Followers

Showing posts with label cukur jambul. Show all posts
Showing posts with label cukur jambul. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Majlis berendoi Jazly.

mak mertua aku dah cakap benda ni bulan lepas lagi. aku je asik lupa pasal majlis ni. padahal untuk anak sendiri jugak. haha. kitorang buat kecik2 je. just panggil orang berzanji dan berendoi satu kumpulan. adala dalam 15 orang je. oh. majlis ni buat ahad lepas. biarpon buat kecik2, tapi penat dia masih terasa sampai skarang!

2 buaian yang dihias oleh orang kampung. biasa2 je. aku suka gak camni. memang stail kampung abis la! sempoi je. kenapa 2 buai? sebab satu lagi tu untuk anak sedara en alang. baru sebulan umurnya.

budak baju ijau tu jangan ditanya siapa. siapa lagi kalau bukan si khalish yang kepochi. haha. pandai lak tu tengok org buaikan adik, dia pon sebok nak tolak2 buai adik tu. tapi cara dia ganas la. sebab tu aku tak bagi dia buaikan adik jaz dia.

ni buai adik jaz. masa ni pagi lagi. majlis buat petang. saja je la nak try masukkan budak ni dalam buai. tapi ngengada eh. nak dienjut/hayun selalu. tak boleh berhenti. mesti nanges. haihhh..letih la mama camni.

lena. tapi kejap je. geram! nampak sangat tak biasa naik buai ye sayang.

ni sepupu Jaz dan Khalish. nama dia aku tak berapa nak recall. _____ nurul zaiti. yang depan tu tak ingat. haha. mak sedara apa la aku ni.

budak sebulan baring sebelah budak 3 bulan. Jaz nampak macam besar sangat pulak. hehe.

boleh tak masa tengah aku tengah pusing bulatan potong rambut jaz, en alang sikit pon tak snap gambar. sebabnya...si khalish masa tu la taknak kat org lain. nak bergayut kat papa dia je. erghh!!! betul2 dia dengki kat adik dia. takpela. kita amek gambar rambut adik jaz dalam mangkuk. jaz muka terpinga2 bila orang berzanji sapu bedak sejuk kat muka dia. sib baik dia tak melalak.


masa ni diorang nyanyikan lagu endoi. lagu diorang tak sedap sangat macam majlis khalish dulu. majlis khalish buat kat kl masa tu tumpang majlis kawen sepupu aku.

ikat guna selendang mak mertua aku. masa endoi ni, jaz tido kemain lena lagi. maybe suara makcik2 tu yang buatkan dia sedap telinga layan je. :)

abah. khalish. en alang. khalish masa ni betul2 ngada2 ok. geram je! sib baik ada en alang melayan kerenah dia. tengok tu. baju pon takmo pakai. huhu.

overall, semua ok2 je la. seronok juga bila ada majlis macam ni. cuma family aku tak dapat datang sebab ayah kena bergegas balek kl pukul 5. majlis kata start 2.30, tetiba nak dekat kul 4pm baru start. apapon, terima kasih mak & abah! :)

Wednesday, June 2, 2010

khalish cukur jambul

maybe ada yang tahu yang kami sekeluarga berwiken dengan kenduri sahaja.
kenduri sepupu pulak tu.
kalau tak pergi, memang keji la kan.

so, jumaat tu ada majlis nikah.
khamis kenduri belah pengantin perempuan dan ahad pengantin lelaki merangkap sepupu aku tu.

sabtu tu, lepas je balek dari kenduri belah perempuan, 
pi jalan2 umah sedara en alang.
dan malam pulak, lepak kat umah pengantin lelaki sebab dengarnya ada marhaban.
so, tunggula kami sampai marhaban habis rancangnya.

tapi, dalam pukul 8lebih camtu,
ucu aku merangkap mak pengantin suruh aku siap2. katanya nak buat skali cukur jambul khalish.
ha kooo....terkejut gile ok.
sebab tiba2 je kan. dah la masa tu tgh melantak sup daging, tetel & tulang.
perghhh...terbaik la!
hehehe~

so, cepat2 siap, siapkan khalish jugak,
dan turun ke dewan untuk majlis.


kanan bawah tu la ucu aku. adik ayah yang bongsu. dah ada menantu dah ye ucu! :)

masa ni ala2 ngantuk jugak la. khalish awal2 je behave. lepas tu dah boring agaknya. rengek2 nak tido pulak. haihh~

acara marhaban/cukur jambul ni dalam 2 jam jugakla.
lama kitorang dok kat tengah2 bulatan tu.
oh. masa ni buat skali ngan anak sepupu.
sebaya khalish, tapi dah terer merangkak dan duduk sendiri.
jeles gila ok!
huhuhu~

sebabkan lama sangat sampai 2 jam, ramai dah tertidor2.
termasuk jurugambar skali teridor. hahahha~
jadinya, gambar masa aku keliling bulatan, diorang sapukan air zam2 kat kepala dan suapkan khalish takde ok.
TAKDE!
hangin je masa ni. tapi nak wat camne kan. semua dah penat sangat.

at least, khalish rasa jugak cukur jambul bagai ni.
:)

tengah upload gambar2 masa kenduri ni.
tak banyak, tapi pening nak susun.
huhuhu~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...