aku tak berenti kerja punya lah!
cuma entri sebelum ni nak buat luahan rasa je.
rasanya semua ibu2 yang bekerja nak mengulit anak diorang sama cam aku gak.
kan? kan? kan?
hehehe. bak kata en alang,
kalau ayang berenti, kite makan pasir je la.
huhuhu~
Monday, December 7, 2009
perlu berhenti kerja?
untuk menjaga anak?
aku punya ramai kawan2 yang berhenti kerja demi menjaga anak dan mendidik dengan tangan sendiri.
dan sememamgnya aku teramat cemburukan mereka.
TERAMAT!
kerana sepanjang masa, dapat lihat buah hati pengarang jantung.
mandikan, menyusukan, beri makan, bergurau senda,
dan suatu perkara yang teramat penting,
dapat melihat perkembangan anak secara live!
kelmarin,
aku sangat terkejut melihatkan khalish beria2 nak balikkan badan.
tangan kiri tegak ke atas, dengan harapan bahu kirinya akan mengikut sekali.
untuk mengiring ke kanan dan seterusnya meniarap.
memang satu keajaiban!
naluri ibu mana yang tak tersentuh bila melihat kesungguhan anak kecil itu?
sangat beria2. dan adakalanya sehingga marah2 kegeraman kerana tangan sahaja yang lurus ke atas, tapi bahu tak mahu juga mengikut.
sesungguhnya keadaan itu membuatkan air mata aku bergenang2.
sangat berbangga. seperti anak itu telah perolehi segulung ijazah pula.
aku takut. takut tak dapat lihat kesungguhan khalish dan keazamannya selepas ini.
takut aku terlepas setiap langkah perkembangannya.
haihhh~
tapi apakan daya, aku tak boleh berhenti kerja untuk penuhkan impian untuk setiap masa mengulit anak.
bila difikir2kan semula, aku dikira beruntung.
kerana kerja hanya pada office hour. bukan mengikut shift yang tidak menentu.
kiranya, pada saat aku jejak kaki ke rumah pada waktu petang, khalish masih terjaga.
masih boleh berbual2 dan bergurau senda dengannya.
:)
p/s: hati masih meruntun untuk berhenti. tapi keadaan kewangan kami hanya cukup2 makan kalau en alang seorang yang bekerja. :(
Subscribe to:
Posts (Atom)