memang betul. perkembangan anak2 memang tak sama. lihat saja pada khalish. dan lihat saja pada anak kalian yang sebaya dengannya. tidak semua kemahiran yang anak korang leh buat khalish boleh buat dan begitu juga sebaliknya.
ada yang sebaya khalish tapi semasa umur 11 bulan dah laju berjalan, siap leh panjat2 lagi. khalish pula masih ralit merangkak dan enggan berdiri. permulaannya memang agak risau. yela kan. mak2 ni kan suka risau terlebih. tapi bila khalish menunjukkan minat nak bertatih pada usia menginjak ke setahun, wahh~ hati gembira bukan kepalang. masa tu rasa nak heboh satu dunia i tell you. haha.
anak pertama je kot rasa camni. nanti adik khalish camne pulak. harap2 dia lebih cepat dari abangnya.
dan sekarang, dengan mulut yang becok dan hampir setiap pujian yang dia dapat pasti dia akan bertepuk tangan, menandakan bahawa dia mengerti setiap butir bicara kita. kadang2 kalau aku mengumpat pasal khalish depan dia sendiri dengan makcik2nya, boleh pulak dia tersipu2 malu. seperti faham benar perbualan kami. haha.
macam biasa, hari2 aku akan blog hop ke setiap blogger yang aku kenal. itu rutin. dan bila mereka bercerita tentang keletah anak masing2 dan excited tentangnya..aku faham perasaan mereka. biarpon ada orang yang tak suka pabila blogger mak2 ni bercerita tentang anak2 mereka kerana bagi mereka itu satu benda yang menunjuk2, tapi percayalah...tiada apa yang kurangnya dengan mereka yang membeli barangan berjenama dan punya pakwe yang kaya dan sebarkan pada dunia melalui dunia blogging ni. aku pasti yang mereka berbangga dengan apa yang dimiliki dan pastinya ingin berkongsi dengan rakan2 maya yang lain.
tipulah kalau aku tak terdetik langsung rasa cemburu jika membaca pada blog orang lain yang mereka saban tahun bercuti ke eropah. bohonglah aku jika tiada rasa meluat jika membaca blog orang lain yang mereka membeli barangan berjenama dan mahal2 setiap kali keluar bershopping. tapi siapa aku untuk menghakimi mereka kan?
mungkin kadang2 dari segi penceritaan mereka yang membuatkan aku sedikit jengkel dan tidak mahu lagi membaca blog mereka. bukan salah mereka. tapi salah mata aku dan hati aku yang saket setiap kali melihat gambar percutian dan barangan yang pastinya tidak mampu aku beli. namun, tidak pula aku rasa cemburu pula pada mereka2 yang bercerita secara bersahaja dan tidak terlalu menunjuk2. biarpon aku tahu mereka adalah orang berada. itulah..seperti aku tulis sebelum ini. gaya penceritaan sangat penting untuk menarik perhatian pembaca.
ini hanya pendapat 2 sen aku sahaja. lain orang lain pendapat kan?
;)
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 9, 2010
Buat sementara waktu, tiada entri bergambar.
sebabnya...internet kat umah dah masuk air. haha. tunggu la lagi seminggu dua bayor kang baru la brodben tu bernyawa balek.
komputer ofis pulak takleh nak transfer gambar. almaklumla..komputer cabuk. orang lain kemain gak pakai laptop dan pc baru. aku ni pakai zaman tok kaduk punya mana ntah. tunggu hari dia kaput je ni. skrin ni pon kadang2 blank sendiri buat beberapa saat. bagus2...teruskanla kaput ye komputer. leh aku request komputer baru lak lepas ni. hehe.
ramai beranggapan en alang dah pegi ke miri tu. takkk...dia pegi hujung minggu ni la. dan skang ni dia dok risau sebab aku tak berapa nak sehat sangat plus siapa nak buat susu khalish malam2. dia tau aku memang tak larat nak bangun. ye la..bangun dari kerusi pon berpapah2. apa lagi bangun dari katil. haihhh~
maybe orang tgk perut aku ni takle besar mana. tapi fahamilah. perut besar atau perut kecik, sarat dia tu tetap terasa. ni baby dah gerak2 kacau pundi kencing pulak dah. dah aku terasa nak terkucil. takpe, tahankan dulu. kalau dilayan asik ke toilet je, mau aku terberanak skang jugak. tak larat wei nak berulang ke toilet. kadang2 tgh2 sedap tido tetiba tu diaa...rasa macam tak tertahan2 nak terkencing time2 tu jugak. ada jugakla aku terkucil dalam seluar sekali dua. yup. buat apa nak malu...aku rasa biarpon tak semua, tapi ada jugak ibu mengandung yang punya pengalaman yang sama.
okla. nak sambung wat keje. esok bos dah masuk keje kat ofis. dah seminggu dia outstation ni. nak kena siapkan report2 ni sebelum meeting next week. daa~
Subscribe to:
Posts (Atom)