Followers

Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Bayangkan ini...~

Anda baru sahaja melahirkan anak. Masih lemah dan dalam tempoh berpantang.
Anak yang baru sahaja dilahirkan mengalami ruam2 dan kuning. Ditambah pula dengan cirit birit seharian tanpa henti.

Anak anda ditahan di wad. Tiada ruang untuk diri anda di wad kerana katil untuk ibu2 telah penuh. Anda perlu pulang.

Suami anda yang diharapkan untuk menghantar barangan bayi anda ke hospital mengalami kemalangan. Anda bernasib baik kerana suami anda hanya mengalami luka2 kecil dan kaki yang bengkak sahaja.

Ok. Itu yang berlaku semalam pada kami sekeluarga. Doakan kami tabah hadapi ujian Allah ini.

Tuesday, May 25, 2010

ibu accident

ahad haritu ibu nak ke pasar.
tapi ibu pegi sorang. slalunya, ibu pi ngan ayah.
nak jadik sebab jugak la kan.

ibu masa tu baru je masuk simpang pasar.
tetiba cam dgr bunyi terseret.
ibu dah rasa lain macam, terus berhenti kereta.

tengok2 kereta ibu dah bergesel dengan satu kereta nyonya ni.
kereta tu baru nak kuar dari parking, tapi dah jenis tak tgk kiri kanan,
terus main keluar je,
harusla bergesel kan.

kat bawah ni camne diorang leh bergesel...
kereta A tu kereta nyonya . ibu ikut jalan besar. dah tentu2 ibu tak salah. salah nyonya tu yang kuar tak tgk kiri kanan.

tapi nak tau?
mentang2 dia tgk ibu dah berumur ,
nak kencing ibu pulak. kata ibu yang salah.
apa ke halnya pulak kan.
dah tentu ibu ikut jalan betul. dia tu yang menonong.
pulak tu suruh ibu bayar pulak. sebab bumper dia dah gebeh.
ibu terer ok. dia tau dia tak salah.
terus ibu kata kat dia, tunggu suami saya.
nanti dia settlekan. dan saya tak akan bayar awak.
awak yang salah.

so bila ayah sampai,
ayah slow talk ngan nyonya tu sebab dia dah berkira sangat kan.
dok kata dia betul la apa la.
terus ayah kata jom kita ke balai settlekan benda ni.
ibu kata, muka nyonya tu ala2 pucat la jugak. tapi dia ikut la pi balai wat report.

bila settle je kat balai, kiranya skang ni just claim insurans je la.
senang. abis cerita.
dan memang ramai yang kata ibu tak salah. nyonya tu yang melulu.
:)

sib baik jugak ibu accident just gesel2 je.
kalau berdentum depan2, depan-belakang ke...haishhh...
mintak jauhkanlaaa....~

tempat yang bergesel tu. pintu memang tak boleh bukak dibuatnya. haihhh...~

Tuesday, December 8, 2009

ko kan makcik, memang nak kena sumpah!

ko tak sayang nyawa ke?
ko tak sayang kereta tu?

suka2 hati nak amek lane orang.
kalau ko tu tengah laju takpe,
ni sedap2 aku tengah laju,
ko leh tunjuk bontot kereta ko yang terhegeh2 pintas kat jalan aku.

nasib baik aku sempat brek.
nasib baik aku punya skil pemanduan yang agak hebat.
(tak caya, tanya en alang. hehehe)

kalau tak, dah lama dah aku sondol kereta ko tu.
ko tau tak aku punya suami dan anak yang masih kecil?
kalau ko tu takpela. anak2 dah besar.
suami pon dah tua.
mungkin ko dah tak sayang nyawa.
apatah lagi kereta yang mungkin tak seberapa untuk duit ko.

biar pon ko tu seorang makcik.
tapi bila melibatkan hal2 nyawa aku dan orang lain,
aku akan terus ber ko aku je.
tiada kompromiii!!!! (macam iklan mister potato la plak)

boleh pulak bila aku hon,
ko wat muka sardin je?
angkat tangan sebagai tanda minta maaf jauh skali la.
kalau ko angkat tangan tu, at least aku maafkan jugak.

ni tak, ngan muka tak semenggah,
memang ko nak kena sumpah!

heh. buat penat aku je marah2 ko ni.
silap aku tak amek no plat kereta ko.
boleh aku paparkan kat sini.
biar jiran, sedara atau keluarga ko kalau tertengok entri ni,
tahu betapa jahilnya ko di jalan raya.
dan betapa sardinnya ko membuatkan nyawa aku hampir2 melayang.

HUH!

Wednesday, August 27, 2008

dah happy semula!


semalam en alang call.

dia dapat pulang awal sehari. jadinya, hari jumaat la dia sampai sini!

oh! oh! bahagianyaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!


;)





semalam aku, ibu dan zaza ke pasar malam kampung sitiawan.
zaza la..sebok nak kuih talam la, tongkeng goreng la...
pi pasar malam dengan dia, memang geram je.
tengok tu nak, tengok ni pon nak.
ibu pulak, melayankan je anak dara dia tu.
hari ni, kitorang kena ngantor zaza ke UiTM penang.
so, aku amek cuti half-day.
jangan risau, esok aku kembali semula. tapi esok mungkin sebok kot.

:D


semalam member aku, dalie kemalangan.
kereta terbabas sebab dia dirasuk (dalie yang cakap).
tapi aku rasa, abd rahman dia yang something wrong. ntah la.
untuk gambar2 kemalangan dan keadaan abd rahman ketika itu,
boleh la korang klik kat nama dalie tu.


aku dah ok skang ni.
emosi dah stabil.
terima kasih korang!
banyak beri moral support.
:D

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...