Followers

Friday, November 7, 2008

Entak sedegam, Langkah sepijak

tak pegi tgk anak azim lagi ni.
en alang minggu ni asik balek malam je.
susah nak ajak dia ke mana2.

sebok bebenor dia.
takpela, biarkan dia ralit cari rezeki.
aku suka.
"abang bawak balek duit banyak2 tau". itu yang slalu aku pesan kat dia tiap kali dia nak pi keje.
en alang senyum je. kalau dia rajin, dia mengiyakan dengan angguk2 je.


pepagi ni,
macam biasa, kul 5am aku dah kaco2 dia.
tgh borak2, tetiba dia kata
"ayang, hari ni tak yah pi keje ek. kite dok umah je."
sambil mata dia pandang mata aku penuh rasa kasih.
teringat2 pandangan dia tu. buatkan aku berdebar2 je. (gilo!berdebar2 ngan suami sendiri)
jatuh cinta berkali2 aku ngan en alang ni tau.


terkejut aku.
selalunya, aku yang ajak dia buat keje2 amek cuti nih.
ni tetiba dia plak yang ajak.
sesuatu ok!


rupa2 nya,
malam tadi dia mimpi kitorang dapat baby girl.
dia kata, "comel sangat2 tau yang. macam ayang"
aku senyum je. tak nak taruh harapan apa2 lagi pasal firasat mimpi.
tapi, orang kata kalau mimpi dapat anak, maybe kite lambat dapat anak.
ntahla.
tu semua kerja tuhan kan?
kite usaha dan berdoa je banyak2.


aku pernah cerita kat korang ke ek.
ada kwan keje en alang, kawen 10tahun baru dapat baby.
so, kesimpulan yang dapat dibuat,
rezeki masing2 ada bahagiannya. ada org cepat, ada lambat, ada takde langsung.
maybe yang takde langsung tu rezeki dia lebih ke arah harta dunia ke...
kan? kan?

selamat hari jumaat kawan2.
kepada bloggers lelaki, jangan lupa solat jumaat tau!
:P

maksud peribahasa di atas: Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)

Thursday, November 6, 2008

hari ni 'cuti' peribahasa. kita layan afgan!

meh layan lagu ni.
pepagi ni aku tgk MHI,
rasa VC ni sangat2 romantik.

(masa tu jugak la meroyan pi tipon en alang...huhuhuhu)





Terima Kasih Cinta

Tersadar, didalam sepi ku,
setelah jauh melangkah.

[#:]
Cahaya kasih mu, menuntun ku,
kembali dalam, dekap tangan mu.

[Reff:]
Terima kasih cinta,
untuk segalanya,
kau berikan lagi,
kesempatan itu.
Tak akan terulang lagi,
semua…
kesalahan ku,
yang pernah menyakiti mu.

Tanpa mu, tiada berarti,
tak mampu lagi berdiri.


VC ni betul2 mengingatkan aku pada hubungan kami dari dulu sampai skarang.
aku ni macam yang korang tahu,
sangat2 manja, suka merajuk dan agak senang nak tersentap2 ni.

en alang macam mamat dalam VC ni.
sangat2 penyabar, pandai memujuk dan cool!
biarpon dia tahu aku kadang2 sentap pasal diri sendiri, dia akan mnta maaf jugak.
bagi dia,
biarla dia mengalah. takmo dia tidor sorang2.
hehehe~


omg! VC ni sangat2 romantik.
suara afghan sangat2 menusuk kalbuku.
ohh afgan!!! please take me.........
keh keh keh...

ada lagi lagu2 dari afgan.
lagu sadis, yang ku tahu cinta itu indah betul2 best jugak.
korang layan la lagu2 afgan ni.
aku skang ni betul2 tgh jatuh chenta dengan suara afgan ni.


lalalalalalaaaaa~

oops!
ada sedikit biodata afgan. aku jumpa kat wikipedia. layan!

Afgan Syah Reza (lahir di Jakarta, 27 Mei 1989; umur 19 tahun) adalah penyanyi Indonesia. Anak kedua dari empat bersaudara pasangan Lola Purnama dan Loyd Yahya ini merilis debut albumnya berjudul Confession No.1 di bulan Januari 2008. Album yang diisi dengan 13 lagu ini kental terasa dipengaruhi pop, soul, R&B, dan jazz dan mengandalkan lagu "Terima Kasih Cinta", "Klise", dan "Tanpa Batas Waktu". Sementara penggarapan video klip untuk lagu "Terima Kasih Cinta" dengan bintang Thalita Latief, dikerjakan oleh sutradara Jose Purnomo. Album ini diproduksi oleh Wanna B Production dan didistribusikan di bawah label PT Sony-BMG dan penggarapannya dibantu sejumlah musisi ternama antara lain Fajar LMN, Harry Budiman (produser Tangga), Deddy Dhukun, dan Dian Pramana Putra, dan Bebi Romeo sebagai komposer.[1][2]

Afgan dibesarkan di tengah keluarga yang suka menikmati musik. Bahkan mahasiswa Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia ini sejak SMU sudah sering didaulat untuk menyanyi, namun selalu menolak karena sifatnya yang pemalu. Karirnya diawali ketika bersama teman-temannya berkunjung ke WannaB Instant Recording Studio. Di studio ini mereka menyanyi dan merekamnya dalam CD untuk koleksi pribadi. Diluar dugaan ternyata suara emas Afgan terpantau oleh Produser WannaB yang langsung menawarinya rekaman. Awalnya sempat ragu tapi akhirnya diterima juga dan langsung masuk dapur rekaman. Ternyata album pertamanya disuka peminat musik dan mampu menempati posisi tertinggi di Chart radio dan TV terkemuka di Indonesia.


wah! baru 19tahun rupa2nya!
muda lagi yek.

adik2..
korang ada peluang.
akak ni dah tua. hanya dapat berangan je la.

ni ada official website dia: http://www.afgan-wannab.com/

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...