Followers

Wednesday, March 17, 2010

Tune Hotel, Downtown Penang.

tak susah nak cari hotel ni.
sebab tetengah bandar je.
dekat sangat dengan komtar.

oh, aku tempah awal hotel ni.
amek hotel murah2 je.
konon dapat la save sket. sebab dah kata nak jalan2 kat penang kan.
bilik hanya untuk tukar baju, mandi2 dan tidor je.

tapi, aku rasa ni la first and last kot aku dok kat hotel ni.
sebab agak leceh la.
kalau ko nak tambah air-cond, tambah duit,
kalau ko nak guna towel diorang,tambah duit lagi.
takde breakfast,
cerek pon takde (penting ok. ada budak kecik. dia nak minum susu takkan nak bagi air mineral?)

tapi untuk yang kurang kemampuan (cam kami),
leh la stay sini.
bilik aku ni campur tax bagai hanya RM77.39
tapi tu la, harga tu untuk basic facilities je la. 
takde air-cond, takde towel, takde hairdryer.
:(

korang bukak2 je pintu, akan nampak katil, cermin besar atas kepala katil, 2 side table, berserta budak kecik bergolek (nahh!! khalish mana pandai bergolek) atas katil. hehehe~


tengok tu. belum apa2 pak eh ngan anak ek dah rasmikan katil dulu. mama nak baring jugakkkk!!!!


aku muka pasrah terpaksa beralah dengan laki dan anak. 

lepas je en alang baring2, aku paksa2 en alang turun pi kat kereta amek beg2 bawak naik. sambil2 tu aku dok rehat2 sambil layan khalish kat sebelah.

mula2 okla, khalish main2 jerit2 tengok kipas atas kepala. tapi, tetiba je dia diam. aku masa tu tengah godek2 handphone, cam pelik la kan tetiba je budak riuh ni diam. dah tido ke?

sekali...dia buat aksi ini...


korang tengok. korang tengok. hati siapa tak cair bila dia buat lawak petang macam ni? dia sumbatkan mulut dia ngan kain ni, pastu buat muka manis2 senyum2 kat mamanya. anak..anak...buat mama lemah lutut ok. oh, jangan risau. dia masukkan kain ni sikit je dalam mulut dia. tapi tu la, kena rajin pantau jugak. kang tetiba termasuk lebih2 dlaam mulut. ishh..mintak jauhkan la!



pintu entry/exit. dan cermin panjang. aku cam tak berapa suka sebab cermin keliling. besar2 plak tu. rimas pon ada gak. sebab tau bilik tu kecik kan.


pintu toilet.


air cond. petang tu gigih lagi takmo amek air-cond. tapi, bila malam dah tak tahan dah, balek je dari jalan2, terus mintak diorang sambungkan air-cond kat bilik aku. aku amek untuk 12 jam.


tengok. jam 810am. ada baki lagi 3 jam lebih untuk penggunaan air-cond. masa mula2 tu, agak jakun ye puan2. sebabdiorang ada meter cenggini dalam bilik. kite pengguna pon senang nak tengok.

ok. tu je review untuk tune hotel, penang.
aku rasa hotel ni baru sangat.
dan rasa ada banyak yang perlu diperbaiki.
oh, satu je nak komplen.
awat parking lot mahai bebenor.
RM5 per entry...tak berbaloi la.
kalau orang luar letak kereta kat situ, memang patut la charge mahal2.
ni kite pelanggan hotel, patot bagi free atau bagi murah sket ke...
sepanjang aku dok situ, aku kena bayar rm10 untuk parking je.
diharap kalau pihak tune hotel penang baca ni, sila ambil tindakan sikit ye.
dan pertimbangkan la tentang harga parking lot tu.
lagipon, takde bumbung. masih berhujan berpanas kereta2 kat situ.
ok?

oh. ada 7-eleven kat bawah hotel.
kire ok la jugak.
:)

errr...bukit bendera? ...dan butterfly farm.

seperti yang korang lihat, ini adalah bukit bendera. TUTUP!!!

haihh...dah berangan2 nak jalan2 atas bukit, naik rel slow2 panjat bukit.
bestnyeeeeeee.....
skali tutup sebab diorang wat penyelenggaraan.
so, kepala otak ni dok ligat nak pikir ke mana plak.

en alang dok suggest pi batu feringghi.
aku pon ok je la.
tapi on the way tu, nampak signboard kebun bunga.
so melencong la sket. ingatkan ada kebun penuh dengan bunga2.
skali tengok, ada cuma gerai2 jual bunga dan trek untuk naik bukit bendera pakai 4X4.
huhuhu. berpusing la balek dan hadap jem.

dan bila dah menuju ke batu feringghi tu,
nampak la signboard ke butterfly farm.
ada member keje aku kata butterfly farm ni best.
so, menuju la kami ke sana.
butterfly farm ni letaknya kat teluk bahang.
atas sket dari batu feringghi.




bila dah sampai, kite pose2 dulu depan butterfly farm. bukti ni dah sampai sini.
:)

dereten kepompong kat belakang. aku saspek rama2 ni baru kuar dari kepompong dia.


dak kecik ni happy2 dalam stroller. bagusss...~


bila dah penat, budak ni cranky2. masuk bilik ada air-cond pon ngamuk2. haih! masa ni dalam theater room. diorang pasang video pasal serangga2.


mama ngan papa pose berdua jap. khalish tunggu k.


hahaha. muka dah kepenatan tu. ;P


ghalit je en alang layan gambar2 rama2 ni.


dak kecik dok diam2 je k.


keluar je theater room tu, ada satu pemandangan yang indah. ada kolam ikan. cantek2. so, amek kesempatan bergambar lagi...dan lagi..dan lagi...(gambar2 lain akan diupload kat fb. sebab blogger upload gambar lambat nauzubillah)


khalish bila dikeluarkan dari stroller, jangan harap nak tengok kamera. mata dia dok melilau tengok rama2 terbang2. ni pon puas aku panggil2, dia wat dek je. ghalit tengok rama2 depan mata. 


tengok tu, tak pandang dah mama kat depan ni. kejap2 dok dongak kiri, kejap2 dok dongak kanan. last2 papa putus asa, senyum sorang2 je la. hahaha~


ehem. teka ini bunga apa. sementara korang dok beroikir2 tu, aku usaha untuk buat next entry ok.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...