Siapa2 ada baca hmetro semalam pasal AC Mizal buat laporan polis tentang ada blogger yang memfitnahnya? Ala...tentang gelang yang dia jual tu la.
aku dalam seminggu ni dok baca satu2 pembongkaran yang dibuat blogger yang dimaksudkan AC tu. dan tetiba semalam kuar pulak hmetro pasal ugutan tu. entahla. bagi aku Aidid Mu'addib seorang yang berani dan jujur nak tolong orang melayu dan nak sedarkan bangsa kita yang MLM dan perniagaan seangkatan dengannya amatlah merugikan. aku tau sebab aku dah lihat orang sekeliling aku masuk MLM semua sekejap2 je. mula2 memang la gegar itu ini pulangan lumayan la apa la, tapi bila dah 2-3 bulan, tiba2 pulangan yang dijanjikan tu pon langsung tak nampk batang hidung. lagi haru bila orang upline yang pandai berjanji tu hilang tetiba dan tinggalkan ko sorang2 terkapai2 nak bayar utang sana sini akibat buat pinjaman semata2 nak masuk MLM. yup. aku kenal siapa yang buat camni dalam kampeni aku sendiri. buat pinjaman bank semata2 nak masuk MLM bagai. dan hasilnya? HAMPEH OK! memang kesian la..sebab dok terkejar2 upline tu sampai ke sudah dok tanya pulangan yang dijanjikan.
dan aku bernasib baik tak terlibat sama dengan bisnes camni. aku serik lihat ayah aku dulu pernah terkena dengan skim cepat kaya pak mat telo. ye la, macam korang pikir, skim cepat kaya dengan MLM tu kan ke lain. tapi bagi aku sama je. sebab janji2 yang dibuat MLM dan skim cepat kaya serupa. NAK CEPAT KAYA! yang lagi best, ada MLM yang beri jaminan korang boleh kaya tanpa perlu usaha satu titik keringat pon. HAH! TIPU JE SEMUA TU!
tak semua orang akan seberani blogger Aidid Mu'addib ni yang menyelongkar satu2 penipuan yang berlaku dalam satu2 syarikat. so, kalau korang nak tau lebih lanjut, pi la jenguk blog beliau. klik je kat nama blogger tu. ok?
Thursday, November 11, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Cari aku di mana?
aku rasa korang dapat cari aku. bila tgk gambar ni, teringat2 moment bersama sedara mara yang happening ni tempoh hari. bila dapat berkumpul macam ni lagi agaknya? sepupu aku yang berbaju melayu kuning tu nak menikah disember ni, tapi aku dan alang tak dapat turun muar sebab en alang keje. ishh...tak bestnya!
Labels:
anak sedara,
famili,
sedara
Subscribe to:
Posts (Atom)
