Pejam celik tetiba dah jumaat semula. Pepagi ni budak2 bangun kul 7pagi. semua malas nak bangun sebab diorang penat kot every day bangun awal. tu la....bangun awal2 lagi. haha.
Cam korang kan, sebelum hantar anak ke taska atau babysitter korang mandikan anak tak? Sebab ramai kawan2 Jaz kat taska yang tak mandi. Lagipon memang aku tau sejak sebelum kawen lagi budak2 yang dihantar ke rumah bs atau taska slalunya tak mandi. Sebab parents tau bs/taska akan mandikan anak2 diorang. Tul tak?
Cam kes aku lak, anak-anak WAJIB mandi. Sebenarnya benda ni dipraktis sejak dari dalam pantang memang kena mandikan baby awal pagi kan...so sampai diorang besar TERPAKSA mandikan diorang awal pagi. Even kalau weekend pon, jangan harap la kitorang mak pak ni dapat golek2 atas katil sampai pukul 10pagi sebab budak2 dah mintak dimandikan sebelum jam 8pagi. Kalau lambat mandi, mula la keriau merengek je budak2 ni. Tak selesa agaknya. Pelik kan?
Macam kes pagi tadi, Khalish tak sempat kitorang mandikan sebab dia bangun lambat. Last2 tukar pampers dan baju je. Jaz kitorang mandikan jugak sebab dia dah yak2. Haha. Lepas dah tukar baju dan pampers si Khalish tetiba bukak pintu toilet minta dimandikan. Tak dapatla nak, dah pukul 7.30pagi ni. Nanti lambat pulak mama pegi keje.
On the other hand, semalam aku pi lunch ngan en alang. Jarang dapat makan tengahari ngan dia kalau hari bekerja ni. Tengah makan tu, tetiba dia cuit pipi aku pastu kata,"Kesian bini abang ni. Panas eh. Merah2 muka tu. Buat abang geram je. Dahla tembam."
Ok. Part dia kata aku kepanasan tu memang la betul sebab cuaca semalam memang hangat panas membara. Makan pulak kat kedai mamak. Bukannya ada air-cond macam kat KFC ke, McD ke. Hehe. Tapi part dia kata tembam tu tetiba je aku rasa sentap. Terus je makan tunduk je tak pandang2 dah muka suami sendiri. Saket hati punya pasal. Tau la aku dah menambah berat skang ni....takmo la kata tembam. Tensen tau tak.
Bila en alang tengok aku tunduk je, dia tanya aku "nape? Makanan tak sedap ke?" Aiyooo..kita tengah sentap leh lak dia cakap pasal makanan lak. Aku geleng2 je. Terus dia macam teringat..."ooo ayang terasa eh abang cakap tadi. Betul la. Abang kan suka ayang tembam2. Takmo la kurus2 sangat."
Ok. Aku nak kurus sebab nak bagi dia tergoda dan tak pandang yang lain. Tapi dia suruh aku bam2 balek. Apa citer ni??? Kalau korang jadi aku, apa korang buat?
Nasib badannnnn~
Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts
Friday, October 14, 2011
Friday, April 9, 2010
wajib kuruskan badan semula.
muka dah tembam semula.
badan dah tembun balek.
bontot dah bergoyang2.
tetek je yang maintain kecik. howww???
hahaha.
tengah u s a h a la ni.
taip word 'usaha' tu macam tak ikhlas je kan?
dah tu...makan tak hingat2.
selagi boleh telan, aku ngap.
haihhhh....
nak dapatkan badan masa dalam pantang tuuuuuuu~~~
kena kuat semangat.
kena kuat iman.
kena kuat hati.
Ya Allah, berikan aku kekuatan menghadapi ujian mu ini. Jauhkanlah aku dari segala makanan2 yang sedap dan lazat. Kau kaburkanlah mata ku ini dari segala masakan ibu yang marvellous itu. Kau berikanlah aku semangat untuk bersenam setiap hari (atau selang2 hari pon boleh dah). Sesungguhnya aku hanya hambamu yang lemah dan memerlukan bimbinganmu. Amin...amin ya rabbalalamin....

Labels:
gemuk,
makan-makan
Friday, December 11, 2009
pepagi lagi dah mengah!
akibat turun naik tangga.
turun 3x,
naik 3x.
tetiba rasa kain baju kurung ni agak menyesakkan.
mungkin kerana termengah2.
atau aku dah semakin menggemuk?
pepagi dah breakfast nasi goreng kampung ngan telur mata kerbau. nyam2!
ok, think positive.
ni baju adik (iqa)
tang pinggang memang kecik sket dari baju aku.
hahahaha. ayat penyedap hati.
selangor cuti ek hari ni.
bestnye korang!!!
jeles ai.
ni sat gi khalish ibu tinggalkan kat ofis.
sebab ibu dan adik2 kena antar kereta basuh kat kedai.
ayah nak balek harini.
takkan nak bawak baby ke car wash pulak kan?
panas melahang weiii...cian anak aku.
wah! first time bawak anak ke ofis.
harap2 by that time bos aku kuar.
segan la wei.
Wednesday, December 2, 2009
terima kasih kerana memahami
tak sangka.
pada entri kerja,kerja,kerja
ramai yang berikan pendapat masing2.
dan semua memberi kata2 semangat dan positif.
terima kasih korang.
baik bebenor kome pada mike.
mike tak tau nak balas apa kat kome.
(sila baca cara dialek perak ye)
bab2 susu ibu ni memang kalah la aku.
aku memang respek toing3x pada yang masih menyusukan anak hingga anak berumur 2 tahun.
aku cuma dapat sebulan setengah je.
itu pon setengah bulan tu, on off. tak fully breastfeeding.
jangan kata ibu2 berbadan besar banyak susu, badan kecik takde susu.
itu semua mitos ye.
badan besor ke, tetek besor ke, kalau susu takmo kuar jugak, camne?
oh. dan ada ramai jugak tanya camne aku kurus.
buat pengetahuan korang, aku tak start amalkan jamu2 pon lagi.
entah bila nak start pon tak tau. malas pon ada.
skang ni cuma kalau ingat, aku sekat2 makan.
itu je. sebab ramai kata badan cepat naik lepas beranak.
takat korset plak, tak pakai lagi.
tunggu bulan depan la kot. (alamak! baru teringat duit korset tak bayor lagik)
dan banyakkan minum air suam. bukan air sejuk tau, AIR SUAM.
aku rasa memang benda penting untuk kurus adalah air.
sebab, bila kite kenyang air, automatically makan sikit.
(ye ke? kdg2 mcm tak jalan jugakk..hahahaha!)
oh. dan kerap kudap2.
kudap2 benda kecik2 je.
kacang2, biskut petak tu ke, cam aku, suka kudap biskut weetameal ngan biskut tiger.
cicah soya sejuk...nyammmm!!!!
hehehe~
itu je la amalan aku buat masa ni.
oh, dan aku nak buang baju2 yang besar2.
sebab aku tengok kat iklan the biggest loser,
kalau kite buang baju2 yang besar2,
akan memotivasikan kite untuk jaga badan.
ni yang nak cuba nih.
okla. entri ni takde penutup yang elok.
sekian.
Labels:
apaapaaje,
gemuk,
makan-makan
Wednesday, November 25, 2009
dah start cuti. ho yeahh!!!
saje amek awal2.
sebab kebetulan hari ni appointment cucuk khalish.
ni baru je balek dari klinik.
sebab pi pon dah lambat.
tunggu dak kecik tu bangun dulu.
oh. ada pengomen entri sebelum ni siap promote premium beautiful.
fyi, saya dah ada satu set korset tu.
dan masih bayar bulan2.
harap maklum.
aku beli korset tu sebagai salah satu usaha untuk aku pregnant.
alhamdulillah, berkat doa hari2, pakai korset, makan pil subur (aku x ingat namanya plak), usaha praktikal hampir setiap hari (ehem), melekat jugak.
dan disebabkan aku kan czer,
so hasrat nak pakai korset tu tangguhkan dulu.
lepas 3-4 bulan baru pakai balek.
:)
anyway kepada pengomen tu, terima kasih ye.
:)
Tuesday, November 24, 2009
petua untuk kurus selepas bersalin,
matila kalau lepas ni orang yang google petua nak kurus,
terjumpa entri ni,
mesti menyumpah2 aku.
huhuhu.
sebenarnya petua ni lebih sesuai untuk orang2 yang macam aku.
macam mana?
meh baca tips2 yang aku perasan sepanjang aku dalam berpantang.
1. aku seorang pencinta ayam.
2. dalam sehari mesti nak ada ayam.
3. takde ayam pon takpe. telur ayam will do.
4. masa berpantang, ayam dan telur tak boleh makan.
5. diganti dengan ikan.
6. jenis ikan: ikan bilis. ikan merah dan ikan haruan.
7. hari2 dok rotate ikan2 tu je.
8. ikan bilis: goreng. kalau tak goreng kering, goreng ngan bawang pon sedap jugak.
9. ikan haruan: panggang bersama halia.
10. ikan merah: sup atau stim bersama halia.
11. first week, wah! melantak bersungguh2 ni.
12. second week, dah jemu.
13. third week, dah pandai nak ngelat2. tarik muka bila tgk menu hari2 ikan, ikan, ikan.
14. forth week, dah tak lalu langsung nak makan. ganti makan biskut weetameal cicah kopi je. makan nasi sehari skali.
15. hasilnya? turun 13kg pada hari ke-30 berpantang.
amacam..nak cuba?
amaran: petua ini tak sesuai untuk orang pencinta ikan. hehehe...
rasanya, skarang ni aku kena makan ikan balek la.
sebabnya dah rasa senak tang perut.
huhuhu...
untuk mereka yang tanya2 camne aku leh kurus, sila la cuba petua ni. tapi tukar pada menu lauk yang korang tak suka. hehehe. aku gerenti jadi!
gerenti??? beraninya ko...ada insuran ke ni nak gerenti2?

gemuk
Subscribe to:
Posts (Atom)