Followers

Showing posts with label bestfren. Show all posts
Showing posts with label bestfren. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

sob...sob...


rindu kat anak beranak ni.
tadi anis call, kata kat bukit merah.
bercuti ngan suami dan anaknya.

sejak kitorang terpisah 5 tahun dulu,
sekali je jumpa. tu pon 4 tahun dulu.
then, dia dapat kpli, ke sarawak,
jumpa jodoh, kawen, dapat anak,
tak jumpa2 jugak.

anis kata nak jumpa.
tapi bila aku cerita kat dia dari bukit merah tu makan jam la jugak,
dia tak jadi datang.
anak dia pon macam letih kan, cian la plak.

end up kitorang berborak2 bertukar2 cerita.
lama jugak borak.
tak sedar masa berjalan.

tetiba, anis cakap,
"intan, aku rindu ko"
gile ah. meleleh2 air mata aku ni.
terus aku cakap rindu dia jugak.
anis ni dah macam adik beradik sendiri dah.
kalau gurau tu, memang tak agak2.
pakai boh je. sronok abis.
aku plak, memang garang ngan anis ni.
anis suka panggil aku intan garang.
hehehe. aku ni bukannya boleh.
kalau dengan orang yang aku rapat la, aku garang.
kalau aku baik2 je tu, maknanya ko tak brape special kat hati aku ni.
kan dalie kan? aku garang ek?

oh. anis adalah bestie aku masa kat usm dulu.
aku rindu ko gak nis!
wuwuwuwuwuwu~

(anis pesan aku takleh sedih2 sangat, kena fikir tentang baby jugak)

Wednesday, March 11, 2009

af7 melanda! sedap jugak suara isma ek.

smalam pi klinik desa tu,
lama gile ok.
dari jam 10, sampai kul 12 lebih baru dapat jumpa doktor.

maybe sebab isnin tu cuti, so, semua orang punya appoinment diorang letak date smalam.
apa2 je la diorang ni. ngarut2 jek.


tekanan darah agak tinggi. 140/80
doktor risau.
dah tak pasal2 aku kena wat checkup blood pressure setiap 2 hari skali.
malas betul hati ni nak pegi.
kalau tak pegi, harus kena marah ngan doc atau nurse nanti.

jadinya, esok pepagi buta aku kena terpacak depan klinik tu semata2 nak wat checkup tekanan darah.
malas nya nauzubillah.
huhuhuhu.


oh.
dan skang ni aku notice loya2 dah makin kurang.
tapi, saket2 breast dan noning2 tu masih ada.
but, makan pon makin hari makin kurang.
takde selera betul.
semalam timbang, berat susut. nurse tegur.
suruh aku makan jugak.

yang bestnya,
masa tunggu doktor lama2 tu,
sempat la jugak tukar2 cerita ngan ibu2 ngandung yang lain.
seronok dengar citer/pengalaman diorang.
ada yang takleh tgk sabun la,
ada yang takleh masak la,
ada yang halau laki tido luar la.
macam2.

dan yang paling menarik,
ada sorang kakak ni,
memang nampak agak berusia.
aku saspek maybe tgh ngandung anak ke-3 atau ke-4.
bila aku tanya, rupa2nya anak pertama ok!
dia kata dah 8 tahun dia kawen.
lama2, dia cam give-up.
last year amek anak angkat.
tetiba tup2 this year dia ngandung.
tula rezeki kan?
takleh nak jangka.

memang insaf kejap dengar citer akak tu.
terasa sangat aku ni yang tak nyabar2 nak anak.
orang lain terpaksa tunggu bertahun2 nak dapat zuriat.
syukur alhamdulillah,
aku ada rezeki tahun ni.
dan aku harapkan korang2 pon sama jugak.
akan ada rezeki tak lama lagi.

ok?


last saturday, kawan baik aku, ida kat gombak kl,
selamat lahirkan baby girl.
cian dia, aku tak dapat nak jenguk2.
hati aku ni meronta2 sangat nak tgk dia.
tapi ibu ngan en alang tak beri aku jalan jauh2.
risau sebab kandungan tak kuat lagi kan.
apa2 pon,
tahniah buat ida dan maiza.
mesti anak korang comel sangat kan?
kepada dina, kalau baca ni,
sila post entri anak buah anda banyak2.
kak intan tak sabar nak tgk. ok?


ni la pasangan yang baru dapat cahayamata tu. diorang ni bestfren aku sejak skolah menengah lagik. kire dah kawan hampir 15 tahun dah. oh, diorang nikah 15 jun 08. kire rezeki diorang la, bunting pelamin. hehehe.



tengah hari ni nak makan apa ek?
ada cadangan?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...