Tuesday, March 19, 2013
Ulangtahun perkahwinan.
Usia perkahwinan telah jejak ke angka 5. Tanggal 15 Mac 2008. Detik sejarah ijabkabul kami.
The Big Five. Pelbagai cabaran dihadapi. Gaduh, rajuk, manja, pujuk, gurau, tangis, tawa semua dah jadi asam garam kami.
Betapa aku bertuah punya suami sepertinya.
Jika aku rajuk tidak jelas sebabnya, masih ada yg memujuk.
Jika aku menangis pada hal2 kecil, masih ditanya puncanya.
Jika aku marah baran tidak bertempat, masih disejukkan dengan kata manisnya dan gurauannya.
Allahuakbar. Alangkah indahnya insan yang Kau kirimkan padaku. Pada kami anak beranak.
5 tahun. Terhasil 2 putera yang keletah dan insyaAllah seorang puteri akan menyusul tiba tak lama lagi. Tak dapat dibayangkan jika tiada mereka semua dalam hidupku. Pasti akan jadi suram. Pasti jadi kelam. Tanpa jeritan gelak ketawa. Tanpa tangisan hiba. Tanpa gurau senda.
Terima kasih Allah memberikan aku insan-insan yang indah padaku. Insan-insan yang memberikanku kekuatan hanya dengan memandang wajah mereka. Kau kirimkan mereka padaku untuk aku sentiasa bersyukur dan menghargai pemberianMu. Aku sangat2 berterima kasih Ya Allah.
Semoga kami sentiasa diberkati olehMu.
Wednesday, December 19, 2012
Bila en suami memuji
Ehem.
Sejak perut makin membukit, en alang semakin 'melekat' dengan aku. Kalau dulu balik keje kalau belom jam 8, jangan harap nampak batang hidung dia. Ni tiap2 hari balik jam 6. Kadang-kadang je jam 7.
And kalau tetiba dia bagi sms rindu or puji lambung-lambung, aku dah terbayang malam nanti camne. Nanti kejap-kejap dok cium aku, kejap-kejap dok belek muka, belek perut....aduhai...
Haha. Ini bukannya keluhan. Ini bahagia namanya. Cuma ada sedikit rimas. :P
Macam en alang ni...memang time aku pregnant je yg dia manja terlebih. Dah macam aku ada tambahan anak wei...hehe. Terbalik kan? Patotnya aku yg manja ngan dia kan? Ni dia plak yg buat pangai camtu.
Errr...laki korang kalu korang pregnant apa habit diorang eh?
Subscribe to:
Posts (Atom)
