lepas kitorang solat subuh pagi ni,
kitorang nak take a nap kejap.
tak sampai 10 minit, tetiba,
panggggg!!!!
terkocoh2 en alang pergi check apa yang jauth, pecah ke.
yang peliknya, takde apa2 pon.
aku fikir toilet kabinet yang jatuh,
tapi elok je terletak.
hmmm...
en alang check kat luar umah pon,
hening je.
takde accident ke, apa ke.
memang sangat pelik.
then,
kitorang pon wat keputusan nak lelap balek.
tetiba, terdengar loceng kucing.
ateh memang ada pakai satu,
tapi ateh kan ada kat umah ibu.
bunyi tu plak macam dalam umah je.
en alang rileks je bila aku tegur2 bunyi loceng tu.
selambe je dia, "bulan pose ni mana ada hantu2. merepek je ayang ni"
tapi, sampai skang ni pon aku musykil, dari mana la bunyi2 tu datang.
aku ada tanya kat makcik sebelah umah pagi tadi, masa aku nak gerak pegi keje.
dia kata dia tak dengar apa2 pon.
hmmm...
hairan!
bunyi pang tu sangat kuat okeh!
berdesing telinga aku ni.
ibu dah start wat kuih raya.
pada mereka yang baru kat blog aku ni, ibu aku memang ada ambil tempahan kuih.
memula, ibu tak mo buat tahun ni,
tapi, dah ramai sangat regular customer dia asal jumpa je, tanya pasal kuih.
sebelum ramadhan lagi dah tempah ok!
so, ibu pon decide nak buat jugak kuih raya.
tahun ni ibu buat almond london, tart nenas gulung, kuih badam, kuih gajus, cornflakes choc.
aku nak promote kat korang pon, mesti susah nak antar kuih2 tu kat korang pas ni.
hehehe...
tapi, ayah aku ada kat kl nun.
orang kl kalau teringin kuih orang melaka buat (ibu asal orang melaka), boleh la tempah.
tengokla, kalau ada gambar, aku tepek kat sini.
ok?
kejap je hari ni dah jumaat kan?
have a nice weekend korang!
:)