Followers

Tuesday, January 17, 2012

Kisah di sebalik rambut mereka yang pendek sekarang...

rambut jaz sebelum dipotong. tengok rambut depan tu kemain panjang lagi. jaz rambut lurus.

rambut khalish sebelum dikorbankan. curly2 dan panjang jugak. dia ni susah nak sikat rambut. selalu lepas sikat, dia kusutkan balek. HAIHHH~

sebelum potong, en alang pujuk khalish. ayat manisss punya. tengok tu, khalish masih boleh tersenyum.

masa ni khalish dah merengek nak turun kerusi. en alang pujuk khalish.

tu dia....kemain melalak dah.

bagus mamak gunting rambut ni. lembut je ngan budak. pandai potong lak tu. sabar je dia.

dari start potong sampai abis, sikat rambut dah menangis tak henti. aduhaiii anak.



ok. skang giliran adik jaz pulak.

surprisingly, dengan segala drama yang abang dia buat...jaz sikit pon tak takut nak gunting rambut. siap sengih2 je sepanjang potong rambut tu.

anak sape la yang baik sangat ni. hehehe.

sambil tunggu adik jaz siap, kita amek gambar dulu eh ayish.
no mama! ayish tak nak...
haih...masa ni dia meragam betul.




inilah hasil akhir rambut mereka...

khalish the handsome boy

jazly the macho boy.


ada sesiapa nak chop budak2 ni jadi menantu tak? hahaha.




Wednesday, January 11, 2012

Kek Boboiboy. Jazly yang punya.

Semalam memang aku amek cuti khas semata-mata nak celebrate birthday anak bujang yang bongsu mucuk2 manja tu. Actually birthday Jaz on isnin, 9hb jan tapi sebabkan mama dia ada meeting pagi petang...terpaksa postpone acara la.

Pagi2 lagi aku, alang dan khalish ke klinik untuk check up setahun Jaz. Tapi rupa2nya check up dia pada 11hb da...pulaknya semalam turn ibu mengandung. punyalah ramai...terus kitorang balek umah. guling2 ngan birthday boy. hehehe.

kek boboiboy pujaan budak2 taska. ada sorang budak tu, Alma siap request nak bahagian yang ada yaya. hehehe.

antara menu: hotdog dan fries. mama intan yang buat ye.

sebelum nyanyi lagu birthday, mama pose dulu. anak tak ready takpe...aslkan mama yang ready. hahaha.

tepuk tangan sambil nyanyi lagu happy birthday.


Jaz muka pasrah.

tengok tu...saje je muka dia. mama yang beria potong kek. ingatkan dia pandang bawah sekali. haihhh....

ok. baru nak pandang kek. hehe.

ok. jaz dah start meragam. papa, sila amek anak awak ni. hehe.

tu dia muka budak yang asik nak meragam pada hari jadi sendiri. papa kena pakai spek sebab dah terjangkit saket mata tuuu...

ibu dan auntie rose. auntie ni dari kecik aku dah kenal. rumah dia belakang taska ni je.

nasi goreng ibu yang masak.

banner birthday tu last minute pi beli. beria kot aku pi panjat tesco. hahaha.

mama intan dok layan anak-anak bukakkan plastik straw dan cucuk kat air kotak. oh. budak pakai baju angry bird hijau tu la alma. masih setia nak kan yaya. hehehe.

kek yang sedang dikorbankan.

tengok tu. salah satu sebab aku kenan ngan taska ni sebabnya ada dak Ira yang penyayang ni ha. (pakai tudung hijau) sabar je layan kerenah budak2 ni suap sorang2.

tok ibu layan cucunya. 

dalia dayana. makin comel!

qaseh qalisya. gorgeous!

pemandangan party.

en alang layan khalish. khalish pon dah kena saket mata ni. tiap2 pagi nanges bila bangun pagi. susah nak bukak mata agaknya.

mokde yang tolong buatkan agar2. seronok bukan main dia.

ni la dia agar2 yang terlebih pewarna. pegang je dah melekat warna merah tu ye. 

punyala sebok melayan budak2 dan tetamu, sampai lupa nak bergambar satu family kecik. last2 kitorang berdua je amek gambar dalam kereta sebab 2 hero lagi dah terbongkang keletihan.


apapon, tak sabar nak sambut birthday khalish pulak. dah plan macam2 dalam pale otak. birthday jaz ni buat dengan tema asal ada, sudah...hahaha...

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...