Followers

Monday, December 13, 2010

Bila dah hari2 dia tanya, aku naik segan weiii~

Babysitter khalish, kak mis dah nak dekat 2 minggu hampir hari2 skang ni tanya kat aku/ibu/en alang sama ada boleh tak khalish tidor kat umah dia satu malam je?

kalau ikutkan en alang, memang mati hidup semula pon takkan dia bagi punya. ibu pulak suruh aku bagi macam2 alasan nak elak khalish tido umah dia. yang aku pulak...dah tentu2 aku yang antor amek khalish hari2. so aku la yang ngadap kak mis dan suami dia tu. serba salah wei. tiap kali kak mis tanya kat aku, aku senyum je. kata tak pon tidak, kata ya pon tidak.

diorang ni penyayang sangat2. buat khalish tu macam anak diorang sendiri. sebab tu beria nak mintak izin kitorang supaya khalish leh spend 1 malam kat umah diorang.

en alang risau kalau2 khalish terlebih manja dengan babysitternya tu. mana taknya..even kak mis jaga dia pada siang hari saja pon khalish dah ngada2 terlebih dengan kak mis. suami kak mis tu sanggup dalam seminggu amek cuti pada hari bekerja semata2 nak luangkan masa dengan khalish dan ganti hari cuti tu dengan bekerja pada weekend. tak ke rasa sesuatu di situ? macam diorang pulak mak pak sebenar khalish ok. haha.

nak2 pulak dahla amek khalish dah nak pukul 6pm. pastu kadang2 pukul 8mlm dia dah gosok2 mata ngantuk. takkan nak paksa2 dia main ngan kita pulak kan? so tidorkan dengan harapan pagi esoknya leh main ngan dia. bagi aku biarpon masa dgn anak terhad, tapi sekurang2nya dapat tgk muka dia hari2 pon takpela. terubat rindu, terlepas lelah kerja.

tapi korang...ni kan en alang outstation. wah..lagi la diaorang merayu2 nak jaga khalish malam2 eh. kata kesian kat aku la apa la. hehe. aku dah berkira2 nak beri khalish tido umah diorang khamis malam jumaat. so...ada ke patut tindakan aku ni? aku dah suarakan dengan en alang. pada awalnya dia tak beri tapi aku dah bagitau dia dah tentu2 hari2 aku dok ngadap kak mis tu dan aku jugakla kena dengar rayuan dia, aku jadi tak sampai hati. terus en alang kata ok, tapi kalau diorang mintak nak khalish tido sana lagi...abang takkan izinkan dah. hoihhh~

penat pikir, penat taip. masalah simple tapi penyelesaian rumit. camne eh korang? kalau korang, korang wat keputusan camne?

Bye2 sayang...pergi tempat orang jaga diri baik2 ye.

Malam tadi en alang dah naik bas dari stewan ke lcct. bas jam 11pm dan dah sampai sana jam 4 lebih pagi. flight jam 7.15pagi. tercangak la dia kejap sementara nak tunggu gate bukak. takpela..bagi pengalaman sket kat dia belajar cara2 naik kapal terbang. ni first time en alang naik belon. dia ada cakap jugak yang dia gementar. ye la..dia ni gayat orangnya. harap juga seat yang dia dapat bukan tepi tingkap. kang risau dia yang pucat lesi toreh muka tak berdarah langsung pulak kang.

malam tadi elok je nak kuar dari umah, khalish terjaga dari tido. macam tau2 je aku nak pi antar papa dia. so terpaksa heret jugak budak tu menghantar papanya naik bas. maybe sebab dia masih mamai, bila papa dia cakap dan pesan macam2 sepanjang jalan dalam kereta kat dia, khalish tak amek pot sangat. mata melilau memandang lampu2 jalan dan roda2 kereta sebelah2. en alang cium khalish bertalu2 bagaikan tak mahu lepas. sikit lagi je air mata dia nak tumpah wa cakap lu. cuma aku je yang hati kering. pelik. selalu aku yang ratu air mata. ni tak ok. boleh pulak aku rileks2 bila suami naik bas. cium tangan dan cium pipi pon cium biasa2 je macam hari2 nak pegi kerja.

tapi, bila aku dah sampai umah, terpandang kain pelikat dan baju en alang pakai sebelum tukar baju tadi...terus air mata laju je turun. cepat2 aku seka airmata dan tidorkan khalish yang dah sedia mengantuk tu dan tak sampai 5 minit, senang je dia tidor. masa aku angkat kain pelikat dan baju en alang nak gantung kat penyidai tuala, aku curi2 cium kain pelikat en alang. rindu menggunung tau! masa tu macam baru sedar yang suami dah bertolak ke seberang sinun dan hanya akan berjumpa lagi 2 minggu. lagi sekali nanges.

haih.

kan dah kata aku ni neng yatimah. haha. siap nanges kuar air hidung lagi ok! hahaha.

tapi sekarang dah ok. sebab seawal jam 4 pagi en alang dah call2 kejap2 bagi report dah sampai lcct, abg tengah tunggu gate bukak, abang nak pi mesin atm, abg kena bayar rm40 sebab beg terlebih berat, abg nak sarap kejap, hahaha. comel laki aku tu. semua pon nak buat report ok.

oh. sebelum terlupa. harini birthday suamiku yang ganteng itu.

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!
Balek dari Miri nanti baru ayang belikan hadiah ye. Haritu kita dah celebrate awal kan? Harap abang suka surprise dan celebration tempoh hari.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...