Followers

Tuesday, April 3, 2012

Kami di Langkawi - Part 5

Sambungan dari:


lepas je abis wat island hopping tu, en alang dah merengek2 kelaparan. aku tengok budak2 pon dah ngantuk sangat2. so aku as a supermama terus arahkan en alang balek bilik mandikan budak2 dan aku plak pi beli foods. haha. cam terbalik plak tugasan kan? bukannya apa, en alang tak biasa lagi ngan selok belok langkawi...jadinya aku la yang pi carik makanan. 

tak snap plak gambar restoran yang aku beli makanan tengahari tu. foods dia humanghaihhh...banyak gila choice! seronok dok pilih2...dan lauk pauk pon sedap2. bungkus 3 nasi dan lauk pauk, sampai je hotel terus tak pandang kiri kanan ngap je! kebulur tahap apa dah masa tu. bila dah kenyang, aku rileks2 tengok tv sambil tidokan budak2. 

bila budak2 dah tido baru leh pi mandi dan kemas2 baju2 kotor. bawak budak kecik camnila...baju kototr kemain menimbun lagi. bila tengok jam kul 4pm, aku kejut en alang tanya nak kuar kul brape ni? dia mamai2 kata mintak 20minit lagi untuk dia tido. kesiankan dia dan budak2, aku upkan sejam terus. aku dah siap2, baju budak2 dan baju bapaknya dah tersusun elok baru kejutkan diorang dan terus bergegas ke underwater world.



khalish excited tgk ikan2. dia ni memang pencinta alam sket. macam papanya. hehe.

tengok apa tu nak?



tak abis2 ngan ikan. asal nampak ikan je tunjuk. paksa2 plak tu suruh aku tengok. haha.

tengok tu si khalish. tak reti dok diam.


penyu....~ eh. bukan la. ni kura kura. 



singa laut.



penguin beramai2.

penguin berenang.

close up sket. comel betul diorang dok tegak berdiri camni.




belut laut. geli!


ni apa eh? piranha kot. 

adeh! seksa nak bergambar ngan mamat ni.

pari pon nak amek gambar. haha.



mak pak syok sendiri bergambar. anak2 selenga je. hahaha.

syok jugak la bawak anak2 jalan2 dalam underwater world ni. bagi diorang explore dan belajar tentang alam sekitar. en alang pon asik la puji2 seronok kat situ. tapi bagi aku lagi best kat aquaria klcc kot. sebab ada escalator dan ada terowong tu. hehe.

petang tu jugak, aku pi memborong coklat2 dan satu luggage kat kuah. puas hati dapat abiskan duit. hahaha.


dinner kitorang. depan hotel ada restoran. makanan dia nampak je macam bodo2 je kan? tapi rasanya...perghhh! menjilat jari. sedapnya...waduh2..teringat2!
malam tu jugak around kul 11pm aku kerah en alang pi beli tomyam kat restoran tu. pinjam sudu dan mangkuk dari hotel. ha ko...memang sengkak2 perut dok menketedarah. tapi betul2 puas hati. tomyam2 kat utara ni sedap2 kan?

esok paginya, cepat2 breakfast dan terus bergerak ke cable car. sampai2 je sana dalam pukul 8.30 camtu. tengok orang dah berlari2 nak ke kainter. rupa nya kaunter bukak kul 9. diorang da beratur siap2. bayangkan yang masuk line sorang, tapi sorang tu beli tiket untuk 30-40 orang. perghh...menyirap je! 

masa ni kul 8.40am. beratur dah agak panjang kan? ni beratur beli tiket je ye. lepas beli tiket kena beratur lagi untuk naik cable car tu. haihhh...~

budak yang mana2 nak puting dalam mulut.

demi suami tercinta ku gagahkan juga untuk beratur dan berpeluh keti. bila dapat je naik cable car ni terus rasa lega!

amazingly khalish sikit pon tak gayat. jaz pon sama. rileks je.

abaikan tudung herot berot. salahkan beg.


bergambar di puncak gunung. en alang suka sangat kat atas ni. aku plak yang gayat.

lepak layan budak2 makan biskut dan kek gulung. kat atas ni diorang ada jual burger panas2 tau. bau dia perghhh...menusuk kolbu.

dok kat atas ni dalam 20minit camtu, teringat plak tak check out hotel lagi. terus cepat2 amek cable car turun. 

en alang kata tak puas. ye la..tak sempat nak ke jambatan gantung tu. takpela...tunggu budak2 besar sket kita pergi lagi ye bang.

elok je sampai hotel, kitorang kemas2 beg dan en alang mandi dengan budak2. aku tak sempat nak refresh badan bagai ni. sebelum pi jeti sempat lagi buat last round shopping dan kitorang makan kat jeti je. dapat feri kul 2pm camtu.


masa ni dah sampai jeti kuala kedah. tunggu en alang amek kereta.

jaz dah kepenatan. cian dia...


all in all, memang rasa tak puas pi langkawi kalau takat 3H 2M ni. lepas ni, aku ngan en alang dah pakat nak ke langkawi paling kurang 4-5H. sebab ada 3-4 tempat lagi tak sempat nak pi cuti ni. rasa ralat juga. 

ADA SESIAPA NAK TAJA PERCUTIAN KE LANGKAWI 4H 3M TAK UNTUK KAMI? hahaha..~

1 comment:

  1. sakan bercuti yang
    hilang penat setaun bekerja
    hikss

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...