checklist:
1. buat salinan contoh soalan audit tahun lepas
2. buat salinan report management meeting dan external audit yang lepas
3. closed all opened NCRs and PAR
4. update file. file yang dimaksudkan adalah hard cover file. bukan file dalam pc. ngehngeh.
5. report activities to boss.
6. buat request untuk bajet kudapan.
ok, dah buat semuaaaaaa!!!!!!
hep hep, hoorraayyyy!
skang dah leh jalan2 maya dengan senang hati. dan esok leh buat meeting dengan hati lapang. hehehehe~
tak tau nape.
skang ni kalau en alang takde je depan mata,
rasa rindu sesangat.
rindu yang macam laki ko pi beribu batu jauhnya. camtu la.
sampai setiap 2 jam, aku akan call dia. slalunya sehari 2 kali je aku kol dia.
yang tambah pelik, dia pon sama camtu gak.
hmmm...
apsal ek?
makin lama kawen, makin teruk rindu.
makin dekat hidup bersama, lagi teruk rindu.
eventho semua benda buat sama2 kat umah, tapi leh rasa rindu tu membuak2.
haiihhhhh.
penat ooo rindu2 nih.
tapi aku baca entri si ceera. pasal life dia kat umah ngan laki dia, ciput.
memang camtu la aku rasa memula kawen dulu.
aku sampai pening tgk en alang pusing2 satu rumah buat keje.
aku ni mana la reti kejap bangun, kejap duduk , kejap ke sana, kejap ke mari.
sampai skang ni pon en alang ngan perangai tak senang duduk.
sampai satu tahap tu, aku cakap kat dia,
"abang duduk la. umah tak runtuh lagi ni"
boleh?
rimas tau. hehehehe.
aku tau. aku tau. beruntung dapat suami rajin. yela, yela. aku bersyukur (sambil tadah tangan bersyukur).
so skang ni, kalau aku tgk dia sebok2 buat itu ini, aku diamkan je la.
malas nak amek tau.
aku senang lenang goyang kaki tgk tivi, dia usaha sapu, mop lantai bagai.
kalau orang tgk dari luar umah, nampak sangat aku ni cam queen control. cam aku yang suruh en alang buat itu ini. huhuhu~
takpela.
kalau korang datang umah aku,
barula korang tau camne laki aku ni ha.
aswa, ingat tak masa korang datang, en alang yang goreng kopok?
bebudak ni terkejut ok tgk en alang nyorok kat dapur sambil goreng2 kopok. hehehe.
tula en alang.
pemalu. rajin. ensem (ni tambah sendiri). pandai pujuk aku.
hehehe.
laki sendirik jugak kan. sendiri la yang puji. :P
skang ni teringin nak makan burger zinger terbaru dari kfc;
Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts
Wednesday, January 7, 2009
Tuesday, August 26, 2008
sayu

sejak ahad malam tu,
sekejap2 aku sayu,
sekejap2 aku sedih,
sekejap2 aku nangis,
sekejap2 aku mengeluh.
pandang itu tak kena, pandang ini tak kena.
tengok tivi ada iklan yang slalu kitorang gelakkan, aku dah start sayu.
tengok ateh, teringatkan en alang yang suka cium muka ateh.
tengok blog ada gambar en alang, buat aku sedih tak berenti.
bila dengar je suara en alang, aku dah nangis2 susah nak stop.
huwaaa!!!~~~~
sedih tau!
nak dijadikan cerita lebih enak,
aku tidor awal semalam.
9.30pm ok!
tak ke awal gile tu.
sebabnya?
aku tak sanggup nak buat apa2 dah.
makan tak lalu, cakap tak mahu.
teringatkan buah hati pengarang jantung yang jauh dari mata nun.
sori korang, aku tau korang pon rasa rimas ngan entri2 aku sejak kebelakangan ni.
asik merintih je.
takde happy story pon.
nak wat camne kan...hati masih sayu sangat2.
selalu aku cakapkan pada en alang,
kalau antara kitorang yang mati dulu, biarla aku yang pergi dulu.
sebab aku tak sanggup hidup dalam kerinduan dengan orang yang dah takde.
en alang slalu marah kalau aku cakap macam tu.
tapi nak wat camne kan..memang dah itu yang aku rasa.
:(
Monday, August 25, 2008
hatiku berat sekali

sedih sangat.
malam tadi tak boleh tidor. dah tak biasa tidor sorang2.
last2, aku pi menyelinap masuk bilik iqa dan tidor sebelah dia.
pukul 3 pagi baru boleh tidor.
tapi kul 5 pagi dah terjaga sebab ibu dah start masak nasi lemak.
memang susah la nak tidor balek.
aku bangun, mandi, dan main game. (uzur..takleh solat! ;) )
sepanjang ahad,
en alang berkepit je ngan aku.
aku ke dapur, dia ngikut.
masak nak berdua,
basuh baju berdua,
lipat baju berdua,
sampaikan aku nak pi toilet pon, dia nak ikut. kalau mandi takpela kan..(di alu2kan..tapi ni aku nak pi berak. hahaha)
tak ke gila namanya?
huhuhu....
malam tadi, hantar en alang ke stesen bas.
hati memula kuat lagi. masih boleh nak buat lawak2 bodo.
tapi, bila bas dah sampai je, hati rasa macam kena koyak2.
sakit sangat.
mau je aku ikut skali en alang naik bas tu.
sib baik la zaza ada temankan skali.
kalau tak, haru!
sebelom en alang naik bas, dia pesan;
1. jangan lupa makan.
2. jangan lupa charge bateri phone 2 hari skali.
3. selimut badan sebelum tidor. (memang selalunya pon, en alang yang selimutkan ketat2)
4. jangan mandi lewat malam. nanti selsema.
5. kalau ada apa2 hal, call atau sms.
6. ingat slalu, abang sayang ayang tau! sangat2..
sedihnya.
tak dapat tgk kelibat en alang kat dapur tolong basuh pinggan.
tak dapat rasa kena selimut sebelum tidor.
takde orang nak pi kedai belikan panadol tengah2 malam kalau aku tetiba pening atau selsema.
biarpon hanya untuk seminggu,
hati ni rasa berat sangat.
setiap kali teringatkan en alang, mata mesti berair2.
in fact, tengah menaip ni pon, kutahan2kan air mata ni.
masa en alang dah naik bas,
aku tengok riak muka dia dah nak sedih2.
aku lagila kan. risau gak tetiba je diri sendiri wat drama swasta di situ.
meraung2 sebab laki nak ke JB seminggu, tinggalkan aku sorang2.
huhuhu~
tapi aku kan kuat gitu.
cuma mata je bergenang2, lepas je bas pergi,
cepat2 aku tarik zaza pi kat kereta.
air mata nak jatuh, tapi aku tahan2.
bukan boleh layan sangat air mata ni, sekali kuar, susah nak berenti.
aku tau ramai antara korang belum rasa lagi apa yang aku rasa.
nanti la..korang dah kawen nanti,
aku pulak gelakkan korang.
:P
terima kasih atas komen2 korang untuk post sebelum ni.
ramai yang ambil berat rupanya. aku terharu dan tersentuh.
terima kasih korang!
:)
Friday, August 22, 2008
bye bye sayang...

en alang kena pergi JB seminggu.
ada kerja/kursus kat sana.
inilah perpisahan kami yang sulung dan paling lama sejak berkahwin.
sedihnyeeeeeeee...........
ye. mesti korang kata aku ngada2 kan?
tapi, nak wat camne yang...
memang kitorang tak pernah berenggang.
semalam petang baru aku dapat tahu dia kena pi JB.
aku ingatkan stakat 2-3 hari je.
ni sampai seminggu.
haruskah aku meroyan?
NO..NO..NO!
aku merelakan.
biarlah.
dia cari pengalaman dan belajar dari negeri orang tu.
malam tadi,
aku saje je usik2 en alang...
"B, nanti seminggu kan B tak dapat makan masakan ayang"
"kalau abang takde, sape nak chargekan phone ayang?" ~ en alang selalu aware phone aku habis batt. memang slalu dia yang chargekan phone aku. aku ni pelupa. huhuhu~
"nanti mesti B lupa ayang kan? yela, awek JB kan gerek2"
en alang hanya jawab satu je...
"ayang niiii!!!!!!! janganla! nanti abang cancel je trip tu karang"
hahhahaha!
jahat kan aku?
suka2 je usik dia.
fyi, skang ni ateh takde ngan kitorang.
ateh ada kat umah ibu.
ibu yang beria2 suruh tinggalkan dia kat sana.
sebabnya?
ateh sangat senang nak dibela.
ibu dan adik2 aku semua suka kat dia.
tak banyak kerenah.
cuma satu je habit ateh ni...
suka menghilang senyap2.
memang letih nak mencari lepas tu.
so, dalam seminggu ni aku akan melepek kat umah ibu je.
ye la kan, maunya aku meroyan sorang2 kat umah tu, takde kawan.
dahla ahad dah nak pi,
balek sini tak tau pulak hari apa...jumaat ke, sabtu ke..ahad ke...
haiihhhh....
Subscribe to:
Posts (Atom)
