Followers

Showing posts with label singapura. Show all posts
Showing posts with label singapura. Show all posts

Friday, June 18, 2010

kala di singapura

masa ni dah nak balek. salam2 semua orang. terkilan tak sempat bergambar ngan atok.
=(

belakang tu mak ana. mak ana ni umur baru 35 rasanya, tapi anak 7 orang ko! hahaha. yang depan tu nenek kami. balek aritu, makan sungguh2 semua masakan nenek. rindu ooo~


ini adalah tempat letak kereta ye puan2. diorang kat sana every block rumah diadakan satu lot parking macam ni. letak kereta tersusun je. takde la bersepah macam kita kat malaysia ni. sampai kena tolak2 kereta lain sebab dah block parking. haihhh~


ini block rumah mak ana. depan rumah dia ni ada mall tau. seberang jalan je. mall tu namanya the sun. siap ada mcdonalds bagai. 


ini imigresen singapura di woodlands. 

satu aku nak puji orang2 imigresen singapura ni, baik2 belaka. ramah. bayangkan masa kereta kitorang beratur ni, hampir 2 jam jugala kat tempat yang sama je. pulaknya, ada sorang pegawai diorang ni datang kat kereta kitorang minta kami bersabar dengan kesesakan tu. sangat2 la bertimbang rasa. masa tu aku puji melangit la diorang ni. pegawai yang bertugas dalam konti cop passport pon ala2 gelisah je bila tengok kereta macam tak bergerak. memang diorang ni keje efisyen abis!

tapi, yang sedihnya, bila sampai imigresen malaysia kat tambak johor tu, ok la. pusat imigresen sana dah berubah baru. rupa ada sket2 macam imigresen singapore ni. canggih la. tapi malangnya, pangai pegawai kita langsung tak canggih. ko bayangkan, setiap konti ada lane kan. pastu setiap lane ada lampu merah atau hijau. merah makna :tutup. hijau makna: buka. masa kereta kitorang lalu lane tu, lampu masih hijau lagi. elok baru sampai konti, diorang leh tutup pagar dengan muka selamba tanda konti tutup. gile apa! dahla berejam kat imigresen singapore, bila sampai malaysia, diorang wat taik lak. sape tak hangin bai? ayah punya la sumpah seranah. saket hati ok. terpaksa ayah reverse kereta dan pergi ke lane lain. isk...memang pengalaman yang betul2 makan dalam la...~

bukannya apa la. bukan nak kata orang sana bagus, orang sini cikai je. tapi mentaliti orang kita ni sama je sebenarnya. orang kita ni kalau jadik pegawai tu, amboi...kemain sombong bongkak lagi. senyum tidak, apa lagi nak beramah mesra. apa yang aku tengok, macam pegawai imigresen singapore, biarpon kereta banyak, berjujuk2 beratur nak tunggu giliran masuk/keluar singapore tu, pegawai diorang dah la muda macam ala2 baru lepas spm je, (hensem2 plak tu) punyala cakap lemah lembut. nak2 bila bertemu sesama orang melayu sendiri. senyum je. suka ok!

so korang, ada pengalaman camni tak? jom kongsi! =)

Tuesday, June 15, 2010

semasa di bandar singapura...

sampai je singapore,
terus tuju umah mak ana, jumpa atok dan nenek kat sana.
rehat, solat dan terus kepala otak masing2 nak ajak ayah jalan2 kat town.

masa dalam kereta tu, aku cakap la kat ayah.
ayah, along teringin nak tengok patung kepala singa yang kuar air tu. kat ne eh?
so ayah pon dengan bersungguh2 terus nak cari kat ne tempat tu.
dulu2 tempat tu tempat dating ibu dan ayah tau!
hehehe. sweet!

skali, pusing2 kat town, dah ala2 sesat.
dahla geram je tengok setiap mall tu.
kelakar ok. ingatkan dapatla jalan2 kat mall ke apa ke.
sebabkan kitorang tersangkut dalam jem dan berpusing2 kat tempat yang sama almost sejam,
terus hasrat dibatalkan.

tapi dapat la tengok esplanade.
kagum la. sebab design dia ala2 bulat tu kan.
ntah apa ada kat esplanade tu pon aku tak tau. hahaha.

masa kami berpusing2 tu, sekali ternampak la singapore flyer.
ternganga2 mulut kitorang tengok flyer tu.
cabin dia besar dari eye on malaysia tu.
memang best je. siap ada cabin leh dinner ke apa dalam tu.
bestnyeee~

pastu, kat sebelah singapore flyer tu ada marina bay sands.
pergh...dasat tul buliding tu.
tu pon buat kitorang ternganga2.
rupanya dalam tu ada casino, skypark bagai.
memula ingatkan dalam tu ada theme park ke apa...tapi takde.
huhuhu~

tu je la kot cerita kat singapore.
kitorang dok dalam kereta je. boring!
huhuhuhu~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...