Followers

Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Jikalau arwah masih ada...


arwah angah beza ngan aku cuma 2 tahun. rapat tu tak payah nak kata. tu la kawan gaduh, tu la kawan bergurau. arwah meninggal dunia tahun 2000. kejap je dah masuk 11 tahun arwah meninggalkan kami. arwah angah meninggal dunia kerana pneumonia.

al-fatihah.

Tuesday, April 6, 2010

tersentak kejap. biarpon aku bukan berada dalam situasinya.

pada profil fb seorang kenalan.
tertulis takziah kepada rakannya yang baru kematian baby 6 bulan petang semalam.
punca kematian: lemas susu. paru2 penuh dengan susu.

nak tau camne leh jadik?
pengasuh arwah baby tu tinggalkan baby hisap susu sendiri dalam buai.
bila ditinggalkan kejap, tgk2 mulut arwah baby dah berbuih2.
sedih kan?
:(

oleh itu kawan2 sekalian,
mana2 yang biasa tinggalkan anak minum susu sendiri, (termasuk aku)
pulaknya, biarkan anak menyusu dalam buai,
kena sentiasa pantau.
kalau boleh, jangan bagi dia menyusu dalam buai sendiri. kite kena tgk.
sebab dalam buai, baby akan terperosok dalam kain.
dia tak boleh nak iringkan badan kalau rasa tersedak.
dan anak yang tidor atas tilam pon, kena sentiasa perhatikan.
terutamanya yang below 6 bulan,
sebab most babies below 6 months tak pandai mengiring sendiri.

sama2 kite beringat ye kaum ibu &bakal ibu sekalian.
(dan juga yang bujang, ini sebagai panduan)
aku pon suka je biarkan khalish hisap susu sendiri.
bila terbaca berita macam ni, cepat2 aku call pengasuh khalish.
tanya buat apa, dah makan ke, dah minum ke, ceritakan kat pengasuh tu pasal kisah arwah baby ni...risau ok!

semoga keluarga arwah baby tabah di atas kehilangan yang perit ni.
Al-Fatihah.
:(

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a. Din Beramboi.

tak sangka kan.
orang yang slalu buat kita bergelak ketawa,
menceriakan hati kita,
menaikkan mood untuk bekerja,
dah tiada lagi.

tapi tu la.
memang arwah meninggal sebab denggi berdarah ek?
bukan sebab kencing tikus tu?
atau 2-2 skali?

aku konfius.

masa mula2 arwah Din ni kuar kat tv, aku tak berapa kenan sangat dengan lawak2nya.
tapi, sejak arwah berada di sisi Pak Nil,
lawaknya semakin baik. tidak sinis seperti selalu.
(kadang2 tu ada juga. tapi masih boleh diterima)

akan merindui arwah.
semoga keluarga arwah Din tabah dan kuat menghadapi kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Al-Fatihah.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...