Followers

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Khalish pi tesco pakai baju tidoq ja...

Ni gara2 mama yang malas nak tukar baju untuk dia. plus, jaz demam kena tinggal kat umah papa yang jaga. dah malam2 tu baru teringat dalam freezer dah abis bahan mentah. jadinya kita ke econsave dan tesco nak cari ayam dan ikan. :)

dah puas beli barang kat tesco, khalish dok tengok je budak2 dok sronok2 naik ride ni. so aku pon carik ride yang kosong dan dudukkan dia at first. tengok tu. leka tgk skrin kat ride tu.

dasat oo ride ni siap ada skrin macamkan nak main game. hehe. tapi malangnya ride ni rosak. takleh nak bubuh duit. so kita pindah ke ride lain.

naik ride comel2 pooh ni ha...sronok dia dapat 2 stereng. tapi ride ni tak best. takde lagu. ada hon2 je. takpela nak. len kali kita mai tesco lagi kita cari ride yang happening punya!

Friday, May 20, 2011

KFC idaman Khalish selalu...~

 Biasala, kalau weekend je sure pi Tesco. Mentang2 la Tesco Manjung ni hypermarket paling besar. haha. lagipon, Tesco ni je la yang ada trolley leh letak 2-2 budak bujang ni.

ni dah abis shopping (shopping la sangat kan!) kat dalam tesco tu. lepak lepas lelah kat foodcourt sambil mamam rotiboy.

pastu, entah camne aku la gatal mulut ajak en alang pi kfc. sebab maybe aku tengok khalish macam tak puas je makan rotiboy tu, ingat nak bagi dia makan food faveret dia kat kfc tu, mashed potato.

khalish ngada2. nak papa jugak yang suap. bila mama nak suap, dia geleng2 kepala. 

2 bekas kecik ni dia sorang je yang makan ye. abis licin dia kejekan. aku nak ngendeng mintak sket pon dia marah2 tak bagi. banyak kedekut ini olang!

oh. aku kongsi snack plate ngan en alang. jadikla. kat umah nasi dah menunggu tu. sape plak nak abiskan? 

adik jaz lak rileks2 je lepak sambil minum susu. skang ni dia sebok nak pegang botol sendiri2. tak beri orang lain pegang. tapi tu la, dah tentu dia pegang asik jatuh2 je kan. pastu amukan sendiri. haih~






Thursday, May 20, 2010

hasil tangan mereka yang kreatif

kadang2 bila aku dok blog hop,
macam2 blog aku jengah.
kadang2 tersesat kat blog orang2 kreatif.

dan aku tersangkut kat satu blog ni.
dan menempah t-shirt kreatif darinya untuk keluarga kecil kami.

baju khalish. cantek tak? crown khalish siap ada huruf K lagi.

t-shirt aku dan en alang. apsal mama punya tshirt lagi meriah dari papa eh? hehehe~

pada yang berminat, boleh jengah fotopages dan blogspot beliau.
empunya diri nama cuda.

maybe plan nak pakai baju ni masa birthday khalish yang pertama kelak.
tapi tgk dulu camne.
mana la tau hati terbukak nak beli baju berjenama pula.
;)

Tuesday, May 18, 2010

Khalish with his GIANT book!

Last month tak silap, aku blog hop kat blog kawan2,
ternampak buku ni kat blog Dong mama Azra.
Dong jual buku Oversized Fabel Story Book ni.
terus chop satu set dan kata kat Dong supaya simpankan untuk aku sementara tunggu gaji.

bila dapat packaging ni, terus rasa happy2.
:)

gambar2 kat bawah ni adalah hasil tangkapan pagi tadi.
sebab tu muka khalish masih berbedak bercapuk sana sini.

khalish with his enormous book. suka betul dia. abis air liur menjejeh2. oh. tapi tiada kerisauan. sebab buku ni kualiti kertas adalah dijamin baik. air liur tu boleh lap2 je. :)

inilah hasil rembatan dari auntie Dong (atau aku lebih gemarkan panggil Dong ni sebagai Ijan.). ada 5 buah buku cerita dan 1 buku aktiviti kesemuanya. dan ada beberapa features yang korang boleh check it out kat entri Dong ni.

bagi aku. buku ni elok sangat untuk budak2 sebab cerita yang ditampilkan lebih kepada cerita teladan.lihat saja tajuk2 yang tertera pada depan buku, sangat berteladan kan?

so, kalau ada kaum ibu atau yang bujang pon boleh yang berkenankan set buku ini, bolehla terus menempah ke Dong di email dong679@yahoo.com. kalau korang beli banyak2 leh dapat diskaun istimewa.
:)

Thursday, March 18, 2010

Queensbay Mall

lepas je mamam mee udang,
hari dah nak gelap. tapi takde hati nak balek hotel.
so, aku cepat2 ajak en alang pi queensbay mall.
lagipon dia tak pernah pi sana. so, menuju la kami ke sana.

masa ni kat queensbay tgh wat sale.
berpinar jugak la mata.
toleh kanan, sale.
toleh kiri, sale.
poket je yang kurang sale.

masa ni en alang dok cakap, nak apa2 ambikla.
abang belanja sempena anniversary.
wahhh!!! teru ka-ching2 kat mata aku ni ha.
kepala otak ligat nak carik itu, nak carik ini.

baru sampai, dak kecik ni tido. actually tido dari dalam kereta lagi.



sebagai bukti dah sampai queensbay mall dan ada sale kat sini. hehehe~

gambar semasa bershopping takde ye kawan2.
bukannya shopping apa sangat pon,
aku sempat rembat kasut vincci sepasang.
pastu rembatkan t-shirt dan seluar jeans takat lutut untuk anak bujang aku tu.
terus aku pakaikan keesokan harinya.
tak nyempat2 ok.
:)

bila dah penat menapak seluruh mall,
kami singgah berehat sebentar kat oldtown white coffee.




anak bujang ku. oh. ada blogger kata khalish dah kurus. tak ok. badan dan muka dia je yang nampak cam dah tak bam2, tapi berat tu masih berat. semangat. nak angkat pon termengah2.

dan lagi, khalish ni tinggi. ramai agak dia umur 7-8 bulan. padahal, cecah 6 bulan pon belum lagi. :)

kami keluar dari queensbay mall dah pukul 10 lebih.
ingatkan lepas tu nak balek la kan.
skali aku la gatal usulkan satu tempat kat en alang.
terus en alang ON.

hmmm..sila teka kami ke mana pulak lepas ni.
(sementara aku bertungkus lumus nak siapkan next entry plak. hehehe)

Sunday, February 21, 2010

bangun pagi penuh keceriaan.

selamat pagi korang!
apa aktiviti hari ni?

kitorang nak kuar breakfast sat gi ni.
(sedang berfikir....roti canai kg. sitiawan atau nasi dagang pengkalan tldm..hmmmm)
then maybe nak pi econsave beli barang dapur sket.
tengah fikir nak beli bahan untuk puding roti (sebab roti dah nak expired. punyala banyak lagi roti2 tu)
dan sedikit bahan2 untuk lunch dan dinner.

gue tak mandi lagi ni.
sebok berblogging dan fb-ing.
en alang yang tengah siapkan air mandi khalish. hehehe~

oh, entri sebelum ni adalah entri sentap.
bukan marah.
sentap aku sekejap je. skang dah sejuk balek.
dan orang tu pon dah minta maaf.
aku harap korang jangan pulak takut nak komen lepas ni.
cuma harap, ini semua sebagai satu pengajaran untuk kite semua. (dan aku jugak)
berfikir dulu sebelum buat apa2.

dan sekarang aku dah cool down. dah normal seperti biasa.
=)

semalam lari bajet oh!
servis kereta; tukar 4 spring, tukar minyak hitam, betulkan tank minyak hitam yang bocor, tukar meter milage yang dah 2 tahun rosak (huhuhu. my bad), tukar kipas aircond.
kena ketuk rmseribu lebih. huhuhu. abis simpanan aku.

aku bajet rmseribu je.
tetiba ada lebih pulak.
huhuhu~

takpela. redha je la.
dah salah sendiri suka tangguh2kan betulkan benda2 yang rosak kat kereta tu.
huhuhuhu~

Sunday, February 14, 2010

fuh! lega...

dah berbulan2 dok tercari2 hp mana yang sesuai,
akhirnya dah ketemu!

hehehe.
tapi yang murah2 saja.

nanti2la aku review ok.
penat tak abis lagi.
belom solat subuh lagi, aku dah sebok2 nak cerita itu ini ngan korang plak.

hari ni akan sebok jugak macam semalam.
nak pi kenduri kawen kat sri iskandar, mengikut permintaan mak mertuaku.
maybe nak bawak dia jalan2 ipoh jugak kot.
tengok je la nanti.

happy holiday uols!
:)

*blog ni memang poyo. beli hp, pi jalan2 pon nak cerita, dah ni blog aku. suka hati aku la kan. hahahaha! (mesti ada orang yang nyampah muntah darah bagai...)*


Wednesday, December 30, 2009

mana satu ye?

ok, aku rasa aku pernah blog pasal nak beli bb la apa la...
tapi bila fikir2 balek, cam perlu ke bb tu?
mentang2 la ada orang offer rm seribu untuk beli phone,
terus terpikir nak beli bb kan.

then lepas tu aku berfikir2.
baca2. tengok2. hp lain.
baru2 ni blogger intan izani beli E72.
ayah aku pakai E71.
so, memang best la kan E series ni.
memang tak dinafikan.

tapi tu la.
bila tengok kat kedai2,
adik2 aku dok cucuk soh beli aino atau satio.
ok, satio memang mahal melampau.
aino tu kire ok lagik.
dan dah tunjuk kat en alang phone aino tu,
dia pon cam berkenan.
oh. nak tanya, yari tu ok jugak ke?

so, nak tanya korang.
mana lagi best?
yari, aino atau E series?
atau bb jugak? kalau bb, series apa yang best?

tolong beri tunjuk ajar ye.
aku ni buta sket tang spesifikasi neh.
ngehngehngeh~

(tak sabar nak tunggu bonus en alang. phone ni pon atas belas ihsan dia gak. phone aku skang ni dah banyak buat pangai. kejap2 mati sendirik, kejap2 tak boleh on, kejap2 skrin blank. huhuhu~ oh. dan bonus en alang ni jugak aku harapkan nak bayar utang korset. hahahaha!)

Wednesday, September 16, 2009

bajet tak sampai rm200

gile ah!
first time rasanya shopping semurah ini.
untuk barang2 ini:

1. baju melayu sepasang
2. seluar slack
3. kemeja
4. sandal
5. balang kuih raya
6. kipas baby

murah kan?
anggaran kalau ikut purata,
satu barang dalam rm33 je.
hehehe~

dasat2...

tapi nak tau tak?
yang paling aku excited skali adalah bila akhirnya jumpa jugak kipas baby ni.
gambar dari google.

lebih kurang cam kipas atas ni. tapi baby punya pink-hijau. okla tu. papa dia beria2 nak kaler pink. huhuhu~

*nak kena ingatkan en alang lagi ni. bayar zakat fitrah. dia cam ragu2 nak skang atau pagi raya je. boleh dia kata mana la tau baby kuar malam raya?
huaaa!! takmo la. org nak raya duluuuu!!!!

Wednesday, June 10, 2009

telah menyopping rm200

dalam sekelip mata.

(za, kalau baca ni, jangan bagitau ibu tau. huhuhu...)

ni semua gara2 nik. satu2 nya kawan kerja pompuan yang aku rapat.
diala. beria2 ajak aku pi salon cellnique.
konon2 nak tanya pasal slimming program.

last2, dengan aku2 skali tersangkut.
bukan dengan slimming program, tapi dengan facial package.
sebab amoi tu pandai amek hati aku.
hehehe. ni semua salahkan amoi ni.
pandai cakap, dan betul2 buat aku terpikat.
harap2, okla kot ek.

6 sesi, dapat travel kit berharga rm179,
cuma rm408.
tadi dah bayar downpayment rm200.
ada lagi kena bayar 2 kali je lagi.

amoi tu cakap, datang wat facial every month atau 2 months pon takpe.
kirenya, sangat2 bagus la produk diorang ek.
harap2 camtula.

ada sape2 pernah pakai cellnique ni?
atau sekadar mencuba?
boleh try habaq mai dak ok ke produk ni?

Wednesday, February 11, 2009

entri paling poyo aku rasa









biarpon poyo,
aku nak letak jugak.
nak dekat setahun kawen,
baru dapat beli mesin basuh.

dan ada lebih2 bajet mesin basuh,
kami beli rak buku dan almari dapur.

en alang kata,
sejak benda2 ni ada kat umah,
dia rasa terlebih happy nak balek umah.
boleh?
apa selama ni tak happy ke bang?

maybe kurang happy la kot.
sebab dia yang kena basuh baju pakai tangan.


skang ni dah ada mesin,
menyengih je dia.
tapi tunggu je la bil air, letrik tu bang eh.
tak dapat dah 2 bulan rm6 untuk bil air.
dan tak dapat dah rm20 kebawah untuk bil letrik.
dah tentu2 naik mencanak2 bil tu.


batuk masih mengokol2.
nak balekkkkkkkk!!!!!!!!
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Monday, February 2, 2009

lepak2 kat shah alam.

ahad.
hantar zaza balek uitm s.alam.
sebab tiket bas sudah bo-liau.

sampai2 je kat sana,
kitorang piknik2 kat tasik seksyen 7.
sib baik hari tak panas sangat. cam ala2 redup je.
so, kitorang pon lepak2 kat situ.
ibu la yang beria2 masak2 pepagi buta.



ni la tasik tu. sesiapa warga uitm, tau la kewujudan tasik ni. sebab memang dokek yo ngan gate belakang uitm tu.


muka sengal memasing. iqa gile bergambar. layankan je la.




lauk2 yang ibu masak. ikan goreng sambal, ayam panggang mexican ngan tofu telur goreng. ringkas je. tapi, masa ni, makan beria2 ok. sebab lapar sangat2. hehehe~



muka sengal orang kebulur.



lepas makan. en alang beria2 tarik aku amek gambar sama. 2 budak gumuk. en alang dah gumuk kan? hehehe.


lepas je makan, cepat2 kemas. masuk kete dan terus pecut pi damansara. wat pe ek? hahaha. pi ikea la. terpengaruh ngan ceera, mizzAmy ngan misZue la ni. aku la. macam2 nak beli. nak beli itu la, ini la. konon2 nak beli rak buku jugak, tapi tak muat kereta daaa~

rak buku tu rm180 tak silap. kaler putih. memang kenan sangat2 la. tapi apakan daya, kami pergi ngan kereta gen 2. kalau bawak kereta naza ria ayah muat agaknya.






antara barang2 yang dirembat kat ikea. fuh! sebab dah lama tak pi sana, rambang mata dibuatnya.


kat ikea je dari kul 12.30pm sampai kul 4pm. tapi tak rasa pon masa berlalu. then, lepas tu, hantar zaza balek kolej. tapi jem kat federal highway nak dekat 45 minit. ada accident libatkan banyak kereta. aku lost count. sebab macam banyak. dalam 7-8 kereta kot. sampai uitm je nak dekat 5.30pm. itu ini begitu begini, hampir kul 6 kitorang kuar dari shah alam dan terus balek sitiawan.

sampai sitiawan je, dinner kat restoran strawberry. layan jugakla. tomyam sangat kaw2. best!
oh. sampai sitiawan kul 8pm.
suggestion aku: lagi senang dan cepat ikut jalan dalam (klang-kuala selangor-sabak bernam-t.intan) berbanding ngan highway yang ikut exit bidor tu.


pas makan, balek umah ibu, tukar kereta dan balek umah je. memang melepek je la keje aku. huhuhu.

dan skang ni, keje bertimbun2. pulaknya, esok cuti plak tuh. sempena ulang tahun jubli perak Keputeraan Sultan Perak. Ampun Tuanku! korang2 jangan jeles ek. hehehe~

maybe tak sempat nak blog hop hari ni. aku taip entri ni pon curi2 tau. take care korang!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...