Siap kejutkan iqa tido skali ngan aku. haha. ntahape2.
Malam tadi kan sejuk. pulak nya aku orang last yang masuk tidor kat umah tu. boleh tak, masa aku nak masuk bilik, aku terperasan macam ada satu lembaga berdesup masuk toilet bilik aku. weiii....berderau darah ni. cepat2 aku check khalish yang tengah lena. budak tu masih tido. tapi maknya yang tak senang duduk.
sebelum tido aku amek air sembahyang dan baca ayat kursi dan surah2 pendek lain. itupon tak dapat redakan hati aku. ntah camne, tengah ralit baca surah2 pendek sambil baring, aku terlelap. tetiba terjaga sebab macam ada orang dok hembus angin kat telinga aku. apa lagi, terus aku bukak mata luas2, bukak lampu bilik. tengok khalish lagi. dia masih tido lena dalam cot. tengok jam, baru jam 2 pagi. terpaksa jugak aku kejutkan iqa mintak tido skali. lepas je iqa masuk bilik dan tidor sebelah aku, baru la aku boleh lena.
agak ragu2 juga. sebab masa aku terperasan lembaga tu macam dia betul2 laju macam kelibat yang tengah berlari. dahla malam tadi malam jumaat kan. huhu. takut wooo~
abang, balek la cepat. ayang takut tido sorang2...~