Followers

Showing posts with label kak mis. Show all posts
Showing posts with label kak mis. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Bila suami dah bersuara...apa nak buat ni?

Pejam celik tetiba dah jumaat semula. Pepagi ni budak2 bangun kul 7pagi. semua malas nak bangun sebab diorang penat kot every day bangun awal. tu la....bangun awal2 lagi. haha.

Cam korang kan, sebelum hantar anak ke taska atau babysitter korang mandikan anak tak? Sebab ramai kawan2 Jaz kat taska yang tak mandi. Lagipon memang aku tau sejak sebelum kawen lagi budak2 yang dihantar ke rumah bs atau taska slalunya tak mandi. Sebab parents tau bs/taska akan mandikan anak2 diorang. Tul tak?

Cam kes aku lak, anak-anak WAJIB mandi. Sebenarnya benda ni dipraktis sejak dari dalam pantang memang kena mandikan baby awal pagi kan...so sampai diorang besar TERPAKSA mandikan diorang awal pagi. Even kalau weekend pon, jangan harap la kitorang mak pak ni dapat golek2 atas katil sampai pukul 10pagi sebab budak2 dah mintak dimandikan sebelum jam 8pagi. Kalau lambat mandi, mula la keriau merengek je budak2 ni. Tak selesa agaknya. Pelik kan?

Macam kes pagi tadi, Khalish tak sempat kitorang mandikan sebab dia bangun lambat. Last2 tukar pampers dan baju je. Jaz kitorang mandikan jugak sebab dia dah yak2. Haha. Lepas dah tukar baju dan pampers si Khalish tetiba bukak pintu toilet minta dimandikan. Tak dapatla nak, dah pukul 7.30pagi ni. Nanti lambat pulak mama pegi keje.

On the other hand, semalam aku pi lunch ngan en alang. Jarang dapat makan tengahari ngan dia kalau hari bekerja ni. Tengah makan tu, tetiba dia cuit pipi aku pastu kata,"Kesian bini abang ni. Panas eh. Merah2 muka tu. Buat abang geram je. Dahla tembam."

Ok. Part dia kata aku kepanasan tu memang la betul sebab cuaca semalam memang hangat panas membara. Makan pulak kat kedai mamak. Bukannya ada air-cond macam kat KFC ke, McD ke. Hehe. Tapi part dia kata tembam tu tetiba je aku rasa sentap. Terus je makan tunduk je tak pandang2 dah muka suami sendiri. Saket hati punya pasal. Tau la aku dah menambah berat skang ni....takmo la kata tembam. Tensen tau tak.

Bila en alang tengok aku tunduk je, dia tanya aku "nape? Makanan tak sedap ke?" Aiyooo..kita tengah sentap leh lak dia cakap pasal makanan lak. Aku geleng2 je. Terus dia macam teringat..."ooo ayang terasa eh abang cakap tadi. Betul la. Abang kan suka ayang tembam2. Takmo la kurus2 sangat."

Ok. Aku nak kurus sebab nak bagi dia tergoda dan tak pandang yang lain. Tapi dia suruh aku bam2 balek. Apa citer ni??? Kalau korang jadi aku, apa korang buat?

Nasib badannnnn~






Thursday, December 16, 2010

Lupa nak bagitau korang ek.

Aku tak jadi hantar khalish tidor umah babysitter dia. atas nasihat dan tunjuk ajar dari kawan2 blog serta en alang pon tak gemor dgn cadangan aku nak antor khalish ke sana, so terus aku tekadkan azam untuk kuatkan hati macam batu untuk tidak termakan rayuan dan pujukan kak mis.

sorry kak mis. suami saya tak bagi anak dia tidor umah orang.

;)

Monday, December 13, 2010

Bila dah hari2 dia tanya, aku naik segan weiii~

Babysitter khalish, kak mis dah nak dekat 2 minggu hampir hari2 skang ni tanya kat aku/ibu/en alang sama ada boleh tak khalish tidor kat umah dia satu malam je?

kalau ikutkan en alang, memang mati hidup semula pon takkan dia bagi punya. ibu pulak suruh aku bagi macam2 alasan nak elak khalish tido umah dia. yang aku pulak...dah tentu2 aku yang antor amek khalish hari2. so aku la yang ngadap kak mis dan suami dia tu. serba salah wei. tiap kali kak mis tanya kat aku, aku senyum je. kata tak pon tidak, kata ya pon tidak.

diorang ni penyayang sangat2. buat khalish tu macam anak diorang sendiri. sebab tu beria nak mintak izin kitorang supaya khalish leh spend 1 malam kat umah diorang.

en alang risau kalau2 khalish terlebih manja dengan babysitternya tu. mana taknya..even kak mis jaga dia pada siang hari saja pon khalish dah ngada2 terlebih dengan kak mis. suami kak mis tu sanggup dalam seminggu amek cuti pada hari bekerja semata2 nak luangkan masa dengan khalish dan ganti hari cuti tu dengan bekerja pada weekend. tak ke rasa sesuatu di situ? macam diorang pulak mak pak sebenar khalish ok. haha.

nak2 pulak dahla amek khalish dah nak pukul 6pm. pastu kadang2 pukul 8mlm dia dah gosok2 mata ngantuk. takkan nak paksa2 dia main ngan kita pulak kan? so tidorkan dengan harapan pagi esoknya leh main ngan dia. bagi aku biarpon masa dgn anak terhad, tapi sekurang2nya dapat tgk muka dia hari2 pon takpela. terubat rindu, terlepas lelah kerja.

tapi korang...ni kan en alang outstation. wah..lagi la diaorang merayu2 nak jaga khalish malam2 eh. kata kesian kat aku la apa la. hehe. aku dah berkira2 nak beri khalish tido umah diorang khamis malam jumaat. so...ada ke patut tindakan aku ni? aku dah suarakan dengan en alang. pada awalnya dia tak beri tapi aku dah bagitau dia dah tentu2 hari2 aku dok ngadap kak mis tu dan aku jugakla kena dengar rayuan dia, aku jadi tak sampai hati. terus en alang kata ok, tapi kalau diorang mintak nak khalish tido sana lagi...abang takkan izinkan dah. hoihhh~

penat pikir, penat taip. masalah simple tapi penyelesaian rumit. camne eh korang? kalau korang, korang wat keputusan camne?

Monday, November 8, 2010

Dalam Dilema

pagi2 lagi aku dah dikejutkan dengan berita yang tak berapa nak best. babysitter khalish, Kak Mis nak berpindah tahun depan. memang betul2 mengejutkan. nak2 pula khalish dah terlalu manja dengan kak mis sekeluarga dan amat2 selesa dengan layanan mereka.

dan sekarang aku masih berkira2 dalam kepala. kat mana nak hantar anak bertuah tu nanti???

haih. pagi2 kak mis dah buat aku susah hati tau. ni en alang tak tau lagi ni. karang2 baru aku bagitau. dia tu bukannya boleh, karang ada yang termenung sepanjang hari pulak. en alang pantang dengar citer2 tak best ni. senang sangat nak susah hati orang tua tu.

kat sini taska2 yang ada tak la memberangsangkan sangat macam kat kl atau taska2 yang ada dalam majalah pa&ma tu. i mean, kalau hantar taska bayar bulan mahal dari hantar babysitter tapi perkembangan apa pon takde baik toksah hantar taska kan. mana pulak nak cari babysitter yang nak jaga anak kita baik2 macam kak mis tu. aku bukan nak puji melangit ke apa, tapi seriously, kak mis jaga khalish tapi rumah dia tetap tip top bersih kemas terjaga macam takde budak kecik dalam umah tu. memang tang kebersihan dan kekemasan aku respek toing3 la. nak2 pulak dia jaga khalish sorang je. memang aku dah bercita2 nak hantar adik khalish skali kat dia nanti. dan skarang aku buntu.

pada pendapat korang la kan, patut aku hantar khalish dan adiknya ke babysitter atau taska? atau terlalu awal untuk taska? tolong ye kawan2.

yup. semua benda ada pro and con. tapi buah fikiran korang harap2 dapatla bantu kawanmu ini yang sedang pening toing3 ha...

Wednesday, June 9, 2010

tetiba rasa nak balek amek ini budak!

masa ni nak amek dia dari umah kak mis.
(kak mis adalah babysitter ye kawan2)
kemain happy lagi dia dalam walker pink tu.
marilah kita ceriakan hari rabu ni dengan gambar anak ye.

kak mis yang sayangkan khalish lebih dari anak sendiri. siap nak bawak balek kampung soromban lagi. haihhh...~

ceria2. kemain seronok dia dalam walker. siap berjalan sampai ke pagar.


budak ni rajin termenung. papa dia pon kata dia ni ikan temenung. hahaha~


hai semua! 
=)

Thursday, April 15, 2010

khalish dan kak mis, the babysitter

Friday, April 9, 2010

LEGA!

:)
boleh goyang2 bontot yang besar ni.
;)

semua dah settle!
ho yeahhh!!!
seronok, seronok!

harini aku half day.
sebab khalish takde sape nak jaga.
babysitter terpaksa balek kampung sebab mak dia saket.
ibu sib baik ada pagi ni. tapi petang karang ibu dah nak pi kl.
so, terpaksa la amek half day.

takpe2.
at least adala alasan aku nak rehat lama sket.
hehehe~

ok. nak pi blog hop!
rindu woooo....

Monday, February 8, 2010

mamai yang serius

apa ntah yang aku terfikir2 pagi neh.
masa nak antor khalish ke rumah babysitternya,
aku bleh plak straight ke ofis.
hanya tinggal 200meter dari ofis baru aku perasan yang khalish masih berada di sebelah.
sedang nyenyak tidor.

slalunya dia tak tidor pon.
ni dia tidor plak. sebab tu aku tak perasan dia kat sebelah.

terpaksa berpatah balek dan hantar khalish ke rumah babysitter.
mengucap panjang aku bila terpandang si kecik sdg lena tidor.
sebab aku bawak kereta macam tak hirau sekeliling.
risau juga kalau dijadikan satu habit buruk suatu hari nanti.

sebabnya...

dulu aku pernah tgk oprah.
ada satu topik yang mana seorang ibu tertinggal anak perempuannya yang berusia 3 tahun di dalma kereta.
dan hanya disedari 8 jam kemudiannya.
itupon sebab kawan kerjanya terperasan ada budak dalam kereta.

dan anak itu meninggal.
kerana kepanasan yang melampau.

teresak2 aku bila mengenangkan anak yang tak berdosa tu meninggal atas kecuaian ibunya sendiri.
dan jikalau aku yang menjadi ibunya, tentu aku rasa bersalah sepanjang hidup.

cerita sebenarnya, hari itu adalah hari pertama persekolahan.
slalunya, yang hantar anak2 (anak ada 2 orang) ke sekolah adalah suaminya.
tetapi masa tu suaminya ada appointment dengan dentist (atau doktor?)
jadi, si isteri terpaksa ambil tugas suami.
dan secara automatiknya, rutin harian terganggu.

dan oleh kerana rutin yang terganggu ini, membuatkan si ibu kelam kabut sikit.
dan dengan fikiran yang penuh; hantar anak2 dan masuk kerja (ibu mengajar di sekolah),
secara tidak langsung, si ibu tidak perasankan anak berumur 3 tahun yang tidor di seat belakang.

dan hanya menjumpai anak perempuan itu setelah 8 jam.
dalam keadaan badan panas terbakar.
(korang bayangkan je dalam cuaca yang panas, kite dalam kereta beraircond pon masih nak mengeluh.)
dan si ibu hanya mampu meraung. mengenangkan kesilapan sendiri. yang boleh terjadi pada kite semua.

bila aku teringat kisah ni tadi,
aku takut.
menggigil2 aku pagi tadi bila terlupa dengan rutin aku.
risaukan kalau2 aku jadi macam dia.
ibu mana tak sayangkan anak.

:(

Thursday, January 14, 2010

agak kerisauan...

...apabila si khalish tunjukkan tanda2 nak demam pagi ni.

dia bangun pagi, macam biasa.
bukak je mata, senyum2 dulu.
then, geliat2.
mengagah mama dan papa yang sedang sebok terkejar sana sini nak bersiap.

masa bukak baju dia, ternampak satu luka berlelas kat pinggang.
aku saspek kulit khalish tak tahan dengan lampin jenama drypers.
so, aku gantikan je dengan huggies.
huggies lebih lembut berbanding drypers.
(ni kes konon2 tengok harga drypers lagi murah, pi rembat satu pek besar. skang sape nak pakai drypers banyak2 tuh?)

masa mandi, khalish cam biasa, happy2.
oh, dia ni memang suka sangat mandi2.
kalau lama2 dalam tab tu pon takpe.
aku la yang tak larat nak pegang dia.
dahla khalish agak excited kalau jumpa air.
abis air tu ditendang2.
huhuhu~

lepas mandi, lap2. sapu baby oil, urut2 sket.
pakai bedak, pakai minyak yu yee,
pakai lampin dan baju serta stokin.
bagi minum susu dan main2 ngan tok ibu.

aku cepat pi breakfast. makan roti telur dan kopi o je.
capai kunci kereta, terus berdesup ke rumah kak mis.

sampai2 je, masa aku nak serahkan khalish pada kak mis,
kak mis tegur. anak kamu ni badan panas neh.
aku dah panik.
kak, kalau apa2 call saya ye. risau saya ni.
jangan risau. nanti akak call ok. dah2 pi keje tu.

ish. sepanjang pagi sebelum masuk kereta, khalish ok je.
tapi aku rasa something.
khalish muka masam je bila masuk kereta.
aku agah2 pon dia tetap masam.
haihh anak. kamu buat mama tak sedap hati tau!

takpe2. kul 10 kang call kak mis.
nak tau apa cer budak sorang tu.
ni cakap2 pasal dia, terindu sudey...
=(

jangan buat mama risau ye. tu papa pon dah risau.

Monday, January 4, 2010

rasa tak sampai hati.

first day hantar khalish ke rumah mak bela dia.
mak bela dia gelar diri mama mis.

rasa2 kak mis ni okla orang nya.
baik, ramah, yang penting, rumah dia kemasss je.
dan tak jaga anak orang lain. jaga khalish sorang jek.
so, khalish terbela jugakla kan.
tapi, harusla budak tu manja terover.
sebab sorang kan.
kat umah sorang, kat umah mama mis sorang gak.
huhuhu~

en alang berulang kali tanya kat aku orang yang jaga khalish tu ok ke.
dia lagi la, kalau stranger cium anak dia pon,
cepat2 dia lap balek pipi anak dia.
sangat2 protective ok. konon2 stranger bawak kuman kat anak dia.
;)

so, petang ni nak bawak en alang jumpa kak mis.
harap2 en alang suka kak mis macam aku suka kak mis.
nanti nak amek gambar kak mis.
ramai dah suruh aku amek gambar orang yang jaga anak kite.
kalau jadi apa2, senang nak bertindak.
gituuu~

ye la kan, dalam percaya2 tu,
kenala ada langkah berjaga2 jugak kan.

korang2 yang antar anak ke taman asuhan atau rumah orang kena bayar brape rm?
macam kat area manjung/sitiawan ni, standard rm200.
rasa2 okla kot ek.

oh, jangan ditanya kenapa aku tak suruh ibu aku je yang jaga.
sebab, ibu awal2 lagi dah cakap takmo jaga anak2 aku.
aku takde hal, sebab kitorang adik beradik masa kecik2 pon dah banyak susahkan ibu.
so skang ni, kitorang nak ibu senang2 je.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...