Followers

Tuesday, September 14, 2010

Kami di pagi raya pertama


memula dulu kata tema merah menyala. tapi bila baju dah siap, aku tengok2 kaler baju aku adalah merah-pink gitu. sibbaik tak beli lagi baju en alang dan khalish lagi. so bila dah tengok semula kaler baju sendiri, terus berdesup cari baju anak beranak ni pulak.

gambar ni diambil sejurus selepas sesi bermaafan. gila cengeng aku pagi2 raya minta ampun kat suami. haha. (tau banyak dosa kat suami kan. haha) khalish pagi2 raya buat pangai takmo butang baju sampai atas. so, butang baju tu 2 kat bawah je. butang atas memang terpaksa biarkan. 

cerita selanjutnya, nanti2 aku citer eh. tak sehat ni. aku dan khalish 2-2 demam dan batuk2. doakan kami cepat sembuh ya!

oh. fesyen tudung aku adalah fesyen balut telur. haha. kepala aku bujur bentuk telur wei. tak sesuai nak pakai selendang camni, tapi dah beli, harung pakai jugakla. hehe.


Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri buat semua!


kepada rakan-rakan blog, maaf dihulurkan jika tersilap taip atau tersalah kata sepanjang kita kenal dalam dunia blogging ini.

kepada rakan-rakan facebook, minta maaf minta ampun sekiranya komen-komen yang diberikan ada yang tersinggung atau memakan hati. sungguh tak disengajakan.

kepada sahabat-sahabat yang jauh dan dekat, sekiranya kelakuanku ini memberikan masalah kepada kalian, harap dapat dimaafkan. sesungguhnya diri ini kadangkala khilaf. kadangkala perbuatan tidak sama dengan pertuturan.

kepada saudara mara yang tersayang, minta maaf juga kerana tidak dapat pulang berhari raya di kampung johor dan singapura tahun ini. insyaAllah kita akan berjumpa pada raya haji dan kenduri kendara. kemaafan ku pohonkan andai punya salah silap tersalah gurau dan tersilap kata.

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA YANG KAMI SAYANG. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN NIKMATI RAYA INI DENGAN HATI YANG IKHLAS MEMAAFKAN SESAMA KITA. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...