Tuesday, June 12, 2012
Renungan pagi selasa - Kita sebagai ibu bapa. Pentingkan diri sendiri?
*Pada awalnya ingin post "status" ini pada wall fb. Tapi bila dah panjang berjela, baik ku pindahkan saja ke blog. Huhu...*
Anak-anak kita tidak menilai kita dengan harta yang kita miliki. Tidak menilai kita dengan jenama pakaian yang melekat pada tubuh. Tidak menilai dengan kenderaan yang dipacu. Tidak menilai dengan gajet terbaru.
Apa yang anak-anak kita perlu hanyalah perhatian. Kasih sayang. Pelukan. Ciuman. Renungan. Kata-kata perangsang. Usapan. Gurauan. Senyuman. Gelak ketawa.
Itu semua hanyalah percuma sahaja bukan? Tetapi mengapa sukar benar antara kita yang meluangkan masa bersama anak-anak untuk bergurau senda, menemani anak-anak membuat kerja sekolah, bercerita bersama...kenapa? Kerana kita pentingkan diri sendiri. Ya. Sikap mementingkan diri sendiri sehingga anak-anak terabai. Nak buatkan anak senyap? Pasangkan saja kartun 24 jam sehari. Nak buatkan anak-anak leka? Belikan saja permainan mudah alih. Mudah bukan?
Aku buat status begini bukan kerana aku hebat. Tidak sama sekali. Kerana aku khilaf dalam mendidik anak-anaklah maka aku up topik ni. Malam tadi ketika lena tidur Khalish terjaga lalu menangis2 dan muntah2. En Alang marah2 Khalish mungkin kerana mengganggu dia menonton perlawanan bola euro. Aku merasa sangat belas melihat Khalish yang menangis kerana saket tekak muntah ditambah pula dengan dimarahi papanya...membuatkan tangisan semakin mendayu-dayu. Aku ketika itu sedang membakar kek. Cepat-cepat aku datang pada Khalish dan berpesan pada En Alang jika rasa berat nak tolong kemas muntah Khalish, tak perlulah nak kemas..aku boleh buat. Jika nak marah2 pada anak sulung kami hanya kerana masa berhibur terganggu, baik tak usah ditambah kesedihan anak...buat tambah dosa pada anak je. Lalu En alang cepat2 say sorry pada Khalish. Tapi, Khalish terlalu terluka dengan kata-kata papanya sebelum ni, dipeluknya aku kuat-kuat.
Pabila merasa anak yang basah kuyup dimandikan papanya memeluk mama meminta perlindungan...aduhai...luluh hati ni. Terus cair semua. Aku pantas capai tuala dan lap badannya, pakaikan pampers dan baju tidur. Khalish tak lepas mengusap tanganku sepanjang aku menguruskan dia. Apabila hendak ditidurkan, dia menyuruh aku baring disebelahnya. Tidak mahu dipopok. Cukup sekadar aku berada di sebelahnya.
Melihatkan Khalish yang semakin merapatkan badannya pada badanku, aku biarkan saja. Tak sampai hati nak tolak dia ketengah. Biarlah aku sakit2 badan sikit kerana emosinya masih belum stabil akibat dimarahi papa. Papanya datang hendak mencium pipi pon dia jual mahal. Kemain lagi menyorok muka masuk celah ketiak aku. Haihh...ikut siapa ni nak? =_='
Sebelum tidur, aku bacakan surah2 lazim dan hembuskan pada ubun-ubunnya sambil berniat agar Khalish tidak lagi terjaga dan muntah2. Alhamdulillah malam tadi dia tak meragam sangat. Cuma merengek mahukan susu sahaja.
Pabila melihatkan anak begitu mendambakan belaian seorang ibu, amat tersentuh hati. Pabila melihat mata yang redup itu dimarahi papa...aduh! Sungguh tak sampai hati. Oleh itu kawan2 yang bergelar ibu bapa, sama-sama kita ke arah yang lebih baik dan usaha yang terbaik untuk anak-anak kita ya. Jika mereka melakukan sesuatu yang "nakal" dan mencabar kesabaran, ingat semula. Kita semasa kecil mungkin lebih "nakal" dan lebih mencabar kesabaran ibu bapa kita. Kita cuba didik mereka dengan cara yang lebih positif ye! Dan yang paling penting, jika terasa anak-anak "menyusahkan", baik toksah beranak. Amboi...kemain lagi kata susah bagai ye. Dulu masa belum ada baby kemain lagi nak ada baby, rumah meriah la apa la. Now budak tu dah besar sket, dimarah2, dimaki2 pula. Harap tiada sikap sebegini antara kita. Nauzubillahiminzalik.
Labels:
parenthood
Monday, June 4, 2012
Merindui kailan. Eh. Kalian.
Maafkan aku sekiranya telah lama blog ini aku tinggalkan. Kekangan kesibukan kerja dan keluarga membuatkan aku tidak betah untuk menaip panjang berjela. Oleh sebab itu aku lebih memilih untuk fb dan tweet kerana ianya lebih pantas dan menyenangkan. Tidak perlu procedure remeh cuma dgn 2 click terus saja aku boleh update status terkini. Malahan untuk menjengah rakan-rakan blog yang lain juga tidak berkesempatan.
Bercakap tentang kejahilanku tentang kawan-kawan blog, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kelahiran anak baru ashra. Ah! Sangat ralat rasanya bila aku hanya tahu kehadiran nak ketiganya itu hanya setelah anak itu berumur 3bulan. Bayangkan, sepanjang ashra pregnant pon aku tak ambil tahu. Yup...sampai begitu sekali jauhnya aku dari dunia blog. Hampir setahun aku mengabaikannya.
Berkali-kali aku cuba untuk berazam kembali aktif berblogging seperti dulu. Indah menjalin ukhwah bersama rakan-rakan blog yang mengenaliku sejak aku single hingga beranak dua. Tetapi hanya angan-angan kosong. Sering saja aku hanya menatap skrin dengan pandangan kosong tiap kali aku click new entry. Yang anehnya apabila aku jauh dari skrin komputer, macam-macam cerita pula yg muncul dari benakku. Serasa ingin saja aku taip panjang-panjang dalam fb dan twitter. Tapi dah tentu itu kerja gila bukan? Haha.
Aku menaip kerana ku terlalu rindukan rakan-rakan blogku. Pada yang mengenali betapa tembam dan bulatnya aku dahulu. Pada yang mengenali betapa gila-gilanya aku. Pada yang mengenali betapa aku taksub bercerita tentang en alang, jaz serta khalish. Pada yang sama-sama gelak ketawa pada entri lucu ku. Pada yang sama-sama menitiskan air mata tatkala aku berduka. Pada yang mengenali aku hanya dgn memandang en alang. Pada yang mengenali aku hanya dari gambar-gambar 2 hero cilikku. Oh! Aku sungguh beruntung punya kalian. Sungguh!!!
Di sini aku ingin berterima kasih dan sesungguhnya aku menghargai kehadiran kalian. Tanpa korang, tiada puterikurekure. Tanpa korang, tiada intan and the boys. Terima kasih kerana masih sudi bertandang di sini. Terima kasih kerana masih setia menanti. Doakan aku sentiasa mempunyai roh rajin untuk menaip lagi.
Sebelum berpisah, aku sajikan gambar-gambar terkini budak berdua...~
Khalish bersama bakul faveret. masuk dalam bakul dan roll diri sendiri bersama bakul. hahaha.
gambar ni memang terbalik. jazly mengamuk.
amukan yang buatkan satu rumah bersepah. haih la anak...~
masing2 mengepit kesayangan bucuk. khalish bersama 2 Mr.Tt dan jaz bersama bantal peluk pink. sungguh jambu anak-anakku ini.
mengacau papa basuh kereta. terus mama bukak baju diorang dan biarkan hanya berpampers saja.
aktiviti hujung minggu. mandi kolam!!!
Jaz bersama birthday boy, Dhani Thaqif.
Bersama di playground. Di mana selepas gambar ini diambil, Jazly jatuh dan luka di hidung. Hoho..
Jalan-jalan di AEON Station 18. Best masa ni takde orang sangat.
Posted via Blogaway
Subscribe to:
Posts (Atom)








