Followers

Showing posts with label jerejak resort. Show all posts
Showing posts with label jerejak resort. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Malam Tema Beach Party!

petang dalam kul 5pm tu, ada aktiviti explorace. aku tak join la sebab pregnant kan. tapi aku ada la kat tepi pantai amek angin ngan khalish. tapi yang harunya, tak bawak phone pon masa kuar petang tu. so gambar satu hape pon takde.

malam tu ada malam tema, beach party. tapi aku susah nak cari baju. ada ramai yang cadangkan aku satu patern baju dress ni, tapi tahukah korang bahawasanya akak ni besar??? masuk tang bahu lepas tapi tang punggung memang fail. huhu. (sedar diri ini siapa...)

kat bilik baru lepas bersiap. khalish pakai baju memang masuk theme. tapi takde topi sebab dia memang tak suka pakai topi. boleh je kalau nak beli tapi kalau tak pakai buat apa kan?

pinjam baju ibu ni. sib baik la ibu ada baju blouse ala2 pantai ni. memang baju ni ayah beli masa dia kursus kat hawaii dulu.

en alang pon pakai baju pemberian ayah masa kat hawaii. feeling2 pantai gitu...~ masa ni dah lepas makan pon. khalish sebok merengek sebab dewan bising ngan sound system ngan orang karaoke lagi.

aku sorang je yang tak biru. haihhh.nak wat camne. baju pon baju pinjam. huhu.

ni bos dept aku wat performance karaoke. diorang satu family memang comel abis. bos aku nyanyi lagu 'when the lion sleeps tonight'. wife ngan anak2 dia menari kat belakang. cool! dan diorang menang nombor satu. oh, setiap staff kena nyanyi ok. aku nyanyi ayat2 cinta. fail! haha.

khalish sampai tertidor nak tunggu giliran mama nyanyi. ni dia baring atas kerusi je ha. 

papa mithali. tunggu anak tido sambil mama nyanyi2 kat depan.

selepas setiap staff nyanyi, kitorang kena cabut 2 cabutan. 1 untuk potluck yang mana kita akan beri pada family lain dan 1 lagi untuk lucky draw.

dapat hadiah potluck cadar single. thanks mokhtar dan kak mas sefamily!

untuk hadiah lucky draw kami dapat cash voucher jusco RM150. 150 ni hadiah terendah tau. ada yang dapat 200 dan 300. ada juga yang dapat voucher giant atau the store. ikut nasib la ni. kira ok la kan dari tak dapat apa pon?

Excited bila sampai sana...

sampai2 je jeti, tengok ramai dah staff lain dan family diorang yang dah sampai. aku tak sempat nak amek gambar jeti dan tempat tunggu tu sebab sebok tukar pampers khalish. sejak dari pagi tak bertukar pampers budak tu. elok je lepas tukar pampers, diorang semua pakat pi kat bot. sebab semangat2 nak pegi kan, harusla jeti yang panjang tu tak terasa jauhnya. hehe.

anak beranak happy2 bila dapat naik bot. khalish lagila excited. ni la pengalaman pertama dia dengan bot. kesian anak aku jakun je tengok laut sekeliling dia.

muka happy2 sebab tak sabar nak tgk jerejak resort tu.

ha..tu yang ada bangunan2 tu penang la tu. fyi, dari pantai jerejak resort tu sendiri leh nampak clearly penang tau. siap kapal terbang berlepas kitorang leh tengok. 

dah sampai jeti resort. yeayyy!!!!

jalan kaki nak ke resort adalah mengah juga. tapi sebab excited, tak terasa penat ye puan2. hehe.

dah sampai lobby. masa untuk ambil kunci bilik! yang aku tandakan arrow tu, tu adalah beg2 yang kami bawa. ada 3 beg dan satu bekas susu khalish.

khalish ralit tengok lampu dan kipas besar kat lobby resort..

bila dapat kunci bilik, apa lagi, moh le kita ke bilik merehatkan badan. bila en alang tengok je pintu bilik, boleh dia kata apa, yang..apsal bilik ni kecik? eh, laki aku ni, baru tgk pintu bilik dah tau ke bilik tu kecik mana? skali bila masuk...haa...kekaguman ok!

tengok ruang bilik ni. luas kan? nampak tenang je!


rak yang menempatkan almari baju dan tv serta aircond. hehe.

meja solek.

ruangan ni kat depan tilam extra tu. memang luas abis la bilik ni. nak letak tilam extra lagi 2 bijik pon boleh.

ni kat bilik air pulak. pemandangan sinki.

shower bagaikan mandi air ujan. sorga!!!

toliet bowl. haha. ni pon nak amek gambar ye puan2.

sebabkan budak ni dah berpeluh2 sebab dari pagi pakai baju yang sama, kita bukakkan baju dan seluar tinggalkan pampers je dan mainla ko pusing2 katil sampai lebam eh nak. hehe.

muka ngantuk. tapi boleh dia tak tido sampai ke malam? itupon bila dah malam kitorang nak tido baru la dia reti nak tido. haihhh~ itupon sebelum tido layankan jugak tanyalah ustaz (ulangan) tetengah malam sebab budak ni suka rancangan tu. 

On the way...dan sebelum sampai jeti sempat menyinggah2.

kitorang bertolak dari umah hari jumaat, dalam kul 8lebih camtu. kitorang tumpang kereta kawan kerja aku, nik. tapi sebelum tu, kitorang singgah kat tanjung piandang jumpa kakak nik yang keje kat situ dan breakfast.

en alang dan khalish kemain lena lagi dalam perjalanan. khalish tido kejap je. sebab dia leka tengok kereta lalu lalang.

driver kami. nik.

lepas je jumpa kakak nik kat tanjung piandang tu, kitorang pon heading la ke penang. rupa2nya jeti nak ke jerejak dengan queensbay mall sangat2 la dekat. so, kami menyinggah dulu kat queensbay sebab sampai pon awal, dalam kul 11am camtu. oh, ada ke aku kata yang kami pergi ni sebab ada family day kat jerejak tu? so, bot untuk company kami ditetapkan jam 2.30pm dan 3pm. memang ada masa la nak jalan2 kat queensbay tu. 

budak yang tak mo didukung dah. kemaruk nak berjalan. tapi nak berpimpin. hehe. memang makan tahun la nak jalan ngan dia. lama kot nak tunggu dia menapak satu persatu tu.

gambar blur. masa ni nak pi toys 'r us. saja jalan2. tak beli apa pon. khalish berkenan satu mainan tapi rege dia mak aihhh...hahaha.

oleh kerana khalish tak dapat mainan yang dia hendak, kitorang bawak dia jalan2 jusco dan nampak pulak ada playground kanak2 ni. upah khalish naik kereta ni ha. ala, benda ni pusing2 je.

tengok muka khalish tu macam tak happy kan. tapi percayalah, dia happy je tu. dia nampak aku pegang handphone nak amek gambar, terus buat muka serius. hehe.

anak beranak sehati sejiwa...~

kami menanti makanan. oh, masa ni dah pukul 1pm. punyalah lapar. aku merengek kat en alang cakap nak makan nando's. terus dia on je. sebab dia tau dah aku nak sangat makan sejak pregnantkan khalish lagi. so, ke nando's la kita...

ni aku order. quarter chicken, nasi dan coleslaw. perasa macam biasa, mesti amek yang HOT!

en alang plak amek quarter chicken, fries ngan salad. pelik oh tetiba en alang amek salad. abis lak tu. hehe. kagum2....

masa kitorang tetengah makan tu, nik call tanya kat ne. terus dia join makan ngan kitorang kat nando's dan dalam kul 2pm camtu, kitorang pon heading ke jetty. hmm...ada sesiapa terliur nando's ke lepas baca entri ni? ampun ya!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...