Followers

Friday, December 19, 2008

tahniah zaza!!!

ok.
di hari jumaat yang mulia ni,
nak buat review JDrama plak.
(JDrama is Japan Drama)
ok?

ada 2 set drama aku tgk dalam masa seminggu ni.
2-2 series ada 10 episod.
memang best la kalau korang tgk citer2 ni!
aku rasa korang leh download atau just tgk kat youtube je.
ok?

pada mereka yang berduit lebih tu,
pi la cari dvd/cd original.
mesti lagi 'kick' tgk citer2 macam ni.


tajuk: my boss my hero

1. berkisahkan kehidupan seorang anak kepada ketua yakuza yang hebat.

2. hero (kanan skali pada gambar di atas) nama makao. tapi kawan2 kelas panggil makky.

3. berpewatakan clumsy, bodoh2 sket, ganas, dan perokok tegar. tapi dalam masa yang sama, baik hati dan sensitif, serta amat sukakan puding!

4. disebabkan kebodohan dia, ayahnya terpaksa merasuah pengetua skolah untuk membenarkan anaknya bersekolah.

5. makao tidak pernah bersekolah menengah. skolah rendah pon tak abis.

6. banyak berkisahkan suka duka makao semasa bersekolah. makao berumur 27 tahun tetapi terpaksa berlagak seperti berumur 17 tahun.

7. girl dalam gambar kat atas tu jatuh hati pada makao.

8. ada banyak unsur2 komik dalam drama ni. memang enjoy habis!!!




tajuk: anego

1. anego bermaksu kakak (ini pon dapat tau dari subtitle. tak tau betul ke tidak)

2. heroin bernama Nakao Noda. berumur 32 tahun. belum berkahwin.

3. Nakao berpewatakan ceria, suka menolong junior2 nya, dan kerja di satu kampeni yang agak besar di jepun.

4. ada gambar hero kan kat dalam gambar atas tu? hero tu adalah salah seorang junior di tempat kerja.

5. hero bernama Kurosawa Akihiko. Kurosawa amat mengagumi nakao dan secara tak langsung jatuh hati pada nakao.

6. kurosawa berumur 22 tahun. beza umur dengan heroin adalah 10~11 tahun. (sebab tetengah citer ni, nakao sambut birthday yang ke-33)

7. masing2 suka sesama sendiri, tetapi susah nak berterus terang. (kirenya, kes malu2 mahu la ni!)

8. nakao alami konflik apabila punyai affair dengan suami kepada bekas kawan sekerjanya.

9. cerita yang agak romantik, cute dan kadang2 boleh buatkan kite gelak2.

10. terdapat sedikit unsur komik apabila terdapat dialog2 perbualan dalam hati antara nakao dan kurosawa. comel!



ok. dah abis review drama jepun nih.
korang try la tgk ok. sementara isi masa lapang korang di hujung minggu ni.
aiiittt!





alhamdulillah, zaza dah dapat result semester akhir diploma dia.
dan dia lulus!!!
wah...sronok tak terkata ok.
biarpon aku ni kakak je, tapi debar tu boleh tahan jugak la. memang macam nak gugur jantung ni. (tu belum lagi anak sendiri yang nak dapat result..huhuhu)
so, on 28th dec, aku akan turun kl lagi. nak hantar zaza ke uitm shah alam sambung degree pulak.
insyaAllah, ada rezeki, leh la aku blanja dia next week.
oh, zaza amek course mechanical engineering.



selamat berhujung minggu...
hujung minggu ni kena jaga umah ibu lagi.
sebab diorang semua nak pi bercuti2 malaysia.
(entah2, pi oversea kot?)
uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! nak ikottttttttttt!!!!!!!!!

Thursday, December 18, 2008

persandingan ceera dan ciput

sebelum tu, mesti korang pelik apsal gambar2 aquaria tu gelap2 malap je. kat situ leh amek gambar, tapi takleh pakai flash. takut ikan2 terkejut. ada faham?

(tapi ada jugak yang degil pakai jugak flash! geram tul aku...grrrrr! diorang ni tak reti nak hormat tempat orang lain agaknya)


sebelom bertolak, kite snap2 dulu. tak tau la nape en alang suka amek gambar menempel kat aku. manja sangat. huhuhu~


dah sampai area umah pengantin. sonang jo nak cari. tak sesat pon. (wat muka bangga)
hahaha!
tgk en alang, dah nampak rupa laki orang kan? dengan gaya tangan kat poket. sebijik macam rupa seorang suami.



duduk2 je, terus salam2 tuan umah dan makan dulu. sebab tuan umah kata ceera lom abis bersiap lagi. carik2 jugak ayu, tapi tak jumpa (sebab dah janji ngan ayu nak lepak ngan dia). bila tetengah makan tu, capai phone, call ayu. rupa2nya, ayu dah kena lindung oleh sekumpulan bloggers lain (diorang ni aku tak kenal). dan masa ni jugak kenal2 ngan bloggers ni.


tgk. muka kitorang. happy je. yela kan. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati. makan sedap gile wei. rugi plak tak amek gambar. gulai perut ngan rebung tu memang marvellous!


suasana majlis kenduri ceera.


then, lepas makan, ayu dan lain2 ajak naik atas umah. so, bila naik2 je, pelamin ni dah tersergam indah. puas pujuk en alang nak amek gambar kat pelamin, tapi dia malu...~ hehehe...


sambil tunggu pengantin bersiap. masa ni en alang tgh layan ngantuk. sebab cuaca dah sejuk2 kat luar. tunggu masa nak ujan.


sambil2 tu, ternampak plak viruspadu. cantik je aku tgk. penuh kelembutan. aku dapat tau, dia baru kuar ward. yang budak comel tu, nisa. takmo kat orang lain. nak melekat kat parents dia je.


bila dah agak2 ceera dah abis mekap, kitorang pon terjah la bilik dia. wah! terkesima sebentar ok. memang cun jelita ayu abis la!


jangan cakap apa2. aku tau aku nampak gelap. ni salah diri sendiri. sebab tak bawak tudung yang kena ngan baju. last2, rembat je tudung hitam zaza ni. huhuhu~


ceera tak selesa ngan subang yang dia pakai. asik pasang bukak je. cian dia.


antara gambar2 pengantin. aku suka sangat gambar ceera baling kelopak bunga tu. nampak cantik!


ayu dan angah (sugarshay). angah ni anak sedare ayu. blogger jugak. angah! apsal kite tak bergambar ek? huhuhuhu~


tgh tunggu pengantin lelaki sampai, ternampak dak jepun ni. terus capai dia dan ajak bergambar. zack_u ni la jadi fotographer masa aku ngan en alang nak amek gambar ngan pengantin.


bersama blogger jugak. bee. wah! memang tak sangka akan terjumpa. sebab bee ni tak cakap pon dia nak pi kenduri ceera. skali bila dia kenalkan diri, terkejut kejap. memang tak sangka betul!


pengantin bersanding. oh ya! ciput datang dalam ujan lebat tak terhingga.


tgk en alang. suka je ngendeng2. grrrr.....


tgk tu. betapa ramainye jurugambar bertauliah dan tak bertauliah ni.


ambil kesempatan bergambar dengan pengantin.


salam2, cium2 pengantin dulu. "ambil berkat". apakah?
masa salam2 ni, ciput tak perasan kitorang ni sape. bila aku pandang ciput, dia baru perasan, "eh? ni dari sitiawan kan?" siap tunjuk2 kat kitorang. wah! tak sangka ciput ingat lagi. terharu tau.


sebelum balek, udang panjat perlu diambil gambarnya. memang nampak menyelerakan! nyum!


antara hidangan untuk pengantin yang ada. :)

sebenarnya, ada lagi gambar blogger yang aku ambil. a'an. tapi demi menghormati privasi a'an, aku tak siarkan gambar dia kat blog aku ni. melainkan kalau a'an dah bagi green light, baru aku letak ok?

ada lagi gambar2 pengantin. tapi rasanya semua sama je dari blog2 lain. so, aku just letak yang mana aku rasa tak ada kat blog2 lain tu. ok?


buat ceera dan ciput, kite dan alang doakan kalian semoga bahagia dan saksama selalu ok. ciput, jaga ceera elok2. jangan slalu buat dia merajuk ok! ceera, jaga makan minum ciput. patuh setiap kata2 suami. semoga kalian beroleh zuriat yang comel2. aminnnn.....



wah! rasa sebak plak taip benda2 camni. huhuhuhu~
dengan harapan, ceera dan ciput baca la ek.

ok korang. rasanya, hutang entri wedding ceera ni dah selesai.
boleh la aku wat entri2 lain plak ek?

(rasanya, ada hutang tag ni...)


edit jam 4.41pm,

wah! cik a'an dah beri kebenaran letak gambar dia. lajuuuu jek aku nak tayang. tadaaa!!!
pada sesiapa pengikut blog orangelily, inila tuan blog itu!
jangan marah ha a'an. jual kang! hehehehe~


a'an and i. tak sangka dapat jumpa dia. dah la aku tak pernah tgk rupa a'an ni, leh lak tanya kat aku tanya kenal tak dia? harusla aku blur2 sotong kan. hahaha! anyway, really2 have fun dapat jumpa bloggers2 ni.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...