Followers

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Khalish seronok dalam kolam plastik

hah! dah sebulan lebih orang beri hadiah baru nak guna kan. aritu kan ada blogger, princess_N beri hadiah kolam plastik kat khalish sempena birthday dia? memang tak dapat nak guna immediately sebab lepas je dapat hadiah tu aku dan khalish asik la bergilir2 demam. so, bila ada kesempatan yang mak dan anak 2-2 sehat, terus je aku minta en alang isikan air dalam kolam ni. masa ni kitorang biarkan khalish enjoy himself dalam kolam. en alang bubuh air cetek je sebab risau budak2 baya khalish ni mana la reti nak berenang ke apa.

memula macam tak paham nape kena duduk dalam kolam ni. dahla air cetek je.

try kocak2 air. eh, cam best je.

baru nak warm up. rambut pon kering lagi.

eh, best la mama kolam ni! khalish suka!

dah start main2 suka2. rambut pon dah lencun maksu kerjakan. nampak tak ada mainan dalam kolam dia tu? haram nak main ok! dia just suka kocak2 air je.

haa..ni la aktiviti utama dia dalam kolam ni. mengocak air dengan tangan. sampai aku dok risau dia ni tak saket ke tangan tu dok kocak air je? tapi sebabkan dia happy, aku diamkan je.

apapon, thanks princess_N sebab hadiahkan kolam ni kat khalish. dia suka sangat main dalam kolam tu. tapi baru kesempatan mandi sekali tu je la. maybe lain kali boleh la mandi lagi. biasala..kami mak pak dia ada masa hari ahad je. sabtu en alang keje. :)

Friday, October 1, 2010

Ada budak tu kecik2 dah jadik boyfriend orang. Pulaknya dapat hadiah lak tu. :)

tu dia...simple je kan alamat? kalau nak tau alamat penuh, just email aku untuk barisan kedua tu je.

bukak2 je kertas minyak tu nampak bungkusan yang kemas berbalut dan e eh...ada duit raya la! thanks auntie N!

ecemak...sib baik masa ni tak bukak abis lagi wrapping paper ni. tengah belek2 tetiba terperasan tulisan dan lukisan kek dan belon ni ha...cepat2 amek gambar. ngee~


weee~ auntie N tau2 je khalish suka mandi dan suka air. thanks a lot for the pool! this will be khalish's weekend activity la lepas ni. bestnyaaa!!!!


thanks so much auntie N dan uncle Za! Khalish suka sangat2 present ni. mama janji nak bagi khalish mandi dalam pool ni every week. khalish tak sabar nak mandi dalam ni!

test2 dulu. hehe. macam dah besar sangat pulak budak bujang ni kan?

oh. auntie N pon ada wat entri khas hadiah birthday khalish ni. :)

Monday, April 12, 2010

bila orang tu angaukan Khalish...




princess_N buatkan.
ada 4 semuanya.
tapi aku tayang 2 je ek.
lagi 2 tu buat hak eksklusif kami la ye.

thank you very much N!
kitorang suka sangat2.
en alang sampai ternganga2 tengok hasil kerja N ni.
hehehe.

Thursday, April 1, 2010

Hadiah untuk Hidayah


comel kan? penat ok cari kan hadiah. ye la...dah orang susah payah buatkan header kan...kenala carik hadiah yang berbaloi sket.

en alang kata apa tau. asik2 kure-kure. asik2 kure-kure. bagi orang pon patung kure-kure ke?
hahaha. saje je la bagi orang ikon kure-kure ni. senang orang tu nak ingat siapa yang beri. hehehe~

buat hidayah, sorry lambat hantar. akak ni ntahape2. mintak tolong orang lajuuu je. bila nak balas baik orang, punyala lembab. huhuhu~

(beli dah 2 minggu lepas. baru pos tadi. huhuhu. apa la lembab sangat ko ni intan oi!)

!

"Thank you so much auntie Hidayah!"

Wednesday, December 16, 2009

sedang mengosongkan camera




...dah sesak ngan gambar2 khalish dan cuti2 balek kampung raya haji aritu.

sepanjang bulan ni aku akan sebok dengan kerja.
sebab nak kejor dateline. internal audit nak wat before february.
so, dari skang dah kena siap2kan semua kerja2 remeh2.
pi setiap department, tengok2kan apa yang diorang dah buat.
apa yang tak kena...apa yang kena.
camtula.

seperti yang korang tau,
kami sekeluarga, i mean aku, en alang, khalish, ibu, ayah, zaza, iqa ngan ajik akan ke CH ujung minggu ni.
tapi tak tau lagi dapat tdor sana lagi atau tak.
sebabnya, dah janji ngan family ucu.
ucu nak tanya2kan ada lagi tak apartment kat atas nun.
kalau takde, jawabnya balek hari je la.
sib baik stewan ngan simpang pulai ni dekat je.
:)

ada banyak tag yang aku utang ni.
matikla tak buat2 lagi.
eh, skang ni ada lagi ke musim tag2?
rasanya macam dah expired je.
hehehe~

(ayat ngelat malas buat tag.heh!)

tengah kosongkan kamera, ternampak gambar ni. ada ciri2 bapa mithali tak?


ayah balek dari australia 2 minggu lepas dan belikan kami ini. baju itam dan purse en alang punya, aku dapat purse dan tshirt pink karer, and khalish got this striking pink shirt....yang tertulis,



comel tak? siap glow in the dark okeh!!! hahahahaha! tok ayah sangat comel belikan kat cucu baju camni.

Thursday, December 3, 2009

khalish first parcel!!!

tengok, tengok! khalish dapat parcel dari Rayyan (Ian). bestnyeee....



sungguh baik hati kamu ni Ian. dahla Ian ni anak yang baik. bila2 auntie senang, auntie singgah umah Ian bawak khalish ye!




inila yang khalish dapat dari Ian. memulanya aku nak beli baju kaler biru tu. tapi dah Ian kata nak belanja khalish, alhamdulillah. rezeki khalish nampaknya. terima kasih Ian dan Jiey!

Thursday, September 10, 2009

sesungguhnya, blogger yang satu ni sangat baek hati.


frame gambar. siap ada ruangan untuk baby lagik. hehehe~ sukeee!!!



terima kasih Superhana!
beliau beri ni di atas kesudian aku untuk mempromosikan ALOR SETAR HERITAGE RACE Julai lalu.
haihh...macam2 dah dia beri ni.
segan dah aku.
huhuhu.

takpe2.
insyaAllah, ada rezeki lebih, akan ku beri sesuatu juga pada beliau menjelang raya dan birthday beliau ni.
hana-chan, birthday kamu jatuh syawal ke-6 kan?

Tuesday, August 18, 2009

tengok...baik kan hati dia...

dapat dari seseorang.
yang pasti bukan en alang.
seseorang yang jauhhhhh di utara nun.

:)





hana-chan,
kamu sungguh baik hati.
terima kasih banyak2.
kite sukeeee sangat2!

terharu gile.
first time dapat benda camni.
i mean, ada orang jauh yang susah payah hantar.

sukeee...

sampai skarang dok menyengih2 aku depan pc ni.
en alang pon jeles dengan hana.
hahahaha!!!

Wednesday, August 5, 2009

katak di bawah kepompong???

hai korang!!!!
semalam aku tak masuk ofis.
sebabnya....aku perlukan rehat.
rehat yang betul2 rehat.
dah kata brape malam ni tak dapat tidor yang cukup kan.
sampaikan malam isnin tu, aku tak dapat tido sampai nangis2.
boleh?

lepas tu, aku kata kat en alang,
walau apa pon terjadi,
ayang takmo pi keje esok.
dia pon iyakan je la.

sekarang ni memang panas ek malam2?
segala jenis kipas dah pasang, tingkap bukak luas2, sliding door pon bukak,
tapi tetaapppppp panas!

sedih. haritu dok rengek2 nak kipas 5 bilah kat en alang,
dia kata tunggu lepas raya.
:(

i got this from mona dearie last monday.
first gift for my baby.
thanks mona!

oh. korang tau ke itu apa?
itu baby sling la...
yang macam ni haaa...dengan harapan anak aku akan gembira macam budak ni...hehehe~

oh. peribahasa kat atas tu aku dengar kat MHI tadi.
klakar kan?
:)

Thursday, January 15, 2009

hadiah dari mizzAmy

thanks cayang!
cantek sangat.
Amy kata sempena ulang bulan ke-10 kami.
:)

kalau korang klik kat gambar tu, leh sampai kat blog Amy.
Amy ni junior aku masa kat terendak.

Wednesday, December 17, 2008

hadiah hari jadi: aquaria klcc , tranporter 3 dan mee sizzling

kitorang bertolak dari sitiawan jam 8am ++ camtu.
ibu siap bawak bekal sup daging korban, sambal goreng, ayam goreng dan nasi untuk dimakan bersama ayah bila sampai kl nanti.
kitorang suka je panggil ibu ni "mak tanggang"
sebab macam mak si tanggang, bawakkan makanan yang tanggang suka,
ibu pon camtu la. kalau orang dah rasa masakan dia, dan orang tu puji2,
memang sentiasa la orang tu akan dapat bekalan dari ibu ok.

sebagai contoh terdekat, en alang.

akan sentiasa dibekalkan macam2.
en alang pulak apa saja yang ibu masak, semua dibedal. sedap sangat rupanya.
kadang2, sampaikan aku ni anaknya sendiri pon dia tak ingat nak bekalkan.
boleh?


ok2. balek cerita asal.
then, kitorang sampai area umah ayah dekat2 equin park (lebih tepat, putera lestari) tu dalam kul 12pm.
sampai2 je, terus punggah semua barang2 dari kereta,
dan hidang semua makanan.
dan terus makan ok!
tak sabar2 dah. memang tgh berselera sangat masa tu.


lepas makan, rehat2 jap.
en alang sampai tertidor kekenyangan.
dalam kul 2 lebih tu, aku ngan en alang terus bergerak ke klcc.
sebagai hadiah birthday en alang, aku bawakkan dia ke aquaria.
ekceli, aku sendiri tak penah pi pon.
so, korang layan je la gambar2 kat bawah ni ok!




masa ni tgh traffic jam kat area serdang. biasala. kat situ memang slalu jam. sbelum tu, kite snap2 dulu.


tgk. ujan pulak. masa ni dah nak sampai klcc. jam jugak.


masa ni tgh beratur nak beli tiket. ada mamat arab ramai2 dok rapat2 kat aku. en alang rangkul aku baeeeekkk punya. takut dia mamat arab tu dok gesel2 aku.


anak ikan yu ni korang leh usap2. ada 3 besen binatang korang leh usap2 dan rasa2 strukturnya. ada ikan yu, belangkas ngan starfish.


en alang pegang star fish. aku geli. paksa2 dia pegang starfish tu. hahahaha!


korang tgk je ikan ni nampak cam ikan biasa je kan? padahal ini piranha ok! gile ngeri.


en alang happy sangat. dia suka je haiwan2 dasar laut ni.


tgk tu. sampai tunduk2 dia beria2 tgk ikan dalam kolam tu. bukan main melekap lagi kat cermin kolam. tak faham aku.






antara binatang2 yang aneh dan jarang kita jumpa. kalau korang jenis rajin masuk hutan, leh la jumpa binatang2 ni. oh! gambar ular kat atas tu, en alang siap tarik2 aku ok. aku nak amek gambar dari dekat, dia tak bagi. paranoid sungguh!


tangki ikan yang maha tinggi. memang syok je tgk ikan2 ni dalam tangki tinggi. cantek!


ikan ni cantek.


ikan yu lagi. kali ni besar2 sket.


ikan kecik2.


jalan masuk ke terowong. memula masuk je macam ramai sangat orang. bila dah masuk tu, ok je. agak lengang jugak la.


tak faham kenapa ikan ni terdampar je kat atas pasir. ikan2 lain elok je dok berenang2 dengan riang (riang ke?). semua orang yang tgk ikan ni, buat spekulasi sendiri. "ikan ni saket kot". "ikan ni dah nak mati kot".


ikan jaws . memang besar aaa....syok je tgk dia berenang2. macho je.


en alang. memang dah gelap bebenor laki aku ni. kulit dia memang jenis senang di'makan' matahari.


tgk. excitednye aku. memang macam jakun pon ada. sket2, "oohhh"..."aaahhhh"...."comel nye"...."besarnyee"...... boleh?


kapal terdampar. salah satu aksesori dalam lautan kirenya.


tgk. besar tak besar la jerung ni.


before kuar, kite kiss2 dulu en alang. tgk muka dia. kemain sampai tutup2 mata. konon2 feel lebih bila aku kiss. huahuahua.


lepas je kuar dari aquaria, which is masa tu dah pukul 5 lebih,
terus kitorang bergegas ke cinema nak beli tiket wayang.
transporter 3. en alang la ni. beria2 sangat nak tgk.
dapat tayangan jam 7.40pm.
so, disebabkan ada dalam sejam lebih lagi masa,
kitorang pon pi makan dulu kat food court. en alang nak sangat makan mee sizzling.
aku puas ajak makan kat manhattan fish market
tapi dia takmo. nak makan mee sizzling jugak.
disebabkan dia birthday boy, aku layankan je.
aku makan kuey teow goreng daging. dalam kuali kecik. cam klakar.
huhuhu~


lepas makan je, tgk2 ada lagi masa.
terus aku ajak en alang pi kinokuniya.


ingat nak cari buku "501 persoalan fikah wanita"
tapi tak jumpa pulak. then, after that,
terus kitorang ke cinema dan lepak2 sambil makan popcorn.
tak sampai 10 minit tunggu, terus boleh masuk.

transporter3?
ok la. macam yang kite leh agak, ni semua pasal camne dia transport 'barang' kan?
but kali ni, hero betul2 sudah jatuh hati kat mangsa.
bagi aku, citer ni biasa2 je.
en alang je kata citer ni best. huhuhuhu~
(sebenarnya, dalam hati aku ni memberontak nak tgk twilight!)


abis je tgk movie,
kitorang pon gerak la ke mesin bayor parking tu. apa ke namanye.
huhuhu~
leh tak aku lupa betapa mahalnye parking kat klcc ni?
parking fee aku adalah rm14 ok!
huaaa...leh makan untuk 2 orang lagi skali.



then,
dah nak sampai equin park,
aku tanya en alang, nak makan ke?
lapar tak?
dia cakap dia lapar. ekceli, aku pon lapar sama.
so, kitorang singgah satu restoran tomyam ni.
gile ah!
mahal nak mati, tapi tak sedap langsung.
memang itula first and last aku pi sana. takde dah nak pi kedai2 camtu lagi.
serik!

en alang lepas gian. dah sebulan lebih dia tak merokok. so, sebab birthday dia, aku izinkan dia merokok kali ni je.

sampai umah ayah tepat2 jam 12am.
mandi2 dan terus pengsan.
hahahaha!

p/s: ingat tak aku penah cakap nak bawak en alang ke tempat yang klakar? tempat tu adalah zoo negara. telah berubah lokasi sebab hari hujan. ok?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...