Followers

Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Hero2 di mata hati jantung saya ni. Mereka selamanya istimewa buat saya.

Ayah (berbaju merah) dan aku atas pangkuannya. Walaupun ayah jarang ada kat rumah, belayar dan outstation tapi kami tetap sayang dan hormat ayah. Sebenarnya kami adik beradik ni dah terbiasa kalau ayah takde kat rumah. Kalau ayah ada kat umah, macam pelik pulak. Haha. Tapi walau jauh mana pon ayah kerja, kami tahu ayah tetap ingat kami dan sentiasa care tentang kami. Bayangkan kalau demam manja2 pun dah dikerah suruh ke hospital apa lagi kalau dah berdarah2 kan. Ayah seorang yang tegas dan banyak pendapat. Taip entri ni pon dah rindu2 ayah pulak dah. Ayah, i miss you! Even along dah kawen ada 2 anak, along tetap anak kesayangan ayah kan?  Teringat lagi kisah ayah masak spageti untuk sahur masa along darjah 6 dulu2 tapi along punyala takmo makan spageti tu lantas nanges2 dan ayah panik terus masak nasi dan goreng telur untuk anak dia yang ngada2 lebih ni. dah darjah 6 pon tak reti nak masak nasi sendiri. Terima kasih atas segalanya ayah. Ayah banyak berkoran untuk kami sekeluarga.


En Alang kesayangan hamba. Seorang yang rajin dan sensitif kalau pasal isteri dan anak2. Pantang dengar anak2 atau isterinya saket pasti dia yang akan call tak henti2 sampaikan kita yang tengah saket rasa nak marah sebab rimas dia asik call je padahal dia punyala ambil berat tanya dah makan ke, dah makan ubat ke, dah mandi ke, tak tidur ke. Dia jugakla yang bangun malam2 buatkan susu dan tukarkan pampers budak2. Setiap malam jugak dia akan ingatkan aku dah amek ubat ke belum? Tapi selalunya dia yang amekkan air dan ubat aku just nganga telan ubat dan air je. Mama budak2 ni pemalas lipas dan terlebih manja sudey. Terima kasih abang beri kasih sayang tak ternilai buat kami.   Semoga Allah beri segala yang indah buat abang ye! :)


Happy Father's Day kepada semua kaum bapa/ayah/papa/daddy/babah/abah/walid di seluruh dunia. Anda adalah The Best! =)





Tuesday, May 31, 2011

Murtabak Singapore

Weekend aritu kan kitorang balek muar. So alang2 dah sampai sana, kita pekena murtabak singapore unne*! yang kitorang pegi ni kedainya kat area parit bunga tu. memang dari dalam kereta lagi dok terbayang2 keenakan murtabak singapore ni.

Jazly ngan Tok Ayah. Tok Ayah sporting sangat suruh2 Jaz tengok kamera phone. 

Khalish yang baru bangun tido. sebab tu rambut macam rupa hantu kak limah. Tok Ibu jugak yang melayan kerenah dia tu.

mintak sirap suam. slalunya kedai2 makan kalau mintak yang suam2 ni automatically dia bagi gelas kecik tu kan. ni tak eh. gelas kemain tinggi lagi. i like!!!

termenung ke bang?

sup kambing yang wow sedap gile! memula memang nak makan murtabak je. skali bila sampai kedai nampak orang2 dok makan sup dengan roti. so apa lagi. marilah kita belasah sup kambing ye. ayam2 ni tak main la. hahaha.

setelah 15minit tunggu barula murtabak sampai. kitorang order murtabak untuk 2-3 orang makan (RM10), Tapi hampa. Rasa murtabak yang aku ingat adalah dagingnya berketul2 kat dalam murtabak tu. Tapi kali ni banyak telur dan bawang je. en alang pon kata macam makan roti canai je yang. oh. dia first time makan murtabak singapore ni. so memang hampa la. dah...lain kali kita singgah kedai ni kita balun sup kambing je la. murtabak amek yang kecik je lain kali. huhu.


*unne - satu dalam bahasa tamil. terima kasih. (ngeee~)



Monday, April 5, 2010

ayah masak. bukan selalu ok nak tgk ayah masak. 10 tahun sekali kot. hehehe~

cuba teka apa ni?


couch meat? (apakah daging kerusi?) conch meat?
ayah kata, ni daging siput.
pelik la pulak kan. aku ni sebagai peminat tegar makanan laut,
tak pernah jumpa ok daging camni.

tertanya2 camne la rupa cengkerang siput ni.
huhuhu~

tetiba TING! (ada lampu kat kepala mengerlip2)
ok..mari kite google apakah conch meat itu...

kuar kat wiki gambar ni...

ooo...rupa2nya siput besar2 camni. tak pernah rasa. terus jadik semangat2 nak cuba.

ayah kata, dia nak masak lauk siput ni.
so, ibu siang daging siput ni,
dan terus ayah ke dapur....

pemandangan ni 10 tahun sekali baru dapat tgk ok. hahaha~



daging siput 'conch' yang dah dipotong2.


dah siap! hehehe. ni kirenya macam masak kunyit tapi bubuh sos cili padi yang maha banyak. pedas, masam dan sedap!
:)

Thursday, March 11, 2010

awat rasa cam nih?

rasa cam malas nak update.
tapi nak citer...
tapi malas.

huhuhu~

citer pasal birthday iqa pon tak publish lagi.
baru upload gambar sekerat jalan, aku leh terlupa sambil pi jalan2 kat billion.
bila balek, tengok kerja separuh siap tu, terus tutup netbook dan tido.

takde hati langsung nak taip ke, sambung upload gambar ke.
teruk sangat2 dah ni.

tengokla tengahari atau petang ni.
kalau tak sebok sangat, aku sambung upload gambar.
kalau malas sangat, aku wat post lain.
hahahaha.

oh. semalam birthday ayah.
terlupa nak wat post.
sebab busy yang amat kat ofis. asik ke hulu hilir.
orang2 tegur aku kat fb ngan ym pon aku tengok sekali imbas je.
sori ye korang2 yang tegur aku tru fb atau ym tapi aku kurang layan.
sebok sesangat ni ha. after 10 april baru leh aku berblogging secara tegar semula.
:)

have a nice thursday!

Monday, December 21, 2009

aduh! penatnya....

saket badan.
kepala pusing.

nakkkk je amek cuti hari ni.
tapi mengenangkan cuti perlu dijimat-cermat,
untuk kesenangan kalau2 ada kecemasan,
terpaksa jugak heret kaki ke ofis.

weekend yang best. marvellous!

cukup aku katakan, perjalanan kami sangat2 enjoy.
biarpon melalui simpang siur yang tak terkira,
jalan bengkang bengkok yang berjuta.

mesti korang pelik kan?
kata ke CH je???

takkkk ok! ayah dan ibu telah buat keputusan drastik pada saat2 akhir.
SITIAWAN-CAMERON HIGHLAND-KUANTAN-GENTING HIGHLAND-SITIAWAN
dalam tempoh 3 hari 2 malam.
macam mana kami buat semua ni?
segalanya spontan. macam tak berfikir apa kesan pada fizikal dan mental kami nanti.

dan hari ni dah rasa saket2 badan.
pening2 kepala.

trip ni boleh dikatakan 100% disupport oleh ibu ayah.
terima kasih ibu dan ayah!
:)

oh. ini adalah entri ke-500 untuk blog princesstortoise2.
semoga ada 500 entri akan datang!
bravo!!!

Tuesday, June 23, 2009

kebizian

hari ni sebok.
ada meeting bersama manager2 sekalian.
(chop! aku bukan manager lagi ye...doakan la aku suatu hari nanti)

pagi terpaksa ke klinik.
petang, ada meeting.
macam full je schedule aku hari ni.
ntah sempat nak update blog ke idak.

oh, malam ni nak tgk transformers.
dah kuar ek hari ni rupa2nya.
smalam check schedule wayang, ada plak untuk harini.
so, apa lagi, mari ramai2 serbu panggung!
ho yeahhh!!!!

sebelum aku beredar,
aku tinggalkan entri zaza pasal celebration father's day sabtu lepas.
kitorang wat awal sebab ahad tu ayah dah balek kl.
:)

take care korang!!!
muaahhhh!

Monday, June 22, 2009

surat untuk AYAH

ayah,
along sayang ayah. ayah banyak berkorban tolong along selama along hidup ni. ayah memang ayah yang penyayang. siapa kata ayah garang? ayah nampak je garang, tapi hati ayah lembut.

masa along belajar dulu, ayah tak pernah mengeluh depan anak-anak kalau takde duit. ayah akan usahakan juga nak didik kami dengan pendidikan yang sempurna. dan sekarang hasilnya, anak-anak ayah dah boleh berdikari sendiri (biarpon kadang-kadang ada jugak terkucil..hehehe). along tau, masa along kat Uni dulu, ayah susah jugak. sebab masa tu adik-adik semua sekolah lagi, banyak duit nak pakai. dan masa tu jugak along banyak sangat joli pakai phone. sampai bil beratus2. masa tu, ayah marah along pasal bil, tapi along ni degil. naaakkkk jugak pakai bil. dan takde kesedaran sivik masa tu. ayah biarpon marah pasal bil tu, ayah tetap bayarkan. sebab tu along kata hati ayah ni lembut. ayah marah sekejap je, biarpon anak tu yang salah. tapi, ayah akhirnya akan mengalah juga.

along minta maaf ayah. along banyak susahkan ayah. terutama semasa along remaja dulu. banyak sangat memberontak. tapi sekarang, bila along tengok adik2 buat ayah macam tu, cepat2 along marahkan adik2. along tak mahu adik2 jadi macam along dulu. suka ambil kesempatan atas kebaikan ayah.

ayah biarpon jarang ada kat rumah, tapi kami adik-beradik tetap hormatkan ayah. ayah berjaya didik kami. kami tetap akan tunggu ayah untuk makan semeja dengan kami. kami akan tetap suka tengok tv dengan ayah biarpon ayah suka buka sports channel. dan ayah akan gelakkan kami bila kami terpaksa tengok golf tournament. biarpon ayah jarang bercakap dengan anak-anak, tapi kami tetap faham perasaan ayah. body language ayah tu, dah buat kami faham sangat perangai ayah. kalau ayah tak suka, ayah jelingkan saja. atau buat tak tahu. along ingat lagi, masa along darjah 6, ayah takde kat sini sebab ayah kat UK. ayah berkali2 minta maaf kat along sebab tak dapat bagi galakkan dari depan mata untuk along hadapi UPSR. dan ayah bercakap panjang dengan along malam tu. bagi galakkan bersungguh2. dan semasa along ambil exam, along terngiang2 galakkan yang ayah beri. betul2 buat bakar semangat. dan along berjaya dapat 4A. terima kasih ayah!

masa along nak kawen dulu, semua kawan-kawan along tak yakin yang ayah akan beri reestu dengan hubungan along dan alang. tapi itu semua meleset bila ayah tunjukkan minat nak pergi rumah besan ayah setiap kali raya. along memang tak berani nak bagitau ayah tentang alang. sebab masa tu pon, along tak harapkan ayah restu hubungan kami. sebab, along dah pikir dah. kalau ayah tak restu, kitorang tak nak teruskan. tapi, ayah dah restu, tanya macam-macam pasal alang, kerja apa, gaji berapa, awak dah fikir ke nak hidup dengan dia...etc. masa tu, along rasa bersyukur sangat2. ayah tak berkira pon nak menantu gaji 5 angka, kereta besar atau rumah besar. kami berjanji akan bina hidup sendiri. terima kasih atas restu ayah.

sekarang ayah dah nak jadi atok. semalam, masa kami hantar ayah kat stesen bas, zaza buat lawak. suatu hari nanti, cucu ayah akan terjerit2 kat stesen bas, "nak ikut atok! nak ikut atok!". hehehe. masa tu, kitorang semua gelak besar. tapi ayah tak dengar, sebab ayah dah naik bas. oh. dan ayah tetap akan usahakan balek every week biarpon kadang2 terpaksa bawak balek kerja dan buat kat rumah. along sangat2 kagum dengan ayah. ayah tak kenal erti penat. ayah sanggup berulang alik. tak ramai ayah dan suami sanggup buat macam tu. ayah tak kesah walau ayah penat atau tengah demam. ayah tetap akan balek. kecuali ada kerja yang penting, ayah terpaksa dahulukan kerja. itu kami faham.

apa2 pon ayah, kami sayang ayah sampai bila2. dan along doakan ayah akan dapat cucu yang ramai dan bakal menantu yang cantek/hensem/kaya suatu hari nanti!
oh, dan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. amiinnnn~

dan sentiasa hensem! mmuahhhh!


my beloved ayah and ibu!
happy father's day, ayah!


*pesanan untuk zaza, sila update pasal dinner dengan ayah ok. kang along bagi link je. along tengah malas ni. plus, kerja berlambak.

Friday, June 19, 2009

muka tak semenggah, badan letih dan azab.

cak!

nampak sembab kan? (dan jari2 yang dah membengkak. semua cincin dah tak muat. huhuhu)
maybe sebab tudung aku pakai tu.
takpon, sebab tak boleh tido lagi.
huhuhu.

tertido jam 10pm,
terjaga jam 1.30am.
kacau2 en alang,
mintak air la, mintak urut la...

nasib baik suamiku itu penyabar.
kalau orang lain, maunya nak layan bini banyak cekadak nih.

it's friday, people!
ho yeahhh!!!

tak tau apa aktiviti weekend ni lagi.
tapi ada rasa nak pi berkelah je.
tengok la dulu camne.
oh, on 21st ni father's day kan?
best2.

:)
ada jugak rasa nak belanja ayah makan je weekend ni.
tengok dulu camne.
zaza, iqa, ajik..kite tong2 duit nak?
kite pi makan pizza or kfc!
hehehe.

apa plan korang weekend ni?

Monday, April 6, 2009

nostalgia Ibu dan Ayah

masa ni diorang bertunang kot. ibu ayah bertunang lama, 2 tahun. tunggu ayah abis latihan kadet.


kawen bawah pedang ok! jeles ai.


ni baru lepas nikah. kat umah tok kadi. pelik ek zaman dulu2. nikah kat umah tok kadi plak.


tahun 84. kat zoo negara. aku umur 3 tahun, arwah angah setahun setengah. arwah angah tu penakut sket. nampak binatang ganas2 sket je, mula la nangis2 bagai nak rak. hahahaha.
(rindu plak kat arwah angah. al-fatihah)




tak tau masa ni ibu ayah ada function apa. tapi suka je ngan gambar ni.



ajiq, ibu, ayah, iqa. kat klia. antor ayah nak gi ke US tak silap. kecik cinonet lagi bebudak ni. skang masing2 dah layak kawen pon. huhuhu.

Tuesday, March 10, 2009

happy birthday ayah! (dan juga iqa)

birthday boy. hehehe.


birthday girl.


harini birthday ayah yang ke-52.
(tapi ayah cakap kat ibu dia sambut birthday yang ke-25. apala bapakku ini)
smalam birthday iqa yang ke-16.

sambut birthday iqa je smalam.
buat makan2 sket.
mee rebus, kek, puding jelly dan kacang.
penuh jugak la umah.
ngan ajik dan kawan2 dia yang gile2 tu.
kawan2 iqa lagik.
kire habis jugakla semua makanan2.
bagus.
tak membazir.

:)

sempena hari wanita sedunia hari ahad aritu,
en alang blanja makan western. kat bistro teluk batik.
aku amek seafood platter, dia makan steak.
puas hati la makan kat situ.
kenyang melampau!

nak pi klinik desa ni.
jumpa doc. rawatan susulan.
see ya!

(sori tetiba nak stop. baru perasan jam dah kul 10am. huhuhu)

Friday, December 26, 2008

cili merah dan cat hitam

mebi ada antara korang yang tau, ada jugak yang tak tau.
hakikat yang bahawasanya aku TAK MAKAN CILI MERAH!





yup.
cili merah tak makan ye kawan2.
sambal, asam pedas, sambal belacan memang TOTALLY aku tak makan.
kalau orang goreng mee, kuey teow atau spageti dan macaroni ada serpih2 cili merah pon aku tak makan ok.

nak tahu alkisahnye bermula camne aku tak makan cili merah?
ok, kisah ni berlaku ketika aku berumur hampir 2 tahun tak silap.
sebab masa tu aku dah boleh berjalan.

masa tu, ayah baru lepas cat kereta dia (tak silap aku kereta fiat lama) kaler putih.
yang aku pulak, dengan terkedek2, tangan sebelah pegang botol susu,
sebelah tangan lagi aku dok pegang berus cat.
then, aku nampak ada satu tin cat terbukak,
aku pon celupkan je berus cat tu kat dalam tin. tanpa mengetahui bahawa cat itu berwarna HITAM!

dannn............
aku sapu berus tu elok je dari ujung kereta sampaiiiiiiiii ke ujung kereta satu lagi.
nak tau camne gambarannye?




yup. camtu la.
huhuhu~
and guess what. apa ayah buat bila dia tgk kereta dia jadik camtu?
nak marah pon tak guna kan. sebab kecik lagi.
ayah cat puting susu aku dengan cat itam itu!



ye. seperti ini.

harusla lepas tu aku nangis2 kan.
ayah wat bodo je.
aku lari2 pi kat ibu.
suruh ibu buang cat tu.
nak tau ibu wat apa?
(sebab dah tentu2 la puting tu tak boleh nak bersihkan kan)

ibu celup plak puting tu kat sos tomato.
ibu leh cakap,
"tak boleh dah. ni dah terkena sambal dah ni"
boleh?

harusla lepas tu aku meraung2 pulak.
huhuhu~
so, disebabkan peristiwa "hitam" itu la,
aku tak makan cili merah sampai skarang.



pernah skali masa tu aku darjah 6.
(dan masa tu tak reti nak masak)
ibu kat hospital, baru lepas bersalinkan iqa.
ayah la yang masak sahur.
nak tau dia masak apa for sahur?
spagetti ok!
dah la masa tu masakan merah pon, (eventho takde nampak serpih2 cili) aku tak makan.
harusla aku majuk2 ngan ayah takmo sahur.
ayah pon kelam kabut masak nasi dan goreng telur untuk aku.
hehehe~
mengada kan?

aku rasa, kalau la masa tu aku berada kat tempat ayah aku,
harus aku panggg je budak ngengada camtu.
hahahahaha!

oh! cili ijau dan cili padi ijau aku mkaan ye kawan2. in fact, aku sukakan cili ijau sangat2!

aku tau skang ni ramai yang pi bercuti.
yang ada kat ym pon hanya 5-6 orang je.
selamat bercuti ye u ols!
mmuaaahhhhh!!!!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...