kepada rakan-rakan blog, maaf dihulurkan jika tersilap taip atau tersalah kata sepanjang kita kenal dalam dunia blogging ini.
kepada rakan-rakan facebook, minta maaf minta ampun sekiranya komen-komen yang diberikan ada yang tersinggung atau memakan hati. sungguh tak disengajakan.
kepada sahabat-sahabat yang jauh dan dekat, sekiranya kelakuanku ini memberikan masalah kepada kalian, harap dapat dimaafkan. sesungguhnya diri ini kadangkala khilaf. kadangkala perbuatan tidak sama dengan pertuturan.
kepada saudara mara yang tersayang, minta maaf juga kerana tidak dapat pulang berhari raya di kampung johor dan singapura tahun ini. insyaAllah kita akan berjumpa pada raya haji dan kenduri kendara. kemaafan ku pohonkan andai punya salah silap tersalah gurau dan tersilap kata.
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA YANG KAMI SAYANG. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN NIKMATI RAYA INI DENGAN HATI YANG IKHLAS MEMAAFKAN SESAMA KITA. :)


