Followers

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Saya pergi kenduri kahwin artis!

mana satu yang artis ni? korang teka la eh. hehehe.

Jaz muka nak tidoq. Boring tunggu mama, papa dia makan.

Khalish yang menakal kat majlis orang. abis satu dewan dia jelajah. last2 en alang pangku dia dan paksa makan.

hah. kenal tak pengantin ni? kalau korang terer, mana satu yang artisnya? ;)
ni sesi bergambar ye. bukannya sesi bersanding whatsoever. pelamin dia cantek. tapi aku tak amek gambar. huhu.

amek gambau ngan adik artis. merangkap kawan baik a.k.a. bekas rakan sekerja yang dah jarang2 kontek-mengontek.  gambar gegar. scary gile muka aku.

tengok je la. amek gambau bersama minta orang amekkan pon still tak menjadi jugak. adik artis menyorok belakang aku dan jaz. jaz pulak sebok nak garu kepala. haihh...hari kelam kabut. macamkan aku pulak family artis tu. hahahaha.

apapon, thanks dahlia and family sudi jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan redza. 

kepada redza dan aidira, selamat pengantin baru dan semoga happy2 selalu ok! :)


masih ada yang blur siapa yang artisnya ni? meh sini nak kasitau...haih la korang ni...


nampak tak jejaka yang malu2 pegang dahi tersenyum manis tu? tu la artisnya. Redza Minhat. first movie berlakon as Faqir dalam filem pisau cukur ni ha. ada jugak berlakon dalam Kasih Najihah di samping RCW. Ok. Dah kenal dah? BAGUS....~

:)






Wednesday, April 28, 2010

bila cinta tak lagi untukku. dan bila hati tak lagi padaku.

sapa tau words kat atas tu lirik lagu apa?
pandaiiii....

lagu menyesal dari ressa herlambang.

apa kena mengena lagu ni ek?
sebabnya...dari semalam sebelum tdo lagu ni stuck kat otak aku sampai ke pagi ni.
haihhh...~ tgh tdo pon rasa macam ada muzik dok main kat telinga tau.

dahla budak bujang bertuah tu tdo lambat semalam.
weng2 pale otak ni nak bangun pagi.

lagu ni femes sangat skang ek?
aku biasa2 je ngan lagu ni.
tapi pelik kan, lagu yang biasa2 dan lagu yang paling dibenci la dok berlagu2 kat telinga dan pale otak.
huhuhu~

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a. Din Beramboi.

tak sangka kan.
orang yang slalu buat kita bergelak ketawa,
menceriakan hati kita,
menaikkan mood untuk bekerja,
dah tiada lagi.

tapi tu la.
memang arwah meninggal sebab denggi berdarah ek?
bukan sebab kencing tikus tu?
atau 2-2 skali?

aku konfius.

masa mula2 arwah Din ni kuar kat tv, aku tak berapa kenan sangat dengan lawak2nya.
tapi, sejak arwah berada di sisi Pak Nil,
lawaknya semakin baik. tidak sinis seperti selalu.
(kadang2 tu ada juga. tapi masih boleh diterima)

akan merindui arwah.
semoga keluarga arwah Din tabah dan kuat menghadapi kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Al-Fatihah.

Friday, September 4, 2009

minaaatttt banget!


En Qushairi Razali,
kenapa awak comel sangat?

kalau en alang tau aku wat dialog ni, mau terbuntang bijik mata orang tua tu.
huhuhu~

oh. episod blogger boy malam semalam sangat mengujakan!
:D
tak sabar okeh nak tunggu next week plak.

dan salah satu rancangan yang aku minat skang adalah...
EMERGENCY

sampaikan ibu pon dah terikut2 tgk citer ni.
memang real habis.
kadang2 macam lawak lak.
macam malam tadi, pakcik tu accident, kereta terbabas.
tapi dia tak sedar nape kereta dia tetiba remuk abis.
ngan wallet takde, pastu pakcik tu takmo pi spital.
mungkin kepala dia masih bengong kot.
ye la, ada orang kata kereta dia berpusing banyak kali.

takut ek?
sesiapa yang tak pernah tgk emergency kat tv9 ni,
pi la layan.
tapi amaran jugak la pada mereka yang takut tgk darah.
sebab emergency ni tunjuk je tompokan darah dan luka2 teruk.
takde tapis2.

:)

Thursday, August 13, 2009

dedikasi buat suamiku yang ganteng lagi baik hati

(siapa lagi nak puji kalau tak bini sendiri kan?)



Ingatlah Diriku (Chandra ft. Sheila Majid)

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff:
Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff:

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu

oh. lagu ni OST drama tv3 jam 10.30pm tu. drama Kala Hati.
faveret en alang.
kalau aku tukar channel lain,
sure muka monyok je.
hahahaha!

(aku ni bini suka sakat suami. harap maklum)

abang, terima la lagu ni ye!
malam ni kite karok lagu ni sama2.
:)

Thursday, May 21, 2009

best gile lagu kantoi ni

nyanyian dari zee avi/KokoKaina
tajuk lagu: kantoi


Zee Avi - Kantoi.mp3 - Zee Avi a.k.a Koko Kaina

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I called Tommy he said it wasn’t true
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai, you you tak ada
Lagilah I jadi gila
So I called and called sampai you answered
You kata “Sorry sayang tadi tak dengar”
“My phone was on silent I was at the gym”
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudah lah sayang I don’t believe you
I’ve always known that your words were never true
Why am I with you I pun tak tahu
No wonder lah my friends pun tak suka you
So I guess that’s the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex-boyfriend’s best friend Tommy


korang leh dengar kat youtube.
and read her profile in wikipedia or her official website.

oh. lirik dari sumber ini.

Wednesday, June 4, 2008

El-Hikmah sandarkan 'Marhaban Ya Nurulaini'

Biarpun berdepan dengan risiko kelembapan penjualan album komersial sekali gus menyebabkan kesuraman industri seni suara, kumpulan El-Hikmah tidak melihatnya sebagai halangan untuk berdakwah dan memperjuangkan Marhaban yang popular di selatan tanah air.

Dengan bernaung di bawah label Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), mereka yakin kemunculan Marhaban Ya Nuru laini'di arus perdana akan mencipta wadah baru untuk menyebar luaskan lagi khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya itu.

Kumpulan El-Hikmah yang ditubuhkan akhir tahun lalu dianggotai enam pemuda berasal dari Muar, Johor iaitu Md Fadli Yusof, 27; Mohd Halim Paboh, 24; Muhamad Hakim Abd Rahman, 24; Mohd Solehan Yunus, 25; Fahrudin Jamingan, 26, dan Anuarudin Md Som, 25, yang bergiat aktif dalam persembahan Marhaban sekitar Johor.

Menyorot latarnya, kumpulan ini pernah menjadi naib juara dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2006 menerusi lagu Keunggulan Ilmu yang dicipta Syazira.

Selaku ketua kumpulan, Fadli berkata, El-Hikmah bertekad menyemarakkan lagi industri nasyid dengan membawa kon sep Marhaban.

“Jika sebelum ini Marhaban hanya menggunakan vokal secara beramai-ramai, namun perubahan perlu dilakukan untuk menarik golongan muda meminati Marhaban. Itulah sebabnya kami memasukkan elemen muzik seperti perkusi dalam album ini.

“Kami buat semua ini kerana ingin menarik golongan muda meminati Marhaban, memandangkan kini hanya segelintir saja anak muda seperti kami yang tahu bermarhaban.

“Malah tidak mustahil 10 tahun akan datang kita tidak akan mendengar lagi Marhaban di dalam majlis keagamaan kerana mereka yang tahu bermarhaban terlalu sedikit. Kami mengambil inisiatif ini supaya warisan zaman berzaman ini tidak hilang begitu saja,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini.

Bagi Halim pula, bacaan Marhaban yang ditampilkan dalam album ini sama seperti dialunkan masyarakat, tetapi di modenkan lagunya bagi disesuaikan dengan kehendak semasa yang menyelitkan elemen komersial.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan sejak berada di pasaran pertengahan April lalu. Sasaran album ini untuk semua golongan yang mencintai Marhaban terutamanya pelajar sekolah dan institusi pe ngajian tinggi.

“Sebelum ini ada yang tidak tahu membezakan antara Selawat dengan Marhaban. Dengan adanya album ini, orang akan menilai perbezaannya dan mencintai khazanah bangsa ini,” katanya.

Album yang diterbitkan bersama oleh dua anggota Hijjaz iaitu Faizal Osman dan Munif Ahmad ini mengandungi sembilan koleksi Marhaban popular yang disampaikan dalam melodi berbeza berserta dua bacaan Rawi dan sebuah lagu nasyid berjudul Keunggulan Ilmu, ciptaan Syazira.

Kata Hakim, album yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan ini menjalani proses rakaman di studio HRSB yang terletak di Kota Damansara. Selain dijual secara komersial di kedai biasa, album ini juga dijual secara online menerusi laman web www.hijjazrecords.com.my.

“Kekuatan album ini bukan saja terletak pada kualiti dan vokalnya yang unik, malah muziknya yang diiringi dengan perkusi selain ditunjangi nama perintis kumpulan nasyid kontemporari, Hijjaz itu sendiri.

“Kami harap kehadiran El-Hikmah di persada seni suara tanah air diterima ramai dan dapat bergerak bersama-sama menyebarkan dakwah menerusi kesenian. Walaupun muzik yang dibawakan menjurus kepada golongan tertentu, tetapi situasi sekarang menunjukkan kelainan dan ia diterima ramai apabila digandingkan dengan elemen tertentu seperti rock dan rap.

“Jika kena caranya, tidak mustahil kita akan lihat selepas ini nasyid akan digandingkan dengan irama tradisional seperti zapin dan keroncong mengikut permintaan semasa,” katanya.





petikan dari surat kabor Harian Metro jumaat lepas, 30/5/2008. Sepupu aku belah ayah masuk paper. Beliau yang berada hujung skali belah kanan. memula aku tak perasan, ibu yang bukak cerita udin (nama glamer) masuk paper. hehehe...

ada jugak keturunan aku jadik artis rupanya...artis nasyid lak tu. syukur alhamdulillahhhh....

kepada Udin, sepupu sebayaku, sila belanja makan best2 kalau album laku ok! jumpa raya nanti..

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...