Followers

Friday, April 20, 2012

Moment indah bersama kalian...~

dengan anak2 ni selalunya rasa riang je. kadang2 bila penat balek keje tengok diorang happy2 main dan mengusik adik-abang buatkan letih keje tu tak terasa. khalish skarang dah faham sangat kalau dia TERnakal je, aku akan sebut ayish good abang kan, good boy mana boleh buat adik camni...terus dia behave balek. legaaaa hati bila dia mendengar kata. now tidor malam pon dah jarang nanges jerit2. so dah seminggu aku dan alang dapat tidor yang bermutu tinggi. hehe.

apapon, layan je la kerenah budak2 ni.

khalish dalam cubaan buat peace. tengok apa ada kat tengkuk dia tu...haihh...~

capai mr.Tt pulak dan buat peace sebelah tangan. mesti nak buat peace kat mata tu kenapa dik?

jazly ceria. 

jaz dok atas perut mama. tunggu giliran kat klinik. rajin anak mama baca buku ye.

oopps! ting-ting adik ni bila nak tanggal?

lepak2 kat jusco station 18. 

camni la rupa kami kalau kat mall. 2-2 dalam troli. senang!

khalish korek hidung ke tu? haha. 

adik jaz ralit tgk kartun2 atas lantai. tengok muncung dia tuuu...~




Friday, April 6, 2012

Senarai bajet kami semasa bercuti di Langkawi.

Susulan dari:

Ni  kiranya macam percutian bajet la. Kos yang dikira adalah melibatkan 2 dewasa dan seorang kanak2. lagi sorang tu kecik lagi, makan pon tumpang2 je. hehehe.

Masa ni tak pergi pon wildlife park. Tak sempat. Cable car tu tak silap dewasa just rm15 dan kanak2 rm10 kalau tunjuk mykad.
Total kos rekreasi : RM 229


Total kos tol Changkat Jering-Juru-Alor Setar : RM 43.80


Shopping. Tak la banyak mana pon sebab dah janji kali ni nak jalan2 je.
Total shopping: RM 102

Total kos fuel consumption: RM 115

Sebenarnya sewa Myvi tu total RM 160. dah bayar rm50 deposit, RM 110 tu bayar baki je. huhu.
Total kos tambang feri dan sewa kereta: RM 331

Kos makan. Hoihhh....masa 5hb tu tang minum yang tinggi. gagaga. island hopping banyak minum air kot.
Total makan minum: RM 128

Kos hotel 3 hari 2 malam: RM 240

Jumlah keseluruhan: RM 1188.80


Take note perjalanan adalah dari sitiawan ye. Kalau dari KL atau melaka atau kuantan ke memang dah lari jauh dah. ye la kan, minyak je dah berapa. tol lagi. Yang penting percutian setahun sekali ni betul2 buat kami rasa rileks dan happy.
 :)

Ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang rasa2 nak bercuti kat Langkawi. 








nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...