Followers

Wednesday, December 2, 2009

majlis tunang udin

hari sabtu, merangkap raya ke-2,
kami join rombongan hantar pinangan.
yang bertunang, sepupu aku, udin.
sebaya ngan aku.
dulu masa kecik2, inila antara geng aku bermain.

baru perasan, gambar sepupu aku tu takde dalam simpanan.
huhuhu. nasib la ye udin.
(in case dia terbaca entri ni)


antara hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan. set ijooo....


huhuhu. baru lepas tukar pampers khalish. ada ciri2 mama mithali tak?


dalam perjalanan ke seri menanti. rumah pihak perempuan.


huwaaa!! sape pasangan paling selekeh kat belakang tu? en alang bawak beg khalish. sejak ada khalish, handbag hanya dibawa apabila ke kerja sahaja. kalau kuar jalan2 ngan khalish, handbag ditinggalkan. huhuhuhu~


titi ni sangat menggerunkan. kayu2 dah tak tersusun. sape pakai high heels memang merana kejap la. kena jengket2. hehehe~




tengok je la brape ramai rombongan ni. hehehe. itu kitorang2 je. tu pon ada antara kitorang yang lepak luar umah sebab dah tak muat. wakil tuan umah sorang je. orang umah yang lain2 semua kat belakang.


dah lepas berurusan, sarung cincin dan gambar session. gambar atas ni semua isteri sepupu2 aku.


hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki. orennn.....
hehehe~

dan kami pulang dengan perut yang ketat.
biasala kan, masakan jawa ni memang marvellous.
biarpon hanya kari ayam dan sambal goreng.
tu pon dah meletop abis dahhhh~

Tuesday, December 1, 2009

kerja, kerja, kerja

mari kerja.
dengan bersungguh2.

sebab semalam amek emergency.
malas gila nak keje.
kaki rasa cramp je.
khalish pon aku tak jaga sangat.
sib baik mak uda dia ada kat umah.
adala masa aku nak rehat2 sket.
hehehe
cian khalish.
mama takmo layan dia sangat semalam.

dan disebabkan aku tak layan dia semalam,
malamnya plak khalish ajak aku ngan en alang bermain.
layankan dia borak2 dan jerit2.
kesudahannya, kami bergilir tidor untuk temankan khalish.
dah lama dia tak wat pangai camni,
tetiba malam tadi dia buat lagi.

huhuhu.
nasib la kan.
terpaksa layan kerenah anak.

takpela, buat masa ni dialah raja.
nanti bila dah besar, kite pulak raja.
ngehngehngeh.

slalu jugak orang tanya aku, menetek lagi ke?
aku jawab tak. sebab susu dah kering. khalish kuat minum.
yup, aku akui penghasilan susu badan ni ada jugak kaitan dengan mentaliti.
tapi hati siapa tak sayu bila anak menjerit2 tak cukup susu sedangkan puting masih ada dalam mulutnya?
nak tak nak, terpaksa jugak buatkan susu formula.
rasa hati ni berat sangat masa memula nak beri dia formula.
dan keputusan yang aku buat bukannya senang.
tapi sampai bila nak seksa anak bila susu badan tak cukup?
kesian kat anak tu.

dan bila orang dapat tau aku tak beri susu badan lagi,
masing2 buat muka menyindir.
senyum sinis.

kalau bagi formula, maknanya tak sayang anak ke?


mungkin la kot ye. org yang beri anak formula tu tak sayang anak la kot...
huhuhuhu~


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...