Followers

Showing posts with label butik ACAL. Show all posts
Showing posts with label butik ACAL. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Pemenang saguhati #2: zilahdaud.blogspot.com


 Khalish : Adik, tengok ape tu?.. Jom kite 'paw' mama, beli toys nak tak?? Nanti boleh main sesama..



Jazly : Uishhhh.. tak nak le, adik ingat nak 'paw' solivite je... mmmm mesti sedap..



Khalish : Eiiii.. adik nih tak dengar cakap abg ye.. degil ye.. geramnye.. kan dah kena...

Jazly : aduihhh.. nanti arr.. ngadu kat mama..


tahniah kepada zilah. rezeki anak dalam perut tu agaknya kan? hehe. butik acal tak tambah stok lagi ni. bila la agaknya...tak dapat nak janji. sales tu ada la jugak tapi slow sket bulan ni. maybe tunggu lepas raya kot baru berani nak tambah stok lagi. sebab skang ni nak raya dan puasa kan... faham2 je la.


ni blog zilah...check it out ya! zilahdaud.blogspot.com







Tuesday, July 19, 2011

Butik ACAL Gift Voucher

Khas untuk mereka yang memenangi contest Butik ACAL minggu lepas.



*sape2 yang menang haritu tapi tak received email dari aku, meh amek dari sini je ok. tapi rasanya semua dah dapat kot. 
** aku kenal ok sape yang menang contest aritu. jangan pulak ada yang menyamar pemenang dan guna voucher ni. hehe.






Thursday, July 14, 2011

Pemenang saguhati #1 : fuadnis.blogspot.com


khalish : adik....cube ko tgk abg..agak macho tak hari ni??mesti ramai awek usha abg jap lg..
ko jgn risau..nanti abg pass la sorang kat ko nanti..hehehehe....




jazly : hok alah.....cakap tak agak2la ko ni bang..ini jazly la....petik jari sekali..10 yg datang tauuu..........jgn lupe..ADIK COMEL ABANG LAWA..kita tgk..awek ramai usha abang ke atau adik....hehehehe....


khalish : arrgghhh.....diam la ko..banyak mulutla....meh abg tutup mulut ko....muahahaha....



pemenang saguhati ini pula datang daripada Blog fuadnis.blogspot.com
suka part dialog first gambar tu. nampak sangat selama ni khalish macam perasan lebih. hahaha.
kepada anis...thanks for joining the contest ya!

hasil usahamu amat kami hargai.



p/s: gift voucher tak send lagi pada pemenang. sebok sket kat ofis. harap fb je yang laju. blogger cam slow la... insyaAllah aku akan beri pada pemenang malam ini. the latest pagi esok la. sorry ye pada pemenang2!




Wednesday, July 13, 2011

Penyertaan daripada pemenang tempat kedua - blog vaggnini3posen

TAJUK DIALOG: DIALOG KITA BERLANGSUNG DI ATAS TROLI SUPERMARKET, BUKAN DI ATAS KAUNTER CASHIER. (ko ada dialog macam ni ke? sambil tanya jakpar onn? haha).


Jazly: Abang. Mama pergi mana? Bosannya...
Khalish: Ala mama gi beli eserem. Boleh abang makan nanti. Adik duk diam-diam sudah.
Jazly: Hmmm nak susu nak susu.
Khalish: Sabo la dik, lagipon best ooo duk dalam ni. Ada air-cond. Rumah kita kan BLACKLIST, dah la gelap, panas pulak tu.
Jazly: BLACKOUT la weh, bukan BLACKLIST (sambil buat muka boring).
Khalish: Oopss ala ok biasa la tu. Manusia kan tak PREFECT. Abang lagi reti Bahasa Melayu dari English.
Jazly: Dia start lagi dah...PERFECT la bang...bukan PREFECT.
Khalish: WHATEVER. Haaa ni confirm betul. Sebab abang selalu dengar papa cakap gitu bila mama merajuk Kah kah.
Jazly: Nak susu...nak susu (sambil buat muka toye plak malas nak layan abang dia).



Khalish: Ok la. Ok la. Adik boring ek. Kita main teka teki nak?
Jazly: Nak! Nak!
Khalish: Ok kereta papa dan mama pakai gear apa?
Jazly: Soalan apa macam ni senang sangat? Hahaha lawak la soalan.
Khalish: Haa pandai sangat jawab la.
Jazly: Gear MATEMATIK la.
Khalish: Warghkkakakaka gelakkan dia. Gear AUTOMATIK, ok. Nak matematik matematik segala ni nak suruh mengira ke sambil bawak kereta?
Jazly: Ok la tu...adik bukan PREFECT.. semua benda nak betul (kenakan abang balik haha)






Khalish: Eeeee jaga ko jaga ko sadap yu sadap yu. Abang cubit mulut biar lebam macam bibir kena gigit tebuan.
Jazly: Takmo takmo. Maapkan saye maapkan saye! Nanti saya belanja awak makan "A and  BABA BIYU" nak?
Khalish: Hamende? Hamende? apa A and BABA BIYU?

En Alang: A&W la. Tu pun tak tau. (tetiba menyampuk tanpa dijemput).


MORAL: Ok jom pegi a & BABA BIYU anak-anak...tak payah tunggu mama. Haha bweks.



Siap ada moral2 segala ok. haha.Vagg yang aku kenal sepanjang dalam dunia virtual ni memang seorang yang kelakar. tak caya pi kat entri2 blog dia...memang kelakar2. seronok baca.
Blog vagg takleh nak copy paste. so aku taip satu2 ok. gigih ni. gambar2 yang ada Vagg dah edit siap ada caption kat gambar2 tu. tapi tu la. sebab hakcipta terpelihara, so aku just guna apa yang ada je la. nak tengok, sila ke blog vagg sendiri eh.

oh dia pon ada blog kedai tau! Sila2 la terjah k.

:)

Thanks and congrats Vagg sebab menang hadiah tempat kedua. Jadila kan?


Tuesday, July 12, 2011

Penyertaan daripada pemenang tempat pertama. :)



adik: mama, adik rasa ada bau busuk.. adik rasa abang poo-poo dalam seluar dia.
abang: uish, kantoi plak. camne bleh dia perasan ni (cakap dalam hati)



adik: abang ni jangan le gerak-gerak.. nanti tercicir poo-poo abang tu, malu mama kita.
abang: iye ke? (ayat cover sbb malu). OK, jap abang cek.. betul ke abang berak.. (sambil menghulur jari ke dalam seluar)



abang: Haah la. ada warna kuning kat jari abang ni. cuba adik bau, ada bau macam poo-poo adik tak?
adik: grrrr.. ada yang nak kena ni..

hehe. kelakarkan?
pemenangnya ialah ida, dari ibuafiqku.blogspot.com
tahniah kepada ida!

:)

Monday, July 11, 2011

....dan PEMENANGNYA ADALAH!

susah juga ye nak buat contest2 ni. nak pilih pemenang tu aduhaiii....penat otak memikiorkannya. tapi sebab aku dah janji dengan korang nak buat pengadilan dengan seadil2nya...so inilah keputusannya ya!





Pemenang Hadiah Tempat Pertama:
Memenangi 1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM30

 Pemenang Hadiah Tempat Kedua: 
Memenangi 1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM20
(penyertaan lewat. penyertaan masih diterima kerana owner blog personally minta tangguh tempoh. jika awal2 dah hantar, maybe boleh dapat tempat pertama)


Hadiah Saguhati (3 4 penyertaan terpilih):
kak sal via email (2 penyertaan)
Memenangi 1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak 
RM10


Kepada pemenang2, sila beri email address anda untuk penyerahan voucher. Butik ACAL memberikan voucher dalam bentuk not RM10. Voucher boleh digunakan bila-bila masa sahaja apabila membuat pembelian dari Butik ACAL. 

so kawan2 yang menyertai contest Butik ACAL ni, thank you so much! support dari korang amat kami hargai.


p/s: penyertaan anda semua akan dipamerkan di Blog Intan and The Boys setiap hari bermula esok. 1 hari, 1 penyertaan. :)









Friday, July 8, 2011

(Entri melekat. Entri baru kat bawah ni ye!) Butik ACAL buat contest. Jom join!

Butik Adik Cantik Abang Lawa mengadakan contest untuk semua! Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang contest. Hanya perlu meletakkan dialog yang dirasakan sesuai, kreatif dan kelakar untuk gambar-gambar di bawah. Setiap penyertaan akan dinilai dengan seadilnya.


Gambar 1.

Gambar 2.

Gambar 3.


Hadiah Tempat Pertama:
1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM30

Hadiah Tempat Kedua: 
1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM20

Hadiah Saguhati (3 penyertaan terpilih):
1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM10


Apa tunggu lagi. Dengan hanya menggunakan kekreatifan anda, voucher-voucher ini boleh dimiliki! Penyertaan akan tutup pada jam 6petang, 8 Julai 2011, hari Jumaat . Dialog boleh digubah dalam bahasa Melayu atau English.

Cara-cara penyertaan:
Kepada bloggers:
1. "Copy & paste"/ "save as" gambar-gambar di atas.
2. Edit gambar untuk dialog atau letak caption di bawah gambar untuk dialog.
3. Buat satu entri untuk contest ni. 
4. Jangan lupa mention Butik Adik Comel Abang Lawa ok! (beserta url butik)
5. Ajak kawan-kawan, sedara-mara join contest ni. Lagi ramai lagi meriah! :)
6. Inform kami di kotak komen ya.

Kepada non-bloggers:
1. "Copy & paste"/ "save as" gambar-gambar di atas.
2. Edit gambar untuk dialog atau letak caption di bawah gambar untuk dialog.
3. Hantar  penyertaan di puterikurekure@gmail.com
4. Ajak kawan-kawan, sedara-mara join contest ni. Lagi ramai lagi meriah! :)
5. Inform kami di kotak komen ya.



Ok. Apa lagi. Buktikan kekreatifan anda! :)







Wednesday, July 6, 2011

Tunjuk skil. Tapi masih amatur.

pandai sesangat la tu minum susu sambil tiarap. sejak dah boleh tiarap ke kanan kiri angkat bontot tinggi2 dah susah nak terlentang. tidur pon tiarap je semedang.

hah. dah makin menjauh pulak botol tu.

atas bantuan mama, dapat isap balek botol.

eleh. muka berlagak la tu tunjuk dah pandai pegang botol sendiri. Jaz cukup marah kalau kita dok pegangkan botol untuk dia. so...pegangla kau botol tu sorang2. 



contest butik ACAL ada lagi 2 hari. meh la join! :)






Monday, July 4, 2011

Nama timangan

Kebiasaanya, orang2 kita ni mesti ada nama timangan. Tak kesah la nama asal tu panjang ke, pendek ke,  mesti ada nama timangan.

Macam aku, nama penuh Intan Hezliyana. Ayah dan sedara mara belah ayah panggil aku dengan nama timangan Lynn. Ibu dan adik2 aku pulak panggil aku Along. En Alang pulak panggil aku Sayang. So, mana2 pon boleh. Yang penting, hanya orang2 tertentu je yang menimang2 aku dengan nama timangan ni. hehe.

En Alang pulak, nama timangannya memang Alang. cuma aku je la special sket menimangnya dengan nama B (kependekan baby..duh!) dan Abang.

Khalish pulak macam biasa kalau nama manja2 aku dan adik2 aku manjakan dia dengan panggilan Ayish. Percaya tak, en alang tak pernah panggil Khalish tu Ayish. Dan sejak ada Jazly, kadang2 panggil dia abang. Tapi kadang2 panggil jugak dia Adik. Haha. Pening...pening.

Tapi, untuk Jazly biasala anak bongsu (buat masa ni) nama timangan tu macam banyak je. Aku la suka menimang2 dia dengan panggila Adik la, Jaz la. Sekarang ni pulak En ALang panggil Jaz dengan panggilan Korea. Aku lagila dah kronik panggil Jazly dengan nama Janjeli. En Alang kata apa tau, dari dok panggil Janjeli tu baik la panggil dia Jelly-Jelly je. 

'_____' "



Dah ada 2 penyertaan diterima untuk Contest Butik ACAL. Moh le ramaikan majlis kome. ;) Tarikh tutup pada 8 Julai 2011 jam 6petang ye! :)



Friday, July 1, 2011

Ok. Korang tak nak menang voucher ke?

From the previous post, aku ada tawarkan satu contest. Just beri dialog pada gambar2 yang diberikan dan hantar pada aku untuk dinilai. Jangan risau la...kalau tak menang pon, akan ada saguhati. :)

Merajuk i ok. takde sape nak masuk contest tu. Haha. Takpela..org takmo masuk, takkan nak paksa2 kan. Gilo apo?

Ada dress baru kat Butik ACAL. Check it out!

Gorgeous kan dress ni? Baby Dalia ni pon comel sangat2. Cuma rambut gerbang2. Hehe..Klik sini untuk more details.

Selamat hari Jumaat u olls! Have a nice weekend ok!

Friday, June 17, 2011

Sempena nak Raya ni...(padahal ramadhan pon belum sampai lagi)

Ha...nak raya2 ni bolehla pilih2 baju untuk anak2. Di Butik Adik Comel Abang Lawa ada stok baru untuk anak-anak. :)

2 pcs set Disney
size 11 for 2.5 years
size 13 for 3 years
size 15 for 4 years
size 17 for 5 years

Harga biasa: RM39


BabyGuess Dress
0-3 months
3-6 months
6-9 months
12 months

Harga Biasa: RM36




18-24 months
18-24 months
3 years

Potongan pyjamas ni slim cutting. Dinasihatkan agar memilih satu-dua size lebih besar dari umur anak.

Harga biasa: RM 27


Bolehla check it out kat Blog Butik atau FB Butik ACAL ye. Kalau jadi ahli di FB atau follower blog butik, boleh dapat 5% diskaun. :)

Cepat2 sms/email untuk booking. Nak bayar tunggu gaji pon boleh. =) Yang penting booking dulu eh.

Monday, May 30, 2011

Cepat, cepat! :) Sampai esok je ni.

promosi pembukaan Butik Adik Comel Abang Lawa sehingga esok sahaja, 31 May 2011.

Kalau tak dapat beli sekarang, just booked je dulu untuk lock harga promosi. I will reserve the items for you!

just click here, Butik Adik Comel Abang Lawa

Wednesday, May 18, 2011

Pelancaran Butik Adik Comel Abang Lawa




Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kami melancarkan pembukaan Butik Adik Comel Abang Lawa. Butik kami menawarkan barangan dan pakaian kanak-kanak dan bayi. Jemput datang ye! Dan selamat bershopping!

:)

Jemput klik sini ye. BUTIK ADIK COMEL ABANG LAWA

Monday, May 16, 2011

Nantikan kedatangannya....Tunggu!

Inilah yang menjadi debaran sepanjang minggu. InsyaAllah...tak lama je lagi pelancarannya. Doakan yang terbaik ye kawan2.

Dijemput semua menjadi pelanggan pertama kami. Harga murah2 je. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...