Followers

Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Diiktiraf blog comel? Auwww...malu ai.

Apa yang comel kat blog ni cheq pon tak tau la. maybe sebab anak bujang tu kot...sebab tu orang kata blog ni comel. apapon Desire Queen a.k.a Nik, terima kasih banyak2 sebab bagi award ni eh.



ada tagging pantun kena lengkapkan rupanya...haha. baru perasan ni nik oi...

_______________________
_______________________
memang aku rasa blog aku comel,
kenapa korang jealous ke?


so, ini jawapannya...

raju pergi ke kedai pak mail,
bersama ah chong membeli cuka,
memang aku rasa blog aku comel,
kenapa, korang jealous ke?

haa...boleh tak ni? boleh la ye nik eh. asalkan ada perpaduan 1 malaysia gitu...hehe.

ni aku nak tag orang-orang yang menjadi top commentator aku stakat ni.
1.  princess N
2.  mrs. spicy
3.  mizzAmy
4.  @e_da
5.  Mak Su
6.  Super Nia Hana
7.  munies
8.  shasha
9.  zie

harap sudi la terima award tak seberapa ni. jangan lupa lengkapkan pantun tu ye! :)

Wednesday, May 19, 2010

friendly blogger award

dapat award dari erin.
wahhh! suka ok!!!
(amboi ko...dapat award kemain suka lagi eh. hahaha)

inilah awardnya. friendly blogger award. chewah...friendly eh aku ni?
(ok...tak yah jawab pon takpe)
:P

award ni disertakan tag tau.
adoila dik erin...akak ni punyala malas nauzubillah.
tapi kita try jawab je la eh.

1. SUKA MELUKIS X?
wakakaka. ni memang kantoi abis la. aku ni memang la paling tak kreatif punya manusia. tgk je la blog ni. kosong. warna pon hanya pakai warna putih je. dah macam pakai lampu pendaflour plak. terang benderang.

2. BOSAN-BOSAN SUKA BUAT APA?
a. main ngan khalish
b. main ngan en alang (ok. dah melencong ke mana ntah ni)
c. main internet
d. tgk tv

3. KENAPA SIPUT BABI JALAN LEMBAP?
siput mana berjalan dik oi. dia takde kaki ok. cuma ada lendir2 tu. yuckkksss! hehehe~

4. CUTE X ORANG YANG BAGI AWARD NI?
memang cute! putih melepak ok kulit dia. hehehe.

oleh kerana award ni adalah untuk blogger2 yang peramah,
aku nak award kepada blogger yang memberi komen tertinggi kat blog ni.

1. fabulous.farah
2. princess_N
3. Queen
4. NURUL
5. Super Nia HANA
6. ~mizzAmy~
7. Mama Hanim
8. mrs e
9. Dong, Dia & Azra
10. Mak Su

ok. malas nak bubuh link. nanti aku inform kat diorang personally je. hehehe~

thanks ye erin!
:)

Wednesday, May 12, 2010

Thank you bagi award. :)

dari Ira. Sempena Mother's Day. Tenkiu Ira!


dari naja. interesting ke blog ni? apapon, tenkiu naja!

Tuesday, March 23, 2010

Beautiful Blogger Award


thanks eda beri kite award ni.
terasa diri ini begitu berharga.
:)





Syarat-syarat seperti di bawah:

1. Thank & link the person
that gave you the award.

Done!

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic.


rasa dah ramai dapat award ni.
tapi tag jugakla sape2 ek.

1. Super Hana
2. Ayu the Sun
3. Mak Su
4. Dalie
5.  Maghfarah
6. princess_N
7. cik_ah82
8. norash
9. mizzAmy
10. Ibu Alia Kaiyisah
11. Pieka Pieka
12. Ceera
13. munies
14. faramie
15. NURUL
 malas bubuh link. tapi nanti aku bagitau kat owner blog2 ni. :)



3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
nanti aku wat eh...sabor.

4. State 7 things about yourself.
1. suka menceceh, membebel. kesian laki gua. hahaha!
2. main ngan khalish adalah satu nikmat yang tak terhingga!
3. sangat suka kalau khalish berak. bila nak basuh bontot dia, rasa seronok pulak. (tak senonoh kan?)
4. kadang2 sangat rajin, kadang2 sangat malas.
5. rasa sangat2 lega bila dah pekena mee salwa. 
6. percutian ke penang tempoh hari adalah percutian pertama kami bertiga. lepas ni kena kumpul duit lagi untuk next holiday trip! err....bukit tinggi perhaps?
7. rindu pada kawan sekolah. bila la nak turun kl ni...

Monday, May 11, 2009

hampir2 terlupa.

sori aleena.
sib baik terbaca kat kotak chat tadik.
kena tag rupanya aku ni.
huhuhu.

ok.
here it goes.
kecik bebenor award ni. takpe2. thanks ok aleena. siap ada vespa lagik.

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)


1. dah letak dah. cantek2.

2. hmm. ni kirenya blogger baru la yang aku kenal. tak berapa kenal. tapi dia sangat baik hati bagi aku award dan tag ni. oh. dan dia sangat manis orangnya.

3. fakta tentang diri saya.


a) sangat suka gigit kuku. buruk dah kuku ni.


b) mata suka terkedip2. memang pelik aa.. aku hanya sedar mata aku ni suka sangat terkedip2 bila aku skolah menengah.

c) tau suara tak sedap. tapi sangat suka nyanyi2 sambil menari2 depan en alang. sampai en alang naik nyampah. hahaha.

d) suka ejek en alang. sebab kadang2 dia pon ada habit dia jugak.


e) tak makan cili merah.

f) sedang mengandung 4 bulan setengah. alhamdulillah.

g) akui sedang rindukan teramat sangat pada mee udang gertak sanggul. tak tahu kenapa. ayah, bila kite nak ke penang ni????

h) minggu lepas dapat rasa macam ada benda nak terbang kuar dari perut. itu je la skali. dah takde rasa dah lepas2 tu.


i) smalam sambut hari ibu dengan ibu tercinta. hari sebelum tu dah sambut ngan mak mertua. mak, aku suruh dia amek apa2 je kat kedai tu. kire, hadiah aku, blanja dia la. hehehe. ibu plak, aku ngan zaza kongsi duit belikan kek.


inila kek tu. cantek kan? black forest cake.


j) sape aritu kata nak tgk sangat perut aku? haa..meh sini aku tunjuk.

haa ko. tak cukup air-cond ofis, aku tambah kipas plak. skang ni aku cepat kepanasan. teruk tul. huhuhu.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
orang2 yang aku nak tag:
1. zaza
2. ayu the sun (lama tak tag ini budak)
3. princess N (birthday girl)
4. hana-ni-mo-nai2
5. faramie
6. ayu bakal pengantin

korang paham2 sendirik la ek. aku malas nak bubuh link. huhuhu.


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

sat2 gi la na...


Wednesday, April 15, 2009

aku ada cuti in-lieu 2 hari. seronoknyaaa!!!!!

aku takleh berenti kunyah skang ni.

sedap ooo nestle fitness ni. aku makan macam tu je.
takde susu2.
memang addict la benda ni.
boleh ganti mamee monster yang tak jemu2 aku makan hari2 tu.
kirenya, benda ni lagi berkhasiat la ek.

sejuk ek pepagi ni.
ujan lebat. dapat tido, best banget nih.
dahla bos takde. pepagi lagi dah kalut2 kuar ofis.
ni ada yang tetiba ilang balek umah berselubung dalam bilik kang.
hahahahaha.

takdela.
takde tetiba nak balek umah kan.
keje tengah berlambak ni.
konon2 minggu ni susah la rasanya nak apdet entri.
bertuah ok!
aku takleh tgk entri tak berhapdet.
rasa rimas.
so, sket2 pon aku hapdet je la.
bagi aku dan korang puas hati. huhuhu.

dapat award dari mylife. thank you awak!

musim award lagi kah?
takpe2. sape2 nak bagi award lagi, dialu2kan ok.
aku suka je award2 ni. ngeee~

Thursday, January 22, 2009

stomping dance




i really2 love this!
memang la takleh nak tanding grammy awards ke hape kan.
tapi bagi aku, opening camni memang dah dasat dah.
tgk one nation emcees dah rupe black eye peas.
hehehe.





tarian diorang mengingatkan aku pada movie stomp the yard.
suka jugak citer tu. sebab ada nari2 kan.
ingat senang ke nak nari2 camtu?
kena hentak kaki sekuat2nya ok. dan ada attitude sendiri.
susahhhhhh.........

kalau korang takleh tgk kat blog aku ni, pi la kat youtube---> http://www.youtube.com/watch?v=1khh8Bl3Jts

overall, AJL23 memang nampak peningkatan la.
dan satu lagi band indie yang menang!
memang aku suka.

Wednesday, January 21, 2009

amboi2....

kemain gataiiiii korang ek.
tgk laki aku berlengging (tak pakai baju).

:P
macam2 komen ada. nampak sangat korang ni excited.
hahahaha.
takpe.
aku bagi korang cuci mata di alam maya je.
depan2, tak dapek la yo.


pada sesiapa yang terasa sebab aku tak beri award, sori bebanyak ok.
bukan takmo bagi, dah 10 je terhad.

takpe2.
nanti kalau aku dapat award lagik,
aku bagi kat SEMUAAAAAA ok?

takmo majuk2 ek.
cayang korang!

Tuesday, December 2, 2008

aku tak pergi bercuti ke?

sebelum taip, gosok2 mata dulu.
penat blog hop ni sebenarnya.
bila mata dah agak2 kero sket,
baru ada hati nak update blog sendiri.

bulan dec.
ramai orang bercuti. sebab nak abiskan baki cuti tahunan dan in-lieu.
stakat ni, kat dept aku, dah ada 3 orang hantar form cuti.
termasuk bos aku.
(ho yeah!)

korang pi la cuti lama2 ye. biarkan aku sorang2 kat ofis ni. ngeee~


aku ada banyakkkkk sangat2 keje.
tapi memang malas do'oh nak buat.
padahal, bukan susah pon.
kerja2 quality ni sebenarnya tak susah, tapi libatkan banyak org ketiga, keempat.
buatkan aku malas nak layan. orang2 ni banyak kerenah.
aku dah malas nak amek pot.
boleh?

kat sebelah ni ada poll baru.
tentang personality aku dan en alang.
kalau korang boring2, isikan je la.
ok?


oh, on 13 dec ni birthday en alang.
nak bawa en alang ke suatu tempat yang agak 'klakar'.
sebab dia tak bagi aku belikan dia apa2 hadiah pon.
so, korang tunggu je la ek.


oh, kalau masa kenduri ceera tu nanti,
korang nampak aku tak pi tegur korang ke apa ke,
diingatkan, korang datang la tegur aku ok!
aku ni susah nak ingat orang.
nak2 tak penah jumpa kan.
lagi laaa!


aku dapat award dari erlyda.
thanks ye awak!


Syarat-syarat nye ialah :

1. Sesiapa yang dapat award ni leh letak kat blog masing-masing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu


sebenarnya,
aku takmo bagi award ni takat 7 orang je.
aku nak beri pada sesiapa yang belum dapat award ni, korang amek la.
aku ikhlas beri.
(sebenarnya, aku tak tau ni award apa)

Tuesday, September 23, 2008

kad raya lagi?

hohohoho!
kan semalam aku cerita dapat kad raya dari cik kema?
itu yang aku dapat kat ofis.
bila aku balek umah je,
tengok2, post box penuh ngan surat2...

ada bil, cukai dan....kad raya lagi!

kali ni dari ch3mpaka.
thanks awak!!!! mmuahhhhhhh!!!!
(ch3mpaka, bagi alamat awak kat kite..ok?)


so, overall aku dapat 2 kad raya la...hehehe.
ada sesiapa lagi nak beri?

aku ada post jugak la beberapa kad raya kepada beberapa orang yang alamatnya ada kat aku.
itupon, kalau aku terlepas pandang alamat2 korang, harap diampun ya!






nak citer pasal award plak.
aku ada terima beberapa award dari korang2.
tapi, aku ni kadang2 lupa siapa yang beri. yang aku ingat,
orangelily, 13may ngan maksu.
award2 tu korang leh tengok kat column sebelah ni ok?
kat area 'hall of fame'.
pada sesiapa yang pernah beri aku award, tapi aku lupa nak tulis nama korang,
tolongla ingatkan aku ok.



ada sesiapa nak kad raya lagi?
ada la 2 keping lagi last kopek ni.
boleh la aku pos petang ni atau esok pagi.
sempat la sampai kat tangan korang on friday kot.
boleh la beri alamat kat sini atau kalau segan, bagi email ok?


p/s: cik erlyda, kite tertinggal nama awak. kite pos kad raya tu esok ok? sorry!!!




edit jam 12.00pm: baru dapat e-card dari ayu. thanks noks! =)

Monday, August 18, 2008

selamat sudah...

bbakal pengantin cik dalie telah selamat disarungkan cincin ke jari manisnya.
dah jadi tunangan en ridzuan sudahhh~
alhamdulillah.

dalie sangat berseri2, ayu dan comel!
persalinan dan hantaran2 berwarna biru. (aku tau biru warna faveret ko lia!)
sangat ceria.
aku suka.

dalie cakap, jodoh dia cepat sebab berkat dari majlis kawen aku haritu.
ye la kan. penat je dak dalie ni jadik inang aku. pulaknya, tak banyak songeh. cepat berdesup dia wat keje.
terima kasih banyak2 ye noks! aku sayang ko dunia akhirat.





ok..
aku dapat award dari N.


1. Put the logo on your blog. 2. Add a link to the person who awarded you. 3. Nominate at least 7 other blogs. 4. Add links to those blogs on yours. 5. Leave a message for your nominees on their blogs.

first time dapat award cam gini.
:)


aku tau aku kena nominate 7 orang lagi.
siapa ye?

1. dalie (sebab dia baru je bertunang)
2. diya (sebab dak comel ni slalu je ada idea2 bernas dalam blog dia)
3. pija (suka baca blog dak pija nih)
4. tina (sebab dia baru je berkahwin)
5. kema (sebab aku tau dia tengah kesunyian skarang ni)
6. amy (sebab dia baru lepas accident-perlukan sesuatu untuk menceriakan hari)
7. ayu (sebab yang sama seperti amy)


oh..oh..untuk tambahan, aku nak nominate kembor aku jugak.. lindosh.
kerana kami berkongsi birthday yang sama! :)


aku ni sesaje je nak nominate orang sebab musabab yang tak masuk langsung dengan award.
pedulik la kan. yang penting, aku dah nominate orang lain.
hehehehe....




birthday aku sabtu tu,
en alang kan kerja separuh hari.
so, aku dok menyangap je kat umah.
masak lunch,
tunggu en alang balek,
kitorang lunch sama2,
dan terus tido petang.


petang2 sket lepas asar camtu,
kitorang ke teluk batik,
amek angin petang.
then,
en alang kata nak ajak aku makan western,
tapi aku takmo.
nak makan char kuey teow sajork.
so, kami ke restoran char kuey teow tu..
then gerak ke the store, beli dvd,
dan terus pulang.
layan jangan lupa lirik.


hahaha!
aku tau, memang tak de apa2 yang special pon birthday aku tahun ni.
sebab ibu, ayah ngan adik2 aku takde. diorang ke penang dan kl.
so, rasa macam tak meriah.
aku pon takde mood.


so, birthday celebration ditangguhkan kepada tarikh lain.
bila semua orang ada.
birthday aku serentak ngan anniversary ibu dan ayah.
so, lagi happening kalau celebrate ngan diorang.
:D


terima kasih kepada mereka yang ingat lagi pada birthday aku tahun ni. yang berikan ucapan tru text sms, phone call dan birthday card.

thanks again! (terharu ni..)


oh..oh..en alang beri apa pada aku tahun ni?
rahsiaaaaaaaaa~~~~~~~~~
hikhikhik...(gelak gatai)

apa kata korang je yang teka?
:P

Thursday, July 17, 2008

jangan salahkan monitor anda

...kerana template ni sesungguhnya memang sudah berubah. aku telah 'tertukar' template ni.

itula. pandai sangat godek sini sana kan. harusla bertukar menjadi gaban tiba2. hahahha!
kalau korang tak faham, takpe. aku pon tak faham.




telah menerima award dari kemborku, lindosh. thanks kembor!
(daily sangat la kan. tak la hari2 gak aku update. tapi bila dah dapat award ni, rasa bersemangat plak. hehehe)




dapat lagi award..hehehe..
kali ni dari maksu plak.hehehe..
siap ada cik gorilla lagi tuh. huggable kata maksu.
huhuhu~
thank you maksu! :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...