Followers

Friday, July 31, 2009

senarai2 yang ada.

list barangan basic untuk baby yang bakal keluar tanggal 11 oct 2009 (insyaAllah)

1. baju (4)
2. seluar (4)
3. sarung tangan/kaki/topi/bib (2)
4. barut
5. napkin/liner

6. pampers
7. wet tissue
8. minyak telon
9. tuala besar/kecil
10. selimut
11. set tilam/bantal - ajiq janji nak belikan
12. baby carrier@rocker - ibu nak belikan. skali ngan baby cot.

13. sabun/syampu/losyen/minyak/bedak
14. breast pump - kena beli sendiri. huhuhu~ mahal dowh! (iqa kata beli je manual. nanti dia tolong pumpkan. kan adik kan?)
15. botol susu
16. cotton bud
17. tikar tukar lampin
18. besen mandi
19. berus botol

20. termos
21. bakul pakaian
22. diaper bag
23. krim ruam

ada masa lagi nak tambah sikit2 barang2 baby ni.
aku skang tgh gile baju2 budak.
abih semua nak borong. wuwuwuwu~

antara barangan yang berjaya dirembat. jangan salah faham. wet tissue tu dah beli 2 botol besar punya. yang kecik tu, untuk kucing sebenarnya. tisu kecik ni simpan siap2 dalam beg. senang nak bawak sana sini. oh. tikar tukar lampin takde dalam gambar ek.

baju2 baby yang sempat dibeli. 5 pasang. ikutkan hati, lama dah amek banyak2. tapi, orang kata jangan beli banyak2 nanti dapat hadiah dari orang banyak. ntah. aku tak harapkan pemberian org pon. kalau org nak beri, aku amek je.

ingat nak tambah lagi 5 pasang. buat stok. budak kan slalu tukar ganti baju.
:)
oh. gile tgk rompers. nak beli, tapi ibu tak bagi.
(tapi nak jugak rembat satu dua pasang lepas ni. hehehe)

apa kata korang? perlu ke aku tambah baju2 ni?

oh dan tambahan barang keperluan sempena menyambut kelahiran baby,
(ini untuk mamanya)
1. set lepas bersalin leesa formula.

aku banyak dengar orang kata set ni memang bagus.
perlu beli skang ke? atau tunggu budak kuar baru boleh beli?
atau korang ada cadangan lain untuk jenama2 lain untuk set lepas bersalin ni?
sila maklumkan aku ok!

:)

lihat!


diri mak buyung yang dah 7 bulan setengah ni.
:)

selamat hari jumaat!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...