Followers

Showing posts with label mertua. Show all posts
Showing posts with label mertua. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Jalan-jalan bawak PIL masa raya korban haritu.

Petang hari raya tu semua dah bosan dok umah. Biasala...raya haji bukannya meriah cam raya puasa. So petang tu after hujan reda, kitorang ajak mak ngan abah siap kita ke lumut dan manjung. Wah seronok la mak abah aku tu. Biarpon hujan macam takde tanda2 nak berenti, tapi diorang tetap semangat nak jalan2.

Dalam kereta menuju ke lumut. 

Sampai je kat lumut, mak abah dok borong makanan laut kemain lagi. Dengan ikan bilis nya, kerepek/keropok ikan/udang bagai semua. Hahaha. Seronok tgk diorang happy camtu.

Ni kat tesco manjung. Jazly merengek nak tdo plus dia demam masa ni. Badan tak tentu rasa.

Kalau nak tau, mak en alang ni jenis tak berani ngan escalator. Faham2 je la mana2 pasaraya skang ni semua pakai escalator. So masa kat tesco mak dah paut ngan en alang kuat2 sambil langkah besar2 bila nak naik/turun escalator. Hehehe. Abah dok usik mak sepanjang dalam tesco tu. Biasala..mak jarang2 dapat kuar kampung. Sebab tu tak biasa ngan benda2 camtu. Tapi aku suka je usik mak. Biar mak biasakan denggan benda2 camtu.

Tengok la tu. Sepanjang jalan jazly nak orang kendong je. Mak dan abah gilir2 kendong cucu. Sayang sangat ngan cucu2 bertuah diorang ni. Setiap kali baek kampung CONFIRM diorang belikan mainan. budak2 ni dah terlebih ngada2 kalau ngan tok dan opah diorang.

Petang2 sket, lepas dah tawaf tesco tu kitorang bawak mak abah jumpa ibu dan ayah. Raya tu ibu buat lamb kabsah. Hohoho...memang terangkat wok!


Ni keesokan harinya. Jalan2 kat taiping di pagi hari. Tenang je kat tasik...

Cantek kan?

Tak sempat nak pekena kueyteow doli sebab semua masih kenyang pekena mamak breakfast tu. So kitorang lunch kat rumah je. Hahaha.

Jazly main ngan atok. Khalish dok melekat je ngan aku. Ngada2 sungguh budak bertuah tu.

Ni mak dah bersuara nak pegi pangkor pulak. Tengok la maybe bawak mak, abah dan adik2 yang lain bulan dec atau jan nanti. Niat aku memula nak bawak diorang pi cameron. Tapi dah mak sebut2 pangkor so ke pangkor la kita. 
:)

Bila lagi nak happykan orang tua ye dop?




Friday, August 12, 2011

Aktiviti di siang hari bila berada kat kampung mertua...

Apa yang mak mertua, en alang dan khalish buat tu? hmmm...~


Hehe...diorang tengah kutip buah rambutan la. Khalish beria2 kutip rambutan2 tu. Rajin pulak. Maaf kalau suami saya tu cekci sket...


Adik Jaz dijaga paksu. Paksu rajin melayan dia. So mama boleh rileks2...

Mama rileks2 sambil layan novel la...syok betul! Pagi2 camni kampung masih sejuk2 dingin...seronok berbungkus dalam selimut sambil layan novel. Anak2 lak buat hal masing2. Indah!




Dah jumaat wei...seronok betul! Hehehe~
Kejap je dah 12 Ramadhan kan? Tak sabar nak cuti panjang raya nanti. :)





Friday, July 15, 2011

Masa ni baru balek dari kampung mertua. Penat sangat.

Sebab awal pagi dah bertolak ke taiping bawak mertua jalan2 kat sana and lepas tengahari baru bertolak balek ke kampung semula. rehat dalam sejam gitu terus chow balek stewan sebab en alang nak pegi pasar malam. :)

muka berkerut2 sebab panas. terpaksa bukak cermin tingkap sebab bawak balek durian dari kampung. kalau pasang air-cond memang pengsan la dgn baunya sebab kuat sangat2. pening pale.


tudung senget benget. abaikan.


Khalish terlena dengan jayanya. bayangkan dari pagi pi taiping sampai balek takmo tido. kat umah opah dia pon dok ralit main dan lari sana sini. ha kooo..time ni la baru nak tido kan. anak, anak....~


jazly pon kepenatan. haha. ptuing terbalek.


ada yang berkenan ngan puting jazly tu ye? pacifier ni jenama tommee tippee. last week aku beli kat manjaku ada diskaun 20% harga biasa rm14.90 dan harga after diskaun rm11.90. murah kan? rasanya ada lagi kot promosi tu. :)




Monday, June 6, 2011

Tok, tok, tok...Ini kaunter aduan ke?

korang...nak manja2 ngadu2 sket ni. hukhuk...~

weekend aritu kan aku balek kampung en alang rehat2 kat sana (sapa follow fb aku tau la aku balek kampung aritu. haha). sepanjang dok kampung...memang aku rehat habisla. aku naik2 je umah, letak jaz atas toto, lepaskan khalish biarkan dia buat apa dia suka, aku tukar baju terus kebabom membutakan diri tak sedar apa dah. haha. hari pertama aku tidor petang dalam 2 jam. hari kedua aku tidor petang 3 jam ye tuan2 dan puan2. gile ah aku qada' tidor bagai nak rak. memang heaven gile la. mak mertua pulak sronok layan budak2 berdua tu. kalau diorang nanges pon dia tak kejutkan aku. dia suruh2 je alang yang buatkan susu atau tukar lampin diorang. haha. seronok gile weiii....

ok. itu bukan point ngadu. itu point riak namanya. maafkan hamba ye. tersasar kejap. maklumlah hamba ni insan yang lalai dan pelupa. manusia kan memang cenggini.

ok. berbalik pada point ngadu2. camni. en alang ada 2 orang adik bawah dia. yang bongsu tu takde apa2 masalah. dulu2 ye, dia malas sket nak keje. tapi skang maybe dia dah berakal sket so dah rajin keje sanggup keje buat OT berpuluh2 jam sebab nak dapat duit lebih. ni nak ngadu pasal adik en alang yang bawah en alang tu. kitorang panggil dia anjang. ok dia ni memang rajin gile keje. masa dulu dia ni keje kat kampung je. keje kat bengkel lori. kiranya dia ni ada la kepakaran nak tukar minyak hitam, tukar tayar, bersih2 enjin semua ni. agak lama dia keje kat bengkel tu tetiba dia kata nak berhenti keje. nak cuba keje kat tempat yang selesa sket dan tak berat sangat la. so dia pon mintakla keje kat pasaraya area manjung ni dan terus dapat keje.

masa dia nak masuk keje tu, mak punyala berat hati tak kasi dia pegi. aku dan en alang la yang dok pujuk2 mak mintak izinkan dia pegi. lagipon dia dah besar, berilah dia ruang untuk berdikari sket. lepas tu, barula mak bagi izin. kitorang pon dengan harapan si anjang ni pandai la bawak diri kat tempat orang.

tapi lain yang diharap lain yang jadik. memula kitorang tak saspek apa2 lagi. bila sampai je gaji kedua dia, dia dah beri mak makin sikit duit belanja. mak dah bising2 sebab banyak benda orang tua tu nak bayar. mak sampai tipon2 aku nanges2 ngadu2 pasal si anjang ni. aku selaku menantu apa sangat la aku boleh pujuk orang tua en alang ni? aku cuma cakap kat mak, sabarla mak. kita tengok dulu sebulan dua ni macam mana. kalau makin teruk, kita suruh la dia balek sini.

skarang dah 5 bulan dia keje kat pasaraya tu. dari memula dia beri mak 300, jadi makin kurang, main kurang makin kurang setiap bulan. tak pernah naik atau tetap ye. alasan makan tak cukup dan bayar sewa bilik pulak tu pi hutang dengan mamak roti canai. en alang dapat tau menyirap la dia! dari bulan lepas kitorang suruh dia balek sini, dia taknak balek jugak. ikut sangat nafsu muda konon2 sronok sgt la duduk bandar tapi setiap minggu sms en alang tanya ada tak rm10, ada tak rm5, boleh tak hantarkan dia balek kampung tak ke menyusahkan orang je?

aku dan en alang dok kira2 gaji dia tolak2 duit belanja, tolak bagi mak, tolak duit sewa bilik ada lagi berbaki rm300-350. boleh sangat la buat belanja makan ko sorang tu ha. takkan la hari2 nak makan tomyam, ikan stim, telur bungkus kot? aku dan en alang pon kadang2 nak ikat perut punya pasal ada jugak terpaksa makan megi atau goreng telur mata makan ngan kicap/sos je. mak siap bekalkan dia kadng2 beras sekampit, telur sepapan ok! dia boleh habiskan telur sepapan tu seminggu je!!! memang terkejut2 aku bila dengar. dia ni makan atau telan? ntah2 dok sedekah kat girlfriend dia. oh. tempat keje baru ni dia dah pandai ada gf2 ye. jangan tak tau. aku saspek awek dia antara pengaruh yang dia takmo balek kampung.

sabtu aritu...elok je kitorang baru je jejak punggung kat sofa tetiba je mak ajak pi manjung katanya anjang nak bagi dia duit belanja. korang bayangkan la muka orang tua bila anak2 nak beri duit belanja sure berseri2 kan. dia dah seronok2 sebab nak ke kl katanya ada kenduri anak sedara dia. plus dia dah plan katanya kalau anjang bagi mak 300, mak pinjam kat dia lagi 100 nak beli tiket bas. nanti mak dapat duit upah jaga anak2 doktor tu mak ganti la balek, katanya. tapi hampa ye. si anjang tu bagi mak 150 saja ok! aduhai.... pulaknya si anjang ni gila main game. pasaraya tempat dia keje tu dekat sangat dengan cyber cafe.

aku tak ikut diorang masa pegi amek duit tu. malas aku nak campur pasal hal anak beranak ni. aku dok umah rileks2 ok dah. bila diorang sampai je umah, aku tengok muka en alang macam baru lepas gaduh ngan aku je (hahaha!). aku malas nak bizibodi, tapi cuit2 je dia. angkat kening tanya awat? en alang cerita dari awal sampai akhir cara anjang tu layan mak camne and tambah2 plak bagi mak duit banyak tu je. aku tau en alang angin. lepas tu, mak pon naik umah. aku tau mak pi nanges puas2 dulu kat dapur tu. mak mertua aku ni neng yatimah sket ye. penyedihnya....tuhan je tau. dia naik je umah, dia tak kata apa dah. diam je. dok main2 ngan jaz dan khalish je.

memang kesian la aku tengok mak masa tu. dahla apa yang diharapkan tak dapat. pulak tu, anak layan dia macam nak tak nak je. aku taknak la cerita detail2 sangat karang terlalu cerita hal peribadi ye dak. elok je sejam lepas tu mak tanya aku kalau dia masak sup boleh tak? sebab aku tak sehat sangat sabtu tu. aku tak kesah orang masak apa pon. ye la masak tu mulut pon rasa pait2 lagi. makan apa pon tak berapa nak jalan. aku nak tolong dia masak, dia tak bagi. suruh aku rehat2 je. aku taknak dia layan perasaan sedih tu aku biarkan je dia buat apa dia nak. slalu2 tu aku berkeras jugak nak masak. kesian betul mak aku.

entahla. korang rasa camne eh? macam en alang, walau beri tak banyak...tiap2 bulan tetap beri juga. cam adik bongsu en alang tu hampir 80% gaji dia dia beri mak tapi dia ni spesis gaji tak mandang sangat. ciput alahai tak padan dengan penat. kakak dan abang2 en alang yang lain pulak semua jenis bukan nak memberi kat mak, meminta lagi adalah. hoih. ni ada lagi satu spesis aku nak citer. tapi nanti2 la. kalau aku citer sure ngan korang2 pon bengang.

aku nak tolong mak nak bagi dia jaga jaz. kiranya bagi dia duit bulan2 la. tapi umah ngan kampung jauh. tak dapat la nak hantar-amek hari. paling2 pon jumpa weekend je. ooo...tak boleh wooo...en alang tu tak bagi anak2 jauh dari dia. skang ni aku dan en alang tgh fikir camne nk tolong mak tu. abah pulak dah tua sangat. keje kat kebun pon dapat gaji harian je. stakat untuk belanja harian tu lepas la. haihhh...~

family korang ada yang jenis degil camni tak? camne nak pujuk dia balek keje kat kampung eh? kitorang dah mati akal dah ha....

Wednesday, September 15, 2010

Raya pertama yang penuh warna warni macam pelangi.

pepagi syawal tu, bangun jam 5.30 pagi dan potong2 sayur untuk masak lontong.
mak mertua aku tak reti nak wat lontong, so aku la yang buat. thanks to ibu sebab bagi resepi dan semua puji lontong yang super sedap tu. hehe.
lauk2 lain dah masak malam sebelum tu lagi. rendang paru (aku bawak dari umah), kari ayam , rendang daging, ketupat palas dan lemang. lontong je terpaksa masak pepagi 1 raya sebab biasala, lontong kan sayur2 dan bersantan, risau basi pulak kalau masak awal2.

lepas je potong2 sayur mayur semua, berenti solat subuh dan sambung untuk terus masak lontong tu. panaskan semua lauk pauk yang dah disiapkan malam sebelum tu dan cepat2 hidang kat atas meja.
tapi pelik oh. umah mak mertua aku ni rupa2nya diorang tak biasa makan sebelum pi solat raya. tak macam family aku, sebelum solat makan, lepas solat laaagila makan, makan, makan. haha.

dah siap2 hidang semua lauk pauk, cepat2 naik atas umah dan siapkan en alang dan khalish. tau2 je la orang lelaki ni, dan2 tu baru terhegeh2 nak cari butang baju melayu la, nak berus2 songkok la...haihh. lepas je en alang dah hensem2 bersiap ke masjid, aku lak siapkan khalish. lepas khalish dah siap, baru aku pas khalish ke mak mertua dan cepat2 pi mandi dan bersiap jugak. aku antor en alang pi masjid pon dengan suara aku dari dalam bilik air je. haha.

lepas je semua dah balek dari masjid, semua orang makan2 dan abang2 ipar dan family datang umah. masa ni memang hectic la umah. busy gila aku ngan sebelah kendong khalish, sebelah lagi sebok tuang air la, amekkan pinggan extra la. haha. sampai kena marah ngan pak mertua sebab dia rimas tengok aku ke hulu hilir kendong khalish. dia suruh aku duduk rehat makan sebelah dia. dah kena marah baru reti duduk diam kan. haha.

lepas makan2, sebelum budak2 jiran2 serbu umah, aku cepat2 tarik en alang naik atas umah dan minta ampun maaf dan2 tu jugak. lepas minta maaf ampun bagai, cepat2 carik mak abah minta maaf ampun jugak. then, naik atas umah semula dan amek gambar our little family.


khalish sebok nak tengok mama papa dia. hehe.

pastu, cepat2 turun ke dapur semula sebab ada kawan2 adik en alang datang beraya. masa ni abang ipar aku sebok nak balek beraya umah lain pulak. so, cepat2 tarik adik ipar aku untuk bergambar sekeluarga.

dari kiri anjang, abah, mak, khalish, en alang, adik, kak nyah, along dan duduk tu kak yang. aku tukang amek gambar. hehe.


kami sekeluarga. usaha ok amek gambar tutup kaki sebab pakai slipar je masa ni. hehe.


khalish muka dah ala2 nak demam. tapi still maintain lagi.


hensem tak saya pakai baju melayu? itupon ada jugak orang tanya saya ni lelaki ke perempuan even saya dah pakai baju melayu dan berketayap.


sepupu khalish, dania. tua dania seminggu je dari khalish tapi dania dah terer berjalan. khalish masih bertatih setapak dua. oh, malam raya aritu khalish dah mula bertatih 13 langkah ok! terkejut tgk kesungguhan dia bertatih. tapi sekali tu je la. lepas tu dia dah demam2, takde maknanya nak bertatih. nak melekap dengan en alang je keje dia. hmmm~


khalish dalam cubaan ingin berkawan. dia perhati je dania tak lepas2 ok. cian anak aku nak berkawan. tapi dania ni takut orang. camno tu?


cubaan berkawan tidak berjaya. masa ni khalish baru nak angkat tangan nak pegang2 dania tapi dania dah lari kat ibu dia. takpe ye khalish. lagi 4 bulan adik khalish keluar, khalish leh kawan dgn dia ok?


dalam petang kul 2pm camtu, tetamu2 dah pulang dan masing2 dah kekenyangan melantak lemang banyak sangat2. masa ni khalish dah start dedar2 dah. tapi aku wat tak tau je dulu sebab petang tu nak beraya umah sedara en alang pulak. bila kuar umah petang tu, khalish dah start wat pangai. nak melekat kat en alang je. hmm..sah dia nak demam. pi pekan bruas beli coolfever dan paracetamol. sempat beraya 3 umah je. hmmm..~

Thursday, September 2, 2010

Happy2 pulak dia.

kat kampung bruas. kemain happy lagi dia kalau kat umah opah. almaklumla, umah opah bebas nak merangkak sana sini. kalau terjatuh pon, tak saket sangat. umah papan.

happy2 dapat belajar tatih. ni berdiri statik sambil beri pose termanis untuk mama. abaikan kaki papa tu ya.

sayang buat apa tu? kira bulu kaki papa ke?


tengok tu. kemain leka lagi main kaki papa.


mama amek gambar khalish ke? nape tak bagitau?


ok! khalish senyum untuk semua kawan2 mama. ngee~

Tuesday, May 4, 2010

expo kat pekan bruas.

sabtu haritu, mak mertua beria2 ajak pi expo kat pekan bruas.
so, kami pergi la ke sana.
kebetulan nak ke pasar, expo ni berdepan je dengan pasar tu.
lepas beli ikan & sayur2,
menuju la kami ke expo.

khalish excited tgk arnab2 ni.


boleh tahan jugak harga arnab ni ek.



comel!!!



dok pandang sana, pandang sini. toleh kiri kanan semua arnab. suka kemain lagi budak ni.



arnab2 kampung. 

ada macam2 la khemah yang diorang ni ada. dari kementerian kesihatan sampai la ke kacang2 dan air2. surprisingly, malam tu diorang ada wat konsert. siap ada salamiah hassan ok! 
;)
tapi aku tak pi la. ada budak kecik kan. (wah...semangat ko nak tgk salamiah hassan)

pastu, dengar2 citer malam sebelum tu ada wayang kulit. oh, ruginya terlepas wayang kulit. :(


khemah2 yang ada.



mak mertuaku...



oh. excited gile kat khemah ni. semua baju2 adalah RM10! murah gile2 ni noks. harusla aku rambang mata nak pilih yang mana satu. WAJIB rembat satu. 

oh. ini bukan bundle eh. ini baju reject dari pasaraya oversea. ni bukan ayat aku, ini ayat tuan punya barang2.
:)


dan rembat baju lusuh ini. hahaha. biarpon nampak lusuh, tapi ala2 comel la jugak.
kikikiki. nak jugak COMEL tuuuu...~



crocs pon ada. kalau rm20-25 ingatkan nak jugak rembat sepasang. tapi, bila tgk rm30, terus blah tempat lain. lagipon, yang ini kualitinya macam kureng sket.

*ada sesiapa carik aku ke semalam? semalam agak kecoh pasal kecurian laptop tu. sebab dah dapat pencurinya hari jumaat tu jugak. nanti aku citer next entri ok.*

Thursday, September 17, 2009

kesiangan

gile tul!
tak sedar bila masa en alang pi keje.
alih2 tersedar jam dah pukul 8.45am.

huhuhu~
tadi call en alang.
nape tak kejutkan aku?
dia kata, aku siap cium tangan dia lagik.
masih tak sedarkah?

haih...
apa la nak jadik ni.
makin teruk tabiat tido.
ni kalau penyamun datang umah, sure tak sedar apa dah.
:(

ni la bahana bila tak dapat tido,
terjaga kul 1am sampai kul 3am.
bangun masak sahur jam 5am.
sambung tido balek lepas subuh.
santak ke 845am.

dasat...dasat.

ni lagi satu kemusykilan.
bila la gaji nak masuk ni.
haihh~

harap2 masukla b4 raya.
kalau tak, alamatnya balek kampung lenggang kangkung je la.
ni daging, ayam, hati, limpa tak beli apa pon lagik.
segan ooo balek kampung tak bawak balek apa2.
kalau kampung johor, takpe la.
ni kampung en alang.
kena la bawak seketul dua daging jugak.

haihhh~

(tengok. mengeluh lagi. pepagi dah mengeluh2 camni.)

Monday, September 14, 2009

biar orang buat kite, jangan kite buat orang.

ingat tu.
biarla diorang dengan kekhilafan mereka.
kite yang masih boleh berfikir dengan wajar ni,
jangan layan perangai mereka yang tak semenggah tu.
dan go on dengan life kite yang ceria ini.

ecemakkk!!!!

sebenarnya nak citer.
kan entri sebelum ni ada citer pasal abang dan kakak ipar en alang yang baru dapat baby 2 hari lepas kan?

yes. kami pergi jenguk muka kat hospital dan tengok anak mereka.
setelah apa yang diorang pernah buat kat mak.
setelah apa yang diorang pernah buat kat kitorang.

aku sebenarnya malas nak amebil kire.
malas nak berkire2.
tapi bila balek je dari hospital, en alang cakap,
ayang ni, orang dah buat kite macam tu, masih nak tgk anak diorang lagi.

aku cakap, biarla bang. biar la diorang nak buat apa pon kat kite. jangan kite buat benda yang sama. kalau macam tu, takde bezanya kite dengan diorang tu.

baik isteri abang ni.

oh. korang tertanya2 ek apsal en alang cakap macam tu?
korang leh rujuk kat entri ini.
en alang memang tak berkenan dengan perangai diorang ni.
kalau bukak citer pasal diorang, en alang mesti muka bengang.

dan antara sebab en alang tak sangka aku boleh maafkan kakak ipar dia tu,
sebab dia ni jenis kerek ok!
ingat lagi, raya haji baru2 ni.
masa tu memang giliran kami kat umah mak en alang.
so, aku dan en alang banyak juga la berhabis beli barang2 dapur.
memang ada ramai lagi kat rumah tu, dan diorang pon ada jugak la beli barang2 lain.
tapi disebabkan anak mak yang lagi sorang tu macam agak susah la jugak,
kitorang pon faham la.
takkan nak paksa diorang belikan mak barang pulak kan.

so, masa tu petang raya.
kan ke en alang gigih kacau dodol kan.
abang en alang tu keje kat kampung je, antar gas dari rumah ke rumah.
so, dia masa tu keje.
dan kitorang pon taknak la kacau orang keje.

oh. masa tu rumah diorang sangat la dekat.
atas sket je dari umah mak.
memang akan lalu umah mak la.

tapi, bila dia balek dari keje,
jengah muka pon takde ok.
en alang dah start marah2.
geram dia dgn perangai abang dia ni.
kalau ye pon abang dia tak dapat datang,
apa salahnya suruh isteri tu datang jengah muka?
tolong2 apa yang patot?

aku malas nak berkira.
aku cakapla, maybe bini dia penat kot.
en alang bantah. penat apakebendanya. awak tu suri rumah je.
bukan nya ada anak lagi.
en alang kalau dia marah, cakap apa pon tak guna gaks.

tapi tu la,
kasih sayang seorang mak kan.
petang raya tu, aku ngan mak kat dapur masak lauk untuk pagi raya.
mak beria2 nak hantar kat umah anak menantu yang 'derhaka' tu.
en alang dah start nak marah mak.
aku kata, biarla.
mak tu orang tua. memang dia akan ingat2 je kat orang sana.

so, mak suruh adik en alang sms anak menantu tu,
datang bawak bekas kosong.
mai datang amek lauk.

wah! secepat kilat ok diorang datang.
kalau tang amek lauk, kemain lagik.
pulaknya, datang, serah bekas kosong kat pintu,
tak masuk umah pon.
tunggu bekas dah berisi kat pintu tu, dapat, terus blah.

aku pon diorang tak sapa. apatah lagi nak bersalam2.

en alang masa tu dah cukup bengang.
tapi aku sabarkan je.
dan pagi raya tu, diorang datang untuk makan je.
lepas makan, terus cabut balek rumah.
takdenya nak berborak tanya kabar mak yang slalu saket2 tu.
balek2 aku dgr mak yang beria2 tanya itu ini kat anak menantu 'derhaka' tu.

dan...satu perangai kakak ipar en alang yang paling en alang tak berkenan,
dah tau makan, tak reti2 nak basuh pinggan!

ingat umah tu ada amah ke?
ko tu dah taraf anak ok. dan itu family ko jugak.
buat macam rumah sendiri boleh?

haritu, en alang saje cakap kuat2,
lepas makan jangan lupa basuh pinggan.
barula aku tgk dia singsing lengan basuh pinggan.

kalau tak, mak la yang terbongkok2 cuci pinggan.
cian mak.
:(

korang, jangan tiru perangai diroang ni ye.
citer ni bukan nak malukan sape2.
tapi, untuk renungan kite bersama.

ala, lagipon korang bukannya kenal abang ngan kakak ipar en alang ni.
hehehehe~

Thursday, August 27, 2009

mari tangkap ayam!!!

last weekend kan balek kampung beruas.
sambut 2 ramadhan kat sana.

tengah aku lepak2 atas rumah,
en alang kalut tukar seluar.
aku tanya nak ke mana?
dia kata nak tolong mak tangkap ayam.
nak jual.

oh. mak bela ayam kampung.
dan buyer tu adalah orang cina.
nak dibuat makan sendiri katanya.
skali beli sampai 50 ekor.
bela, sembelih dan masak sendiri.
dasat kan?

so, aku pon cepat2 grab camera,
snap mana2 patot.

abah yang badan tough. abah ni kecik je. tapi badan ketul2 ooo. abah ditugaskan ikat kaki ayam. 5 ekor ayam, satu ikat.


macam ni ye kawan2 cara nak ikat. tangan debab tu tangan en alang. dah debab betul dia skang ni.


reban ayam. dari jauh.


close up. adik en alang tukang tangkap ayam dalam reban. en alang dan mak amek ayam2 tu dari adik dan pass kat abah.


kucing2 yang maha banyak. ni baru separuh dari diorang. kuat makan ooo...badan je kecik.


ayam2 yang telah diikat kaki2nya. biarpon aku biasa balek kampung, ni first time aku tgk selambak ayam2 hidup diikat ramai2. hehehe~



kittens ralit main tali ikat ayam.


rumah diatas bukit. masa ni baru nak ujan. sejukkkk jek! mandi air kolah, gigil2 beb! (kereta aku tu nampak sayup je ek?)

Monday, May 11, 2009

cerita dan peristiwa yang best dan tak best.

sori. gambar takde.
sebab excited terlebih kat kampung,
terlupa terus nak snap2 gambar.

memang seronok.
dilayan macam puteri raja.
semua benda tak payah buat.
duduk dan tengok je.
hahahhaha!

biasala. mak mertua.
dia pon excited jugak.
biarpon bukan cucu first, tapi sebab dah lama takde cucu baru,
dia pon naik seronok bukan main.
dah siap2 buang biji kapas dari kapas.
tunjuk kat aku, nak buat tilam baby.
hehehe. seronok!!!!

oh. aku dan kakak ipar en alang yang kawen seminggu awal dari kitorang tu maybe dijangka akan melahirkan dalam jangka masa lebih kurang sama.
pelik kan? kawen lebih kurang, dapat baby pon insyaAllah lebih kurang je masanya.

tapi tu la,
kesian kat mak. sebab mak kata anak menantu dia yang satu lagi tu biarpon hari2 lalu umah mak,
diorang jarang nak singgah tengok mak.
ish. tak boleh aku.
hari2 lalu umah mak ok.
naik turun bukit ko larat, nak singgah umah mak yang dekat nak mampos tu ko tak larat plak.
oh. umah mertua aku atas bukit. memang pepagi, sejukkkk jek.
best2.
dan umah anak menantu dia lagi satu tu, up sket dari umah mak aku tuh.
kesian aku tengok orang tua tu.
sket2 teringat kat anak menantu yang sana.
entah diorang makan ke idak.
nak dikatakan, every week mak aku akan hantar lauk kat diorang.
diorang ni plak jenis, tau amek, pastu hantar bekas kosong je kat umah mak.
takde nya nak borak2 ngan mak, tanya khabar ke hape ke.

aku ni pon bukannya baik sangat.
ye la kan, dah 3 bulan aku tak balek.
tapi ada sebab ok. doc tak bagi aku drive jauh2.
ko tu, apa sebab ko?
takkan nak singgah setengah jam pon tak boleh?
pastu, ada hati nak kata mak tu tak tolong diorang la, apa la.
la, mak tu bukannya keje pon. harap duit anak2 je.
kitorang anak2 lain every month ada buat contribution sket2.
cuma aku ngan en alang biarpon tak dok skali ngan mak,
yang mana anak2 mak yang lagi 4 orang semua dok sebumbung ngan mak,
kitorang every month tak putus bagi mak duit, belikan mak bekalan beras, barang dapur sket2.
ko tu ada ke? pastu nak harap mak tolong korang plak.
aku pelik. laki bini keje.
biarpon keje kampung je, tapi dah tentu2 barang kat kampung tu jauh lebih senang nak cari.
macam sayur, pucuk2 tu, limau ke, pandan ke, ko petik je kat area umah ko.
takpon, kalau ko malas nak bercucuk tanam,
ko amek je kat umah mak.
mak tu ada inisiatif jugak tanam macam2.
(isk, ruginya tak amek gambar tanaman mak)
mak tanam cili padi, daun pandan, daun kunyit, sayur2 sket, bunga2 tak payah cakap la.
memang umah mak tu berseri2 je dari jauh.
sape2 tengok pon, akan jeles.

ni tak. aku dengar dari mak, korang kadang2 putus beras.
aku pelik la, korang tak bajet ke bekalan korang bulan2?
korang tu berdua je. takat beras 20kg tu aku rasa sebulan cukup dah kot.
sewa umah korang pon takat rm50 je.
bil2, mak citer bil api korang tak yah bayar.
sebab semedang bawah rm20. so, korang dah save kat situ.
takat bil air tu, aku boleh bet mesti bawah rm10 je.
sebab aku ngan en alang pakai pon tiap2 2 bulan dapat bil rm6 je.

pelik2.

tak, tak.
tak pelik pon.
sebenarnya, korang ada masalah lain.
masalah apa?
masalah utang ngan along.
yup. ngan along cina keparat tuh.
aku tak paham sebenarnya, cara utang ngan along ni.
sebab tak sama ngan bank kan.
yang aku tau, utang ngan along ni, senang je nak pinjam, tapi bayar seksa.
aku risau, sampai ke tua korang tak abis2 bayar utang along ni.
actually, sebelum diorang kawen, aku tau diorang ni ada wat pinjaman kat peminjam wang berlesen tu.
tapi aku ni malas nak amek pot sangat. rupa2nya, cara mak citer kat aku,
diorang ni lebih kurang along je.
lambat 2 hari bayar, dah ugut2 nak amek barang2 kat umah.
gile kan?

aku kesian gak kat diorang ni.
semata2 nak kawen, wat pinjaman along la, apa la.
isk. sib baik aku ngan en alang tak pikir nak pinjam kat orang2 camtu.
kalau tak, mesti aku ngan en alang akan terima nasib yang sama.

so, korang, jangan pandai2 buat pinjaman along ok.
tolong la ye. demi masa depan keluarga yang cemerlang, terbilang, gemilang.
bank takpe. sebab bank masih ada tolak ansur.
boleh kaw tim jugak.
:)

ni semua untuk pedoman kita bersama.
aku bukan nak cerca sape2,
just nak kongsi pengalaman je.
ok?

Friday, May 8, 2009

balek kamponggg!!!!!!

ho yeah lagi!
esok pagi2 balek kampung en alang.
mertua aku dah bising2 lama tak balek sana.
nak wat camne mak, menantumu ini sangat sengal.
3 bulan pertama takleh drive jauh2.
skang ni plak dah batuk2.
tapi, no more alasan dah.
memang kena balek jumpa mertua dah ni.

hehehehe.

tak sabar nak balek sana.
ingat nak ajak diorang pi mandi2 kat air terjun.
best ek. sejukkkkkk.....

tapi, mesti en alang tak bagi.
:(
dia tu macam2. semua pon tak boleh. tensen!

rasa excited macam nak balek kampong johor plak.
padahal, kat bruas jek.
sape2 nak jumpa kitorang, meh le kite wat janji jumpa kat ulu licin.
mesti besttttt!!!!!!!!!!

:D


sebelum kite berakhir, aku kepilkan gambar di bawah ini:


ini stacy. kucing iqa. nama je betina. tapi pangai macam jantan. asik terkinja sana, terlompat sini. takdenya nak jalan lenggang lenggok. mesti nak sprint je keje dia. macam kucing sasau pon ada. tapi, yang penting, aku sayang ini budak bulu. hehehe.

Monday, February 16, 2009

bagaimana ianya terjadi.

jumaat.
malam sabtu.
pi dinner kat pizza hut. (sebab aku la yang gatai nak makan kat sana)
en alang kata,
aku nampak lain.
sebab macam terlebih happy.

ok.
tu aku tak amek 'pot'.
dah laki sendiri puji, just senyum2 je la kan.


on way balek dari PH,
mata ni saja gatal nak tengok farmasi bukak lagi ke tak.
en alang kata, "nak cari ubat tahan muntah ke?"
aku diam.
dalam hati, "nak cari pregnancy test, nak cari pregnancy test"
sampai je kat farmasi. bukak lagi.
aku suruh en alang beli satu pregnancy test kit tu.

sampai je umah,
en alang cam excited. siap tunggu depan bilik air.
aku amek test tu, memula dah kuar line yang tak sepatutnya kuar. dan tak terjangka kuar.
aku rasa cam jantung dah terberhenti.
en alang kat luar toilet dah bising2 tanya aku ok ke tak.
sebab aku senyap je. lama la jugak. dalam 10 minit.
aku tenung result tu.

aku bukak pintu toilet,
hulur je result tu kat en alang.
dia terpinga2.
"yang, apa maksud 2 garis ni? positif ke?"
aku diam lagi.
lama. ada dalam 2 minit.

pastu aku angguk2.
en alang lompat2 bersorak2 riang.
aku kuar toilet, dok termenung kat depan tv.
tergamam.
masih takde respon.

bila dah agak2 20 minit, result tak berubah,
aku dah ada sket rasa pecaya.
terus aku peluk en alang,
nanges.
nanges yang bukan sket2,
tapi nanges teresak2.
masa tu takleh nak kata macam mana hati ni.
memang rasa happy sangat2.


gambar tak brapa nak clear. tapi nampak kan ada double line?


malam tu aku takleh tido.
rasa terlebih excited.
biarpon belum ada keputusan rasmi dari doktor lagi.
kejap2 aku kejut en alang.
kata takleh tido.
en alang faham. dia cuma popokkan aku je.

pepagi esoknya,
jumpa doktor.
wat scan. memang dah ada kantung.
en alang tengok kantung kecik tu, muka dia macam tak pecaya.
agaknya dalam hati dia,
"camni je ke rupa baby tu?"
hehehe.
terlupa plak suruh doc tu print out hasil scan.
takpela.
asalkan dah tau rupa, ok la tu.

:)


kepada korang,
terima kasih di atas ucapan tahniah yang korang beri tu.
segala pesanan dan nasihat akan cuba aku ikut.


tapi yang pelik sket,
sejak dua menjak ni,
aku suka sangat jalan laju2.
sampai kena tegur ngan mak mertua.
pulaknya bila dia tahu aku bawak budak,
memang bising la mulut orang tua tu.
tak bagi aku wat apa keje pon.

oh.
mak mertua aku kena penyakit chikugunya.
sabtu aritu aku ngan en alang bawak dia pi klinik.
cian tgk dia. nak jalan pon kena berpapah.
tapi semalam, dah nampak ok sket dah.
alhamdulillah.


korang,
kalau ada tips untuk ibu mengandung,
segala mak nenek precaution dan nasihat,
dialu2kan ye.
apa yang pantang, apa yang patot amek,
ok ok?

thanks korang!
mmuahhhh!

Friday, January 30, 2009

apsal berdebar2 je hari ni ek?

sepanjang cuti, tak pi mana pon.
area2 sini jugak.
tak kuar dari jajahan dinding.

sabtu, ahad.
pi majlis dalie.
ahad malam, isnin ngan selasa.
bawak mertua datang umah, bawak jalan2 manjung-lumut, dan hantar mertua balek kampung.

tapi takpe.
next week turun muar.
mak long nak wat kenduri arwah.
ada la peluang nak berjimba rumba.
hehehehe.



oh. tentang semalam.
pi bank 1.
ada urusan yang sangat 'penting'.
kat sini memang sangat lama.

then,
pi jabatan hasil dalam negeri.
minta chop stem hasil.
kena rm10.

balek semula ke bank 1.
selepas 20 minit, urusan selesai.

pastu, pi bank 2.
sempat amek nombor je.
sebab org kaunter kata lama lagi.
ada 6-7 orang.
sorang makan proses 20 minit.
so, balek umah ibu dulu.
makan.

after 2pm,
kembali ke bank 2.
tunggu 1/2 jam, urusan 1/2 jam.
kembali ke ofis jam 3.10pm.


banyak kerja due hari ni.
tapi aku tak wat pe pon lagi.
malasnyeeeeeeeeeeeeee.....................


ketika berpiknik bersama keluarga mertua kat teluk batik yang maha azab. tak dapat piknik tepi pantai. penuh gile babs. cuma dapat piknik kat tepi denai orang lalu-lalang. jadila. dari takde. sempat rembat belon rm5 sebijik. huhuhu. me with perut gendut dan belon cekik darah. kat parking yang jauh gile babs dari pantai. berpeluh ketiak toksah cakapla.




baru lepas piknik. berpeluh sakan. aku ngan en alang je yang berjalan ke kereta. family mertua aku suruh dok kat area kedai2 tu je. amek diorang kat sana. tak sampai hati tgk orang tua jalan jauh2. tgk kami berdua. muka berkilat. peluh bagai nak rak. tudung herot berot. aku ada eyebag. macam nak kena beli produk garnier baru tu je.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...