tapi oleh kerana kesangapan yang melampau,
aku update la jugak.
ok, health update.
skang ni demam aku dah kebah sepenuhnya.
tapi masih batuk2 manja gitu.
ateh update,
sehat. perut kejap buncit, kejap kempis. pelik aku ngan minah ni.
skang ni plak, dia asik mengendeng je.
dah pandai mengendeng ok!
mana je aku pegi, mesti nak ikut.
kalau dulu, sket pon tak heran.
bayangkan, kalau aku nak mandi pon, pintu tak leh tutup ye.
kalau aku tutup pintu, ateh jadi macam kucing gila.
mengiau sekuat hati.
nak tak nak, aku mandi berkemban,
bukak pintu. ateh tengok aku mandi.
baru la dia diam. duduk bersimpuh depan pintu bilik air, menonton aksi aku sedang mandi.
*aippp! korang jangan bayangkan plak aku mandi camne!*
ateh dah pandai nak main ngan kucing lain,
tapi tak pandai nak main ngan orang.
puas la aku geletek perut dia, buat bodo je ok.
paling2 pon, dia tendang tangan aku dan cabut lari.
tapii pastu, dia datang balek, meleser-leser (camne nak eja ek?)
en alang update,
gigih bekerja.
buat OT banyak2. cari rejeki extra untuk raya nanti.
hehehe.
tapi, bulan puasa ni macam rileks sket.
sebab kerja tak berat sangat. en alang pon takde mengadu haus atau lapar semasa kerja.
so, overall ok la.
aku?
biasa je.
sedang duduk goyang kaki sebab kerja aku tertangguh disebabkan orang lain.
*grrrrrrrrrr........(geram!)*
hari2 dok blog-hop, baca manga kat onemanga.com (skang ni tgh gigih baca yakitate!! japan), kadang2 dok borak2, kadang dok gayut ngan phone.
ye, aku takde life.
life aku bermula bila en alang pulang rumah. itu saje.
itupon, kadang2 kuar pi mcd, semata2 nak beli sundae cone atau fries.
*oh! oh! fries shake2 tu sedap kan?*
kadang2 pi param, beli murtabak, takpon dadih perisa jagung dan laici.
kadang2 pi pasaraya billion atau kedai frozen beli barang dapur.
selebihnya, masa kitorang banyak tertumpu kat tv.
tapi, bulan puasa ni,
tugasan tolong ibu buat biskut raya memang dah tetap.
every saturday and sunday kena pi umah ibu tolong dia.
oh! ibu kata takmo amek tempahan online la.
sebab kat dia skang ni dah banyak.
dia wat sorang2, nak kena siapkan 15,000pcs memang tak menang tangan.
harapkan weekend ada aku dan kawan dia sorang tolong.
so, maaf ye kawan2.
pada sesiapa yang berhajat nak menempah atau tengok sample.
memang den tak dapek nak nolong.
kad raya,
sampai hari ni aku tak pos lagi.
sebabnya?
kad yang dijanjikan oleh pihak lain tak sampai2 lagi kat aku.
sori korang...
mesti korang ternanti2 kan? aku akan hantar, tapi lambat sket.
kalau susah sangat, aku beli lain je kad2 raya ni.
susah harapkan orang, kan?
zaza (adik bawah aku) tag aku.
so, layankan je la.
Q1: Nama-nama timangan
Lin (ayah, sedara-mara dan kawan2 di shah alam), Intan (kawan2, rakan kerja, orang yang tak kenal), Along (ibu, adik2), Ayang (en alang dan family mertua)
Q2: Aku seorang yang...
a. cengeng
b. agak baran
c. ceria
d. tembam, debab
Q3: Pets?
ada...ATEH!
Q4: Insan Teristimewa.
en alang, ibu, ayah, zaza, ajik, iqa, family mertua, kawan2, kawan2 blogger pon special gak. ;)
Q5: Lagu kesukaan
Sempurna. sebab memang sempurna je dengan life aku skang. ;) dan ada memori indah dengan lagu ini.
Q6: Makanan kegemaran
a. masakan ibu
b. chinese foods
c. mamak foods
d. thai foods
Q7: Warna kegemaran
entah. dulu2 suka biru, pastu hijau pastu biru balek. skang ni, dah tak kesah. apa pon taram!
Q8: Sikap yang membuatkan aku stress
tak dengar cakap. degil.
Q9: 3 benda yang mesti ada dalam beg aku
purse, phone, krim safi.
Q10: Kali terakhir aku menangis
entah. dah lama tak nangis. adala dalam seminggu setengah camtu. pecah rekod ok! kalau tak, dua hari atleast sekali aku nangis. orang cengeng macam aku ni memang camni.
tamat tag.
aku taknak tag sesape. tau korang tengah puasa. nanti sumpah seranah aku plak nyusahkan korang kena wat tag. tapi, sesape nak wat tag ni, di alu2kan ye.