Followers

Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Are you happy?

Dalam berumahtangga mesti ada naik turunnya.
Dalam bekerja pon begitu. Pasang surut bersaling ganti.

Tadi, aku disoal oleh Big Boss baru. Awak happy keje sini Intan?

Aku berfikir sejenak. Happy. Aku jawab. Saya happy. Walau saya ada ups and downs di sini, tapi saya happy.

Big Boss mengangguk. Tanda faham.

Ramai kawan sekerja yang datang dan pergi. Tapi aku masih di sini.
Bukan tak pernah terdetik nak cari kerja lain, tapi percayalah. Tiada siapa yang mahukan ibu beranak tiga bekerja dengan mereka. Tambahan lagi anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian lebih.

Anak sakit? Perlukan cuti atau time off.
Anak ada event special di sekolah atau luar sekolah? Perlukan cuti untuk menemani.
Taska tutup? Perlukan cuti juga.

Alhamdulillah di syarikat ini aku diberi immediate boss yang amat memahami. Selalu ada kes emergency, terpaksa whatsapp atau sms memberitahu saya terpaksa bercuti atau mc, dia dengan memahaminya menyatakan noted, take care. Atau ok, get well soon. 

Tapi, tak semua orang faham keadaan begini. Biasalah, orang tak memakai kasut yang aku pakai. Anak-anak yang sakit, diri sendiri yang sering tak sihat, Terkadang suami tak sihat pon terpaksa diri ini bercuti. 

Tambahan pula beban kerja di sini tidaklah terlalu berat. Setakat untuk keluar sekali sekala singgah di taska menjenguk anak di taska, ambil hantar anak dari tadika memang tiada masalah. Aku memang tidak perlukan jawatan yang terlalu tinggi mungkin. Cukup sekadar yang ada. Kerana aku tahu, jika jawatan semakin tinggi, semakin sukar untuk aku beri perhatian kepada keluarga. Tapi aku cukup kagum dengan rakan-rakan yang mempunyai pangkat besar dan mampu imbangi karier dan rumahtangga. Salute!

I love home. Love to stay at home with my kids. Tapi apakan daya. Ofis ni tak pernah lagi dalam sejarah orang bekerja dari rumah. Hahaha. Mimpi la ko intan oi. 

So, korang happy ke dengan keje korang skang?

Friday, December 16, 2011

Lepak hujung minggu: Ke pesta laut lumut kita!

Ahad pagi haritu...punyala aku tak betah duduk umah terus kejut alang pagi2 subuh ajak ke lumut. 

budak2 takde hati nak bergambar. papa sorang2 je yang ready. huhu.

apapon, breakfast la dulu. en alang makan kuey teow goreng ngan sambal udang.

khalish yang susah nak makan skang ni. haihhh...

jazly yang asik2 nak makan. asik2 nak makan. hahaha. comot ada sebutir nasi di dagu.

aku lak makan nasi putih ngan kuah sup ayam dan ikan goreng. simple abis sebab nak makan sekali ngan jaz.

gambar2 kat bawah ni layan je la eh. semua gambar2 masa kat tapak pesta.


demonstrasi membuat labu sayung.


pertandingan memasak.

masak apa tu cik kak?

khalish yang tak nak makan gigit jari. adik asik2 makan tgh suap biskut kat mulut. 

comelnyaaaa....patung tu. 

booth navy.

asik2 makan.

asik2 berangan.

budak2 main beskal.

proud papa of 2 heroes!

happy2 ngan budak keding.

happy2 ngan budak demok.


dah. jom balek. hari dah panas.






Monday, April 11, 2011

Berkelah hujung minggu bersama keluarga. INDAH!

jumaat malam tu si iqa dan aku dah memekak2 kat ibu ajak pi piknik. so ibu usulkan kat ayah, ayah setuju terus excited nak piknik! tapi sebabkan sabtu pagi tu ibu ayah ada macam2 urusan, terpaksa pergi kul 3pm. masa ni en alang join lambat sebab dia dari kilang terus ke teluk batik. oh. piknik kat teluk batik sajork! hehe.

jazly ngan candunya. pinjam word candu dari ida. ngehngeh.

family saya dari pandangan belakang. haha. khalish ada kat depan nun dalam stroller.

lepas je dapat spot cantek punya, terus adik2 aku semangat2 nak bawak khalish pi jejak air laut.

memula ajik yang bawak. tapi fail. tengok dari jauh pon dah merengek takut.

lepas tu zaza pulak yang bawak. hah. zaza terus bawak dia pi kat ombak. terus meraung ok! tengok je la muka khalish tu. adeh deh deh.

tengok tu. kita tarik dia pi ombak, dia tarik kita naik darat.

acara tarik menarik. tarik sambil merengek. haha.

adik jaz rileks je kena angin pantai lalu ketiduran. lena sangat2. aku saja tak bukak carrier dia. risau dia terkejut sebab dah lena sangat tu.

menu ahri kejadian. tema: nasi ambeng. ngehngeh.

sambal jawa. sedap ooo!!! pedas! :)

mee goreng.

sambal cili padi. ni lauk tambahan pada sesiapa nak extra pedas.

ayam goreng berempah.

mama dan anak2. 2-2 tengah menyusu. 

iqa yang tengah tunggu panggilan uni. harap2 dapat yang dekat2 la dik ye.

ibu dan ayah. ibu adalah chef  pada hari itu. (bukan hari2 ibu jadi chef ke? hahaha)

ajik the supir. haha. macam dah melekat pangkat supir kat dia. 

teluk batik. aritu orang tak ramai mana. so selesa la kitorang berpiknik. takdela terhimpit2.

macam ni caranya nak makan nasi ambeng. kalau tradisi jawa, diorang bubuh dalam talam. ok? (haha. bagi education pasal jawa pulak dah)

suamiku yang baru pulang dari kerja. baju kerja pon tak bertukar lagi. lapar ye bang? cian dia...

jazly dah bangun jadi semua orang bergilir2 nak main dengan dia. tok ayah dah suka pegang jaz sebab dah tak lembik2 lagi kan. jaz pon dah pandai respon orang.

budak debot dengan tok ibu pulak. haih...apsal la debot jaz?

en alang dengan budak yang banyak buat pangai haritu. tu dia tengah tido tu. nak letak dalam stroller siap jerit2 takmo eh. terpaksa en alang kendong dia sampai balek.

mama dengan budak debot. masa ni nak balek dah.tunggu budak2 ni kemaskan tikar.

best betul piknik. tapi lagi best kalau dapat mandi manda. tunggu budak debot tu setahun lebih baru leh mandi. kalau tak, susah jugak nak susukan dia kalau dah basah2 tu. tul tak kawan2? hehe.

Friday, June 4, 2010

bangun pagi, terus mandi...

wee~ bestnya mandi mama!

:)

Thursday, June 3, 2010

tolong pilihkan boleh?

masa ni tengah tunggu ibu dan ayah balek beli breakfast.
so dari duduk2 tu. mari buat kerja ada faedah sket.
hahaha. faedah la sangat.

korang tolong pilihkan stail rambut mana sesuai untuk khalish ek.

1. stail star trek

2. stail nerd


3. stail poyo


4. cubaan buat mohawk. tapi rambut lembut sangat. asik jatuh2 je.


5. justin bieber wannabe. tapi rambut sikit. so, tak jadik la sangat. hahaha~

minta vote la ye.
;)
saja suka2.

Thursday, May 27, 2010

apabila terlalu sayang menyayangi...

berlakulah ini.
alhamdulillah!

or...should i put it "when we get sexually active"?
hahahaha~

ya..ya...i know.
khalish baru 8 bulan.
tapi accident maaa....~
;)

patutla baru2 ni iqa kata hidung aku makin mengembang.
patutla baru2 ni en alang kata aku kuat marah2 dan merajuk tak tentu pasal.
patutla baru2 ni perut pon makin memboncit. ingatkan sebab pemakanan yang tunggang langgang. 
(err...tak nak komen apa2 pasal ni. memang patot buncit pon sebab makan banyak. hahaha)
patutla baru2 ni aku asik nak terluak je. fikir maybe angin kot.
patutla baru2 ni deria aku semakin sensitif. bau rokok dari jauh pon aku dapat hidu.
patutla baru2 ni macam ada benda je yang bergerak2 dalam perut. ingatkan cacing yang terlebih aktif. almaklumlah. orang kuat makan.

pasal period pulak,
memang period aku sebelum dapatkan khalish tunggang langgang.
tak tentu hala.
nak datang, datang.
tak datang, sape yang kisah kan?
sebab period yang kelam kelibut ni la tetiba aku accident ha....

ok. salahkan period pulak. padahal sendiri tak beringat. 
;)

apa pun, sangat2 bersyukur di atas pemberian-Nya.
semoga kami sihat2 sepanjang perjalanan ini.
semoga kami selamat sehingga saat melahirkan/dilahirkan.

en alang masa mula2 aku bagitau,
dia cakap alhamdulillah, cium2 perut dan cium2 pipi dan dahi...lepas tu dia terfikir...camne nak bagitau ibu?
hahaha. en alang takut ibu ok!
tapi ibu cool je.
cuma dia kata, lepas dapat lagi sorang ni, semua belanja dah double.
korang jangan ingat nak joli je. buat simpanan awal2.
baik ibu!
:D

khalish pon ala2 seronok je bila aku bagitau dia nak dapat adik.
ntah dia faham ke tak.
hahahaha!

usia kandungan masih belum diketahui.
petang nanti baru nak pi jumpa doc. check apa yang patut.
:)

Wednesday, December 16, 2009

sedang mengosongkan camera




...dah sesak ngan gambar2 khalish dan cuti2 balek kampung raya haji aritu.

sepanjang bulan ni aku akan sebok dengan kerja.
sebab nak kejor dateline. internal audit nak wat before february.
so, dari skang dah kena siap2kan semua kerja2 remeh2.
pi setiap department, tengok2kan apa yang diorang dah buat.
apa yang tak kena...apa yang kena.
camtula.

seperti yang korang tau,
kami sekeluarga, i mean aku, en alang, khalish, ibu, ayah, zaza, iqa ngan ajik akan ke CH ujung minggu ni.
tapi tak tau lagi dapat tdor sana lagi atau tak.
sebabnya, dah janji ngan family ucu.
ucu nak tanya2kan ada lagi tak apartment kat atas nun.
kalau takde, jawabnya balek hari je la.
sib baik stewan ngan simpang pulai ni dekat je.
:)

ada banyak tag yang aku utang ni.
matikla tak buat2 lagi.
eh, skang ni ada lagi ke musim tag2?
rasanya macam dah expired je.
hehehe~

(ayat ngelat malas buat tag.heh!)

tengah kosongkan kamera, ternampak gambar ni. ada ciri2 bapa mithali tak?


ayah balek dari australia 2 minggu lepas dan belikan kami ini. baju itam dan purse en alang punya, aku dapat purse dan tshirt pink karer, and khalish got this striking pink shirt....yang tertulis,



comel tak? siap glow in the dark okeh!!! hahahahaha! tok ayah sangat comel belikan kat cucu baju camni.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...