Followers

Showing posts with label nordannorman. Show all posts
Showing posts with label nordannorman. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Berbuka bersama keluarga Nor.

biasalah kan. kalau dah plan awal2, slalu tak jadi.
ha...bila tetiba je nor sms kata petang ni jadik berbuka sama2, terus aku on je. tak banyak kerenah la.
lagipon masa ni kat umah ibu takde sape. so rasa bersalah makan kat luar tu takde la kan. hehe.

nor, sweet tasnim dan norman. rakan sekerja ku dulu2 kala. dan hubungan kami kekal baik sampai skarang. menu kami: sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar, jus epal dan jus karot susu. kenyang sangat2 sampai perut ketat gila!

budak lebor ngan papanya. orang sebok makan, dia sebok tarik baju mama. huhu.


tengok betapa lebornya khalish. by the way, khalish dan tasnim dilahirkan pada tahun yang sama. cuma tasnim awal pada bulan feb, khalish september (yang sepatutnya due on october!)




lihat saja gelagat budak2 ni. bila sorang tengok kamera, sorang lagi tak. and vice versa. haha. takpela. harap2 raya nanti leh la amek gambar proper2 sket eh tasnim. hehe.

Wednesday, July 14, 2010

Yeah! Ianya telah kembali!

haritu beria2 la aku tanya2 kat fb adakah toasted pocketful  kfc tu sedap ke tak.
dan ramai kata sedap. tak kurang jugak ada kata tak sedap.
hehe.

since aku teringin nak rasa, last week masa lunch terus ajak zaza pi kfc.
memang masa tu azam nak makan toasted pocketful tu la.
sekali bila elok je sampai kaunter, aku nampak orang sebelum aku order ayam hot & spicy.
aku jeling2 la ayam dia, takde black pepper ok!
wah...terus hilang kempunan nak makan toasted pocketful.
terus je terjah set snack plate hot & spicy satu!
hehe.


cheezy wedges adalah satu kewajiban yang ada setiap kali order foods kat kfc ye!

dia kembali lagi! welcome back hot & spicy. i miss youuuuu~


tiada coleslaw. sebab zaza tak makan sayur dan aku tak gemar coleslaw kfc. hanya whipped potato diorder. 


peneman lunch saya hari2 sekarang ni. zaza praktikal untuk semester ni. tempat praktikal dia pon dalam manjung jugak. sebab tu aku ada kawan lunch. hehe. seronok! (adakah korang percaya selama ni kawan lunch aku kebanyakan masa adalah tiada? sebab diorang kerja kat kapal. sedih ooo makan sorang2...)

elok je abis makan dan basuh tangan, ternampak pulak satu family yang memang dah lama tak jumpa.
nor, norman dan sweet tasnim. tasnim dah besar! geram je tengok dia terkedek2 berjalan.
tak sempat nak amek gambar nor & norman. tapi sempat bermanja2 dengan tasnim.
suapkan dia whipped potato sambil tasnim tunggu nor order makanan.


tasnim malu2 nak makan. ala, mula2 je. lepas tu dia mamam je. hehe.


sempat lagi jeling kamera phone auntie ye tasnim.


see? sweet sangat kan? geram je aku ngan dak tasnim ni. dahla aku memang nak sangat2 baby girl dari dulu kan. sebab tu aku kalau jumpa baby pompuan agak kegilaan ye. haha.

apa2 pon, its a nice lunch. dapat berjumpa mereka2 yang dah lama tak ketemu.
ayam hot & spicy dan nor's family.
;)

Sunday, February 7, 2010

baru sampai dari kampung...

:)

baru sampai ni.
tadi pi makan satay ngan nor sebelum balek stewan.
nyam2!

(tp tak bawak kamera. my bad..)

dak tasnim makin cerdik. geram je tengok.

khalish sangat2 happy dapat jumpa tok ngan opah dia.
mana tak nya, kehulu hilir tok atau opah dok kelek dia.
wah, makin bertambah manja la dia!
:P

(dan mama khalish dapat relax2 dan asah bakat memasak dengan amannya...hehehe)

Wednesday, February 3, 2010

tasnim's birthday party

1 February lepas, Tasnim cukup setahun.
alhamdulillah, Tasnim membesar dengan sehat.
dan comel!
:)

Tasnim adalah anak kepada Nor dan juga seorang blogger.
1 Feb, Nor buat party/makan-makan di rumah ibunya.


sebelum bertolak ke party. khalish pakai 1st overall yang tok ibu belikan. (terbesar sket la tok ibu. huhuhu). mood khalish masa ni sangat2 excellent. :)

sampai2 je rumah sana, tuan rumah dah tercongok tunggu kitorang kat depan pintu. kitorang ngan family Nor ni dah tak segan2. macam family sendiri pon ada gak. adik beradik dia semua kenal kitorang. :)

tasnim dapat je hadiah dari kitorang, terus pegang (pukul2?) hadiah tu. err..Nor, ok tak hadiah tasnim?

family potrait. Nor, norman, tasnim dan khalish. hahaha. khalish pon menempel skalik. ;P

me with birthday girl. birthday girl ni sempoi je. bukan kesah orang nak wat apa pon kat dia. seronok pegang tasnim sebab dia diam je. (harap2 khalish "warisi" perangai tasnim yang baik ni. amin...)

tasnim nak potong kek. tapi ibunya yang beria2. hehehe. tengok muka tasnim. macam kena paksa. tapi comel!!! :)

hero-hero hatiku. tapi sorang dah tidor. patotla dia senyap je sepanjang majlis. melayan mata rupa2nya. hehehe~

tasnim the birthday girl.
happy birthday tasnim!
tasnim, be a good girl ok.
sayang tasnim!
:)

Monday, July 20, 2009

bercanda di pasiran pantai

oleh kerana dah lama tak jejak pantai,
dan dah lama tak jumpa kawan lama,
so, kitorang berpakat untuk jumpa kat teluk batik je.

nor dan norman
dan anak perempuan mereka, nur dayani tasnim.
baru 5 bulan.
gerammmm tgk dak kecik nih.

en alang. masa ni kitorang tgh tunggu mak pak budak tasnim tu datang.


okeh. sape nak tgk sangat muka mak buyung aritu? tgk je la muka tak semenggah dan perut tu. haiihhhh...


orang tak ramai sangat. macam best je kalau dapat berendam.



juadah ringan yang kami bawa. tongkeng goreng (faveret en alang), sosej goreng, coklat apollo, chipsmore yang sampai ke sudah tak makan pon ngan keropok jacker.



beserta air 7up dan soya. hehehe.



diorang sampai je, terus aku terkam tasnim dulu. cepat2 suruh en alang amek gambar. takut terlupa. sampai senget2 kepala aku tu nape? tasnim tak heran pon ngan kamera. huhuhuhu~



mak pak budak. nor sebok picit sos.



apa ke benda la yang aku buat tu. en alang ni tak reti amek gambar la. semua angle dia amek, nampak aku gumuk sangat. (wahhh! tak nak ngaku lagi diri tu memang dah gemuk!)
:P





tasnim leka je dibaringkan. budak ni memang pelik. tak suka orang pegang. nak baringggg je. tido dalam buai pon takmo. bagusnya kalau anak aku nanti camni. senang mama. :)
nor, untung ko dapat tasnim senang nak jaga.




mak pak budak tasnim. nor ngan norman ni aku kenal masa keje kilang ayam dulu. kebetulan, alang adik angkat nor. aku, nor ngan norman plak satu dept. haiii..pusing2, kat situ jugakla. skang ni yang keje kat kilang ayam tu cuma norman je. nor dah jadik penjawat awam.


jumpa dalam 2 jam camtu, terus diorang nak blah dah.
sebab nak balek kampung norman, jumpa adik dia yang dah lama tak ketemu.
so, kitorang pon faham2 je la.
bagi diorang balek biarpon tak puas jumpa.
hahahahahahha!
punyala en alang teringat2 kat tasnim,
sampai malam tadi dok cerita2 pasal tasnim tak abis.

hehehe~

korang rasa pelik tak?
en alang kan nak sangat baby boy,
tapi, bila kitorang window shopping barang2 baby,
dia lagi berkenankan kaler pink.
camno tu?

hmmm....

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...