kalau doc minta suami pula buat ujian, please la beri kerjasama. ni orang ada anak, awak pon nak anak. tapi awak tak nak buat apa2. harapkan bulan jatuh ke riba. minta isteri pergi berurut bagai. awak dok goyang kaki je. isk...tak gemor aku orang camni.

isteri pula perlu bertegas dengan suami. alhamdulillah en alang cukup sporting bila doc ada buat cadangan sekiranya selepas 6 cycle pengambilan clomid aku masih tak mengandung, dia perlu diperiksa...lagi dia tanya macam2 kat doc adala. wahh..macam tak sabar nak bagi sample semen kat doc tu pulak. sebab dia sendiri kata seawal darjah 6 dia dah merokok, so maybe sperm2 dia yang tak sehat. dia pon perlu tahu juga kebenaran yang ada.

so kawan2...ini je la pengetahuan aku yang seciput untuk dikongsi. aku bukanlah expert atau terer bebenor ye. kalau korang tanya aku lebih2 memang la aku tergagap2 nak jawab. sebab aku just cerita berdasarkan pengalaman.

aku sentiasa doakan kawan2 sekeliling aku yang sukar dapat anak agar segera dipermudahkan urusan mereka. biarpon kami sunyi selama setahun, tapi kami mengerti sunyi yang dirasai dalam hati tu membuatkan kita jadi derita. please jangan stress2 dan buat biasa je ye. kalau org tanya2, korang gelak2 je la. nak minta org faham keadaan kita memang susah...sebab diorang tak pernah rasa. tak guna nak marah2 org yang memerli kita dan bertanya beribu kali tentang anak. sebab Allah lebih tahu segalanya.

:)
sayang korang tau! (tetiba je statement ni kuar. haha)

Thursday, May 6, 2010

baru aku tahu.

nak kongsi ngan korang.
dan aku setuju dengan ustaz saiful ni.

http://saifulislam.com/?p=8020
petikan dari blog beliau,

"Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam."


memang kadang aku pon terfikir begitu.
dan sememangnya, aku sangat2 pelik bila orang lain yang solat istikharah, selepas solat bermimpi mendapat petunjuk dan sebagainya.
sungguh aku tak pernah mimpi petunjuk.
cuma aku dapat hanyalah ketenangan. mungkin ketenangan tu aku peroleh dari Allah s.w.t untuk aku lebih bijak berfikir membuat pilihan.

pada mulanya, aku berpendapat mungkin aku tak dapat mimpi/petunjuk sebab aku tak warak sangat kot.
baca Quran pon ikut mana dan je. solat yang wajib pon kadang2 tertuang juga.
camne nak dapat mimpi?

huhuhu. ini adalah fikiran orang yang kurang kefahaman ilmu agama.(tunjuk kat diri sendiri)
bukan tak belajar agama, tapi kadang2 benda macam ni buatkan kita confuse.
adakah selepas solat istikharah WAJIB DAPAT MIMPI/PETUNJUK?
hmmm...

lepas aku baca blog ustaz saiful ni,
terus aku tersedar. dan berterima kasih banyak2 atas tambahan ilmu yang diberikan.
ni aku nak kongsi ngan korang. bagus ni kadang2 baca blog agama. 
:)

Wednesday, April 28, 2010

fuh...ramai gak yang sentap eh.

sabar korang...sabar...

dari post yang ini,
ramai yang reply.
bagus2. aku tau korang akan bagi respon sebab aku pon ala2 sentap gak mula2.
tapi aku rasa Kisah Rumah Tangga (KRT) ni memang saja je nak provoke.
bukak topik supaya kaum2 ibu sentap sket.
dan bincangkan topik tu secara hot dan tak mellow.
hehehe.

oh. KRT tu bukan aku ok. hahaha.
kang tetiba kata KRT ada bagi komisyen ke apa kat aku ni.
padahal, aku tak kenal langsung.

cuma kadang2 tertarik dengan topik yang dia bukak.
dan bila ada pengomen yang sokong komen aku,
rasa seronok plak. macam...eh, tak sangka kepala otak kita ni sama je pemikiran.
tapi ada jugak yang ala2 bersikap "pompuan harus ke dapur. pompuan harus buat segala2nya. pompuan harus perfect sebagai isteri dan ibu"
like...hello! orang2 macam ni ada jugak eh.
sebab bagi aku la, tak bermakna ko tak masak, ko jadik isteri derhaka.
ko tak hias rumah cantek2, ko jadi bini yang pemalas.

bagi aku, cukup la ko jaga makan pakai suami, anak2.
ambil tahu. alert dengan keperluan mereka. sediakan mana yang ko mampu.

just jaga anak2, jaga suami.
jaga rumah, pastikan rumah kemas. tak payah la sampai wajib beli barang untuk hias rumah every week plak.
rumah berhias cantik adalah bonus. yang penting kekemasan dan kebersihan adalah utama.
get it?

hehehe. apa2 je la labu.
aku just bagi personal opinion je.
apa kata korang?
ada tambahan opinion?
;)

Tuesday, April 27, 2010

apa pendapat korang? yang bukan kaum ibu pon digalakkan jawab.


kalau tak nampak, meh aku taip semula...

"Kesian bila ada isteri sanggup tinggalkan anak2 dia kat rumah mak dia atau rumah pengasuh sbb nak tengok wayang & shopping dgn kawan2 perempuan dia"


bagi aku la...takde hal la semua tu. tinggalkan anak kat BS atau mak bukan bererti kite ni tak sayang anak. sebab sayangkan anak la ditinggal2kan.
sebabnya....

1. org pompuan ni kalau shopping, sampai berjam2. penat ok. kalau bawak budak lagi kesian kat budak tu. penat, haus, lapar, nak tido.

2. tengok wayang bawak budak kecik? bagi aku, tunggu la budak tu berakal sket baru la bawak dia tgk wayang. kalau baru beberapa bulan atau masih lagi umur setahun dua, tahan dulu. bagi tengok dvd kat umah lagi bagus. kesian kat gegendang telinga anak tu. sound speaker panggung sangat kuat.

3. bagi la kaum ibu ni time off. bukan day(s) off tau. TIME OFF. stakat 3-4 jam tu bagi je la. bukan nak kata apa la kan. kaum ibu ni banyak dah berkorban. seperti kaum bapa juga. kaum bapa boleh pi tengok bola, pekena teh tarik kat kedai mamak,  fishing lagi...tu pon dah makan masa berjam2. stakat sekali skala kaum ibu nak berjimba rumba ngan kawan2 dia...apa salahnya.

4. oh. ada pengomen kat fb yang kata, seluruh hidup dia hanya untuk suami dan anak2. kuar ngan kawan2 adalah tak elok. hello!!!! ko duduk kat zaman apa ha? mak aku pon ada masa nak kuar ngan kawan2 dia, shopping dan gossiping. cuma ko kena la mintak izin suami. bentangkan apa kepentingan ko nak bersosial ngan kawan2 tu. kalau suami tu susah nak bagi kebenaran, barula ko ala2 pasrah kena ikut arahan suami.

5. sebenarnya, time off ni bagus untuk kaum ibu. menjadi isteri dan ibu adalah penuh dgn stress. walaupon ko buat dalam keadaan hati yang ikhlas atau terpaksa. macam2 kena fikir. bagi la kaum ibu ni pelepasan sebentar. dapat sebulan atau 2 bulan sekali pon jadikla.

6. tinggalkan anak dengan orang lain tak bermakna kita ni ibu/mak/mama/ummi yang teruk. kadang2 budak2 pon perlu didedahkan dengan orang lain. supaya dia belajar cara pergaulan yang sihat. taklah nampak strangers je nanges2. sembunyi2.  oh. kadang2 anak2 pon stress stay ngan mak dia je sebab mak dia asik membebel. hahaha~

so korang, aku pasti korang ada banyak pendapat.
kalau korang nak cantas pendapat aku pon aku takde hal.
tapi sertakan info yang betul2 berguna untuk tatapan semua.
ok?

Thursday, April 15, 2010

dan jawapannya adalah!

ada yang jawab betul.
ada yang tak de klu langsung kat celah mana serangga tu.
;)


jawapan dari fb.


jawapan dari blog. haih...tak dapat sambutan ye puan2 dan tuan2. ;)




antara rupa2 serangga daun yang boleh dilihat.
(pictures: credits to mr.google)

aku nak cerita panjang lebar pasal serangga ni, idokle reti bebenor.
oleh itu, aku wiki,
dan copy paste kat sini untuk pengetahuan bersama.
(info: credits to mrs. wikipedia)


The family Phylliidae (often misspelled Phyllidae) contains the extant true leaf insects or walking leaves, which include some of the most remarkable leaf mimics in the entire animal kingdom. They occur from South Asia through Southeast Asia to Australia. At present, there seems to be no consensus as to the preferred classification of this group; some sources treat Phylliidae as a much larger taxon, containing the members of what are presently considered to be several different families. It is used here in its most restricted sense.[1]

Leaf insects use 
camouflage to take on the appearance of a leaf. They do this so accurately that predators often aren't able to distinguish them from real leaves. In some species the edge of the leaf insect's body even has the appearance of bite marks. To further confuse predators, when the leaf insect walks, it rocks back and forth, to mimic a real leaf being blown by the wind.[2]


Friday, January 23, 2009

kenapa ngantuk ni tak abis lagi ek? perlu ke aku minum kopi o kaw2?

ingat tak aku pernah kata nak makan kat kedai ah choon kat entri 'berpulangan pula'?
so, disebabkan semalam aku malas nak masak dan teringin kuey teow goreng cina,
laju je aku ajak en alang pi kedai ah choon ni.


ni kedainya. oh. ni amek untuk entri sebelum ni.



sebelum tu, mari snap2 sket. tgk tu. baju pon cikai2 je. hahaha. dah malam kan. malas la nak pakai elok2 sket.



aku order air cincau. air cincau ni amat2 fresh ok. diorang wat sendiri. tapi takde pon cicau keping2 tu. yang penting, air ni amat best!


en alang order chinese tea je.


nasi goreng for him. nasi goreng ni nampak je cam kosong kan? padahal, sedap tau!


and kuey teow goreng for her. memang sedap la. nampak cam sket je kan? padahal kenyang melampau2 aku malam tadi. sebabnya?



sebab ni la. sotong goreng tepung. sedap. rangup. nyam2.
hahaha! bagi korang terliur. ala...korang dah makan kan?




ni ada info tentang KFC HOLDINGS. aku dapat dri email.
tak payah boikot diorang la.
takde kena mengena ngan US pon.
ok?

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak
orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik
ko
berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms
yang
saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan
masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)
Bhd.
Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak
tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M)
Bhd
adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada
US
mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar
yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha
yang
sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
mempunyai
idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd
terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa
sahaja.sama-
sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad
Bisnes.


sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443


try la contact mamat tu.
tanya kesahihannya.
hehehe.

Friday, October 24, 2008

amoi cantek dan cord blood

ntah x-ray kaki sape aku amek ni.



kakiku saket lagi.

semalam langsung tak boleh nak tekan pedal kereta. nak naik katil pon rasa nak nangis. apatah lagi kalau naik tangga.
so, end up aku just sms en alang, minta call kan ibu aku minta amek aku bawakkan ke klinik semula.
(sememangnya, ni kes tak cukup kredit. terlupa nak top up)

nak tau ibu amek aku pukul brape?
jam 11.00am ok!
aku dari pukul 9am dah siap2 tunggu dia.
dahla kaki saket, nak buat apa pon tak kena. tgk tv pon rasa tak best.




doc cakap kaki aku ni kalau tak baik lagi 5 hari, jumpa pakar je.
aku pon dah give-up dah ngan kaki ni.
asik saket2 je.
bila aku usulkan pada doc, adakah kerana aku overweight?
dia cakap takdela. ada orang lagi berat berkati2 lebih dari aku ok je kaki diorang.
kan ke aku ada history ligamen cedera?
ingat tak?
so, doc bagitau maybe ni ada kaitan ngan ligamen aku ni.
skang ni pon untuk tahan saket,
doc beri ubat tahan saket manyak power punya dan ubat surut bengkak.
dan medicated patch untuk aku lekatkan kat kepala lutut nih.


skang ni aku dah jadik cacat.
jalan terhencot2. memang kalau orang tak kenal, mesti dalam hati diorang,
"ciannye budak ni. cacat rupanya"
serius! aku tak main2.
huhuhu~
kaki aku ni takleh nak bengkok2 sangat.
masa solat pon, dah rasa saket2 balek.


hari ni aku berkurung hijau. tudung putih.
dah macam ustazah je rupa aku hari ni.
skali aku tgk rupa aku kat cermin, cam cikgu-cikgi je.
tapi, kredibiliti sebagai seorang cikgu memang la takde kan.
jauh sesangat.
huhuhu~


sepatutnya esok aku bertolak ke kl. ada member skolah kawen.
tapi, disebabkan gaji tak masuk lagi, harusla keinginan nak turun kl dihapuskan serta-merta.
en alang pon gaji on 29th. memang la susah kalau 2-2 gaji ujung bulan ni.


semalam, sedang aku tgh tunggu doktor,
ada la sorang amoi cantek ni datang kat aku.
aku ingatkan dia nak suruh aku bukak akaun insurans ke apa ke.
rupa2nya,
nak citer pasal cord blood bank.
cord blood=tali pusat.
aku baru tau, rupa2nya ada jugak cord blood bank ni kat malaysia ek.
pernah dengar2 ada kat US, tak terjangka plak ada dah kat malaysia ni.
cord blood ni fungsinya lebih kurang sama macam sum2 tulang.
ada beberapa disease yang boleh dirawat guna cord blood ni.

- blood cancers (leukimia, lymphoma)
- inherited blood disorders (Aplastic Anemia, Thalassemia)
- metabolic disorders
- autoimmune diseases
- heart diseases
- congnital immunodeficiency syndromes
- spinal cord injuries
- certain cancers (neuroblastoma, retinablastoma)

sumber dari: pamplet amoi cantek bagi aku.

tali pusat ni diambil once baby dah lahir.
korang tipon la pegawai diorang lagi 2-3 hari jangka nak lahir tu kan.
so diorang akan ambil, transfer dan proses tali pusat tu.
then, diorang akan simpan cord blood tu dalam tempat yang maha sejuk (-196 darjah celcius).
so, kalau la dikatakan baby empunya cord blood tu saket (dari list2 kat atas tu),
kesesuaian baby dengan cord blood tu memang 100% la kan.
untuk parents plak, 50% kesesuaian
dan baby siblings, 25% kesesuaian.
so, kalau parents atau siblings ada saket2 dari list atas tu, diorang leh check sama ada sesuai atau tak. kalau sesuai, boleh la guna. gituuu...

tentang charge plak, aku terlupa nak tanya.
tapi, kalau ada maklumat lanjut, korang klik je kat sini---> cryocord.com.my

memang ternganga2 la aku masa amoi cantek tu explain kat aku.
hehehe~

aku rasa, kalau ikutkan dari segi agama kita, takde masalah kot?
sebab untuk kebaikan kan.
tapi, kalau ada sape2 ada pandangan lain, tolong bagitau aku.
sebab aku sedang berkira2 nak simpan tali pusat ni gak.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...